Ahad, 31 Disember 2017

“Kleptokrasi” – perkataan baharu yang punya implikasi mengejutkan


“Kleptokrasi” – perkataan baharu yang punya implikasi mengejutkan
Beberapa tahun dahulu, Transparency International telah menamakan presiden Indonesia, Suharto sebagai pemimpin dunia paling korup 20 tahun lalu, yang mencuri antara US$15 bilion hingga US$35 bilion. Beliau mengatasi pemimpin kleptokrat Filipina Ferdinand Marcos yang merompak antara US45 bilion hingga US$10 bilion. Negara-negara ini menderita di bawah pemerintahan peribadi kleptokrat, pemerintah yang korup, melaksanakan polisi ekonomi yang tidak cekap dan menggunakan helah serta tipu daya untuk mengembungkan poket mereka melalui usaha-usaha yang tidak sah.
Secara mudah, ‘klepto’ bermakna “pencuri” dan “krasi” bermakna “perintah”. Jadinya, secara literal “kleptokrasi” bermakna “diperintah oleh pencuri”.
Ia adalah satu istilah yang dipakai ke atas kerajaan yang memiliki sifat-sifat seperti berikut:
a) Suatu pemerintahan apa sahaja jenis kerajaan, dengan mereka yang berkuasa mengekploitasi serta mencuri sumber negara.
b) Mereka yang berkuasa menggunakan kuasa serta kedudukan rasminya untuk kepentingan peribadi atau mencuri daripada rakyat, dan cuba mengekalkan kuasa menerusi rasuah, pertembungan dan nepotisme;
c) Sebuah kerajaan yang dikuasai oleh pemimpin-pemimpin yang tidak beretika, berpura-pura jujur, walhal pada realitinya bersikap sangat tamak dan terlibat dengan rasuah;
d) Mengenakan pelbagai cukai atau beban kewangan ke atas rakyat dan syarikat-syarikat perniagaan;
e) Memperlakukan khazanah negara seolah-olah akaun bank mereka;
f) Mengekploitasi harta umum dan menggunakannya untuk kegunaan sendiri atau untuk kebanggan seperti menggunakan dana untuk projek-projek yang tidak sesuai, yang kadang-kadang melibatkan lebih banyak pemberian komisyen secara tidak sah.
g) Seorang pemimpin kerajaan yang mengamalkan kronisme dan nepotisme akan memberikan kontrak dan jawatan besar dalam kerajaan kepada saudara mara atau kawan rapat, bukannya kepada mereka yang mempunyai kewibawaan dan daya saing; projek dicipta pada peringkat dasar dengan alasan utama untuk mengalirkan keluar wang daripada perbendaharaan, dengan sedikit kewajaran dan kesesuaian untuk projek berkenaan, sekali gus menafikan rakyat dan negara memanfaatkan sumber, yang sangat diperlukan seperti perumahan, sekolah, hospital dan jalan-jalan kampung.
Sejarah padat dengan kisah-kisah mengenai apa yang terjadi kepada pemimpin-pemimpin yang korup ini. Akhirnya, kebanyakan pemimpin yang korup sebegini akan disingkirkan, ditangkap, dibunuh atau dipenjarakan. Yang paling buruk, pasangan mereka, anak-anak, cucu dan ahli keluarga menderita kerana dihina untuk beberapa generasi.
Kadang-kadang perjalanannya agak panjang tetapi pepatah “jenayah pasti berbayar” yang juga terpakai kepada pemimpin kleptokrat pada akhirnya sentiasa terbukti benar sama ada sekarang atau di akhirat nanti. Semua ahli politik yang memilih jalan ini perlu menanya diri sama ada mereka bersedia dan bersiap untuk menghadapi akibat-akibat perlakuan jahat mereka itu.

Pengguguran Khairuddin perkara pengurusan biasa, kata Hadi

Hadi bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada Adun Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman akan dicalonkan atau tidak pada PRU14.
hadi-Khairuddin-OthmanKUALA LUMPUR: Pengguguran Adun Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman daripada jawatankuasa perhubungan PAS Selangor adalah perkara pengurusan organisasi biasa, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Semalam, Khairuddin dilaporkan digugurkan 2 bulan lepas selepas hanya kira-kira 3 atau 4 bulan dilantik.
“Itu biasalah dalam pengurusan, kalau jabatan pendidikan dia tukar guru, tukar jawatan itu perkara biasa. Dia juga ada tugas lain, saya difahamkan dia seorang peguam dan dia ada tugas di lajnah lain,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Khairuddin dilihat sebagai seorang pemimpin kanan PAS yang mendapat kepercayaan daripada 3 pesuruhjaya PAS Selangor – Datuk Dr Hasan Ali, Dr Abd Rani Osman dan Datuk Iskandar A Samad – sebagai setiausaha perhubungan negeri.
Pesuruhjaya Sallehen Mukhyi dilaporkan semasa menyusun barisan kepimpinan PAS Selangor, jawatan setiausaha diisi oleh Abdul Halim Omar.
Sallehen dilaporkan berkata Khairuddin digugurkan kerana kegagalan menghadiri mesyuarat AJK perhubungan.
Sementara itu, Hadi ketika ditanya pemberita enggan mengesahkan sama ada Khairuddin akan dicalonkan atau tidak pada pilihan raya umum akan datang.
“Itu tunggu penamaan calon,” katanya ringkas.

Dr Mahathir, Kit Siang perlu beri laluan kepada orang muda, kata aktivis


Dr Mahathir, Kit Siang perlu beri laluan kepada orang muda, kata aktivis
Ahli politik veteran seperti Dr Mahathir dan Lim Kit Siang dari DAP tidak sewajarnya terus memegang kuasa, kata Penasihat Suaram Dr Kua Kia Soong hari ini. 
AKTIVIS politik, Dr Kua Kia Soong hari ini mempersoalkan ketulusan meminta maaf Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir Mohamad dan menggesa bekas perdana menteri itu membuka jalan kepada ahli politik yang lebih muda.
Penasihat Suaram itu berkata, keputusan PH memilih Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri interim sebenarnya mendedahkan kepincangan gabungan pembangkang untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Adakah ini yang dimaksudkan PH sebagai ‘keberanian untuk berubah” demi negara?
“Saya telah banyak menulis tentang kesilapan politik PH dan beban politik masa silam Dr Mahathir yang mana permohonan maaf cetek tidak boleh menebusnya,” kata bekas tahanan Operasi Lalang yang lantang bersuara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bersatu, Dr Mahathir membuat meminta maaf secara terbuka atas kesilapan silamnya.
Walaupun begitu, beliau tidak menjelaskan secara terperinci apakah kesilapan yang dimaksudkan, mengatakan ia adalah “adat” orang Melayu jika ada pihak yang merasa tersinggung.
Kua berkata ahli politik veteran seperti Dr Mahathir dan Lim Kit Siang dari DAP tidak sewajarnya terus memegang kuasa.
Katanya, harapan tahun barunya adalah untuk melihat lebih ramai ahli politik muda yang menerajui negara ke arah masa depan lebih baik.
Bekas ahli politik DAP dan ahli Parlimen Petaling Jaya (1990-1995) itu menambah, semakin lama seseorang memegang kuasa, semakin berisiko untuk terlibat dalam korupsi.
“Prinsip demokratik untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja memegang jawatan yang mengawal atau berkuasa selama-lamanya adalah demi kebaikan bersama dan ia merupakan satu keperluan mendesak dalam perubahan demokratik di Malaysia,” kata Kua lagi.
Katanya, tiada sesiapa yang wajar memegang jawatan perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar lebih daripada dua penggal, dan penggal ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) perlu dihadkan tidak lebih daripada empat penggal.

Agensi keselamatan diseru berkecuali, bertindak profesional tangani PRU


Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyeru semua agensi keselamatan, pertahanan dan perisikan negara iaitu Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia agar berhati-hati, berkecuali dan professional dalam menangani apa-apa kemungkinan yang kelak terjadi sebelum dan pasca tempoh PRU.
Agensi keselamatan diseru berkecuali, bertindak profesional tangani PRU“Patriot ingin menyatakan keprihatinan kami dan mengambil pandangan berhati-hati tentang apa yang mungkin berlaku kepada negara, sebelum dan pasca tempoh PRU.
“Peranan utama agensi-agensi negara seperi yang disebut adalah untuk melindungi dan mempertahankan negara dan rakyatnya. Ia bukan untuk melindungi dan mempertahankan mana-mana parti politik,” kata presidennya, BG Dato Mohamed Arshad Raji (B) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, cakap-cakap Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijadualkan berlangsung pada suku pertama 2018 mengatakan akan terjadi pertembungan sengit di antara pihak-pihak yang bertanding, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
“Keadaan semasa negara hari ini, khususnya berhubung kenaikan kos sara hidup, nilai ringgit yang melemah berbanding mata wang serantau, kehilangan pekerjaan dalam sektor swasta dan lain-lain cabaran ekonomi dan sosial telah memberi tekanan besar kepada rakyat.
“Kini, ia terserah kepada kerajaan untuk mencari jalan dan cara pemulihan untuk mengatasi tekanan ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat. Kegagalan untuk membendung masalah ini akan mengakibatkan malapetaka dalam keputusan pilihan raya buat koalisi (coalition) pemerintah dalam PRU yang akan datang,” kata beliau.
Kata beliau lagi, skandal 1MDB yang telah menghantui negara sekian lama, masih belum menemui jalan penyelesaiannya dan mereka yang terlibat masih berada dalam mod penafian (denial mode) sejak skandal itu muncul buat pertama kali.
“Rakyat amat prihatin terhadap masa depan ekonomi yang tidak menentu. Masalah ini dan ketidakpastian tentang masa depan yang dibebani oleh skandal 1MDB yang tidak diurus secara telus dan hutang besar yang masih belum dibayar. Kami tidak mahu negara kita menjadi seperti Greece atau Cyprus.
“Di samping kebimbangan rakyat mengenai ekonomi dan tekanan sosial yang dihadapi mereka, iaitu untuk menyediakan makanan yang mencukupi untuk keluarga, bil-bil bulanan yang perlu dibayar dan lain-lain komitmen kewangan, satu kerisauan bersasas yang timbul ialah perkara yang tidak diingini akan berlaku terhadap negara dan keluarga mereka sekiranya proses pilihan raya tidak berjalan lancar, mahupun sebelum ataupun pasca tempoh PRU,” sambung beliau.
Tambah beliau, tuduhan ‘gerrymandering’ terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan peningkatan mendadak jumlah pengundi pos, boleh dilihat sebagai tindakan memihak kepada parti yang memerintah.

'Hadi pembangkang yang lebih baik' sembang Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan Tahun Baru hari ini menyelar kelakuan pembangkang persekutuan dan membandingkan mereka dengan presiden PAS Abdul Hadi Awang yang disifatkan beliau sebagai 'cara yang lebih baik'.
Najib maklum pihak pembangkang mempunyai peranan untuk dimainkan tetapi kata beliau adalah tidak bertanggung jawab untuk ahli politik untuk membangkang atas tujuan membangkang semata-mata.
Apalagi, tambah beliau pihak pembangkang secara rahsia bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan seperti cukai GST atau pun konsep 1Malaysia.
"Tokoh-tokoh pembangkang secara senyap-senyap bersetuju dengan konsep ini untuk mempromosikan penyatuan nasional - begitulah sepatutnya rakyat Malaysia yang patriotik - tetapi mereka membantahnya atas tujuan putar belit politik peribadi. Hal ini memalukan.
"Cara yang lebih baik ditunjukkan PAS di bawah kepimpinan Abdul Hadi Awang.

"Kami daripada parti berbeza, tetapi kami mengatasi perbezaan itu atas maslahah kepentingan umum, seperti menyokong perjuangan Rohingya dan rakyat Palestin," kata beliau dalam perutusan yang dimuatnaik di blog rasmi beliau.
Najib menjelaskan hal ini merupakan 'politik matang' yang membantu membina negara ini dan bukan memusnahkannya.
Begitu juga, Najib menyentuh ziarah beliau ke atas ketua umum PKR yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani pembedahan di bahunya.
"Kita boleh berbeza pendapat, namun kita juga masih perlu menjaga ketertiban dan kesopanan.
"Hal yang demikian dapat diterima dan difahami dalam masyarakat yang beradab dan kami tidak percaya atau kembali kepada amalan kejam yang dilakukan bekas pemimpin," kata beliau yang dianggap merujuk kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Liar dan palsu
Sebaliknya, Najib mendakwa pembangkang cuba untuk mensabotaj ekonomi Malaysia dengan membuat tuduhan 'liar dan palsu'.
"Tidak dapat diterima untuk seorang bekas pemimpin cuba untuk menggulingkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik dengan harapan cita-citanya untuk menaikkan anaknya menjadi kenyataan.
"Dalam demokrasi perkara yang penting adalah kehendak rakyat yang disuarakan melalui peti undi bukanlah keinginan dinasti seorang yang mementingkan diri sendiri," katanya.
Mahathir sekarang ialah pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) manakala PAS memutuskan memilih jalannya sendiri dengan membentuk Gagasan Sejahtera dan mengambil pendekatan yang lebih mesra kerajaan.
Selepas membanding-bandingkan pembangkan, Najib berkata inilah pilihan yang akan ditampilkan kepada rakyat Malaysia tahun depan apabila pilihan raya umum berlangsung.
"Sebuah kerajaan yang terus bekerja ke arah kebaikan dengan dasar dan hala tuju jelas untuk memajukan Malaysia dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang - atau pun parti-parti yang hanya tahu berkempen secara negatif berharap untuk menimbulkan kemarahan dan kesedihan orang ramai untuk memenangi undi kerana mereka tiada apa-apa yang hendak ditawarkan kepada rakyat Malaysia melainkan perpecahan serta ilusi populis yang akan merosakkan negara ini.
"Memilih kerajaan adalah urusan yang sangat penting, kami yakin atas kebijaksanaan rakyat," katanya.

Mukhriz selar PAS parti tidak berprinsip

Memali: Hadi pertahan Mufti lebih baik diam, takut campur tangan politik

Hadi: Terpulang dia nak jadi raja atau pm

Permohonan maaf Tun M bukan konsep Islam - Hadi

Mahfuz & Keluarga Isytihar Keluar PAS

Kita tak nak cari gaduh, kata Isa Samad

Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata beliau tidak bercadang untuk mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan berhubung isu pemindahan hak milik tanah agensi berkenaan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Katanya ini kerana beliau tidak mahu timbul sebarang salah faham dan salah anggapan mengenai isu tersebut.
"Kalau nak cari gaduh, bolehlah, tapi kita tidak hendak cari gaduh," katanya kepada pemberita di Port Dickson, hari ini.
Beliau ditemui selepas majlis penyampaian beg sekolah kepada 49 orang murid dalam program 'Kembali ke Sekolah' anjuran Yayasan Pelajaran Mara dengan kerjasama Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang di Sekolah Kebangsaan Intan Perdana di Port Dickson, hari ini.
Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil beliau untuk memberi keterangan pada minggu depan berhubung isu tersebut, Mohd Isa berkata beliau tidak mengetahui perkara itu.
"Saya tak tahu...setakat ini saya belum dipanggil polis. Kalau dipanggil saya sedia beri kerjasama. Kalau polis panggil, saya akan maklumkan kepada media....orang pertama yang akan saya beritahu ialah media," katanya.

Mahfuz bukan ahli PAS mulai 12 tengah malam ini

Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengumumkan beliau keluar daripada PAS berkuat kuasa tengah malam ini.
"Saya akan hantar surat kepada setiausaha agung PAS berdasarkan perlembagaan untuk berhenti menganggotai PAS berkuat kuasa 11.59 malam 31 Disember 2017 selepas 34 tahun sejak 12 Mac 1984 menganggotai PAS," katanya.
Sidang akhbar itu disiarkan secara langsung di Facebook Amanah Negeri Kedah.
Bagaimanapun, Mahfuz berkata beliau belum memutuskan parti mana yang akan disertainya.

Imbasan 2017: Pakatan Harapan mara melangkah


Imbasan 2017: Pakatan Harapan mara melangkah
Ramai hadir himpunan anti kleptokrasi tanpa kerahan serta salah guna jentera kerajaan seperti lumrah dilakukan BN.
Kesepakatan politik antara AMANAH, Bersatu, DAP dan PKR itu pastinya bukan situasi yang menggembirakan BN dan Pas ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir.
Pembahagian kepimpinan mengikut negeri yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 28 Ogos lalu adalah kemuncak isyarat serius blok mega pembangkang itu untuk bertempur di PRU-14.
Serentak itu juga, usaha memujuk Pas bagi mengelak pertembungan banyak penjuru secara rasmi sudah melepasi tarikh luput ekoran sikap pimpinan parti hijau tersebut yang sudah berpatah arang dan berkerat rotan dengan Pakatan Harapan.
Terus mara, Pakatan Harapan melangkah dengan menyelaraskan gerak kerja pilihan raya secara intensif selepas agak tergendala melayan tarik tali dengan Pas yang ketara ‘istiqamah’ mesra memeluk Umno-BN menggunakan topeng Melayu dan Islam.
Hasil mesyuarat tiga jam itu, PKR diputuskan mengetuai Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah manakala Bersatu mengemudi pimpinan Pakatan Harapan di Johor, Perak, Kedah dan Perlis.
Bagi Kelantan, Terengganu dan Melaka, AMANAH akan mengetuai kempen PRU-14 di tiga negeri terbabit manakala DAP mempengerusikan Pakatan Harapan di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Sarawak.
Ibarat merungkai simpulan mati, satu demi satu struktur Pakatan Harapan di peringkat negeri dan kawasan kemudiannya secara rasmi berjaya dilancarkan. Tidak lagi bersendirian seperti era Pakatan Rakyat sebelum ini, gerak kerja Pakatan Harapan di peringkat akar umbi adalah melalui sekretariat yang ditubuhkan.
Di Johor, Pakatan Harapan negeri yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden Bersatu dilancarkan di Dataran Dahlia, Tampoi pada 29 September lalu.
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden Pakatan Harapan dinamakan sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan di selatan tanah air itu.
Tanpa konflik secara terbuka walaupun berbeza fahaman parti, budaya politik rakyat Johor yang bersifat diam-diam ubi berisi menyaksikan Pakatan Harapan tidak mustahil bakal meraih lebih banyak kemenangan di 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Nun di utara, Pakatan Harapan Kedah mengumumkan barisan kepimpinan jawatankuasa gabungan itu pada 20 Oktober lalu. Pemilihan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan negeri dilihat berupaya menjentik perhatian ahli Umno yang anti Najib.
Kehadiran mantan Menteri Besar Kedah berkenaan bakal menarik sokongan sebahagian segmen pengundi wanita Umno apa lagi mereka yang non partisan di negeri yang pernah sepenggal ditadbir Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Pakatan Harapan Selangor yang diterajui Mohamed Azmin Ali pula mengadakan mesyuarat pertama pada 8 September lalu dengan menambah seorang lagi Timbalan Pengerusi dengan melantik Sivarasa Rasiah yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR bagi mewakili masyarakat India.
Gelombang sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan pada 2017 dapat dilihat dalam siri jelajah di seluruh Semenanjung dengan program anjuran Bersatu paling ketara dilihat menarik kehadiran ramai penduduk setempat.
Ceramah Jelajah Semarak anjuran Bersatu di Jalan Meru Impian, Ipoh pada 3 Disember lalu contohnya, dilimpahi lautan masyarakat setempat dengan sebahagiannya berbaju merah – lambang parti Bersatu.
Bersatu menarik sokongan ramai Melayu menyokong Pakatan Harapan antaranya dalam siri ceramah di Ipoh awal Disember ini.
Walaupun sambutan menggalakkan terhadap ceramah atau perhimpunan bukan satu ukuran mutlak mencerminkan kejayaan pada pilihan raya tetapi situasi itu menjadi antara syarat positif buat Pakatan Harapan pada PRU-14.
Bersatu dilihat sebagai magnet kepada masyarakat Felda yang dihimpit pelbagai isu penindasan untuk mendekati Pakatan Harapan berbanding menjelang PRU-13 lalu.
Jika sebelum ini kehadiran pemimpin parti pembangkang disambut garang dengan caci maki dan pengusiran oleh kumpulan penyokong Umno tetapi kumpulan yang sama itulah kebanyakannya kini sudah bersama Bersatu lantaran pengaruh Tun Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan masih berbisa.
Penampilan sosok bekas Perdana Menteri pada usia 93 tahun di pentas ceramah Pakatan Harapan yang dilihat mengundang minat ramai orang Felda untuk hadir dijangka bakal diterjemah di kertas undi pada PRU-14 nanti.
Akibat pelbagai kepincangan Felda yang didalangi pemimpin Umno, warga peneroka semakin terbuka menyokong Pakatan Harapan.
Di Kelantan yang dikuasai Pas sejak 1990, AMANAH di bawah pengaruh bekas exco, Datuk Husam Musa dan kini Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan hampir setiap hari mengadakan program di peringkat akar umbi khususnya di utara negeri itu.
Daripada pagi sembang di kedai kopi sehingga ceramah bersama rakan-rakan Pakatan Harapan di sebelah malam, penggunaan media sosial melalui siaran langsung melalui Facebook (FB) Live dimanfaatkan oleh kumpulan Ketua Pemuda AMANAH negeri, Hazmi Hassan.
Pada masa sama, pelbagai tembelang berkaitan korupsi dan kepincangan urus tadbir Pas sebagai parti pemerintah di Kelantan didedahkan berserta penyelesaian alternatif sebagai bukti kesediaan Pakatan Harapan menggantikan Pas di negeri itu.
Tidak keterlaluan dikatakan Pakatan Harapan di Kelantan yang diketuai AMANAH paling produktif bertemu dengan segenap lapisan akar umbi meliputi isu ekonomi setempat sehingga menyentuh hal berkaitan alam sekitar.
Keceluparan Pas sepanjang tahun 2017 termasuk mendakwa PKR khianat terhadapnya membawa kepada arahan Biro Politik PKR yang memutuskan partinya di Kelantan mesti melepaskan semua jawatan politik di bawah kerajaan negeri.
Pendirian bermaruah PKR itu jauh bermaruah berbanding Pas di Selangor yang selamba tebal muka berkongsi kuasa dalam kerajaan negeri pada ketika bermusuh dengan komponen Pakatan Harapan.

Kerajaan ‘kitar semula’ daftar pemilih kononnya dilupuskan SPR, dakwa Abdul Rashid

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, SPR terpaksa ‘kitar semula’ daftar pemilih tahun 1994 dan 2004 yang dikatakan telah dilupuskan semata-mata terpaksa bersekongkol dengan kerajaan untuk memenangkan Barisan Nasional (BN).
“Sebenarnya kerajaan kitar semula daftar pemilih yang dikatakan telah dipadamkan itu untuk menghadapi PRU14 nanti.
“Saya adalah pengerusi SPR dahulu, saya tidak pernah lakukan (memadamkan data).
“Hakim dan SPR pakat dengan kerajaan secara terang menolak afidavit rayuan kerajaan Selangor,” ujarnya ketika ucapan pengulungan pada Mesyuarat Agung Pertama parti itu semalam.
Rashid yang merupakan pengerusi SPR dari 2000 hingga 2008 dan pernah dilantik Setiausaha SPR dari 1979 hingga 1995.
Beliau berkata, amat perlu Pakatan Harapan menerima cadangan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendesak kerajaan membawa pemerhati daripada agensi PPB dan Sekretariat Komenwel pada PRU14 akan datang.
Beliau yakin dalam tempoh terdekat ini kerajaan akan menyasarkan daftar pengundi khususnya di Selangor untuk merampas semula negeri itu di bawah pakatan pembangkang dengan kitar semula 326,272 daftar pemilih yang dikatakan SPR sudah dilupuskan itu.
“Tunggulah dalam tempoh sebulan ini akan dijalankan sasaran mereka di Selangor kerana negeri ini kaya.
“Apapun yang akan dilakukan Najib sekarang kita mesti mempertahan pilihan raya dan perlu membuat beberapa desakan terhadap kerajaan,” ujarnya.
Beliau mencadangkan agar undi Pos tidak lagi disimpan di markas tentera atau dilokap balai untuk tempoh pengiraan undi sebagaimana kebiasaan dilaksanakan oleh SPR.
“Tidak ada satu peti undi awal (undi pos) dibenarkan disimpan di markas tentera dan di lokap balai kerana ia tidak dijamin selamat kerana peti undi itu akan ditukar.
“Di bawah pemantauan agensi seperti Komenwel Skretariat di bawah PBB mereka akan menjadi pemerhati dan pemantau dalam PRU14 kali ini yang dikatakan satu pilihan raya yang cukup genting akan diadakan.
“Keunikannya kerana pemimpin yang dia (Najib) tahu sudah tersedia tempat di Sungai Buluh jika PRU kali ini partinya kalah.
“Kita akan minta peti undi ini di simpan di dewan-dewan daerah diseluruh negara, orang kita akan jaga di waktu malam.
“Kita tidak boleh benarkan penipuan ini berlarutan.Cukuplah.Najib dilindungi undang-undang kerana ramai yang sedia membantunya untuk menidakkan apa yang Najib lakukan, hakim lebih mendengar di sebelah sana (kerajaan).
“Kesian SPR kena ‘jilat-jilat’ untuk hidup kerana nak mengembangkan sayap Najib.
“Sebanyak empat pilihan raya saya kendalikan di bawah Tun Dr Mahathir…tanyalah Tun yang masih ada lagi ni, pernahkah dia suruh saya tipu?
“Tak payah nak tipu tuan-tuan jika kerajaan itu adil dan saksama kepada rakyat. Sebanyak 3juta majoriti kerajaan menang kerana pada masa itu negara membangun rakyat tak perlu khuatir.
“Hari ini nak jumpa Pengerusi SPR pun susah,” ujarnya.
Abdul Rashid bercakap sedemikian di hadapan 983 perwakilan susulan Kerajaan negeri dalam saman yang difailkan tahun lepas mendakwa SPR menyalahi Perlembagaan Persekutuan dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya.

NAJIB RAZAK TAKUTKAN MELAYU DENGAN KIT SIANG BAKAL PM,DALAM DIAM DUIT FELDA LESAP

UMNO SONGLAPLAH DUIT BANYAK MANA PUN POLIS SETAKAT ACAH ACAH TANGKAP SAJA

HARAM JADAH ISA SAMAD TANAH FELDA HILANG DIA BOLEH RELAX MENYANYI

AZAM MENYINGKIRKAN NAJIB PALING SESUAI MENYAMBUT KEDATANGAN 2018..!!

Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2017 dan bermula jam 12.01 minit tengah malam nanti, semua kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2018.

Tahun 2017 mencatat banyak sejarah duka kepada rakyat dan negara negara, lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang dikaitkan dengan Najib Razak.

1Malaysia yang dulu dibangga-banggakan untuk disebut dan diucapkan sudah lama tidak kedengaran dan secara senyap-senyap telah ditukar kepada 1Negara.

Lebih dari itu, kedai runcit 1Malaysia dan kedai buku 1Malaysia pula sudah “tutup kedai” secara rasmi kerana pelbagai masalah operasi yang dihadapi.

1Malaysian Development Bhd atau 1MDB, sebagaimana yang diperkatakan di seluruh dunia dan disedari oleh kita semua, akan terus menghantui masa depan Najib kerana melalui syarikat itulah bertapaknya skandal dan dosa yang tidak mungkin dimaafkan oleh rakyat Malaysia, kecuali beliau dapat dihumban dari puncak kuasa.
Di sebalik gegak-gempita kononnya ekonomi negara stabil dan pertumbuhannya sentiasa sihat serta menaik di bawah Najib yang digelar menukar demokrasi kepada kleptokrasi, MITI akhirnya mengesahkan lapan kilang mutinasional sudah pun menutup operasinya di negara kita.

Apakah petanda semua itu?

Untuk tahun 2018 mendatang, tidak mustahil cabaran yang lebih getir sedang menanti kita semua.

Maka, tahun 2018 juga adalah tahun untuk kita sebagai rakyat yang telah dibebankan dengan GST dan hutang negara hampir mencecah 1 triliion, untuk membuat pilihan dan pertimbangan pula.

Pernahkah setiap kali kedatangan tahun baru sebelum ini, kita sentiasa memasang azam, baik untuk diri sendiri, keluarga, karier dan sebagainya, tetapi sasarannya tidak pernah mengena?

Jadi, sesuai dengan 2018 yang merupakan tahun untuk rakyat membuat pilihan, apa azam paling wajar untuk kita tanam dan tekadkan dalam diri kita?

Apa kata untuk 2018 ini, semua kita mempunyai azam yang sama iaitu untuk menyingkirkan Najib dan seterusnya menumbangkan UMNO serta BN dan sepertimana kata Nurul Izzah, menjadikan beliau diktator terakhir dalam sejarah Malaysia.

Percayalah, inilah azam paling terbaik, tidak saja untuk negara, tetapi juga untuk diri sendiri, keluarga, karier serta masa depan anak-anak kita semua.

Yang lebih penting, inilah juga azam paling mungkin menjadi kenyataan bagi rakyat Malaysia pada tahun 2018 nanti.

Jika sebelum ini banyak azam kita tidak pernah menjadi kenyataan, inilah masanya untuk kita paling mungkin  menyaksikan satu azam menjadi realiti  dalam kebersamaan bersama majoriti rakyat Malaysia yang lain.

Ayuh kita mula  tanamkan azam itu dalam hati kita sekarang juga!!!

Penganalisis: Pengaruh Dr M, skandal 1MDB tidak cukup goyahkan BN

Mereka berpandangan BN di bawah Najib Razak mempunyai kelebihan kerana pembangkang gagal menonjolkan diri mereka sebagai alternatif paling layak.
Rashaad-Ali-3Penganalisis medan politik Malaysia di seberang tambak tidak yakin Pakatan Harapan mampu secara berkesan mengambil kesempatan daripada kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gabungan itu untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Mereka yang ditemubual portal Singapura, Today Online, semalam berkata pengaruh Dr Mahathir, 92, dan pembangkang menghebohkan isu seperti skandal 1MDB tidak cukup untuk menggoyahkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Rashaad Ali, seorang penganalisis program Malaysia di Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS) berkata, masih ada persoalan besar sama ada pecahan undi Melayu antara PH dan BN, serta mesej pembangang untuk menamatkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cukup untuk menumbangkan BN.
“Saya rasa pembangkang belum dapat mengambil peluang untuk menonjolkan mereka sebagai alternatif berwibawa dan paling layak kepada rakyat Malaysia,” katanya menurut laporan itu.
“Sebaliknya, Umno-BN dan Najib sudah mengukuhkan kedudukan mereka,” tambahnya.
“Sebab itu saya percaya kemenangan mudah dan jelas BN memadai sebagai suatu kejayaan.
“Umno boleh dikatakan sudah mengharungi tempoh paling buruk dalam sejarah mereka, dan suatu kejayaan pada pilihan raya akan datang akan menjadi tamparan pada kelayakan pembangkang.”
Rashaad berkata langkah menjadikan Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun sehingga 2002, sebagai pengerusi PH tahun ini secara mudah mendorong pengundi kepada BN.
“Kedudukan Dr Mahathir hanya menguatkan mesej pengkritiknya. Beliau menjadikan dirinya sasaran mudah penyokong BN dan Umno apabila memilih untuk mengepalai mereka yang beliau buruk-burukkan beberapa pilihan raya lepas,” katanya.
Sementara itu, Mustafa Izzuddin, seorang felo di ISEAS-Institut Yusof Ishak, dilaporkan berkata faktor Dr Mahathir boleh menjadi “senjata makan tuan” buat PH.
“Kaliber dan kepetahan beliau mungkin memenangi lebih banyak sokongan kepada PH, terutamanya dalam kalangan orang Melayu tetapi sebaliknya, kehadiran beliau mungkin menyisihkan orang Cina terutamanya mereka yang tidak mahu keluar mengundi, dan itu akan memberi kesan di kerusi-kerusi majoriti tipis yang dipegang PH,” katanya.
“Dalam erti kata lain, penekanan melampau pada undi Melayu oleh PH boleh menghakis sokongan orang Cina kepada PH,” katanya.
Serina Abdul Rahman, seorang felo pelawat di ISEAS-Institut Yusof Ishak, berkata masalah 1MDB tidak akan memberi impak dalam kalangan pengundi.
Beliau berkata skandal itu diluar perhatian kebanyakan orang yang ditemuinya dalam kerja lapangan di Kedah dan Johor.
“Kebimbangan utama mereka ialah kelangsungan hidup sehari-hari disebabkan oleh kos sara hidup,” katanya menurut laporan itu.
“Walaupun ada yang menyedari skandal itu, hanya segelintir mengatakan ia memberi kesan pada mereka, dan hanya sedikit merasakan skandal itu akan menyebabkan mereka mengundi pihak lain,” tambahnya.
“Ada pun yang mengatakan semua itu berita palsu manakala yang lain mengatakan mereka tidak faham dan tidak peduli.”

Satu derap, satu harapan di Himpunan Turun-Turun malam ini


Satu derap, satu harapan di Himpunan Turun-Turun malam ini

Pemuda Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan suatu himpunan membantah kenaikan harga petrol dan diesel yang dinamakan “Himpunan Turun! Turun! – Turun Harga Minyak, Turun Najib Razak” bertempat di hadapan bangunan Sogo di ibu negara pada jam 11 malam ini bertepatan dengan sambutan ketibaan tahun baharu 2018.
Peserta himpunan kemudian akan berarak ke Dataran Merdeka, kata Pengarah Mobilisasi Pemuda Harapan (PH) Malaysia, Shazni Munir Mohd Ithnin dalam satu kenyataan hari ini.
“Kita berarak dan berganding bahu mendesak agar ditetapkan harga siling RM1.90 untuk RON95 dan RM1.80 untuk diesel. Lebih jauh, derapan langkah ini dihayun dengan satu harapan, 2018 merupakan tahun keberanian untuk rakyat bersatu lakukan perubahan. Ayuh!” seru beliau.
Harga bahan api tidak menentu tambah beliau, ditambah kegagalan kerajaan mengawal dan mengembalikan semula subsidi minyak, dalam keadaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang masih kekal, kesemua itu ibarat kecelakaan di kala rakyat menanggung keperitan meneruskan hidup sehari-hari.
“Ikan kembung yang dahulunya santapan rakyat kebanyakan; harganya kini melambung tinggi, sikit sahaja lagi menghampiri bawal dan siakap. Pilihan yang ada hanyalah cencaru, diselang-seli dengan keli. Itu pun tidak tahu esok lusa masih kekal rendah atau naik makam sebagai menu orang-orang kaya.
“Beras usah dicerita. Kalau sebelumnya masih boleh berangan untuk merasa beras gred A cap rambutan selang beberapa bulan menyimpan, kini berpada dengan beras gred C, cap yang entah apa-apa. Asalkan murah dan mampu dibeli. Sampai bulan yang perlukan persiapan sekolah anak-anak, mata hanya mampu memandang beras kilo sahaja.
“Susu formula dan lampin pakai buang sudah menjadi dilema bulanan. Jika seorang anak sudah terasa, inikan pula bersusun tiga ke empat orang cahaya mata. Pembelian ‘clearance stock’ walau berdepan risiko luput tarikh, terpaksa digagahkan. Tidak termasuk risiko susu formula tiruan di pasaran yang mampu membunuh! Allah.. Besarnya cabaran menjadi ibu dan ayah menjelang 2018,” kata beliau lagi.
Sambung beliau, rakyat usah lihat pada menteri dan konco-konco yang gaya hidupnya seolah-olah Malaysia sudah capai status negara maju.
“Mereka ini golongan yang mati akal budi. Simpati dan kasihan yang keluar dari mulut mereka sekadar lintasan lisan yang tidak bermakna apa-apa. Rakyat akhirnya menjadi perkakas yang terpana dengan lakonan-lakonan menakjubkan menjelang pilihan raya.
“Ketika harga bahan api naik, mereka kata mengikut harga pasaran. Ketika harga turun, mereka suruh berterima kasih dengan kerajaan. Jadinya sekarang, memang sepenuhnya mengikut harga pasaran atau masih dikawal kerajaan? Senyap. Setiap minggu harganya masih naik dan turun.
“Ya, perhatian kita sering terarah pada harga RON95. Itu betul dan bagus. Namun amat jarang kita memerhati rapat harga diesel yang menjadi nadi kenderaan berat dan punca kenaikan kos pengangkutan. Dalam tempoh dua minggu mutakhir ini harga diesel telah naik sebanyak 6 sen. Diesel yang sepatutnya lebih murah kini sama harganya RON95, RM2.26 per liter!
“Dalam menuntut pemerintah melaksanakan dasar baik dan menguntungkan rakyat, tidak cukup sekadar bising-bising di media sosial. Kalau bukan artis atau selebriti yang menulis dan bercakap, sampai ke sudah tidak akan jadi apa-apa. Maka kekallah status-status di media sosial itu sekadar coretan peribadi. Lima tahun akan datang, naik semula di garis masa untuk dikongsi sebagai memori. Kepincangan kerajaan akan kekal dan tidak berubah apa-apa,” kata Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu.

Kejayaan PPBM tembusi Felda beri harapan pada PKR

Ketidakpuasan atas kemiskinan mungkin mendorong warga Felda di Pahang menyokong PH.
Lee-Chean-Hung-3
Timbalan pengarah operasi pilihan raya PKR Pahang yakin akan kemampuan Pakatan Harapan meraih sokongan pengundi di penempatan Felda di negeri itu.
Lee Chean Hung memberi 2 sebab mengapa beliau yakin: keanggotaan PPBM dalam PH dan ketidakpuasan dalam kalangan warga Felda atas kemiskinan mereka.
Beliau berkata PPBM menunjukkan mereka mampu menembusi estet Felda.
Beliau mendakwa pemerhatiannya mengesahkan keyakinan ramai pemerhati bahawa PPBM mampu membina pengaruh di beberapa kawasan Felda yang tidak dapat ditembusi parti pembangkang sebelum ini.
Mengenai ketidakpuasan di penempatan, beliau berkata sebab utama ialah kekurangan pekerjaan dan peluang, terutamanya untuk generasi ketiga warga Felda.
“Oleh kerana itu, jenayah menular di banyak penempatan Felda di Pahang,” tambahnya.
Bagaimanapun, Roslan Md Isa, pengerusi Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsan yang berkaitan PAS, memberi gambaran berbeza.
Beliau bersetuju kesetiaan warga Felda kepada BN mungkin tidak sekuat dahulu, tetapi tidak bermakna mereka akan mengundi PPBM.
“Insya Allah, mereka tidak lagi akan bersama Umno dan BN, dan mereka juga tidak akan bersama pasukan Dr Mahathir Mohamad,” katanya merujuk kepada pengerusi PPBM.
Roslan akui penceramah PPBM mampu menarik hadirin yang ramai di estet-estet Felda, tetapi sebahagian besarnya kerana perasaan ingin tahu warga Felda.
Beliau berkata PPBM sebagai sebuah parti baharu tidak mempunyai jaringan akar umbi yang kuat.
Beliau mendakwa masalah Felda berakar semasa pentadbiran Dr Mahathir dan mendakwa warga Felda generasi kedua menyedari perkara itu.
“PPBM boleh kata apa sahaja yang mereka mahu sekarang ini,” katanya. “Hakikatnya kita akan tahu pada hari pengundian nanti.”
Dua belas daripada 14 kawasan Parlimen Pahang menempatkan penempatan Felda.
Hanya 2 kawasan yang tidak ada penempatan Felda iaitu Kuantan dan Indera Mahkota, di mana kedua-duanya dimenangi PKR pada pilihan raya umum lepas.
Baru-baru ini, Ketua Amanah Jempol Abdul Rahman Ramli, mengatakan dirinya mewakili warga Felda, mendakwa pengurusan Felda “gagal” mentadbir estet-estetnya.
Rahman menyertai penyerahan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa agensi itu menyiasat bagaimana hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dilaporkan diambil alih oleh pihak swasta.

Bimbang veteran lompat parti, PAS tubuh sayap khas


Bimbang veteran lompat parti, PAS tubuh sayap khas
Semenjak penubuhan Amanah, semakin ramai pemimpin kanan parti tersebut meninggalkan parti kerana bergeser dengan kem ulama yang dikepalai Presiden PAS Abdul Hadi Awang. 
PAS tubuhkan satu sayap baharu dinamakan Assabiqun dalam parti itu untuk mengelakkan golongan tersebut berpaling tadah dan menyertai parti lain.
Pengerusi sayap berkenaan, Subky Abdul Latif dilaporkan berkata selain mengelak veteran PAS dipancing parti lain, ia turut bertujuan mendekati golongan berkenaan.
"Mungkinlah ada perasaan rasa terpencil setelah tidak lagi memegang jawatan dalam parti.
"Bagi orang muda yang menerajui parti sekarang jenguk-jenguklah golongan assabiqun bagi mendekatkan mereka dengan arus perjuangan," katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti PAS, Harakahdaily.
Beliau berucap ketika majlis pelancaran sayap Assabiqun Negeri Kelantan semalam, yang disempurnakan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob.
PAS kehilangan ramai golongan veterannya selepas parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP, parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.
Barisan pemimpin veteran PAS, antaranya Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub bertindak keluar parti dan menubuhkan Amanah, yang kini merupakan parti dalam gabungan baharu blok pembangkang Pakatan Harapan.
Semenjak penubuhan Amanah, semakin ramai pemimpin kanan parti tersebut meninggalkan parti kerana bergeser dengan kem ulama yang dikepalai Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Keadaan ini turut berpunca daripada pemilihan parti PAS 2015 yang menyaksikan kem ulama PAS hampir menyapu bersih keseluruhan jawatan parti yang dipertandingkan dan menyebabkan golongan profesional tidak mendapat tempat dalam parti.
Ini termasuklah ketua pembangkang Kedah merangkap ADUN Anak Bukit Amiruddin Hamzah yang melepaskan jawatannya selaku yang dipertua PAS Kuala Kedah untuk menyertai parti Bersatu.
Selain itu, Adun Salor dan bekas naib presiden PAS Husam Musa juga meninggalkan parti setelah tidak selari dengan kepimpinan sekarang.
Seorang lagi bekas naib presiden PAS Mahfuz Omar juga dijangka keluar parti hari ini untuk menjadi ahli Parlimen bebas.

Politik Kelantan pasca perpecahan PAS

KELANTAN sebuah negeri yang sebenarnya paling banyak dibantu oleh kerajaan persekutuan khususnya dalam pemberian geran perbelanjaan mengurus negeri.
Tujuannya untuk menampung defisit perbelanjaan mengurus akibat kelemahan kerajaan Kelantan terutama daripada aspek kewangannya.
Sejak 2005, hampir setiap tahun bantuan kewangan disalurkan atas semangat persekutuan apabila berlakunya defisit perbelanjaan mengurus. Malah dalam perbelanjaan Bajet 2018 terdapat defisit sebanyak RM41.54 juta.
Kerajaan negeri Kelantan banyak bergantung pada hasil tanah yang menyumbang sekitar 34% manakala hasil hutan pula menjadi menyumbang kedua terbesar. Berlakunya defisit perbelanjaan dan bantuan kerajaan pusat ini dilihat sebagai salah satu kelemahan kerajaan negeri yang kini mempunyai hampir 2 juta penduduk dan mempunyai pengundi luar yang terbukti dapat mengubah politik Kelantan nanti.
Kedudukan Kelantan ini umpama “anak emas” kerajaan persekutuan meskipun Kelantan bukanlah di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dan setiap pilihan raya umum (PRU), Umno gagal menawan Kelantan sejak 1990.
Ketidakupayaan menampung perbelanjaan mengurus ini dapat dilihat apabila bantuan kini menghampiri jumlah RM1 bilion sejak 2004. Malah pada 2000 pada zaman pemerintahan Dr Mahathir Mohamad juga bantuan ini juga diberikan. Hanya pada 2008 kerajaan negeri tidak meminta bantuan mengurus daripada kerajaan pusat.
Berdasarkan hakikat ini, dakwaan kerajaan pusat zalim, mengabaikan pembangunan di Kelantan ternyata tidaklah benar.
Malah di Kuala Krai pembinaan hospital baru bernilai lebih RM300 juta dan pembinaan jalan raya Kota Bharu-Kuala Krai lebih RM400 juta, menunjukkan Kelantan pimpinan PAS tidak diabaikan kerajaan pusat meskipun Umno hanya mempunyai 12 kerusi DUN manakala PAS menguasai 31 kerusi dan selebihnya PKR dan Amanah masing-masing mempunyai satu kerusi.
Bergantung
Bantuan terhadap kerajaan negeri juga bukanlah sesuatu yang baru. Malah sejak zaman Tun Razak, kerajaan PAS turut dibantu termasuk penubuhan KADA (Kemubu Agricultural Development Authority) bagi penanaman padi dan agro makanan, galakan ladang ternakan haiwan di Tanah Merah, pembinaan jambatan Sungai Golok, pembinaan masjid, pasar dan rumah murah untuk rakyat Kelantan serta kemudahan infrastruktur lain.
Meskipun kerajaan negeri ketika itu diperintah PAS di bawah pimpinan seperti Mohd Asri Muda dan Muhamed Nasir yang ketika itu menteri besar.
Situasi ini lama kelamaan mewujudkan kecurigaan terhadap menteri besar seolah-olah bersikap pro Umno dan BN. Akhirnya menyebabkan terjadinya perpecahan dalaman PAS hingga wujud parti serpihan seperti Berjasa dan Hanim.
Ketika era Najib Razak sekarang juga seolah-olah mengikut jejak sama seperti ayahandanya yang lebih banyak memberikan bantuan kepada kerajaan negeri Kelantan berbanding kepimpinan sebelum ini. Hubungan yang rapat ini menyebabkan akar umbi PAS meragui kepimpinan tertinggi parti Islam itu terutama di antara Hadi Awang dan Najib.
Maka inilah antara faktor selain terbentuknya perpecahan golongan ulama dan profesional yang menjadi bibit-bibit perpecahan dalaman PAS hingga wujudnya parti serpihan, iaitu Amanah.
Perpecahan PAS, rahmat Umno
Apabila Amanah terbentuk ia semacam rahmat kepada Umno. Yang pertama, kini PAS sudah mempunyai dua musuh, iaitu Umno dan Amanah. Kejayaan Umno kini ialah berjaya berperanan secara politik licik memecahkan PAS hingga keluar daripada Pakatan Rakyat meskipun DAP pun mempunyai peranan yang besar juga dalam hal ini.

KDN dedah hampir 3,000 ditahan tanpa bicara

Pada masa ini terdapat seramai 2,787 orang ditahan di bawah pelbagai undang-undang penahanan pencegahan tanpa menghadapi perbicaraan.
Menurut rekod Jabatan Penjara Malaysia, pecahannya adalah seperti berikut setakat 9 Oktober:
600 orang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca);
18 orang ditahan di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota);
1,829 ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952; dan,
340 orang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Data itu didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Bagaimanapun soalan Leong agar KDN mendedahkan pecahan mengikut pusat tahanan tidak dijawab dalam jawapan bertulis tersebut.
Pada tahun 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan undang-undang penahanan tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).
Sehingga pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, ISA berulang kali digunakan, antara lain untuk menahan tokoh pembangkang, wartawan dan aktivis sehingga dua tahun.
Pengkritik menegaskan bahawa pentadbiran Najib meminda undang-undang sedia ada dengan mewujudkan undang-undang hampir sama seperti Sosma, yang membolehkan penahanan tanpa bicara seperti ISA dilakukan.
Sosma digunakan untuk menahan bekas ketua bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang selepas kedua-dua mereka memfailkan laporan mengenai urusan 1MDB di luar negara.
Undang-undang yang sama juga digunakan untuk menahan pemimpin BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam perhimpunan BERSIH 5 tahun lepas. Tiada pertuduhan dikenakan terhadap Maria.

Shahrir: Felda tak sunyi dari kontroversi sepanjang tahun

Sejak pelantikan pengerusi baharu, Shahrir Abdul Samad, media tidak pernah sunyi dengan siasatan demi siasatan ke atas Felda, anak syarikatnya dan individu berkaitan Felda.
Shahrir-Abdul-Samad-smart-township-feldaMungkin 2017 bukan tahun terbaik buat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang tak sunyi daripada kontroversi sepanjang tahun.
Sejak pelantikan pengerusi baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada Januari, media melaporkan siasatan demi siasatan ke atas Felda, anak syarikatnya, dan individu berkaitan Felda, termasuk bekas pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Berikut adalah kronologi beberapa peristiwa penting membabitkan Felda sejak Januari hingga Disember.
2 Januari – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures (FGV), anak syarikat Felda, Datuk Zakaria Arshad meletakkan keyakinan tinggi untuk muncul sebagai sebuah organisasi kukuh dan efisyen.
6 Januari – Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC), yang bertanggungjawab mengaudit ketelusan badan-badan kerajaan, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilantik sebagai pengerusi Felda menggantikan Tan Sri Isa Abdul Samad yang tamat tempoh perkhidmatan.
Isa masih memegang jawatan pengerusi FGV.
17 Januari – Shahrir mengumumkan akan menjual hotel milik Felda di London bagi mendapatkan sumber kewangan dan aset berkenaan tidak memberi pulangan yang banyak.
25 Januari – SPRM menahan 4 pegawai dan seorang bekas pegawai Felda dalam siasatan ke atas dakwaan penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta sejak 2014.
29 Januari – Shahrir mendedahkan beliau menerima jawatan Felda kerana melihat agensi itu satu usaha yang berjaya sehinggakan menjadi institusi ekonomi dan sosial pada masyarakat Melayu.
“Selain itu, saya juga mendapat gambaran bahawa ia (Felda) dalam bahaya. Saya menerima pandangan itu,” kata Shahrir lapor Sinar Harian.
16 Februari – Isa menegaskan FGV tidak pernah rugi dalam urusan perniagaan cumanya kadang-kala keuntungan yang diperoleh tidak besar.
20 March – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menyatakan Felda dan anak syarikat mencatatkan kerugian tidak nyata sebanyak RM1.21 bilion hasil pegangan sahamnya dalam FGV.
3 April – Shahrir mengesahkan Felda masih mempunyai aset bernilai RM22 bilion sekaligus menafikan bahawa institusi berkenaan dalam keadaan tenat.
6 Jun – Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden FGV Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha diarahkan bercuti berkuat kuasa serta merta.
Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung tunggakan bayaran daripada syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.
7 Jun – Kerajaan Persekutuan melantik bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak bebas bagi meneliti penggantungan Zakaria dan Ahmad Tifli.
8 Jun – SPRM mula menjejakkan kaki ke Ibu Pejabat Felda di Kuala Lumpur bagi menyiasat dokumen berkaitan siasatan terhadap FGV. Isa menegaskan tidak melakukan kesalahan.
14 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Idris Jala yang dilantik sudah menyiapkan laporannya.
19 Jun – Najib mengumumkan Isa bersetuju untuk melepaskan jawatan pengerusi FGV berkuat kuasa serta merta.
21 Jun – Isa dan isterinya Puan Sri Bibi Shaliza Mohd Khalid hadir ke ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan dakwaan salah laku dan rasuah dalam FGV.
14 Julai – Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan siasatan terhadap pembelian hotel 4 bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) antara tahun 2013 dan 2015.
Siasatan dibuat susulan maklumat baharu diperoleh dalam siasatan terhadap Felda. “Berdasarkan siasatan awal, FIC dipercayai membeli hotel itu pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit,” kata SPRM.

Mahfuz dijangka umum keluar PAS


Mahfuz dijangka umum keluar PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar menyampaikan ucapan pada satu program Pakatan Harapan di Permatang Pauh pada Ogos lalu. 
PEMIMPIN PAS Mahfuz Omar dijangka akan mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti Islam itu hari ini, menjadikan beliau sebagai ahli Parlimen terbaru keluar PAS berikutan keputusannya untuk menubuhkan pakatan pembangkang kedua.
Mahfuz, yang secara terbuka melobi PAS untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), juga dijangka akan mengumumkan beliau akan menjadi ahli Parlimen bebas buat masa ini.
Dalam menyokong pakatan PAS-PH, ahli Parlimen Pokok Sena itu sering menentang pimpinan partinya. Beliau juga menimbulkan kemarahan pimpinan PAS yang mahukannya keluar.
Sumber yang rapat dengan Mahfuz memberitahu bekas pesuruhjaya PAS Kedah itu juga akan mengumumkan peletakan jawatan itu pada sidang media yang dijadualkan berlangsung di Alor Star, Kedah pada jam 2 petang.
Mahfuz akhirnya membuat keputusan untuk keluar parti berikutan tekanan daripada penyokong akar umbinya, kata sumber berkenaan.
Mahfuz ketika dihubungi semalam bagaimanapun enggan mengesahkan namun tidak menafikan dakwaan ini.
"Saya hanya akan katakan sesuatu esok (hari ini). Sila hadir pada sidang media saya," katanya.
Mahfuz dianggap sebagai antara yang terakhir dalam kalangan pemimpin PAS progresif dan ahli yang meninggalkan parti pada 2015 selepas pertikaian dalaman.
Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu bersama ahli Parlimen lain meninggalkan parti itu pada 2015 dan menubuhkan Amanah.
Amanah juga merupakan salah satu daripada parti dalam pakatan pembangkang termasuk PKR, DAP dan Bersatu.
Selepas muktamarnya tahun ini, PAS mengumumkan untuk menubuhkan pakatan pembangkang kedua yang dipanggil Gagasan Sejahtera Rakyat.
Pakatan itu akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 menentang PH dan pakatan pemerintah Barisan Nasional.
Sejak penubuhan Bersatu pada 2016, tersebar khabar angin yang mengatakan Mahfuz akan menyertai parti Melayu yang juga sebahagian daripada PH itu.

PRU14: “54 kerusi parlimen, 92 kerusi Dun di Felda tidak lagi selamat buat BN”


Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman berkata, berdasarkan situasi semasa di Felda, apatah lagi skandal membabitkan Tanah Felda di Jalan Semarak, Anak berkeyakinan 54 kerusi parlimen dan 92 Dun di Felda, bukan lagi simpanan tetap bagi kerajaan sedia ada.
“54 kerusi parlimen, 92 kerusi Dun di Felda tidak lagi selamat buat BN”Kehadiran Tun Dr Mahathir telah menarik sokongan ribuan warga Felda. Ia suatu gelombang yang tidak pernah berlaku sebelum ini melainkan era reformasi pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
“Kerjasama erat melalui taskforce Anak-PPBM dengan aktiviti utama Jelajah Semarak Kasih Felda telah mendapat sambutan hebat masyarakat Felda.
“Insya-Allah kesedaran warga Felda khususnya Generasi Baru Felda, akan membuka ruang dan peluang pembentukan kerajaan baru yang telus dan beramanah,” kata beliau.
Jelas Mazlan, pelan pemulihan 100 Felda akan memberi keutamaan terhadap isu hutang dan pendapatan peneroka, rumah Generasi Baru Felda, dasar Belia & Wanita, yang tentu sekali diharapkan dapat mengembalikan Felda dilandasan yang betul.
“Pemulihan Felda, FGV, KPF dan Yayasan Felda serta pembangunan sosio ekonomi; melalui kepakaran anak anak peneroka sendiri, yang sedia berbakti, pastinya bakal memberi harapan baru yang dinanti-nantikan,” katanya lagi.
Dalam kenyataan yang sama Mazlan berkata, sebagai mewakili Anak, beliau mengucapkan tahniah dan syabas buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) atas kejayaan Perhimpunan Agung Tahunan kali pertama semalam.
“Terima kasih mengundang Anak,” kata beliau.

2018 tahun pilihan raya dengan PRU14 dan pemilihan parti

 2018 tahun pilihan raya dengan PRU14 dan pemilihan parti  
PRU14 merupakan pilihan raya yang ditunggu-tunggi berikutan beberapa isu dijangka menjadi pertandingan sengit dalam sejarah politik tanah air. 
2018 merupakan tahun mengenai politik dan pilihan raya umum (PRU), yang mana Perdana Mneteri Najib Razak menyifatkannya sebagai "Bapa segala pilihan raya".
Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia dan pengundi sudah letih dalam politik, ia masih menjadi salah satu pilihan raya yang dinanti-nantikan, memandangkan ia berpotensi akan membawa perubahan sebagaimana yang berlaku pada tahun lalu yang melemahkan cengkaman parti Umno dalam undi Melayu.
Ini termasuk penyertaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam pembangkang dan skandal menyelubungi Felda yang secara tradisinya merupakan bank undi buat pakatan pemerintah.
Undi popular kepada Barisan Nasional (BN) sudahpun terhakis, iaitu hanya 48% sahaja berbanding 52% kepada pembangkang pada PRU13.
Dan selepas PRU14, parti politik utama akan menjalankan pilihan raya dalaman mereka juga. Keputusan pilihan raya parti Umno, khususnya sama ada Najib akan kekal sebagai presidennya, akan bergantung kepada keputusan PRU14.
Pilihan raya sebelum Mei?
PRU14 mesti diadakan sebelum 24 Ogos kerana Parlimen akan terbubar secara automatik pada 24 Jun.
Mengikut undang-undang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya 60 hari daripada pembubaran Parlimen.
Namun, dengan bulan Ramadan yang dijangka bermula pada 15 Mei dan pembebasan awal ketua umum PKR, Anwar Ibrahim pada Jun, BN dijangka akan mengadakan pilihan raya sebelum Mei.
Kemungkinan tarikh PRU14 adalah pada cuti sekolah semester pertama iaitu antara 16 Mac hingga 24 Mac yang akan memudahkan lagi SPR menggunakan bangunan sekolah sebagai pusat mengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2017.
Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya dalam 
tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.
Namun pada 2013, PRU13 bagaimanapun diadakan tiga minggu sebelum cuti penggal kedua persekolahan pada 5 Mei.
Satu indikator utama adalah apabila BN mengadakan sidang Parlimen khas untuk meluluskan proses persempadanan semula SPR.
SPR, selepas menyelesaikan beberapa bantahan undang-undang daripada pembangkang, menerima beberapa persoalan terhadap proses persempadanan semula pilihan raya di Selangor. Proses bagi negeri lain sudah siap. Sebaik saja pendengaran untuk Selangor selesai, SPR boleh membentangkan persempadanan itu kepada Najib untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.
BN hanya memerlukan majoriti mudah untuk meluluskan cadangan persempadanan semula kerana ia tidak melibatkan perubahan jumlah kerusi Parlimen. Sebaik sahaja ia diterima Parlimen, BN boleh mengadakan pilihan raya dengan persempadanan yang baru diubah.
Kajian oleh Institut Pulau Pinang menunjukkan cadangan SPR hanya akan mewujudkan lebih banyak kerusi majoriti Melayu.
Pada PRU13, BN memenangi 77 (53.4%) daripada 114 kerusi majoriti Melayu dan hanya lapan daripada 29 kerusi campuran di Semenanjung Malaysia. BN kehilangan semua kerusi majoriti Cina.
"Dari sudut taktikal, BN memerlukan persempadanan baru untuk meningkatkan peluangnya dengan mewujudkan lebih banyak kerusi majoriti Melayu," kata Pengarah Ilham Center Hisommudin Bakar.
Bagaimanapun, kenyataan SPR baru-baru ini bahawa pembubaran parlimen adalah prerogatif perdana menteri dan PRU14 boleh diadakan walaupun sebelum persempadanan semula diluluskan, akan menjadi petunjuk bahawa pilihan raya boleh diadakan lebih awal, tambah Hisommudin.
"Tetapi jika BN tidak menggunakan persempadanan semula, pertandingan akan lebih sengit," kata penganalisis sains politik itu.
Siapa yang akan menang?
Walaupun BN dijangka akan berdepan dengan cabaran yang hebat daripada pembangkang, Dr Wong Chin Huat daripada Institut Pulau Pinang menjangkakan satu lagi kemenangan BN, melainkan PH dan Dr Mahathir boleh memberi kegembiraan yang cukup kepada pengundi.
"Saya menjangka peratusan yang lebih rendah, sekitar 70% di kawasan tertentu berbanding dengan 84% pada tahun 2013," katanya yang juga ahli akademik sains politik.
"Seolah-olah terdapat banyak keletihan politik pada masa ini dan ditambah pula dengan persempadanan semula yang dilihat sedia untuk pertandingan tiga penjuru yang disebabkan oleh PAS, BN akan menang lagi," tambahnya.
PRU14 bakal menyaksikan perubahan peratusan pengundi berikutan perpecahan parti politik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2017.
PRU14 bakal menyaksikan perubahan peratusan pengundi 
berikutan perpecahan parti politik.
Wong menjangka jumlah undi BN dan Umno akan menurun walaupun pakatan pemerintah boleh memenangi lebih banyak kerusi kerana persempadanan semula.
"Semua itu bagaimanapun, boleh berubah sekiranya PH boleh menggembirakan pengundi bukan Melayu sambil meningkatkan undi Melayu, menjadikan masalah undi rendah itu kepada BN dan PAS."

Dapatkah permohonan maaf Dr Mahathir bantu Pakatan terus maju?

Penganalisis berkata permohonan maaf itu akan membantu melonjakkan PH tentang sumbangan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dari 1981 hingga 2003. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2017.PERMOHONAN maaf Dr Mahathir Mohamad atas segala perbuatannya ketika menjadi perdana menteri boleh dianggap sebagai rahmat untuk Pakatan Harapan (PH) dan menyelesaikan segala kebimbangan selama ini yang menyekat perkembangan gabungan itu – rekodnya sebagai seorang autokrat.
Penganalisis bebas Tan Ah Chai ia membolehkan PH menjual agenda reformasinya tanpa dibebankan dengan legasi Dr Mahathir – yang menyaksikan kebebasan institusi negara dirompak.
Sementara itu, aktivis PH menganggap permohonan maaf itu dilakukan dengan niat baik walaupun Dr Mahathir mengatakan adat orang Melayu minta maaf, dan ia bukan pengakuan salah.
Bagi mereka, minta maaf atau tidak, Dr Mahathir sudah membuktikan komitmennya kepada matlamat PH dengan membentuk parti politik dan menyertai sekutu untuk menewaskan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Permohonan maaf itu mewakili perpisahan dengan masa silamnya dalam Umno dan BN tanpa mengurangkan kedudukannya sebagai seseorang yang tahu bagaimana Umno bekerja dan oleh itu mampu mengakhiri hegemoni Umno,” kata Tan kepada The Malaysian Insight.
“Ia juga membantu melegakan perasaan generasi reformasi dan penyokong tegar Anwar Ibrahim yang masih sakit hati dengan Dr Mahathir kerana memenjarakan Anwar pada 1998 .”
Ia termasuk Adun Hung Klang Saari Sungib dan bekas veteran reformasi Badaruddin Ismail.
Kedua-dua berkata mereka memaafkan Dr Mahathir, di mana pentadbiran ketika itu menahan ramai aktivis pada 1998 kerana menyertai protes reformasi kerana membantah Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri, dipenjarakan.
Saari berkata walaupun Dr Mahathir tidak pernah meminta maaf atas kesalahannya, beliau serius dalam menjatuhkan BN.
“Beliau kritik Perdana Menteri Najib Razak. Beliau keluar Umno. Beliau jumpa Anwar dan tubuh parti baharu. Ia menyebabkan BN terjejas teruk,” kata Saari, yang kini pemimpin Amanah Selangor.
Terus bergerak
Dalam satu acara yang jarang berlaku semalam, Dr Mahathir yang digelar diktator kerana kekerasannya terhadap pembangkang ketika menjadi perdana menteri, memohon maaf atas kesalahannya pada masa lalu.
Dr Mahathir berkata beliau terbabit dalam politik sejak 1945, dan banyak membuat kesilapan.
Beliau berkata demikian atas kapasitinya sebagai pengerusi Bersatu, parti yang turut berada dalam gabungan pembangkang PH.
Katanya, keputusan untuk menyertai pembangkang dikritik hebat kerana beliau kini bekerja dengan beberapa individu yang pernah dipenjarakannya ketika menjadi perdana menteri.
Pemerhati turut mengkritik parti seperti PKR, DAP dan Amanah kerana bekerja dengan individu di mana dasar yang diperkenalkan mencemari kehakiman dan media dalam negara, serta mereka yang memperjuangkan kebebasan bersuara.
Tetapi beberapa jam selepas memohon maaf, Dr Mahathir berkata adat orang Melayu untuk minta maaf, dan sama ada dia buat salah atau tidak, itu perkara yang lain.

Izzah terima maaf Dr M, mahu Najib jadi diktator terakhir

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menerima permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini untuk sebarang kesilapan yang dilakukan bekas perdana menteri itu selama menjadi perdana menteri.
Langkah seterusnya katanya adalah memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi “diktator terakhir”.
“Saya terima permohonan maaf dan keterlibatan Tun Mahathir dalam usaha menyelamatkan masa depan Malaysia. Biarlah Najib menjadi diktator terakhir buat Malaysia,” katanya melalui akaun Facebook malam tadi.
Terdahulu, Dr Mahathir membuat permohonan maaf itu dalam ucapan pembukaannya di perhimpunan agung Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang pertama di Shah Alam hari ini.
Beberapa jam selepas sidang media perhimpunan itu tamat, apabila ditanya alasan beliau memohon maaf, Dr Mahathir berkata permohonan maafnya merupakan “adat orang Melayu”.
Nurul Izzah berkata permohonan maaf Mahathir membantu melahirkan kepercayaan secara progresif dan mengambil kira kebimbangan dan kepentingan ramai.
“Hanya Allah jualah yang mengetahui apa yang terbuku di sudut hati setiap manusia, dan kepada-Nya jualah kita harus serahkan sebarang penghakiman,” tambahnya.
Anggota parlimen Lembah Pantai itu juga berkata reformasi sistem wajib dilaksanakan kerana sistem yang sama telah melahirkan diktator demi diktator.
Pilihan raya umum (PRU) ke-14 dijangka bakal menjadi salah pilihan raya paling sengit dalam sejarah Malaysia, dengan Umno berdepan pakatan pembangkang yang dipimpin Dr Mahathir, yang merupakan bekas presiden dan tokoh parti itu sendiri.
BN yang kalah undi popular dalam PRU lepas dijangka akan cuba membuktikan kekuatan mereka dengan cuba memenangi dua per tiga majoriti yang dinafikan oleh pembangkang sejak dua penggal berturut-turut.
Penggal Parlimen akan berakhir pada 26 Jun 2018 yang bererti PRU ke-14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh itu.

'Bugis warrior,' I salute you, says Tun M

'Sekarang semua takut nak sebut Bugis'

'Saya sedia bertanding di Putrajaya'

Mufti tak sangkal amanat Hadi punca peristiwa Memali

PM sementara ini jawab Mahathir

'Adatlah saya orang Melayu, selalu minta maaf'

Tan Seri Mahyudin Yassin: PPBM Tiada Rundingan dan Kerjasama Dengan Pas pada PRU-14

ISU KAFIR PAS MENGAPA MUFTI DIAM SERIBU BAHASA!!~Tun Mahathir

Sabtu, 30 Disember 2017

Janji kebebasan bersuara Tun M sukar dipercayai sembang Menteri Umno

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggambarkan janji terbaharu dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula kebebasan bersuara sekiranya pembangkang membentuk kerajaan akan datang, sebagai ‘sukar dipercayai’.
“Bagaimana Mahathir boleh berfikir bahawa beliau boleh melepaskan diri dengan kenyataan sedemikian apabila lebih banyak kebebasan bersuara sekarang ketika pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak  berbanding pada tahun 1980-an ketika Mahathir menjadi perdana menteri?” katanya dalam catatan di laman blog beliau, sskeruak.blogspot.my.
Beliau berkata, Dr Mahathir telah menggelar Najib dengan pelbagai nama yang bersifat jahat, malah Dr Mahathir boleh menghadapi pendakwaan di bawah Akta Hasutan.
“Tetapi Najib tidak mengambil tindakan. Najib membenarkan Mahathir terus memfitnahnya, dan setiap hari Mahathir terus menghina Najib...Mahathir tidak akan bertolak ansur 10 peratus daripada apa yang dilakukannya terhadap Najib.
“Tiada bukti yang lebih besar daripada ini bahawa Najib adalah penyebar kebebasan bersuara. Jika tidak, Mahathir tidak dapat berbuat apa yang beliau lakukan dan mengatakan semua perkara yang beliau nyatakan hari ini,” katanya.
Dilaporkan Dr Mahathir membuat janji itu semasa Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Parti Pribumi  Bersatu Malaysia, yang mana beliau adalah Pengerusinya, di Shah Alam, Selangor hari ini.

Bersatu desak kerajaan benarkan agensi PPB, Sekretariat Komenwel pemerhati PRU14

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak kerajaan membenarkan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Sekretariat Komenwel hadir ke Malaysia sebagai pemerhati pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Pertama parti itu hari ini berkata, ia bertujuan bagi mengelak penyelewengan dan penipuan yang mungkin akan berlaku sepanjang tempoh pilihan raya diadakan.
“Kita mesti tolak politik kotor Barisan Nasional (BN) yang semakin kerap memainkan isu perkauman.
“Isu perkauman adalah modal terakhir untuk menakut-nakutkan pengundi supaya tidak mengundi Pakatan Harapan,” ujarnya di hadapan 983 perwakilan membabitkan 157 bahagian pada perhimpunan yang diadakan di IDCC Shah Alam hari ini.
Bersatu mengadakan Perhimpunan Agung Pertama parti itu di IDCC Shah Alam hari ini.
Justeru, beliau mengingatkan rakyat tidak terus terperangkap dalam permainan politik kotar BN yang hanya mengunakan isu perkauman semata-mata untuk menutup kelemahan mereka.
“Kita tidak sekali-kali mengunakan isu kaum dan agama semata-mata untuk meraih undi,” ujarnya.
Himpunan yang diadakan hari ini turut dihadiri rakan dalam Pakatan Harapan antaranya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Tan Kok Wai dan NGO serta pemerhati.
Muhyiddin juga berkata, sudah tiba masanya Pakatan Harapan memberitahu rakyat mengenai apa tawaran Pakatan Harapan.
Himpunan yang diadakan hari ini turut dihadiri rakan dalam Pakatan Harapan antaranya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Tan Kok Wai dan NGO serta pemerhati.

BERSATU ADALAH PARTI MASA DEPAN UNTUK MALAYSIA, ADAKAH UMNO MENYESAL MELULUSKAN PENDAFTARANNYA DAHULU?

Sesiapa yang biasa hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum parti itu tercemar dengan imej skandal dan kleptokrasi yang dibawa oleh Najib Razak, pasti dapat merasakan ia seolah-olah telah menjelma semula dalam Perhimpunan Agung Tahunan atau PAT Bersatu kali pertama yang diadakan di IDCC, Shah Alam hari ini.

Dengan kehadiran hampir 100 peratus perwakilan daripada 137 bahagian yang sudah diwujudkan, ditambah ribuan pemerhati yang turut hadir dan sebahagiannya tidak dapat memasuki dewan kerana tempat duduk yang terhad, disertai dengan semangat perjuangan membara untuk menyelamatkan negara bersama-sama Pakatan Harapan, PAT ini adalah satu lagi simbol kejayaan kepada Bersatu sebenarnya.

Jika sebelum ini ramai yang memperlekeh impian Bersatu untuk menyelamatkan negara sambil mengaitkannya dengan ketiadaan PAT sejak parti itu diluluskan oleh ROS lebih setahun yang lalu, segala kata-kata cemuhan itu kini terpadam dengan sendirinya.

Bukan saja kehadiran ribuan pewakilan dan pemerhati yang menjadi kebanggaan, lebih daripada itu ialah semangat yang ditunjukkan oleh mereka yang menghadirinya dengan tanggungan sendiri.

Dari wajah dan cara berbual sesama sendiri yang didengari di beberapa sudut di dalam dan di luar dewan, jelas terpancar keinginan yang tinggi di kalangan mereka untuk menyelamatkan negara ini daripada kerosakan yang diakibatkan oleh Najib, UMNO dan BN.

Dalam UMNO, semangat untuk menyelamatkan negara dan bangsa sudah tidak kedengaran lagi dalam PAU yang mereka adakan sejak tahun-tahun kebelakangan ini. 

Mufti gagal sangkal ‘fatwa’ ekstrem bawa kepada Peristiwa Memali

Dr Mahathir berkata para mufti berdiam seribu bahasa seolah-olah mereka bersetuju dengan PAS. mahathir-memali-1
SHAH ALAM: Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kegagalan para mufti menyangkal “fatwa” ekstrem membawa kepada Peristiwa Memali 1985 di Kedah.
Peristiwa itu menyaksikan 4 anggota polis dan 13 penyokong seorang guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya, terkorban dalam operasi untuk menahan Ibrahim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, kerana didakwa terlibat dalam kegiatan memecah-belahkan umat Islam.
“Apabila PAS dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS adalah kafir, kenapakah perlu mufti-mufti tidak membetulkan kenyataan mereka? Mereka berdiam seribu bahasa seolah-olah mereka setuju dengan pendapat PAS.
“Ia tidak akan berlaku kalau awal-awal lagi mufti mencabar. Kenapakah ‘Amanat Hadi’ itu tidak disangkal oleh mereka?” katanya sewaktu ucapan penggulungan di mesyuarat agung tahunan pertama PPBM di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) hari ini.
Dr Mahathir merujuk kepada petikan ucapan yang dikaitkan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981. Dalam amanat itu, Hadi didakwa mengatakan PAS menentang BN dan Umno kerana ia mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah.
Kebetulan amanat itu menyusuli Revolusi Iran 1979, peristiwa yang dikatakan memberanikan golongan Islamis konservatif di merata tempat termasuk Malaysia.
Amanat itu dikatakan titik penting dalam politik orang Melayu kerana secara tidak langsung membawa kepada kafir-mengkafir, solat 2 imam dan pemulauan aktiviti masyarakat.
“Apa yang kita lihat ialah Peristiwa Memali yang mana pengikut Ibrahim Libya bunuh 4 orang polis kerana pada mereka polis adalah kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir.
“Inilah hasil daripada ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh orang politik yang tidak ditangkis oleh mufti-mufti,” kata Dr Mahathir.
PAS sebelum ini menggesa kerajaan menyiasat semula tragedi Memali untuk memberi keadilan kepada semua pihak dan membersihkan nama mereka yang tidak bersalah.
Susulan gesaan itu, kerajaan mengumumkan akan meneliti cadangan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) selepas maklum balas pelbagai pihak, termasuk PAS.