Khamis, 12 Januari 2017

Gejala rasuah seperti anai-anai cerita Peguam Negara....

Peguam Negara Mohamed Apandi berkata gejala rasuah adalah seperti anai-anai yang akan memamah rakus keutuhan negara sedikit demi sedikit dan seperti anai-anai,kehadirannya seringkali tanpa disedari dan sedia diambil  tindakan terhadap mana-mana pegawainya yang terbabit.
"Hanya bermula dengan pelawaan makan malam di hotel terkemuka ia kemudian bersabit pula dengan pelawaan bermain golf dan melancong...akhirnya ia merebak dan menjerumus kepada permintaan dan pemberian wang ringgit serta barangan berharga secara terbuka tanpa segan silu," katanya.
Beliau berkata perbuatan rasuah yang dominan dan sukar diubah ketika ambang kejatuhan Empayar Melaka dahulu, terutamanya di kalangan pembesar dan saudagar, seharusnya dijadikan teladan serta diinsafi generasi masa kini.
"Kesetiaan pembesar dan saudagar amat mudah dibeli melalui wang ringgit dilabur Portugis," katanya seperti dilapor Bernama.
Katanya Empayar Melaka yang dikatakan kebal akhirnya jatuh ke tangan Portugis pada 1511 bukan kerana tiada senjata canggih atau kudrat pahlawan, sebaliknya benteng kukuh empayar itu dirobohkan sedikit demi sedikit oleh orang yang berlindung di sebaliknya.
Justeru katanya lagi, Jabatan Peguam Negara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai undang-undangnya yang terlibat dengan rasuah.
Beliau menyeru semua pegawai undang-undang itu supaya tidak sama sekali terlibat dengan sebarang kegiatan rasuah, salah guna kuasa dan perlanggaran peraturan serta undang-undang yang mencemar nama baik jabatan itu.

"Jika wabak penyakit dapat kita sembuhkan dengan penemuan vaksin dan anti-bakteria yang sesuai, wabak rasuah hanya boleh diubati dengan keinsafan hati diri kita sendiri.
"Terlalu banyak yang boleh kita lakukan tetapi pokok pangkalnya masih berbalik kepada diri tuan puan sendiri," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Pegawai Undang-undang Jabatan Peguam Negara 2017 hari ini.
Turut hadir Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek. Persidangan selama tiga hari bermula semalam itu disertai 631 pegawai undang-undang daripada pelbagai agensi kerajaan seluruh negara.

4 ulasan:

  1. Cakap aja tapi MO1 dilindungi.

    BalasPadam
  2. Selesaikan kes rasuah melibatkan MO1 dulu, baru boleh berfalsampah.

    BalasPadam
  3. Dan ko tu Apandi....ketua anai anai itu....dan bapak anai2 tu najib...queen anai2 tu rosmah....hihihihi

    BalasPadam
  4. Nak buka mulut pasal rasuah konon, yang salah guna kuasa tu apa????? Kamulah Peguam Negara (PN) yang tak ada intergriti yang malaysia pernah ada. Kamu tahu demi allah yang najib bersalah dalam kes SRC tapi kamu lindungi dia kerana balas budi dilantik jadi PN. Jika mengikut undang2 kamu adalah penghaynat bangsa. Apa kah najib itu lebih besar dari negara malaysia. Jahanamnya najib tidak sama dengan jahanamnya malaysia. Dia individual tapi malaysia adalah negara dengan rakyatnya hampir 30 juta. Dia lenyap tidak akan merugikan tapi negara runtuh selama2nya rakyat menderita. Bukan menghasut minta rakyat buat perubahan......tidak menyalahi undang2.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA