Khamis, 12 Januari 2017

Peguam Negara terlena di pejabat, dakwa Amanah


Peguam Negara didakwa terlena di pejabat sehingga tidak sedar tindakan negara luar terhadap 1MDB.Peguam Negara didakwa terlena di pejabat sehingga tidak sedar tindakan negara luar terhadap 1MDB.
 Parti Amanah Negara (Amanah) meminta supaya Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya jangan terlena daripada memerhati segala perkembangan mutakhir berkaitan isu 1MDB yang sangat berkepentingan kepada rakyat dan negara.
Timbalan presidennya, Salahudin Ayub dalam satu kenyataan berkata, terdapat beberapa tindakan tegas dari beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat dan Switzerland yang telah bertindak terhadap individu dan bank yang terlibat dengan skandal 1MDB.
Paling terbaru, katanya, ialah kerajaan Singapura yang telah mengheret Bank Privet Falcon ke muka pengadilan kerana terlibat dengan penyimpanan wang yang punya bukti jelas berkaitan dengan 1MDB.
Jens Fred Sturzenegger yang merupakan pengurus bank tersebut merupakan orang ke 5 yang didakwa di Singapura, katanya.
Beliau mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman 28 minggu penjara dan denda S$128,000.
Ironinya di Malaysia, kata Salahudin, fail skandal 1MDB yang telah sempurna disiasat oleh BOK SPRM terdampar lesu di meja peguam negara atas hujah tiada kes untuk didakwa.
"Amanah memperingatkan supaya peguam negara jangan terus terlena daripada menjalankan tanggungjawab besar ini kepada rakyat dan negara.

"Skandal 1MDB adalah malapetaka besar kepada kehidupan masa depan rakyat Malaysia," katanya.
Sebagai rekod pada 5 Januari lalu pihak berkuasa Singapura telah mendakwa bekas pengurus Falcon Private Bank cawangan Singapura, Jens Sturzenegger, dengan 16 kesalahan berkaitan siasatan 1MDB di Singapura. Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak S$80,000.
Sturzenegger, 42, mengaku bersalah pada 11 Januari, melalui peguamnya Tan Sew Swan & Co seperti dilapor portal media The Straites Times negara itu, anak guamnya berhasrat untuk mengaku bersalah kepada beberapa pertuduhan ke atasnya.

4 ulasan:

  1. PN tak kan berani nak sabitkan najib sebab najib yang lantik dia. Mesti diingat jua geng mafia sentiasa memerhati tindak tanduk PN, silap2 haribulan nyawa melayang. Itu lah kehebatan kumpulan ini, tidak akan tersabit dengan undang2. Gila gila.....

    BalasPadam
  2. Biarkanlah dia menghadap maha esa dengan dosa2nya ini. Baru tahu kuada mana lebih hebat, MO1 atau ALLAH.

    BalasPadam
  3. Dia nak tempah tiket ke neraka. Org yg rapat dan sayangi dia tolong nasihatkan dia.

    BalasPadam
  4. PN bukan tidur bukan terlena tetapi tidak berdaya kerana ada lagi kuasa yang lebih kuat daripadanya darisegi perlembagaan.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA