Khamis, 12 Januari 2017

Pemuda Pas Kelantan tolak kerjasama dengan Mahathir


Laporan BHarian.com tentang sikap  Pemuda Pas Kelantan yang menolak kerjasama dengan PPBM khasnya Tun Dr Mahathir.Laporan BHarian.com tentang sikap Pemuda Pas Kelantan yang menolak kerjasama dengan PPBM khasnya Tun Dr Mahathir.
Sebagaimana sikap Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Abdullah, Pemuda Pas Kelantan juga menolak kerjasama dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Berita Harian Online, Dewan Pemuda PAS Kelantan menolak sebarang kerjasama dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam Pilihan Raya Umum ke-14, akan datang.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Dr Mahathir kini dianggap bukan satu faktor penting dalam politik negara.
"Bagi kita Dr Mahathir bukan lagi faktor penting dalam politik dan PAS sendiri sudah buat keputusan tiada sebarang kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara.
"PPBM masih mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan PAS dan jika kenyataan Dr Mahathir boleh menyebabkan kerugian kepada parti itu saya rasa ahlinya boleh buat keputusan sendiri," katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian cek kepada usahawan muda di sini, semalam, lapor BHarian.com.
Beliau mengulas mengenai kritikan keras Dr Mahathir terhadap ulama dan mufti tetapi dalam masa yang sama berhasrat untuk bekerjasama dengan PAS.
Ahmad Fadhli turut menyokong kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, bahawa kerjasama dengan PPBM boleh dilakukan namun menolak jika ia dilakukan bersama Dr Mahathir.
Mohd Amar berkata sebelum ini PAS tidak pernah mendapatkan nasihat daripada bekas Perdana Menteri itu dan tidak juga mengharapkannya (nasihat) di masa hadapan.

4 ulasan:

  1. PAS boleh pergi jahanam la, nak kerjasama dengan PPBM, tetapi tak mau kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir, sedangkan Tun Dr. Mahathir adalah Pengerusi PPBM, orang nombor 1 dalam PPBM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dap kata boleh kerjasama dgn pas tp tidak dgn hj hadi, pas punya melenting. Skrg pas buat perkara yg sama dgn Bersatu, halal pula! Mmg dasar bani israel, haram utk org lain tp halal utk dia

      Padam
  2. Kami Bantah Caj 20 Sen Guna Beg Plastik. Ini kempen menyusahkan rakyat.

    Ini kerana kempen berkenaan hanya menyusahkan rakyat dan menguntungkan penjual kerana tak perlu sediakan apa2 beg.

    Kerajaan selangor sepatutnya mengarahkan penjual sediakan beg kertas.

    BalasPadam
  3. PERASAN PULA PAS NI..PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN..PAS TAK HENDAK ,MAHATHIR LAGI TAK INGIN..CERMIN MUKA DULU PAS PIS PUS ..PARTI SERBAN SEBAKUL SATU SEN TAK BERGUNA..HAHA

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA