Isnin, 17 Julai 2017

Adakah kos bina MRT lebih RM100 bilion, tanya pengkritik


Adakah kos bina MRT lebih RM100 bilion, tanya pengkritik
Sekiranya Putrajaya tidak boleh telus dalam pendedahan kos sebenar projek rakyat, bagaimana rakyat boleh tahu projek itu berbaloi untuk setiap sen yang dibelanjakan. 
HARI ini, kelompok pertama projek infrastruktur terbesar Malaysia, MRT Line 1 Sungai Buloh-Kajang beroperasi sepenuhnya.
Tetapi pertelingkahan masih memuncak di antara wakil rakyat dan pentadbiran Najib mengenai kos sebenar projek itu dan sama ada- dengan kosnya yang sangat mahal- akan memberikan faedah kepada rakyat.
Seperti yang dikatakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hakikat yang pertelingkahan tercetus dalam kos sebenar projek itu menunjukkan wujud masalah ketelusan dalam satu projek yang memberi kesan besar kepada rakyat.
Sekiranya jumlah sebenar kos MRT yang dikeluarkan pentadbiran Najib boleh dipersoalkan, apakah jaminan harga projek gergasi lain seperti Landasan Keretapi Berkelajuan Tinggi KL-Singapura dan Lebuhraya Pantai Timur yang diumumkan ialah tepat?
Ketika Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan projek itu dalam Bajet 2011, dia mengatakan yang ia berkos RM40 bilion.
Difahamkan yang jumlah ini ialah untuk ketiga-tiga jaringan iaitu MRT SBK, Serdang-Putrajaya (MRT SSP) dan Circle Line, semuanya dijangka disiapkan menjelang 2020 dan meliputi jarak 141 km.
Bab lima buku panduan Pelan Transformasi Ekonomi 2011 mengatakan yang kos awal keseluruhan projek ialah RM47 bilion.
Daripada jumlah itu, RM36 bilion ialah untuk infrastruktur dan RM2 bilion untuk perbelanjaan pengambil alihan tanah. Tambahan RM9 bilion pula diperlukan untuk mengendalikan aset seperti gerabak.
Pada Oktober 2015, persoalan mula timbul mengenai jangkaan awal RM40-47 bilion ini, apabila DanaInfra Nasional Bhd (DanInfra) mengatakan yang MRT Line 2 sahaja dianggarkan berkos RM42 bilion.
DanaInfra ialah agensi penggerak khas kerajaan untuk projek infrastruktur yang ditugaskan untuk menjana dana. Ia mengumumkan yang ia menjana RM50 juta melalui program pinjaman untuk membayar MRT Line 1 dan MRT Line 2.
Tetapi pada Disember 2016, ketika Najib mengumumkan MRT Line 1 (SBK), Rafizi mendakwa yang kos sebenar keseluruhan projek itu sebenarnya dua kali ganda jumlah yang diumumkan.
Najib berkata yang MRT Line 1 sepanjang 51km berkos RM21 bilion dan ia kurang RM2 bilion berbanding kos asal sebanyak RM23 bilion.

Rafizi mengatakan berdasarkan pengiraan daripada dokumen awam kesemua tiga jaringan itu melibatkan kos RM124 bilion. Ini sangat jauh berbeza daripada RM40 bilion yang pertama kali diumumkan Najib atau RM47 bilion seperti dinyatakan ETP.
Pada 24 Disember, pemilik projek MRT, Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) kemudiannya mengeluarkan kenyataan beberapa hari kemudian mengatakan jumlah RM40 bilion sebelum ini “sudah tidak relevan”.
“Kami mahu menjelaskan yang angka ini diambil daripada kertas cadangan pada 2010. Jumlah itu tidak termasuk keretapi elektrik dan sistem berkaitan, selain pengambil alihan tanah,” kata MRT Corp dalam kenyataan itu.
Kos RM40 bilion itu pada mulanya wujud dalam kertas cadangan sektor swasta pada 2010 yang dihantar kepada kerajaan untuk projek MRT dibina serentak, berasaskan harga pada 2009 kata syarikat itu.
MRT Corp mentakan yang syarikat itu mengumumkan pada 2012 yang MRT Line 1 akan berkos RM23 bilion sementara jaringan kedua dianggarkan berkos RM32 bilion.
Kajian kebolehlaksanaan MRT Line 3 sedang dilakukan, tambah syarikat itu lagi.
Rafizi masih mempertahankan penilaian awalnya yang jumlah keseluruhan projek akan mencecah lebih RM100 bilion.
Pendedahan MRT-Corp menunjukkan yang dua daripada tiga rangkaian yang dicadangkan sudah berjumlah lebih daripada RM40-47 bilion seperti diumumkan pentadbiran Najib.
Mengapa perbezaan ini mustahak?
Kerana keseluruhan proses merancang dan menentukan sama ada projek awam ini boleh memberikan manfaat kepada rakyat bergantung kepada jumlah kos sebenar, hujah Rafizi.
Angka RM 40 bilion yang pertama kali dibentangkan di Parlimen dan diluluskan sebagai sebahagian daripada bajet kerajaan, yang dalam keadaan sebenar ialah perancangan tahunan tentang bagaimana kerajaan mahu membelanjakan dana awam.
“Sekiranya RM40 bilion diluluskan pada 2010 ialah kos keseluruhan MRT boleh diketepikan melalui satu kenyataan MRT Corps sebagai “tidak lagi relevan”, ini bermaknsa semua proses kelulusan di Dewan Rakyat juga boleh dianggap “tidak relevan”,” kata Rafizi.
“Tidak pernah wujud kebertanggungjawab kerana lebihan kos mana-mana projek awam.
“Jika Putrajaya tidak boleh bertanggungjawab dalam perbelanjaan projek infrastruktur awam, mengapa kita perlu untuk meluluskan bajet?
Di masa depan, bagaimana rakyat boleh diyakinkan yang mereka akan mendapat faedah terbaik untuk setiap ringgit yang dibelanjakan dalam MRT Line 3, KL-Singapura HRL dan Aliran Transit Ringan (LRT) Line 3?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA