Isnin, 17 Julai 2017

Jangan buat Soalan Bodoh ?

 
Oleh Zaharin Mohd Yasin
Saya bukan hendak menjawab bagipihak Dr Mahathir Mohamad. Kes liwat yang dituduh kepada Anwar Ibrahim. Isu ini mula dibangkitkan oleh Umi Hafilda melalui sepucuk surat kepada Dr Mahathir Mohamad. Surat itu beredar dikalangan pemimpin UMNO. Tetapi tidak ada sesiapa yang hendak membuat kenyataan tuduhan perihal isu kandungan surat itu yang melibatkan seorang pemandu kereta dan anak angkat Anwar ibrahim.
Isu ini mula menjadi peristiwa ialah bila Anwar Ibrahim tersilap mengarahkan Polis menyerbu kerumah seorang Doctor yang melindungi penulis surat dan mangsa liwat. Dan satelah ditangkap kesemua mereka dibawah kerumah Anwar Ibrahim dan kemudian menandatangan surat minta maaf. Dalam masa yang sama terbit sebuah buku.. Buku menceritakan akan kisah kenapa Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Saya mengambil sebahagian isi buku itu dan membuat aduan polis.. Buku itu diterbitkan dalam masa Pergong UMNO 1998.
Maka satelah buku diterbitkan dan diedarkan.. Anwar Ibrahim bukan sahaja buat tahanan edaran melalui Mahkamah tetapi dia juga membuat aduan Polis.. Kertas siasatan pun di buka.
Maka bermula siasatan diatas kandungan buku dan surat itu. Dr Mahathir Mohemad barulah bersuara dalam isu ini. Dr Mahathir Mohamad sendiri sebagai seorang Perdana Menteri telah memberikan tawaran samada letak jawatan atau pihak Polis akan membuat dakwaan.
Pejabat Peguam Negara sudah menyediakan kertas pertuduhan atas dua kes.. Satu dibawah Akta BPR yang Anwar Ibrahim menggubalnya pada tahun 1996. Dan kedua kes liwat. Beliau patut ditangkap salepas meraikan Hari Kebangsaan di Pulau Pinang. Tetapi nasihat Peguam Negara, Anwar Ibrahim perlu dipecat jawatan dan keahlian UMNO.
Rasional Peguam Negara.. Jika dia dipecat Timbalan Perdana Menteri tetapi masih kekal Timbalan Presiden UMNO dan Ahli Parlimen, beliau berhak dilantik menjadi Perdana Menteri, jika sesuatu berlaku kepada Dr Mahathir Mohamad.
Maka dimana persoalan Dr Mahathir Mohamad mendakwa Anwar Ibrahim seorang peliwat? sebelum isu itu terdedah kepada umum. Dr Mahathir Mohamad mendakwa Anwar Ibrahim seorang peliwat salepas surat Umi Hafilda terdedah kepada umum, penerbitan sebuah buku dan penangkapan penulis surat, mangsa liwat dan seorang Doctor dan dibawa kerumah Anwar Ibrahim.

Perlu di ingat Anwar Ibrahim pertama kali masuk penjara bukan kerana kes liwat, dimasukkan penjara dituduh bawah Kanun BPR kerana menyalah gunakan kuasa, bila arah Polis membawa mereka yang kena tangkap kerumahnya.
Tetapi kemasukan beliau sekarang kedalam penjara bukan dizaman Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Itu zaman Najib Razak.
Kesimpulannya Dr Mahathir Mohamad gagal membuktikan Anwar Ibrahim sebagai peliwat kerana semua tuduhan kepada Anwar Ibrahim dia menang dalam perbicaraan termasuk dalam rayuan.
Membuktikan Anwar Ibrahim sebagai peliwat berlaku di zaman Najib Razak. Tugas Dr Mahathir Mohamad menuduh Anwar Ibrahim sebagai peliwat tidak selesai dan kesampaian tetapi di muktamadkan oleh Najib Razak. Maka siapa yang sebenarnya menuduh Anwar Ibrahim seorang peliwat, Dr Mahathir Mohamad atau Najib Razak?.
Sekarang siapa yang mudah lupa dan buat lupa? Kebodohan nasihat Habebal Rahman menjadikan Najib Razak ikut sama bodoh, kenyataan boomerang kepada diri sendiri.

1 ulasan:

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA