Jumaat, 30 Jun 2017

UNDI:18 TAHUN BELUM MATANG?

DALAM pilihanraya umum Britain pada awal Jun, satu fenomena yang mengejutkan ialah peratusan yang keluar mengundi di kalangan anak muda yang sangat tinggi. Tiada siapa yang menyangka ia akan berlaku kerana biasanya pilihanraya di Barat jarang menarik perhatian golongan muda.
Dianggarkan kira-kira 72% anak muda keluar mengundi. Malah, lebih mengejutkan lagi, takrifan anak muda di United Kingdom adalah mereka yang berumur di antara 18 dan 24 tahun. Di negara itu, sesiapa yang berusia 18 tahun ke atas layak mengundi. Kini sudah ada kempen di Britain untuk menurunkan usia mengundi menjadi 16 tahun.
Berbeza dengan Malaysia, kadar umur masih kekal pada 21 tahun. Ini telah menafikan hak jutaan golongan muda yang berusia di antara 18 dan 20 tahun untuk memilih kerajaan yang akan mentadbir, memerintah dan menentukan masa depan mereka.
Sebenarnya, umur 21 tahun sebagai pengundi merupakan legasi zaman penjajah. Britain membenarkan warganya yang berumur 21 tahun mengundi pada tahun 1928. Undang-undang dipinda pada 1969 untuk menurunkan umur kepada 18 tahun.
Namun, Malaysia memilih untuk kekal dengan undang-undang penjajah kerana ia memberi kelebihan kepada pemerintah. Kerajaan sedar usia 18 – 21 merupakan darah muda yang sentiasa dahagakan pembaharuan dan perubahan.
Rakyat berhak mengundi pada usia 18 tahun. Malah, sistem pilihanraya negara perlu dirombak segera, khususnya bagi memastikan pendaftaran secara automatik sebaik sahaja seseorang warganegara mencapai umur 18 tahun. Sama ada dia mahu mengundi atau tidak, itu hak asasinya. Tiada paksaan. Tetapi hak mengundi telah ditetapkan secara automatik.
Yang peliknya, banyak perkara dewasa dibenarkan pada usia 18 tahun tetapi dinafikan hak mengundi.  Umpamanya, pada usia 18 tahun telah dibenarkan berkahwin; malah bagi perempuan remaja Islam dibolehkan berkahwin pada umur 16 tahun. Tidak cukup dengan itu, Hakim Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk membenarkan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun bernikah.
Jika 16 tahun sudah dibenarkan berkahwin dan memulakan tanggungjawab bekeluarga serta menerima kesan semua keputusan dan dasar kerajaan, mengapa hak, amanah dan komitmen untuk menentukan kerajaan melalui hak mengundi masih dinafikan kepada anak muda?
Di Malaysia juga, usia 16 tahun juga sudah layak bekerja setaraf dewasa serta mendapatkan lesen motosikal manakala usia 17 tahun pula layak mengambil lesen kereta, dan pada umur 18 tahun sudah dibenarkan membeli rokok, dan minum keras bagi yang bukan-Muslim.
Malah, Akta Umur Dewasa 1971 menetapkan usia dewasa untuk lelaki dan perempuan di Malaysia adalah 18 tahun. Ini bermakna seseorang yang berumur 18 tahun dianggap sudah cukup matang untuk didakwa atau mendakwa serta menjadi saksi di mahkamah sebagai seorang dewasa.
Ketidaksimbangan di antara umur dewasa dan umur mengundi di Malaysia menimbulkan kesan yang buruk. Proses pemilihan kerajaan dianggap seolah-olah permainan orang tua yang tidak dipedulikan oleh anak muda.
Malah, dari segi politik kepartian, banyak parti yang masih mengekalkan umur maksimum 40 tahun sebagai usia golongan muda. Bayangkan orang politik yang masih bergaya sebagai anak muda sedangkan dia sendiri mungkin mempunyai anak-anak di sekolah menengah atau universiti, atau anak yang sudah bekerja dan anak yang telah berkahwin; dan dia masih bergiat sebagai pemuda di dalam parti. Lebih sesuai mereka ini digelar bapak atau emak budak.

Menyorot Perbezaan Konsep Kepimpinan Bn Vs PH


Oleh HAYAR HASSAN
Saya amat cukup teruja apabila membaca berita berkaitan Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) menolak tawaran calon Perdana Menteri sendainya Pakatan Harapan(PH) memenangi PRU ke 14 nanti.
DSAI sepertinya amat termaklum akan rintangan undang-undang dan teknikal yang terpaksa dilalui oleh pimpinan PH seandainya PH masih mahu mengangkatnya menjawat jawatan Perdana Menteri itu. Gerak kerja untuk merealisasikan impian sesetengah pimpinan PH itu mungkin akan mengurangkan fokus terhadap matlamat utama memenangi PRU ke 14. Sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohammad, Penasihat Bersatu juga secara halus telah menolak untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri seandainya PH memenangi PRU ke 14 nanti. Tun Dr Mahathir Mohammad sebaliknya menyatakan bahawa, beliau akan cuba memikirkannya seandainya dipersetujui oleh pimpinan PH. Kenyataan kedua-dua tokoh PH ini adalah agak luarbiasa dalam senario politik Malaysia dan boleh dikatakan fenomena baru dalam politik tanah air tercinta ini.
Lazimnya UMNO akan mengatakan bahawa jawatan Perdana Menteri itu adalah hak mutlak UMNO. Pemimpin-pemimpin lain dalam BN jangan mimpi untuk menjawat jawatan keramat tersebut. Dikhabarkan sesiapa yang di luar UMNO yang bercita-cita untuk mendapatkan jawatan keramat ini akan menerima padahnya. Sepertinya ianya semacam sudah menjadi suatu tahyul bahawa jawatan Perdana Menteri Malaysia adalah hak eksklusif UMNO !
Dikatakan UMNO-BN telah bertindak terhadap pertubuhan Al Arqam disebabkan kenyataan ketuanya, Allahyarham “Abuya “ Shaari Mohamad bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Kita tidak tahu sama ada penolakan Tun Dr Mahathir Mohammad dan DSAI itu ada kaitannya dengan kepercayaan karut ini.
Namun demikian, seperti yang saya utarakan sebelum ini, penolakan Tun Dr Mahathir Mohammad dan DSAI terhadap jawatan Perdana Menteri itu adalah suatu fenomena baru dalam pemahaman konsep kepimpinan PH. Konsep kepimpinan PH sebenarnya berbeza dengan BN. Ini yang saya ingin soroti dalam tulisan ringkas ini.
Semenjak merdeka sehingga sekarang, parti-parti dalam Perikatan/Barisan Nasional(BN) sudah dibiasakan dengan konsep pengurusan “Abang Long”. Secara mudahnya, parti-parti dalam komponen Perikatan/BN perlu akur terhadap polisi dan keputusan yang telah ditetapkan oleh UMNO.
Sebarang usaha yang dilihat tidak sealiran dengan UMNO akan dikecam dengan hebat oleh pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya dalam Mesyuarat Agong Tahunan UMNO . Parti-parti komponen dalam Perikatan/BN adalah disifatkan sebagai adik-adik dan UMNO adalah “Abang Long”. Dalam budaya Melayu, “ Adik-adik tidak boleh melawan Abang Long !”, walau pun keputusan “Abang Long” itu bukan lah keputusan yang terbaik !
Sebarang ketidakpuasan hati terhadap polisi-polisi yang telah ditetapkan oleh UMNO dalam Perikatan/BN hendaklah dipendamkan sahaja. Sekiranya ada percubaan parti-parti komponen yang ingin melawan UMNO, parti-parti tersebut akan ditendangkeluar atau dilenyapkan. Itulah yang telah berlaku kepada USNO, BERJAYA, PPP dan PAS.
Berlainan pula dengan konsep kepimpinan PH[dahulunya Pakatan Rakyat(PR)].Daripada apa yang boleh kita kutip, dalam membuat sebarang keputusan besar dan penting, Majlis Presiden PH mengamalkan ciri konsensus(consensus) yang membawa erti mudah – persetujuan sebulat suara atau kata sepakat. Dikatakan sebarang keputusan penting dan besar seperti menentukan calon-calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN) akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH.
Perlu kita akui, bukan semua keputusan besar itu boleh dibuat secara sebulat suara ! Berhadapan dengan kepentingan peribadi, kelompok dan agama, kadang kala amat terlalu sukar untuk mencapai suatu keputusan sebulat suara. Contohnya dalam membuat keputusan calon Perdana Menteri PH. Sampai sekarang Majlis Presiden PH masih belum dapat membuat sebarang keputusan.
Majlis Presiden PH mungkin dengan mudah dan tanpa mengambil masa yang panjang boleh bersetuju dalam mengatur strategi-strategi mengalahkan BN dalam PRU ke 14.

PAS IKUT SKRIP UMNO....!!!


Pendirian Pas menolak pelawaan Pakatan Harapan untuk bersama-sama memastikan mereka yang dituduh melesapkan dana 1MDB dibawa ke muka pengadilan seolah-olah mengikut skrip Umno.
Setiausaha Eksekutif Pemuda Sosialis DAP, Muhammad Shakir Ameer berkata, alasan Pas menerusi kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali itu, sekali gus menimbulkan tanda tanya.
Beliau dalam satu kenyataan semalam berkata, adakah Pas tidak menghiraukan isu-isu penyelewengan yang merugikan di negara sendiri?
“Sebagai seorang ahli parlimen, Khairuddin harus sedar betapa serius isu ini atau saja buat tidak tahu? Angkuh dan sombong hanya akan merugikan dan memalukan negara di peringkat antarabangsa,” katanya.
Muhammad Shahir berkata, beliau pelik dan geli dengan gelagat Pas yang seolah-olah ingin kembali kepada BN seperti di bawah Datuk Asri Muda suatu masa dahulu.

TIDAK MALUKAH MEMBELA PERKARA2 MUNGKAR?

Membangkitkan isu laporan Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) berkaitan penggubahan wang haram dari aliran akaun 1MDB dan dikait dengan perbelanjaan kepada individu tertentu yang dinamakan MO1 dan isteri MO1 sebagai  campur tangan asing adalah suatu yang sangat memalukan. 

Komen-komen dari pemimpin parti UmnoBN serta segelintir pemimpin pembangkang termasuk PAS serta berapa orang mufti adalah dilihat sebagai percubaan untuk mensucikan pelaku jenayah penggubahan wang haram di Amerika.

Terang-terang dokumen saman yang difailkan oleh DOJ di US District Court For The Central District of California adalah bertujuan untuk menyita dan mendapatkan kembali hasil penyelewengan yang berjumlah USD540 juta (bersamaan dengan RM2.3 bilion) dalam bentuk aset-aset yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang diselewengkan dari akaun 1MDB yang keseluruhannya telah menjangkau sebanyak USD1.7 bilion (bersamaan dengan RM7.3 bilion). 

DOJ bertindak memfailkan kes tersebut di mahkamah Amerika Syarikat setelah siasatan mendapati wang yang 'dirompak' dari 1MDB tersebut telah digunakan untuk transaksi-transaksi di Amerika Syarikat dimana ianya jelas membabitkan perbuatan pengubahan wang haram (money laundering) yang menjadi kesalahan di Amerika Syarikat serta di seluruh dunia. 

Malaysia juga tidak terkecuali kerana Malaysia mempunyai undang-undang bagi mencegah penggubahan wang haram iaitu  Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Keganasan 2001 akta 613 atau lebih di kenali sebagai AMLATFAPUAA seperti di Amerika Syarikat. 

Justeru, apa yang diseret dan dipalitkan nama-namanya seperti MO1 oleh DOJ adalah pelaku jenayah penggubahan wang haram tersebut.

Hasil siasatan DOJ mendapati wang tersebut adalah aliran dari akaun 1MDB. Dapatan hasil siasatan DOJ juga mendapati wang tersebut telah mengalir kembali kepada individu seperti MO1 dan isteri MO1 dalam bentuk tunai dan juga dalam bentuk permata berlian.

Persoalannya, apakah menjadi suatu kesalahan pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk mengambil tindakan keatas pelaku jenayah penggubahan wang haram di Amerika walaupun ianya adalah rakyat Malaysia?

Apakah Malaysia akan  melindungi pelaku jenayah penggubahan wang haram dari kalangan rakyat Amerika Syarikat andainya mereka lakukan aktiviti sedemikian di Malaysia?

Adakah peguam negara dan para mufti serta ulamak parti politik akan mengguna hujah yang sama iaitu tidak mahu dituduh sebagai mencampuri urusan negara asing walau pun kesalahan itu dilakukan di Malaysia.

Apakah perlu Peguam Negara, para Mufti dan PAS bangkit bagi mencadangkan pemansuhan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Keganasan 2001 yang telah sedia diwartakan?

DOJ tidak mendakwa 1MDB kerana 1MDB adalah mangsa penjenayah penggubahan wang haram. Apa yang diambil kira oleh DOJ ialah untuk mengheret perompak, penyamun, penyangak dan penjenayah penggubahan wang haram ke muka pengadilan. 

Sekiranya mahkamah di Amerika membenarkan permohonan DOJ tersebut, maka sudah tentu harta yang dibeli dengan menggunakan wang 1MDB tersebut akan dirampas dan dicairkan dalam bentuk tunai untuk diserahkan kembali kepada 1MDB yang merupakan syarikat milik rakyat dan negara Malaysia.

Rakyat amat berharap agar sesuatu perlu dilakukan di negara kita Malaysia untuk mengheret mereka yang terlibat dan bersubahat dalam kes 'pencurian mega' wang 1MDB yang menyebabkan aktiviti penggubahan wang haram tersebut dilakukan oleh individu seperti disebut dalam laporan DOJ.

Amerika Syarikat mahupun pihak asing lain tidak mencampuri urusan perundangan Malaysia dan jangan pula Malaysia dilihat dunia sebagai mencampuri urusan proses perundangan di Amerika Syarikat oleh DOJ semata-mata untuk 'mensucikan penjenayah' yang telah merosakkan nama baik Malaysia dimata dunia.

Sesuatu yang sangat pelik bilamana dapatan siasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat menemui kes penggubahan wang haram dari dana 1MDB yang dikitar di Amerika Syarikat kemudiannya dikembalikan semula ke Malaysia untuk MO1 dan isteri MO1, tiba-tiba Jabatan Peguam Negara Malaysia tampil untuk menjadi 'hero' dengan mengeluarkan kenyataan berbunyi "tiada berlaku apa-apa kes kecurian dalam 1MDB" dan begitu juga dengan golongan agamawan dengan kenyataan yang berbunyi  "jangan biar campur tangan asing dalam kes 1MDB".

Skandal 1MDB: DOJ hanya sita aset penjenayah pengubahan wang haram 1MDB



Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) bukannya mencampuri urusan Malaysia sebaliknya mengheret penjenayah pengubahan wang haram yang terkait dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke muka pengadilan.
Jutawan kontroversi Jho Low dalam satu majlis di New York.Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, harta yang dibeli menggunakan wang 1MDB akan dirampas dan dicairkan dalam bentuk tunai untuk diserahkan kembali kepada 1MDB jika mahkamah di AS membenarkan permohonan tindakan undang-undang sebelum ini.
"Rakyat amat berharap agar sesuatu perlu dilakukan di negara kita Malaysia untuk mengheret mereka yang terlibat dan bersubahat dalam kes 'pencurian mega' wang 1MDB yang menyebabkan aktiviti pengubahan wang haram tersebut dilakukan oleh individu seperti disebut dalam laporan DOJ.
"Amerika Syarikat mahupun pihak asing lain tidak mencampuri urusan perundangan Malaysia dan jangan pula Malaysia dilihat dunia sebagai mencampuri urusan proses perundangan di Amerika Syarikat oleh DOJ semata-mata untuk 'mensucikan penjenayah' yang telah merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia," tegasnya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas dakwaan kononnya laporan DOJ berhubung penglibatan individu yang dinamakan Malaysian Official 1 (MO1) dan isteri MO1 dalam jenayah pengubahan wang haram dari aliran akaun 1MDB, beliau menyifatkan hal tersebut sebagai sangat memalukan.
"Komen-komen dari pemimpin parti Umno-BN serta segelintir pemimpin pembangkang termasuk Pas serta beberapa orang mufti adalah dilihat sebagai percubaan untuk mensucikan pelaku jenayah penggubahan wang haram di Amerika," ujarnya.
Menurutnya, dokumen saman yang difailkan DOJ secara jelas untuk menyita dan mendapatkan kembali hasil penyelewengan berjumlah US$540 juta (RM2.3 bilion) dalam bentuk aset-aset yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang diseleweng dari akaun 1MDB yang keseluruhannya menjangkau US$1.7 bilion (RM7.3 bilion).
"DOJ bertindak memfailkan kes tersebut di mahkamah Amerika Syarikat setelah siasatan mendapati wang yang 'dirompak' dari 1MDB tersebut telah digunakan untuk transaksi-transaksi di Amerika Syarikat di mana ianya jelas membabitkan perbuatan pengubahan wang haram (money laundering) yang menjadi kesalahan di Amerika Syarikat serta di seluruh dunia.
"Malaysia juga tidak terkecuali kerana Malaysia juga mempunyai undang-undang bagi mencegah penggubahan wang haram iaitu  *Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Keganasan 2001 akta 613 atau lebih di kenali sebagai AMLATFAPUAA* seperti di Amerika Syarikat.
"Justeru, apa yang diseret dan dipalitkan nama-namanya seperti MO1 oleh DOJ adalah pelaku jenayah pengubahan wang haram tersebut," jelas pemimpin Pas itu.
Sehubungan itu, Mahfuz berpendapat kenyataan Jabatan Peguam Negara Malaysia yang dianggap tampil menjadi 'hero' bahawa tiada berlaku apa-apa kes kecurian dalam 1MDB serta peringatan jangan biar campur tangan asing dalam kes 1MDB adalah sangat pelik.
Hal ini kerana, katanya, siasatan pihak berkuasa AS menemui kes penggubahan wang haram dari dana 1MDB yang dikitar di negara berkenaan dikembalikan semula ke Malaysia untuk MO1 dan isteri MO1.
"Dengan kenyataan-kenyataan yang sedemikian rupa pastinya, PM Najib Razak, MO1 dan isteri MO1 tersenyum lebar hingga ke telinga melihat agamawan yang sungguh menawan sedangkan rakyat Malaysia sedikit pun tidak tertawan dengan kenyataan yang seolah-olah untuk memperbodohkan rakyat Malaysia yang bijak bestari," tambahnya lagi.

Skandal 1MDB: 'Kaitkan campur tangan asing cubaan sucikan pelaku jenayah'

Mengaitkan tindakan Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) ke atas kes pengubahan wang haram dengan campur tangan asing adalah perkara yang sangat memalukan, kata Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
"Komen-komen dari pemimpin parti Umno BN serta segelintir pemimpin pembangkang termasuk PAS serta beberapa orang mufti dilihat sebagai cubaan mensucikan pelaku jenayah penggubahan wang haram di Amerika," kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mahfuz, adalah jelas DOJ mahu menyita dan mendapatkan kembali aset AS$540 juta yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang didakwa diselewengkan daripada dana 1MDB.
"Dapatan hasil siasatan DOJ juga mendapati wang tersebut telah mengalir kembali kepada individu seperti MO1 (Malaysian Official 1) dan isteri MO1 dalam bentuk tunai dan juga dalam bentuk permata berlian.
"Persoalannya, apakah menjadi suatu kesalahan pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk mengambil tindakan ke atas pelaku jenayah penggubahan wang haram di Amerika walaupun mereka adalah rakyat Malaysia?" soal Mahfuz.
Beberapa pemimpin BN seperti Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebelum ini mendakwa tindakan DOJ sebagai campur tangan asing ke atas kedaulatan negara.
Manakala Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pula membidas DOJ dan menganggap tindakan itu berbaur politik.
Pada 24 Jun lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam surat terbuka kepada parti-parti politik berkata, campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara hanya akan membawa kerugian.
Pendapat itu senada dengan kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang berkata mereka yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia adalah "tali barut' dan mempunyai niat jahat.
Jangan campur urusan Amerika
Mengulas lanjut, Mahfuz mempersoalkan apakah Malaysia akan melindungi pelaku penggubahan wang haram daripada kalangan rakyat Amerika seandainya mereka melakukan aktiviti yang sama di negara ini.
"Adakah peguam negara dan para mufti serta ulamak parti politik akan mengguna hujah yang sama iaitu tidak mahu dituduh sebagai mencampuri urusan negara asing walaupun kesalahan itu dilakukan di Malaysia.
"Apakah perlu peguam negara, para mufti dan PAS bangkit bagi mencadangkan pemansuhan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Keganasan 2001 yang telah sedia diwartakan?," soalnya.
Tambahnya, sekiranya mahkamah di Amerika membenarkan permohonan DOJ tersebut, aset yang dirampas akan dikembalikan semula kepada 1MDB.
"Amerika Syarikat mahupun pihak asing lain tidak mencampuri perundangan Malaysia.

1MDB mungkin hanya belanja 0.01% untuk taja haji

Sejumlah RM56 juta yang dibelanjakan oleh 1MDB untuk menaja jemaah haji sejak 2011 berkemungkinan hanya kira-kira 0.01 peratus daripada anggaran jumlah hutang 1MDB yang berjumlah RM50 hingga RM55 bilion.
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mendakwa demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1MDB Datuk Jailani Ngah yang mendedahkan semalam 1MDB telah menaja 5,711 jemaah haji ke Makkah sejak 2011 dengan kos RM56 juta.
"Ini seolah-olah peruntukan besar kepada amal, tetapi sebenarnya hanya secebis berbanding hutang 1MDB," kata Lim dalam ceramah di Kelantan, malam tadi.
Bukan itu sahaja, Lim turut mempersoalkan mengapa 1MDB boleh mendedahkan berapa banyak yang dibelanjakan untuk menaja jemaah haji sejak 2011 tetapi belum lagi mendedahkan penyata kewangan penuhnya selama tiga tahun yang lalu.
Tiada siapa yang mengetahui jumlah hutang 1MDB, tambah Lim, yang mana akhirnya akan dibayar oleh generasi rakyat Malaysia.
Akaun 1MDB terakhir untuk diaudit dan diterbitkan, jelasnya, adalah sehingga akhir Mac 2014.

Rakyat mahu RCI siasat 1MDB dahulu sebelum skandal forex

SEMAKIN ramai rakyat Malaysia yang mahukan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) dibentuk untuk menyiasat syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbanding siasatan  kepada kerugian perdagangan forex Bank Negara (BNM) yang berlaku pada awal 90an semasa pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.
Seminggu yang lalu, Kabinet memutuskan yang RCI akan dibentuk untuk menyiasat kerugian perdagangan forex BNM dan sejak itu, pemimpin pembangkang dan pergerakan masyarakat sivil mengecam keputusan itu, menyifatkannya sebagai serangan ke atas Dr Mahathir Mohamad yang kini menyertai barisan pembangkang.
Mereka mengatakan yang RCI kepada 1MDB lebih penting berbanding siasatan  skandal yang berlaku lebih tiga dekad lepas itu.
Tumpuan kepada 1MDB kembali memuncak baru-baru ini selepas Jabatan Kehakiman Negara Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil untuk memulakan  rampasan aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 juta), dipercayai dibeli menggunakan wang yang dirompak daripada 1MDB.
DoJ kini mempunyai tiga saman untuk merampas hartanah, karya seni dan aset kewangan yang didakwa dibeli menggunakan wang rompakan 1MDB.
Mizan Kamaruddin, 22, yang tinggal di Kuala Lumpur berkata 1MDB perlu disiasat terlebih dahulu.
“1MDB lebih baru kan? Bukankah lebih berkesan kalau siasatan itu ditumpukan kepada 1MDB dahulu?” katanya kepada The Malaysian Insight di Times Square, Kuala Lumpur.
Mizan berkata tidak ramai orang mengetahui mengenai skandal forex BNM kerana ia sudah  lama berlaku dan lebih baik sekiranya pihak berkuasa menumpukan kepada apa yang mereka tahu terlebih dahulu, berbanding menggali masalah silam.
“Lihat sahaja kesan 1MDB sekarang. Matawang kita (ringgit Malaysia) jatuh mendadak. Semakin banyak ia jatuh, semakin rakyat menderita,” kata Mizan.
Pelajar pengurusan  hotel Azwan Ismail, 21, juga bersetuju dengan Mizan.
“Sejak lima tahun lepas, banyak masalah dan laporan tentang 1MDB, jadi saya rasa RCI kena siasatnya dahulu, barulah betul. Siapa yang tahu apa yang akan berlaku 20 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui di rumah terbuka Perdana Menteri Najib Razak di Putrajaya.
Azwan percaya yang tidak perlu sebenarnya untuk menubuhkan 1MDB, kerana negara sudah mempunyai institusi pengurusan harta yang mencukupi bagi membantu membangunkan negara.
“Kami juga mahu mahu apa sebenarnya peranan 1MDB? Perlu ada penjelasan. Adakah ada sesuatu yang ingin disembunyikan dalam masalah ini?” katanya.
Figo Chin Wen Hui, 24, pula berkata generasinya tidak mengetahui secara mendalam tentang skandal forex BNM sehinggalah ia diperkatakan kembali baru-baru ini.
“Kita tidak boleh memilih skandal mana yang perlukan RCI tetapi memandangkan saya lebih banyak membaca tentang isu 1MDB, saya rasa ia perlu disiasat terlebih dahulu berbanding yang lain,” kata Chin ketika ditemui di Midvalley Megamall di Kuala Lumpur.
Dia menambah yang skandal forex tidak mempunyai kesan langsung pada masa kini kerana ia sudah lama berlaku, tetapi skandal 1MDB yang baru berlaku ini memberi kesan kepada kualiti hidup kerana ia menjadikan harga barangan menjadi lebih mahal.
Anne Indahwati, 51, dari Puchong berkata kedua-dua skandal 1MDB dan forex BNM perlu disiasat.
“Kedua-dua kes sangat penting, walaupun saya tak tahu banyak tentang RCI. Bila menyentuh soal salah guna dana awam, kedua-duanya perlu disiasat. Kami mahu dengar fakta,” katanya.
Penulis blog yang berpangkalan di Pulau Pinang, Zainulfaqar Yaacob,34, berkata lebih mustahak untuk menyiasat 1MDB kini berbanding skandal forex yang berlaku lebih 30 tahun lalu.
“Skandal forex ialah kesilapan pelaburan. 1MDB pula mengenai dana awam yang dirompak dari Malaysia. Kedua-duanya skandal yang berbeza.

Husam tegur Hadi elak jadi macam Ahok

Husam: Hadi langgar ayat Quran?
Kenyataan Husam Musa yang dibuat semasa berucap di majlis hari raya anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) di Kota Bharu malam tadi mengaitkan Abdul Hadi Awang sedikit agak keras, tetapi tepat.

Ia tentu akan menjungkitkan ekor mereka yang taksub kepada pemimpin utama parti agama (Pas) dan akan meledakkan api kemarahan kepada Husam. Ekoran kenyataan Husam semalam mungkin selepas ini ia akan menjadi polemik berpanjangan dan Husam akan diserang habis-habisan.

Sebalik kalau ia dilihat dari sudut positif kenyataan itu membawa kebaikan kepada Hadi dan juga partinya.
Kerana selalu berlaku pedukung Hadil khasnya dan Pas amnya mereka bersikap mudah nampak kuman di seberang laut tetapi terlindung gajah di depan mata -- tanpa mahu menghening cipta melihat ke dalam diri sendiri, mereka akan menuduh pernyataan Husam malam tadi sebagai melampau dan perlu diserang.

Sikap inilah mencerminkan kejumudan dan minda terlindung orang-orang tergolong dalam golongan itu, fanatik. Inilah fenomena atau pun budaya mundur yang ada dalam parti agama itu kini yang bertentangan dengan semangat Islam yang progresif.

Padahal kalau dibuka minda, dan kenyataan Husam itu diperhati dari termalogi agama dan asbabu nuzul, ia adalah kebenaran dan ketepatannya. Malahan kenyataan Husam itu wajar diterima sebagai pengisalahan mencari kejernihan dan kebenaran. Hadi orang kena tegur itu sendiri sepatutnya berterima kasih kerana mengingatkannya.

Kenyataan Husam semalam berhubung langsung dengan presiden Pas Abdul Hadi Awang di mana beliau menyifakan Abdul Hadi sebagai melanggar ayat 188 dalam surah al Baqarah. Keras bunyi kenyataan Husam itu, tetapi benar dan Abdul Hadi ada peluang untuk menjawabnya.

Kenyataan Husam itu ada asasnya dan sebagai seorang yang juga memahami ilmu agama yang sebahagiannya hasil didikan para murabbi Pas sendiri tentu beliau tidak berani berbuat begitu tanpa nas dan dalilnya. Beliau tidak menyebut (sengaja) terjemahan ayat 188 dalam suruh berkenaan. Apa lagi dalam majlis sama ada ulama atau mereka yang arif mengenai Al Quran, yakni Ustaz Ahmad Awang dan Abdul Ghani Shamsuddin selaku penasihat agama Amanah.

Sekiranya kenyataan Husam malam tadi melampau sudah pasti kedua pemimpin ini akan membuat teguran langsung kepada Husam.

Apakah bunyi terjemahan ayat 188 surah al Baqah itu. Dikutip terjemahan dalam Tafsir Al Azhar karangan Prof Dr. Hamka, cetakan 1984 di muka surat 114 terbitan Nurul Islam ayat itu berbunyi:

"Dan janganlah kamu makan harta benda antara kamu dengan jalan yang batil dan kamu bawa ke muka hakim, kerana kamu hendak memakan sebahagian daripada hartabenda manusia dengan dosa, padahal kamu mengetahuinya."

Ayat atau penghuraian ayat berkenaan dikategorikan atau diberikan judul sebagai "Harta Tak Halal". Ayat demikian dengan jelas dan nyata Allah melarang (orang beriman) daripada memakan harta yang tidak halal. Dilarang mencuri, atau bersubahat atau mengecong (tipu) menerima harta yang tidak halal.

Kenyataan Husam terhadap Hadi itu dilihat dari sudut tanggungjawab dan peranan Abdul Hadi sebagai pemimpin parti agama yang sepatutnya peka dan prihatin kepada penyelewengan atau penyonglapan wang negara. Hadi perlu berani menegur bukan menikus.

Apa yang dikaitkan Husam, beliau melihat Hadi melanggar ayat berkenaan apabila beliau tidak berani menegur dan beliau tidak sedia mematuhi atau mengikut anjuran ayat berkenaan supaya menasihat (pemimpin Umno) daripada memakan harta yang tidak halal.

Perkara yang berputar dari ayat itu yang hendak dijelaskan Husam ialah mengenai sikap dan pendirian Hadi berkenaan dengan skandal 1MDB, penyelewengan dan penggunaan dana SRC untuk kepentingan individu. Husam menzahirkan rasa kesal kepada Hadi kerana seolah-olah bersubahat dengan skandal berkenaan apabila Hadi bersikap mendiamkan diri dari menegur bahkan pada ketika lain Hadi membela Najib Razak dalam kes itu.

Hadi juga tidak menegur atau kaku atau bersunyi macam tikus jatuh ke dalam genak dengan beberapa kenyataan dikeluarkan pemimpin Pas yang membela Najib dalam kes itu dimana tujuannya dilihat membela perdana menteri.

Misalnya ada pemimpin parti berkenaan mengambil sikap mendiamkan diri daripada bercakap mengenai skandal berkenaan dan menganggap Najib tidak bersalah kerana tidak ada keterangan empat orang saksi mengenai perkara itu. Malahan mereka langsung tidak menerima pendedahan dibuat oleh Audit Negara serta pengakuan Najib sendiri yang beliau menerima wang sebanyak RM2.6 billion yang dipercayai diceduk dari dana 1MDB. Dua keadaan itu tidak diterima sebagai saksi atau barang bukti.

Saya yakin kenapa Husam hilang sabar dan sanggup menyifatkan Hadi melanggar firman Tuhan itu apabila Hadi bukan sahaja tidak mengkritik Najib mengenai skandal berkenaan sebaliknya membela Najib apabila beliau menyifatkan tindakan Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat yang menyaman beberapa indvidu (Jho Low dan Rizal Aziz) untuk merampas barangan dan hartanah yang dibeli oleh mereka dengan menggunakan wang dicuri dari dana 1MDB.

Bagi Husam dan seluruh rakyat Malaysia lain melihat tindakan individu yang disaman DoJ itu adalah penyamunan ke atas harta rakyat negara ini, tetapi Abdul Hadi tidak melihatnya begitu. Sikap diam dan bisunya memberi gambaran beliau menghalalkan tindakan itu. Apabila orang seperti Hadi mendiamkan diri, tidak menggunakan ilmu agama untuk menegur Najib kesan sangat buruk sekali kerana ia dianggap Najib berada dalam situasi "halalun tayaibah".

Paling dikesalkan apabila Hadi beranggapan tindakan DoJ itu sebagai usaha campur tangan asing ke atas negara ini yang akan merugikan negara ini dan tindakan saman itu untuk mendapat keuntungan politik, perbuatan yang tidak "beriman dan budiman".

Anti Kleptokrasi: Nak berhimpun atau tidak, itu persoalannya

Pakatan Harapan (HARAPAN) merancang himpunan anti kleptokrasi pada September ini susulan saman Jabatan Keadilan (DOJ) ketiga ke atas 1MDB.
Namun, semenjak himpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 36 jam pada tahun 2015 yang dihadiri sehingga lebih 100,000 peserta, tiada himpunan lain di Malaysia yang menyamainya.
Dengan angka yang agak kurang popular pada perhimpunan seterusnya ekoran pecah belah di kalangan pembangkang, persoalannya sekarang, apakah himpunan akan datang oleh HARAPAN akan mengalami corak yang sama?
Felo Penang Institute, Wong Chin Huat berkata, pada masa kini, standard kehadiran untuk himpunan yang boleh dianggap berjaya ialah 100,000 peserta.
"Katalah (himpunan) dapat 100,000 peserta. Ia dilihat sebagai status quo, kamu dapat standard peserta yang berhimpun," katanya kepada Malaysiakini.
Tetapi, jika himpunan hanya menarik sekitar 30,000 peserta, jelas beliau, maka itu menjadi prestasi yang buruk walaupun beliau percaya pembangkang dapat mengerahkan sekurang-kurangnya 100,000 peserta.
"Saya ragui pembangkang tidak dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 100,000 peserta," ujarnya.
Jika parti pembangkang dapat menunjukkan jumlah peserta yang baik, tambah beliau, BN mungkin akan menangguhkan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Tegas beliau, ada rekod yang menunjukkan BN gagal mencapai keputusan yang baik dalam pilihan raya yang dijalankan selepas himpunan yang berjaya.
"Pilihan raya umum ke-12 (PRU12) diadakan (kira-kira) tiga bulan selepas himpunan BERSIH yang pertama dan ia (menjurus) prestasi buruk bagi BN," katanya.
Bagaimanapun, Wong memberi amaran jika HARAPAN gagal memobilisasi jumlah yang cukup besar untuk himpunan tersebut, ia akan menunjukkan kepada parti pemerintah bahawa jentera pembangkang lemah dan tidak mampu menarik undi rakyat.

Kuasa sebenar di tangan kita

Rasulullah SAW pernah di tanya. Bagaimana seorang Muslim harus menjalankan tugasnya untuk memperkuatkan ummah sejagat. Rasulullah SAW bersabda, "Sekiranya boleh gunakan tangan." Maksudnya seorang umat Muslim harus cuba untuk menangani masalah itu. Tapi Rasulullah SAW juga bersabda, "Sekiranya tidak boleh, maka gunakan lidah." Maksudnya, harus menasihati seseorang itu untuk mengikut jalan yang benar.
Dan seterusnya, Rasulullah SAW bersabda lagi, "Sekiranya masih gagal, maka gunakan hati." Maksudnya, umat Muslim harus doa kepada Allah SWT untuk memberikan hidayah kepada seseorang yang sudah sesat di pangkal jalan.
Hadis ini penting sekali, kerana ia memberi cara-cara yang berlainan untuk membuka hati seseorang. Dan yang lebih penting lagi, ia menunjukkan cara yang pernuh dengan hikmah. Tidak sekali-kali, Rasulullah SAW mengajak umat Muslim untuk berperang atau pun berperang lidah.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cukup serasi dengan cara ini. Ia mengikut hukum dan shariah Islam. Ia juga mengikut lunas-lunas cara kehidupan Malaysia, terutamanya di negara yang majmuk dan prinsip demokrasi yang diguna pakai di Malaysia.
Nasihat buat PM
Sesungguhnya, Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muyiddin Yassin, dan juga Dato Seri Mukriz Mahathir telah menggunakan cara tersebut untuk menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tetapi, yang sedihnya, Najib telah mementingkan kepentingannya sendiri, tanpa mengendahkan kepentingan negara.
Tidak kira 1MDB, Felda, ataupun Umno, ketiga tiga bekas atau rangka politik Melayu, umat Muslim dan Malaysia telah dihancurkan. Dari segi kewangan, nama baik orang Melayu, sebagai satu kaum yang bijak dan progresif, telah dikucar kacirkan di sektor kewangan antarabangsa.
Sekiranya Moody's, Standards and Poors and Fitch Ratings, tiga agensi kredit antarabangsa mengetahui bahawa syarikat Malaysia akan meminjam dari institusi kewangan antarabangsa, risiko peminjaman akan dipertingkatkan. Ini bermakna bahawa kos peminjaman akan menjadi lebih tinggi.
Memandangkan Bandar Malaysia kini memerlukan lebih daripada RM50 billion untuk membina tapak pembinaan itu, kos pembinaan akan mencecah lebih daripada jumlah ini. Kerana risikonya sudah naik mendadak, sebaik sahaja institusi kewangan menyedari bahawa si peminjam itu adalah Najib yang juga adalah menteri kewangan dan perdana menteri.
Kuasa di tangan rakyat
Tapi, keadaan yang keruh dan menyedihkan ini, tidak harus melarang rakyat Malaysia dari melakukan apa yang terbaik bagi negara kita. Kuasa masih di tangan rakyat. Sekiranya Pakatan Harapan boleh menumbangkan kerajaan Najib, segala gejala rasuah yang sudah meleluasa di Malaysia boleh ditangani.
Ingat suatu masa yang dahulu, gejala rasuah adalah hanyalah fakta dalam kehidupan di Malaysia. Kini rasuah telahpun menjadi cara kehidupan di Malaysia. (Corruption use to be a fact of life in Malaysia. Now it is the way of life).
Sebab itu, rakyat Malaysia harus memikirkan bagaimana untuk mengundi dengan bijak.
Cekap, bersih dan amanah
Dan undi itu harus berdasarkan tiga prinsip sahaja. Bagaimana kerajaan Malaysia boleh menjadi "cekap, bersih dan amanah."

Saman Sarawak Report tidak semudah Daily Mirror, pesan Hanipa pada Pas


Daily Mirror
Para pemimpin Pas diingatkan supaya tidak memandang remeh saman parti itu terhadap Sarawak Report kerana ia tidak semudah kes saman presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap akhbar Daily Mirror.
Peguam Mohamed Hanipa Maidin berkata, kes saman Abdul Hadi terhadap akhbar Daily Mirror 'terlalu jelas, terang dan nyata' berbanding kes saman Sarawak Report.
"Menang kes tu (Daily Mirror) tak semesti menang kes sekarang ni(Sarawak Report)... Kes tu terlalu jelas, terang dan nyata. Kes sekarang ni tak lah seterang, sejelas dan senyata kes itu...," jelas beliau.
Hanipa yang mewakili presiden Pas dalam saman terhadap Daily Mirror menjelaskan, akhbar berkenaan menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah sebaik menerima notis peguam dan Abdul Hadi tidak perlu memberi keterangan di mahkamah.
Bagaimanapun tambah beliau, kes membabitkan Sarawak Report mungkin akan dibicarakan dan presiden Pas besar kemungkinan akan dipanggil memberi keterangan di mahkamah dan disoal balas dengan panjang dan agresif daripada peguam Sarawak Report.
Hanipa mengulas kenyataan seorang pemimpin Pas negeri kepada Malaysiakini yang yakin parti itu akan menang dalam kes saman Sarawak Report seperti mana kes saman akhbar Daily Mirror.
Hanipa yang kini Pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) Amanah bagaimanapun mengucapkan 'selamat berjaya' kepada Pas dalam kes di mahkamah London itu.

KENAPA RINGGIT TAK JATUH MASA ABDULLAH BADAWI PERDANA MENTERI


LIHAT PENGAKUAN BEKAS GABENOR BNM SANGGUP JADI ALAT POLITIK(lihat di bawah sekali)
Oleh kerana Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Bekas Pengurus Kanan Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia Dr.Rosli Yaakob bahawa aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) 27 tahun lalu membawa kepada kelemahan nilai ringgit hari ini, maka saya ingin bertanya kenaapakah kelemahan ini tidak berlaku ketika Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri?
Kenapa nilai ringgit jatuh ketika Datuk Seri Najib jadi PM dan tidak ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Adakah ini untuk menjustifikasikan penubuhan Suruhanajaya Diraja bagi siasatan skandal Mahathir yang tujuannya adalah untuk membalas dendam.
Hal ini telah menampakan bagitu mudah Surhanjaya Diraja dijadikan permainan politik dan menghilangkan penghormatan rakyat terhadap kedaulatannya. Ini hanya berlaku dalam zaman Najib.
Keadaan lebih tercemar lagi apabila Bekas Penulong Gabenor Bank Negara Murad Khalid yang mengaku pernah menjadi alat politik Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri membenarkan puluhan juta ringgit wang negara bagi tujuan politiknya kerana takut” dicincang” ,sekarang menjadi alat pula untuk tujuan mengesahkan tindakan politik Najib.
Lihatlah pengakuan Murad untuk menilai jenis manusia ini.Jika dia seorang pegawai yang berintegriti masa itu tentunya dia meletakan jawatan dan tidak rela dialatkan oleh Anwar Ibrahim.
Bolehkah orang seperti ini kita percaya.Bacalah pengakuannya
PENDEDAHAN DAHSYAT BEKAS GABENOR BNM MURAD KHALID
KUALA LUMPUR 28 Okt(1999). – Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid, mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal sebanyak 20 Akaun Induk (Master Accounts) yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.
Abdul Murad dalam Akuan Berkanun yang diikrarkan di depan Pesuruhjaya Sumpah di sini pada 26 Oktober lalu mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk itu untuk memajukan cita-cita politiknya termasuk membayar hutang-hutang para penyokong.
Sebahagian daripada mereka yang mendapat bantuan Anwar sekarang merupakan aktivis parti pembangkang.
Beliau juga mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu memperalatkan pengaruh BNM untuk keuntungan perniagaan kawan-kawan, kroni dan elemen-elemen asing.
Menurut beliau, Anwar memberikan sekurang-kurangnya AS$10 juta (RM38 juta) kepada sebuah agensi kumpulan pemikir Amerika Syarikat yang berpusat di Washington untuk menaikkan imejnya di negara-negara Barat, khususnya di Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain negara Eropah.
Katanya, beliau bertanggungjawab mengatur sumbangan AS$10 juta kepada agensi itu yang diketuai oleh seorang bekas pengarah kanan Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Douglas H. Paal.
Abdul Murad, 46, membacakan Akuan Berkanun beliau itu pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel Grand Olimpic di sini hari ini. Dalam nada kesal beliau mengakui bahawa beliau juga ialah salah seorang kroni yang menguruskan akaun induk milik Anwar.
Bagaimanapun, beliau mendakwa terpaksa melaksanakan arahan-arahan Anwar seperti mengatur pinjaman-pinjaman bank dalam jumlah beratus-ratus juta ringgit untuk kroni-kroni lain walaupun ini bertentangan dengan undang-undang ”kerana sebagai Menteri Kewangan dia akan cincang saya jika arahan-arahan tersebut tidak dilaksanakan.”
”Saya percaya terdapat sekurang-kurangnya 20 akaun induk lain yang diwujudkan untuk Anwar oleh pelbagai kroninya. Saya percaya bahawa jumlah dana-dana dalam 20 akaun induk itu mencapai lebih daripada RM3 bilion.
”Modus Operandi Anwar ialah pecah dan perintah dan operator setiap akaun induk tidak menyedari kewujudan akaun induk lain. Saya yakin kerajaan tahu siapa kroni-kroni itu,” katanya dalam kenyataan bersumpah tersebut.
”Setakat yang saya tahu dan melalui penglibatan saya sendiri, lebih RM120 juta telah dibayar kepada Anwar, kroni-kroninya dan organisasi yang digunakan untuk memajukan cita-cita politiknya.
”Sebagai contoh, adalah dalam pengetahuan saya bahawa atas arahan Anwar, dana-dana daripada Akaun Induk dibayar kepada dirinya (Anwar), individu-individu dan organisasi yang dikaitkan dan terlibat dengannya antara 1992 dan 1997,” kata Abdul Murad.
Menurut beliau, secara peribadi beliau mengetahui bahawa bayaran-bayaran dibuat daripada Akuan Induk kepada pihak-pihak berikut:

'Jangan undang beruang tampar nyamuk di muka kancil' sembang PAS

PAS berpendapat ada pihak tertentu yang pergi "meronda" membuat aduan di Paris, Switzerland dan AS supaya pihak berkuasa negara asing mengambil tindakan dalam isu 1MDB.
Menganggap mereka sebagai "singkat akal", Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata, parti itu juga tahu ada pihak yang sengaja menjemput AS untuk campur tangan dalam urusan dalaman Malaysia.
"Soalnya, apa motif mereka buat aduan di AS mengenai isu 1MDB? Kenapa singkat akal mereka, lapor hal negara kita kepada Amerika yang berlagak polis dunia itu ?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nasrudin yang baru-baru ini gagal terpilih sebagai seorang daripada naib presiden PAS menjelaskan itulah keadaan yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Apa pun salah laku dalam negara, katanya, ia wajar diselesaikan melalui perhitungan dalaman.
"Rakyat boleh guna kuasa undi dalam pilihan raya untuk tukar kerajaan," katanya.
"Jangan undang beruang untuk tampar nyamuk di muka kancil," katanya secara berkias.
Biar kita tanggung
Bagaimanapun tidak dinyatakan yang dirujuk Nasrudin sebagai "kancil" iaitu sejenis haiwan yang terkenal dengan kecerdasannya mengikut cerita rakyat di negara ini.
Pada 24 Jun lalu Abdul Hadi berkata sejarah mengajar bahawa campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara hanya akan membawa kerugian.
Oleh itu, presiden PAS itu menjelaskan pihak yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia untuk mendapat keuntungan politik adalah “tidak beriman dan budiman”.
Menurut Abdul Hadi, segala skandal dan kemelut negara perlu diselesaikan secara dalaman, tanpa mengira betapa buruknya sistem dalaman itu.
“Jangan kita mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara asing.
“Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya.
"Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf,” katanya menerusi surat terbuka yang ditujukan kepada semua parti politik.

DoJ: Kerajaan perlu sangkal secara terbuka

Kerajaan perlu bertindak dengan menyangkal semua dakwaan berhubung saman sivil yang dikeluarkan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) secara terbuka.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, berikutan pelbagai kenyataan DoJ untuk merampas aset yang berkait dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerajaan perlu bertindak.
"Walauapapun, jika ada sesiapa yang merasakan mereka tidak sepatutnya didakwa di dalam dokumen DoJ, mereka sepatutnya boleh sahaja campur tangan di dalam proses mahkamah untuk memadamkan nama mereka daripada dokumen mahkamah tersebut.
Nik Nazmi Nik Ahmad "DoJ telah mengendalikan kes ini mengikut proses yang ditetapkan, dan telah melakukannya secara konsisten terhadap pesalahlaku 1MDB walaupun telah berlaku pelbagai perubahan pentadbiran dengan Presiden AS yang baharu iaitu daripada Barack Obama kepada Donald Trump, dengan parti politik baru yang menguasai pentadbiran serta peguam negara yang baru," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, tindakan DoJ, menurut mereka sendiri, adalah untuk “melindungi keselamatan dan integriti sistem kewangan AS daripada segala penyalahgunaan, termasuklah oleh kleptokrat yang hendak menyimpan kekayaan yang diperoleh secara haram atau pencurian”.
"Jelas daripada kenyataan ini, tindakan itu untuk melindungi kepentingan AS dan bukan untuk mencampur tangan di dalam perihal negara kita, oleh itu kerajaan perlu buktikan sebaliknya.
"Kita sudah lihat beberapa selebriti terkemuka dunia seperti Leonardo DiCaprio dan Miranda Kerr memulangkan 'hadiah' yang diberikan Low Taek Jho, yang ada disebut namanya di dalam saman DoJ, Riza Aziz," katanya.
Nik Nazmi berkata, jika selebriti ini telah lakukan apa yang patut untuk membersihkan nama daripada skandal 1MDB, mungkin juga wajar untuk pihak berkuasa Malaysia menuruti langkah ini dan bekerjasama dengan pihak AS tanpa menetapkan syarat.
"Tetapi pihak berkuasa Malaysia juga harus ingat bukan AS sahaja yang sedang menyiasat dan bertindak ke atas kes 1MDB ini.
"Negara lain seperti Singapura, Luxembourg, Switzerland, Hong Kong dan Australia juga ada mengambil tindakan tegas," katanya.
Nik Nazmi turut mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi tidak menyaman Wall Street Journal tentang isu 1MDB sehingga ke hari ini
"Rakyat mahukan jawapan dan kebenaran, pada masa ini kami langsung tidak dapat apa-apa daripada pihak kerajaan," katanya.
Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyifatkan tindakan saman sivil terbaharu dikemukakan DoJ bertujuan merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa dana seleweng dari dana 1MDB sebagai mainan politik.

Kalau tak fokus, baik Pas jangan jadi pembangkang


Presiden Parti Amanah Negara, Mohammad SabuTidak perlu menjadi pembangkang jika Pas tidak lagi fokus kepada menjatuhkan kerajaan sedia ada, kata Presiden Parti Amanah Negara, Mohammad Sabu.
Menurutnya, lebih baik Pas menukar status parti itu menjadi badan bukan kerajaan (NGO) jika mereka melihat Umno bukan lagi musuh mereka, sekali gus tidak perlu menjatuhkan parti pemerintah itu untuk PRU akan datang.
“Mereka mengatakan Umno bukan lagi musuh mereka, mereka tidak perlu jatuhkan kerajaan. Kalau parti politik pembangkang tidak mahu jatuhkan kerajaan, baik jadi NGO,” katanya kepada media di sini.
Beliau menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Amanah Negara di Dewan Perniagaan Cina, di sini.
Menurutnya, dalam masa yang sama juga, Amanah melihat tiada keperluan lagi Pas di Malaysia memandangkan parti itu sudah dilihat jauh tersasar daripada perjuangan asalnya.

PAS menuju perang dengan dua nakhoda?

IA bukanlah satu krisis lagi tetapi akar umbi PAS mula menerima isyarat bercampur baur daripada dua pemimpin tertinggi mereka, siapakah rakan mereka menjelang Pilihan raya Umum Ke 14 (PRU 14) nanti.
Presiden parti Abdul Hadi Awang, yang kini sedang menjalani proses pemulihan daripada pembedahan pintasan jantung, mahu bekerjasama dengan Umno dan bagi memastikan partinya memenuhi hasrat ini, dia telah meletakkan pemimpin yang sehati sejiwa dengannya dalam barisan kepimpinan utama parti itu sebelum memasuki dewan bedah Institut Jantung Negara (IJN) bulan lepas.
Hadi, yang percaya pengekalan kuasa politik Melayu lebih penting daripada segalanya juga menjadi pembodek utama kerajaan dalam konflik 1MDB, skandal terbesar negara sejak merdeka 1957.
Bertentangan sama sekali dengan seorang lagi pemimpin utama PAS, pemangku presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dia muncul antara pengkritik terlantang skandal 1MDB. Dia juga bimbang parti Islam itu akan kehilangan asetnya yang paling berharga, Kelantan dalam pilihan raya akan datang sekiranya PAS meneruskan rancangan untuk memutuskan hubungan dengan gabungan pembangkang, Pakatan Harapan. Dia percaya pertembungan tiga penjuru di Pantai Timur akan membawa bencana kepada PAS.
Kerana itu, reaksinya dalam cubaan mengurangkan risiko kehilangan Kelantan, pemangku ketua parti itu cuba menjalinkan hubungan dengan PKR dan Bersatu walaupun terus bermusuh dengan Amanah dan DAP.
Strategi ini menerima sokongan pemimpin akar umbi PAS yang lebih gemarkan idea bekerja dengan pembangkang dan tidak boleh menerima kenyataan yang parti Islam itu cuba berbaik-baik dengan Umno, musuh tradisinya selama ini.
Semua tindakan Hadi Awang dan Tuan Ibrahim sedang diperhatikan dan dibaca penyokong dan mereka yang setia kepada parti itu.
Sebelum pembedahannya, Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 6 Mei merombak struktur parti bagi memastikan rancangannya bekerjasama dengan Umno berjalan lancar.
Dalam mesyuarat itu, dia melantik setiausaha politiknya Dr Samsuri Mokhtar sebagai ketua pengarah pilihan raya bagi menggantikan ahli politik veteran Mustafa Ali.
Iskandar Samad, dilucutkan jawatan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor kerana hubungan kerja yang rapat dengan PKR terutama sekali dengan Menteri Besar Selangor Azmin Ali.
Dalam usaha untuk memperkukuhkan ikatan kewangan antara PAS dan Umno, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pula dilantik sebagai bendahari parti yang baru.
Tidak sampai sebulan kemudian, pemangku presiden parti Tuan Ibrahim melantik kembali Mustafa bersama tiga pemimpin veteran yang lain ke dalam satu badan baru yang dibentuknya.
Mustafa dilantik sebagai pengerusi lembaga penasihat parti bersama-sama Dr Sanusi Daeng Mariok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Subky Latif.
"Namun, perlantikan semula Mustafa dalam kepimpinan PAS melalui lembaga penasihat akan menyebabkan imbangan kuasa berlaku semula dalam PAS.
"Ini kerana Mustafa selama ini yang berusaha untuk bekerjasama dengan pembangkang khasnya PKR dan Bersatu ketika Hadi dilihat bekerjasama dengan Umno," kata penganalisis politik Hisomuddin Bakar daripada Ilham Center, sebuah badan kajian bebas.
Tetapi sekiranya Tuan Ibrahim merasakan yang keadaan sudah memihak kepadanya, dia tersilap.
Pengarah Institut Pengajian Strategik PAS (IPS) Dr Khairudin Aman Razali- yang baru-baru ini mengambil alih jawatan itu daripada Dr Khazani Mohamad yang meninggal dunia- memecat tiga pemimpin badan pemikir PAS itu, Zaharudin Mohamad, Dr Zainal Abidin Kidam dan Dr Nazri Chik yang lantang bersuara menentang kerjasama dengan Umno.

EHHH….SIAPA YANG PANIK?


Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa berkata, tindakan pembangkang cuba memanipulasi laporan DOJ adalah bertujuan mengalih tumpuan daripada isu penubuhan Suruhanjaya Diraja berkaitan urusniaga mata wang asing atau forex yang ditubuhkan kerajaan.
Kata beliau, keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu telah mewujudkan keadaan panik di kalangan pembangkang.
Benarkah pembangkang sedang panik?
Sebelum panik, mari kita fahami dahulu beza antara DOJ dengan forex.
Isu DOJ ialah berkaitan 1MDB yang daripada syarikat pelaburan kerajaan tersebut dipercayai hampir RM20,000 juta telah diselewengkan dan dalam masa yang sama, hutangnya pula mencecah RM55,000 juta.
1MDB ditubuhkan oleh Najib, Pengerusi Lembaga Penasihatnya Najib, Perdana Menteri Najib, Pengerusi Mesyuarat Kabinet Najib, Menteri Kewangan Najib dan orang yang terikat secara langsung dengan Artikel 117 M & A syarikat iaitu berkuasa meluluskan sebarang urusan berkaitan kewangan dan pelaburan 1MDB juga adalah Najib.
Berdasarkan laporan DOJ, turut didedahkan bahawa “Malaysian Official 1” telah mendapat sejumlah RM3,000 juta daripada dana 1MDB yang dilencongkan melalui akaun peribadinya, manakala “isteri Malaysian Official 1” menerima hadiah barang kemas serta perhiasan mewah daripada Jho Low bernilai kira-kira RM128 juta.
Meskipun sehingga ini tiada sesiapa mahu mengaku sebagai “Malaysian Official 1”, tetapi Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan dengan bangga mengesahkan ia adalah Najib.
Urusniaga matawang asing yang menyebabkan negara kerugian sehingga AS10 bilion kira-kira 25 tahun lalu adalah diuruskan oleh Bank Negara dengan pegawai yang dikatakan bertanggungjawab mengenainya ketika itu ialah Nor Mohamed Yakcop.
Ketika itu, Tun Mahathir Mohamad hanyalah Perdana Menteri dan Pengerusi Mesyuarat Kabinet, manakala Menteri Kewangan ialah Anwar Ibrahim.
Memang berlaku kerugian dalam urusniaga forex, tetapi ia adalah berkaitan perniagaan yang tertakluk kepada ada masa untung, ada masa rugi.
Namun, tindakan pencegahan telah diambil untuk mengelakkan kerugian lebih menimbun, bahkan Nor Mohamed Yakcop juga telah diarah meletakkan jawatan dan dilarang terlibat dalam urusan kewangan negara sebagaimana yang disahkan oleh Anwar ketika mengadap Pasukan Petugas Khas sebelum ini.
Meskipun berlaku kerugian, nilai ringgit ketika itu tidak begitu terancam atau jadi lemah dengan mendadak. Segala-galanya dalam keadaan terkawal, malah sehingga Tun Mahathir berundur pada 2003 dan Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri dan meletakkan jawatan pada 2009, nilai ringgit tidaklah terlalu buruk berbanding ketika era Najib yang diselubungi gerhana 1MDB.
Di sebalik kerugian forex juga, tiada sesiapa termasuk Tun Mahathir dan Anwar yang diketahui ada kemasukan beribu-ribu juta wang ke dalam akaun bank peribadi mereka.
Tetapi, di sebalik 1MDB, begitu ramai yang mendapag manfaat dan untungnya, termasuk tiba-tiba mampu menghasilkan filem di Hollywood dan memberi apartment mewah di New York dan London.
Selain itu, berbeza dengan forex di mana beberapa tindakan telah pun diambil, apa tindakan  kerajaan terhadap petualang-petualang 1MDB?
Maka, antara DOJ yang bertindak berkaitan 1MDB dan Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan kabinet untuk menyiasat forex, siapa yang sepatutnya lebih panik?
BN dan Najib atau pembangkang serta Tun Mahathir?
 
Adakah Annuar Musa turut sama panik bersama mereka yang sedang panik?

DOJ: Pembangkang panik, cuba alih perhatian sembang UMNO

Umno menyifatkan pembangkang cuba memanipulasi laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) hanya untuk mengalih tumpuan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai urus niaga mata wang asing (forex).
Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pembangkang dilihat panik dengan RCI Forex dan juga krisis dalaman yang berkaitan dengan keyakinan terhadap pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).
Annuar Musa "Keputusan Kabinet untuk membentuk RCI bagi menyiasat kerugian Forex yang dialami oleh Bank Negara - ada yang mengatakan pembabitan wang rakyat bernilai sehingga RM100 bilion - telah mewujudkan keadaan panik di kalangan pembangkang.
"Kita semua maklum mengenai dalang yang bertanggungjawab terhadap kerugian besar ini dan pembangkang berada dalam keadaan huru-hara kerana tidak mahu kehilangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang," katanya dalam satu kenyaan hari ini.
Beliau berkata, pembangkang mengetahui jika kebenarannya diketahui umum, mereka dan kepimpinannya akan ditelanjangkan di khalayak ramai.
"Ini boleh membawa padah besar dalam pilihanraya nanti.
"Oleh itu, mereka tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mengitar semula laporan DOJ yang bermotivasi politik untuk membangkitkan isu 1MDB yang telah selesai. Ini hanyalah taktik lencongan," ujarnya.
Annuar berkata, pembangkang membuat khianat yang mengaibkan.
"Apa yang dibuat hanya untuk memuaskan agenda politik demi kepentingan diri sendiri.
"Mereka dan proksi merekalah yang bertanggungjawab melibatkan campur tangan negara asing dalam negara kita yang demokratik dan berdaulat ini dengan memberi maklumat kepada DoJ," katanya.
BNM sedia beri kerjasama penuh
Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengalu-alukan pembentukan RCI menyiasat secara bebas kerugian Forex, sekali gus menyelesaikan kes lebih 25 tahun lalu.
BNM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada RCI dengan mengemukakan maklumat seperti dikehendaki undang-undang.
Dalam pada itu, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan perlu bertindak dengan menyangkal semua dakwaan berhubung saman sivil yang dikeluarkan DOJ AS secara terbuka.
Ia berikutan pelbagai kenyataan DOJ untuk merampas aset yang berkait dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Salleh: Tahan pembangkang amalan Mahathir

Tindakan menahan dan memenjarakan pembangkang ialah strategi politik diamalkan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjado perdana menteri, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata antara tempoh 1998 hingga 2001 Dr Mahathir menahan ramai tokoh yang menentangnya.
Malah, kata Salleh, bekas perdana menteri itu menggunakan undang-undang penahanan tanpa bicara untuk menangkap pihak yang beliau tidak dapat dakwa di mahkamah.
Memetik laporan Human Rights Watch, Salleh berkata, pertubuhan hak asasi manusia itu menyatakan pada 1999, 2000, 2001, 2002 dan seterusnya, Malaysia berada dalam keadaan negara polis, manakala Dr Mahathir dianggap sebagai diktator.
"Dr Mahathir menjawab, Malaysia tidak boleh mengamalkan demokrasi cara Barat kerana bahaya masalah perkauman seperti yang berlaku pada 1069," katanya di blog beliau hari ini.
Salleh berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menjangkakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak akan bertindak keras ke atas pemimpin pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Benda paling mengarut
PRU itu perlu diadakan selewat-lewatnya suku ketiga tahun depan tetapi sesetengah pihak menjangkakan parlimen mungkin dibubarkan lebih awal.
Kata Dr Mahathir, langkah menangkap pemimpin pembangkang dibuat bagi mengucar-ngacirkan musuh politik Najib serta menakut-nakutkan pengundi.
"Terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang. Penahanan pemimpin pembangkang akan mengucar-ngacirkan parti.
"Memang tindakan itu akan menyebabkan rakyat marah tetapi ramai yang akan berasa takut untuk mengundi pembangkang.
"Mereka percaya yang Najib akan dapat tahu dan tindakan akan diambil terhadap mereka. Tanpa pemimpin mereka tidak akan tahu apa yang harus dilakukan," katanya.
Menurut Salleh, Dr Mahathir membuat "dakwaan tidak berasas" itu terhadap Najib kerana beliau tidak ada apa-apa lagi yang boleh dikatakannya.
"Ini adalah benda paling mengarut dikatakan Dr Mahathir setakat ini dan tiada asas untuk beliau berkata demikian," katanya.
Salleh berkata, ada kemungkin Dr Mahathir bimbang kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan kerajaan untuk menyelidik kerugian aktiviti perdagangan mata wang asing bernilai AS$10 bilion suatu ketika dulu,
Kerajaan pada 21 Jun lalu mengumumkan bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat skandal berkenaan yang berlaku pada 1990-an.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri penubuhan RCI itu bertujuan menjaga kepentingan awam kerana kerugian sebenar akibat urus niaga mata wang asing itu melibatkan rizab negara dan ia perlu dipastikan.