Isnin, 3 Julai 2017

Syed Ali: Apa salahnya PM bercuti guna jet kerajaan?

Wujud kesatuan pemandu teksi secepat mungkin, gesa Rafizi

Ringgit tercorot sejak Najib jadi PM, dakwa PKR

Tindakan Sarawak undang campur tangan asing

DOJ: Heret pesalah 1MDB biarpun sudah pencen

AMANAH ‘bimbang’ Sarawak hantar peguam ke London

Parti Amanah Negara (AMANAH) melahirkan kebimbangan dengan tindakan Sarawak yang menghantar sepasukan peguam ke London bagi mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963).
Menurut timbalan presidennya, Salahuddin Ayub, tindakan Sarawak menghantar pasukan peguam bagi menentukan hak-hak sebenar negeri itu yang termaktub di bawah perjanjian tersebut dibimbangi akan menyebabkan campur tangan asing dalam negara ini.
"Kenapa selepas puluhan tahun mereka (Sarawak) ambil sikap begini? Adakah ia tamparan pada pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak) pada masa ini?
"Kita bimbang langkah (kerajaan negeri Sarawak) ini akan mengundang campur tangan asing dalam Malaysia.
"Kalau perkara ini dibawa oleh pembangkang sudah tentu kita akan dikenakan dengan pelbagai akta tetapi ini dibawa oleh kerajaan negeri sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma AMANAH di ibu negara hari ini.
Pada 1 Julai lalu, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963).
Tindakan itu bagi menentukan hak-hak sebenar negeri berkenaan yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.
Beliau tutut mengumumkan pasukan peguam berkenaan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Abang Johari bagaimanapun tidak menyatakan bila dan tempoh masa pasukan berkenaan berada di London.
Selain melahirkan kebimbangan tentang cadangan menghantar kumpulan peguam dari Sarawak ke London, Salahuddin turut mempersoalkan sama ada kerajaan negeri Sarawak akan terus menyokong BN di semenanjung.
Menurut Salahuddin persoalan itu timbul kerana beliau mendakwa BN Sarawak pada pilihan raya negeri yang lalu memainkan sentimen anti-semenanjung.
"Sekarang ini, untuk berdepan pilihan raya umum akan datang apakah sikap BN Sarawak? Adakah menyokong BN di semenanjung?
"Saya lihat ada kecelaruan hubungan antara Kuching (kerajaan negeri) dan di Kuala Lumpur (kerajaan persekutuan). Ia tak baik untuk semangat serta bagi kukuhkan negara yang kita cintai," katanya.

Bagaimana rakyat, begitulah pemimpin


Oleh Lim Hong Siang 
Pertikaian calon perdana menteri Pakatan Harapan diredakan buat sementara setelah Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengambil langkah untuk menarik diri. Langkah ini boleh dibaca sebagai asakan Anwar dari penjara dengan berganjak selangkah ke belakang. Tekanan kini beralih ke bahu Dr Mahathir Mohamad dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU), yang dilihat bercita-cita tinggi untuk merangkul tampuk pimpinan HARAPAN.
Politik hanya khayalan yang berlegar-legar di alam maya seandainya tidak berpijak pada bumi. Biar kita berterus-terang, usaha untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai PM berdepan dengan pelbagai rintangan. Beliau disekat dari segi undang-undang untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, dan kemungkinan besar juga PRU15. Pengampunan daripada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk mengalihkan sekatan tersebut perlu melalui prosedur yang berlapis-lapis. Dengan kata lain, jikalau usaha di mana-mana peringkat itu tergendala, maka terburailah hasrat untuk mengangkat Anwar sebagai PM, meskipun HARAPAN menawan Putrajaya dalam PRU14. Dalam konteks ini, tidak sukar untuk kita memahami mengapa Dr Wan Azizah diletakkan sebagai calon PM, sungguhpun beliau reluctant politician yang sememangnya gagal menyaingi Mahathir dari segi pengalaman berurusan dengan jentera negara, percaturan strategi, penguasaan dan pengolahan isu.
Faktor-faktor inilah yang menjurus kepada pandangan bahawa mungkin tiba masanya Anwar dan keluarga melepaskan tangan, agar gerakan pembangkang boleh mara ke depan. Saya yakin ramai yang bersimpati terhadap pengorbanan Anwar dan keluarga sepanjang perjuangan ini, namun pada masa yang sama, mengidamkan perubahan untuk berlaku dalam masa terdekat. Dilema ini bukan sahaja menambat hati, tetapi juga langkah gerakan pendemokrasian Malaysia.
Risiko untuk perubahan
Izinkan saya menggariskan pemisah zaman pada September 1998, tanpa melupakan perjuangan pendemokrasian yang diwarisi sejak zaman kemerdekaan, sama ada barisan sosialis mahupun gerakan Islam yang turut sama menyuburkan pendemokrasian tanah air.
Kebanyakan manusia membuat pertimbangan berdasarkan pengalamannya. Ketika Anwar berada di persimpangan hayat politiknya pada September 1998, beliau telah menyaksikan sendiri bagaimana Musa Hitam memilih untuk berundur lantaran tidak sehaluan dengan Mahathir pada 12 tahun lalu. Anwar sudah pasti tidak lupa pengalaman bagaimana Semangat 46 yang berpecah dari Umno, akhirnya kembali ke pangkuan Umno pada tahun 1996 kerana gagal menyaingi Umno yang diterajui Mahathir ketika itu.
Pengalaman ini cukup untuk meramalkan malapetaka yang bakal menimpa dirinya jikalau laungan “Undur Mahathir” diteriak di tengah-tengah jalan raya. Hakikatnya, ia jauh lebih dahsyat apabila segala jentera negara dikerah untuk mematahkan kemaraan gelombang Reformasi. Anwar hilang jawatan dan kebebasan, ditelanjang dan diterajang. Namun beliau sempat kembali kepada rakyat jelata untuk menggembleng sokongan massa, dan beliau membuat keputusan berani untuk menubuhkan Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat) yang membuka keahliannya kepada semua kaum pada hujung abad ke-20.
Anwar tidak berdiam diri sebagaimana Abdullah Ahmad Badawi, yang akhirnya berjaya mewarisi jawatan PM daripada Mahathir. Anwar tidak menubuhkan sebuah parti Melayu, seperti Tengku Razaleigh Hamzah untuk bersaing dengan Umno, sebagaimana Semangat 46. Lebih-lebih lagi, walaupun bertahan dengan hanya satu kerusi parlimen antara tahun 2004 hingga 2008, PKR tidak dibubarkan untuk kembali semula ke pangkuan Umno.
Pengorbanan yang tak dimanfaatkan
Umno-BN dibadai “tsunami politik” dalam PRU12 pada tahun 2008, selepas 10 tahun gerakan Reformasi melalui liku-likunya. Skandal seks menjelma semula dalam pelbagai bentuk, sama ada lafaz sumpah atau klip video hitam-putih, setelah kebangkitan Anwar dikenalpasti sedang menggugat kedudukan Umno-BN. Kita semua sedar bahawa kes Liwat 2 yang mengheret Anwar ke penjara pada 10 Februari 2015 adalah keputusan politik. Penghakiman sama ada Anwar bersalah atau tidak, tiada kaitan dengan kebenaran sama ada Anwar melakukannya atau tidak.
Kali ini, Anwar yang telah melalui sendiri pengalaman tahun 1998, sudah tentu menjangka apa yang bakal berlaku pada dirinya. Beliau boleh memilih untuk melarikan diri ke luar negeri, dan terus memimpin pembangkang dari luar sana. Sekurang-kurangnya Anwar terdedah kepada perkembangan yang sedang berlaku, dan rundingan strategi bersama pemimpin lain boleh dilakukan tanpa diawasi polis di sekelilingnya. Susuk tubuh yang berusia 70 tahun itu boleh bergerak bebas (kecuali dalam negeri), hidup selesa, dan lebih penting, kekal relevan kerana sekurang-kurangnya beliau tidak tersisih dari dunia online.
Namun Anwar memilih untuk kembali ke Malaysia, yang juga bermakna kembali ke penjara Sungai Buloh. Beliau tidak melarikan diri ke London, bukan Turki, dan tidak juga pulau Bali. Anwar cuba memimpin melalui teladan bahawa jikalau dirinya dengan usia yang sedemikian mampu melakukan pengorbanan demi Malaysia, maka anak-anak muda akan lebih yakin bahawa mereka juga mampu berbuat sesuatu untuk tanah air kita.
Hasrat yang murni ini tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk menyuntik semangat perjuangan kepada rakyat. Pembangkang tidak menjadikan pengorbanan Anwar sebagai faktor untuk menyatukan semua pihak dan bangkit menentang kezaliman Umno-BN. Sebaliknya Pakatan Rakyat dikuburkan, tidak lama selepas Anwar disumbat ke penjara. Tiada kempen tersusun yang berterusan untuk mendesak agar Anwar dibebaskan. Apabila Pakatan Rakyat berkecai, Mahathir diberi laluan masuk untuk mengisi kelompongan yang ditinggalkan PAS. Malah apabila Mahathir dicadangkan sebagai calon PM, alasan diberikan bahawa hakikatnya Anwar telah dilupakan rakyat Malaysia.

Berbaloikah korban Anwar?
Saya cuba tidak mengheret emosi atau sentimen ketika membincangkan politik. Bukan niat saya untuk melontarkan kritikan agar penyokong rasa bersalah kerana seakan-akan mengkhianati Anwar yang berkorban untuk perjuangan ini; atau mengajukan soalan, berbaloikah Anwar berkorban untuk rakyat Malaysia? Dan saya tidak bermaksud bahawa pengorbanan Anwar harus dibalas dengan jawatan perdana menteri. Lebih penting, saya cukup sedar bahawa perjuangan politik ini juga sebahagian daripada perebutan kuasa, Anwar adalah antara pihak yang berkepentingan.
Namun perebutan kuasa ini memberi kesan terhadap kepentingan rakyat. Persoalan yang menepuk dada kita, apakah ciri-ciri ahli politik yang kita kehendaki pada masa depan? Jangan kita asyik menuding jari, kononnya politikus semuanya jijik, tanpa kita bermuhasabah diri. Percayalah, bagaimana rakyatnya, begitu jugalah pemimpinnya. Sikap rakyat juga membentuk sifat politikus kebanyakan masanya.

SKANDAL 1MDB: PAS MULA TERBELAH DUA?


Tidak sampai dua minggu setelah Presiden Pas, Hadi Awang mengibaratkan saman DOJ sebagai campurtangan asing yang kemudian pantas diampu oleh Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan, pertentangan nyata kini terserlah melalui pendirian Timbalan Presiden Pas sendiri, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Hadi secara terbuka menyamakan saman DOJ sebagai campurtangan asing dan Nasruddin menambah perisa dengan mengatakan “jangan mempelawa beruang untuk menampar nyamuk di muka kancil”, Tuan Ibrahim sebaliknya berkata, tidak mengejutkan tindakan agensi penguatkuasa itu terhadap 1MDB lantaran kegagalan Malaysia sendiri memainkan peranannya.
“Tonggak negara bergantung kepada keyakinan rakyat terhadap sistem dalam negara, termasuk sistem demokrasi berparlimen, sistem pemisahan kuasa dan seluruh institusi penguatkuasa – sama ada SPR, SPRM, PDRM, Jabatan Kehakimam, Jabatan Peguam Negara dan lain-lainnya.
“Kegagalan institusi penguatkuasa negara untuk menyiasat dan bersikap telus dalam skandal 1MDB membuka ruang kepada pihak lain yang sudi melakukannya,” ujar beliau.
Lantaran itu, kata Tuan Ibrahim, tindakan DOJ bukan saja tidak mengejutkan, malah sudah dianggap perlu.
Apa pun syabas kepada Tuan Ibrahim kerana akhirnya berani menyuarakan suara hatinya. Pendirian ini bukan saja menunjukkan beliau ingin kembali kepada fikrah “amar makruf nahi mungkar”, bahkan juga menggambarkan kefahamannya mengenai kemelut 1MDB berbanding Hadi, Nasruddin dan lain-lain pimpinan Pas.
Jika difahami, DOJ bertindak semata-mata berasaskan undang-undang dan kedaulatan negara mereka kerana sistem kewangan AS telah digunakan untuk mencuci wang haram yang asalnya bersumberkan daripada dana 1MDB.
Ia tidak jauh berbeza jika pengedar dadah AS didapati mencuci wang haram mereka di Malaysia dengan membeli hartanah dan pelbagai aset lain di negara kita.
Apakah jika kerajaan Malaysia bertindak mahu merampas harta-harta tersebut, ia dianggap sebagai cubaan negara kita campurtangan terhadap AS?

AMANAH CADANG TUBUH JAWATANKUASA KHAS PANTAU ISU 1MDB

KUALA LUMPUR – Amanah mencadangkan agar satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk memantau pegawai kanan kerajaan termasuklah menteri-menteri berkaitan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, jawatankuasa ini akan mengenal pasti sama ada pegawai dan menteri terlibat menjalankan tanggungjawab mereka pada negara.
“Ahli Jawatankuasa  Khas ini akan terdiri daripada bekas-bekas tokoh, Hakim Negara, Peguam Negara yang masih mempunyai kedudukan tinggi di mata rakyat seramai 10 orang.
“Tugas mereka adalah untuk memantau dan mengenal pasti jika salah laku khususnya dalam isu berkaitan seperti 1MDB.
“Sekiranya didapati mereka ini tidak menjalankan tanggungjawab yang sebetulnya, maka tindakan akan diambil sama ada menasihati atau undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya lagi, isu-isu lain yang terjadi di negara juga akan turut dipantau oleh jawatankuasa ini.
“Selain 1MDB, isu-isu besar negara juga akan turut diberi perhatian seperti Felda Global Venture dan lain-lain.
“Kami juga telah mengenal pasti beberapa nama yang tersohor yang mempunyai kredibiliti untuk menyertai Jawatankuasa ini,” katanya lagi.

KERAJAAN KELANTAN TERLIBAT KUTIP WANG HARAM ?

Semasa berucap di Majlis Perjumpaan Idil Fitri, 2 Syawal, MB Kelantan dengan bangganya sekali lagi bercakap mengenai projek ‘bertaraf dunia’ Kelantan – perniagaan karbon menerusi SEJUTA EKAR HUTAN SIMPAN (HSK) diluluskan kepada Climate Protector Sdn Bhd.
Tiga hari sebelum itu, iaitu pada 23 Jun, Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi laman webnya, menyenaraikan Climate Protector dan sekutunya, EcoBit sebagai beroperasi tanpa kelulusan BNM. http://www.bnm.gov.my/index.php… . Ucapan MB adalah pada 26 Jun.
MB tidak memandang berat kenyataan BNM itu? Sehingga ucapannya tidak mengambil kira pengumuman BNM.
Rakyat berhak untuk mengetahui samada langkah Climate Protector yang beralamat di Berek 12, Kota Bharu menggunakan kelulusan sejuta ekar HSK itu dengan mengutip wang orang ramai dengan menjual token atau apa yang didakwa cryptocurrency dipersetujui oleh Kerajaan Kelantan atau tidak.
Pertama, syarikat mengutip wang secara haram menggunakan kelulusan Kerajaan Negeri?
Kedua, orang ramai mungkin menjadi mangsa kepada skim penipuan?
Ketiga, syarikat mendapat untung percuma?
Jika ya, adakah Kerajaan Kelantan turut menjadi mangsa atau bersubahat?
A) KAITAN ANTARA KERAJAAN KELANTAN – CLIMATE PROTECTOR DAN ECOBIT

1. Laman web EcoBit, www:ecobit.io/ jelas menyandarkan aktiviti mereka kepada perjanjian 9 Januari 2017 yang ditandatangani oleh Kerajaan Kelantan dan CP serta foto-foto majlis itu dimuatkan dalam laman berkenaan.
Petikan berikut dari laman itu menunjukkan gunaan kelulusan Kerajaan Negeri kepada Climate Protector untuk aktiviti EcoBit:
Phase 1 for EcoBit took shape in the privileged concession of 1 million acres of tropical forest to reduce CO2 and to bolster carbon stocks that brings direct value to EcoBit. “CCP chief executive officer Tang Too Siah said the recent memorandum of agreement (MoA) signed on Jan 9 was the Kelantan state government’s initiative to protect the region from illegal and legal mining activities.
“The size (of the area) is enormous, this is the first time the government has given 25% of its land mass to such a commitment,” he told Bernama.
2. CEO CP, Encik Tang dan EcoBit digambarkan sebagai pemain utama EcoBit.
The launch also featured some interesting speakers, starting with Mr. Tang, CEO of Climate Protector SB- Ecobit who gave a very meaningful talk about his vision and why we should all do our part in helping planet earth and also educate ourselves with enough knowledge on how to lead a healthy lifestyle through sustainable agriculture.
B) ADAKAH DAKWAAN KERAJAAN KELANTAN, CLIMATE PROTECTOR DAN ECOBIT BENAR?
1. Taman Negara Termasuk Dalam Sejuta Hektar Kelulusan Hutan Simpan Kepada Climate Protector
Dalam laman web EcoBit, dinyatakan seperti berikut:
1 MILLION ACRES
Our movement helps you contribute by investing in sustainable environmental projects. Backed by a million acres of land across Taman Negara in Pahang and Kelantan, this rainforest is the 2nd oldest rainforest in the world.
With a 30 year concession of such a massive piece of land to be preserved and to be used for sustainable environmental projects given to EcoBit, this will In the long run help reduce carbon footprints thus slowly but surely help in the healing process of the planet while at the same time earn an attractive return on your investment through eco-capital.
30 YEARS PROFIT
The concession of the rainforest will span for 30 years and is to be used to preserve the rainforest and to reduce polluted gases in the air to reduce carbon footprints. Through eco-capital, EcoBit is sanctioned to generate income through carbon credit to finance innovative green & sustainable project which will be implemented in phases. This is where your contribution and investment comes in, with the help of your investment, not only will you be gaining returns, but you will also be contributing greatly in the reduction of carbon credit globally.
Ia memberi gambaran seakan Taman Negara bahagian Kelantan dan Pahang juga telah dianugerahkan kepada CP.
2. Di Bawah Program REDD Bangsa-Bangsa Bersatu
Dakwaan ini bukan sahaja dibuat oleh syarikat terlibat, bahkan oleh MB sendiri. Pada hal, perkara ini telah dinafikan oleh Kementerian Sumber Asli sendiri.
http://www.malaysiakini.com/news/372768
3. Audit Stok Karbon Sejuta Ekar HSK Siap Dalam Masa 12 hingga 24 bulan
“Climate Protector will commence operation immediately after the signing ceremony of the MOA. It will take around 12 to 24 months to conduct a scientific calculation, valuation and verification report by certified independent scientists to determine the carbon stocks in the designated state Forest.PROOF-OF-STAKE(POS) BONUSES
Dakwaan sebelum ini menyatakan, tempoh 12 hingga 24 bulan diperlukan untuk menyiapkan kajian, tetapi hanya dalam masa tiga bulan tawaran awam telah dibuat dengan gambaran pulangan pelaburan adalah hasil dari perniagaan karbon atas HSK Kelantan.
4. Pelaburan Sokongan EcoBit
Laman web EcoBit juga memberikan gambaran, selain pendapatan dari perdagangan karbon atas HSK Kelantan, ia mempunyai pelbagai pelaburan lain seperti pemeliharaan ayam, itik, kambing,penternakan ikan, spirulina dll, sebahagiannya di Pulau Carey, Selangor. Beberapa ekor anak itik di letakkan atas seakan katil bayi di majlis pelancaran Fasa Dua projek EcoBit.
Held at Glasshouse Seputeh, the venue was transformed into a small scale EcoBit Sanctuary,

Apa salahnya PM bercuti guna jet kerajaan? ampu Syed Ali

Walaupun bercuti Datuk Seri Najib Razak tetap seorang perdana menteri yang layak mendapat keistimewaan seperti termaktub dalam peraturan kerajaan.
Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Al-Habshee, berkata pihak yang mempertikaikan percutian perdana menteri sebenarnya memiliki "pemikiran dangkal" selain hati mereka dipenuhi kebencian melampau.
Tambahan pula, katanya, Najib adalah manusia biasa yang memerlukan waktu rehat, selain turut mempunyai kewajiban bersama keluarga.
"Tidak ada keperluan bagi mana-mana pihak mempertikaikan percutian beliau," kata Syed Ali melalui kemas kini terbaru blognya hari ini.
Najib dan anggota keluarganya berkunjung ke Bali mulai 27 Jun lalu sebelum berlepas pula ke Perth, Australia tiga hari kemudian.
Media Indonesia melaporkan Najib disertai rombongan 23 yang lain dan mereka menetap di hotel mewah St Regis di Nusa Dua.
Ia adalah penginapan sama digunakan Raja Salman Abdulaziz al-Saud antaa 4 hingga 9 Mei lalu.
Perdana menteri dan isterinya dilaporkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Kuta menaiki pesawat udara milik kerajaan yang menggunakan nombor pendaftaran 9M-NAA.
Bukan sesuatu yang dilarang
Ia mendapat kritikan sesetengah pihak yang mengaggap Najib dan keluarganya tidak wajar menggunakan pesawat milik kerajaan kerana perjalanan itu tidak melibatkan urusan rasmi negara.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata seseorang berhak mendapat rehat atau percutian terutama bersama keluarga kerana hanya dengan ruang tersebut mereka boleh melupakan sebarang tekanan atau kesibukan kerja.
"Masa percutian itulah mereka berpeluang bersama keluarga, mengeratkan hubungan silaturahim setelah penat bekerja dan inilah juga fitrah manusia yang memelrlukan masa rehat," katanya.
Pihak yang mengecam penggunaan kapal terbang kerajaan pula, kata Syed Ali, sengaja bertindak begitu untuk memburukkan imej dan reputasi Najib.
"Ini semua agenda politik kotor pihak tertentu termasuk portal berita propembangkang yang dilihat seperti sengaja memainkan isu tersebut untuk menarik perhatian rakyat," katanya.
Menurut Syed Ali, seseorang perdana menteri dan timbalan perdana menteri dibolehkan menggunakan pesawat rasmi kerajaan sama ada untuk tugas rasmi atau bercuti bersama keluarga.
Penggunaan itu, katanya, dibenarkan apabila mendapat kelulusan kabinet.
"Jadi kenapa apabila Najib bercuti bersama keluarga dengan menggunakan kemudahan pesawat kerajaan, ianya menjadi pertikaian banyak pihak terutama pembangkang, sedangkan perkara tersebut bukan sesuatu yang dilarang," katanya.
Pembangkang dan pengkritik, jelas Syed Ali, sepatutnya berfikiran rasional dan tahu hak serta keistimewaan seseorang perdana menteri.

PAS: Matlamat 40 Kerusi Hanya Berjaya Jika Tidak Bersama PKR


Oleh Alang Ibn Shukrimun
Walaupun muktamar PAS telah sebulat suara bersetuju untuk memutuskan hubungan tahaluf dengan PKR, dan Majlis Syura juga telah memutuskannya, namun masih ada pihak tertentu yang mengharap agar persefahaman berlaku dengan PKR menjelang PRU14 nanti. Alasan yang digunakan adalah tiada tahaluf tidak bermakna bermusuh dan tidak boleh bersefahaman untuk pilihanraya. Selain itu alasan 1 lawan 1 masih digunapakai walaupun PAS sudah meneroka situasi baharu sejak 2015.
Sepatutnya kita perlulah melihat tentang sebab putus tahaluf itu dibuat. Bukan sekadar sikap mereka di peringkat nasional sahaja yang kelihatan bercanggah dengan PAS, tetapi keluhan ahli di peringkat bawahan akar umbi juga berlu diambil kira. Daripada apa yang diutarakan dalam mesyuarat agung samada di peringkat cawangan, kawasan, juga muktamar dewan-dewan dan pusat sendiri, rata-ratanya ahli menyebut tentang masalah ketika menghadapi pilihanraya antara sebelum, semasa dan selepas. Ramai ahli diperingkat akar umbi sangat bergembira dengan keputusan putus tahaluf ini kerana mengenangkan pengalaman pahit bersama dalam siri-siri PRU lepas. Kembali bersefahaman dengan PKR walau untuk PRU hanya akan menyebabkan ahli di akar umbi kecewa dengan sikap parti. Bimbang mereka yang kurang tarbiah akan protes dan tidak bekerja dalam PRU14 nanti. Jangan ingat semua ahli boleh patuh semua keputusan. Kena ambil kira pertambahan ahli baru yang banyak ini masih belum sempat ditarbiah lengkap. Kena ambil kira juga pertambahan sokongan mendadak terhadap PAS bermula pasca penyingkiran pemimpin-pemimpin berwala` PKR dan DAP.
Apapun, perkara asas yang perlu dilihat dalam menilai persefahaman bersama PKR dalam PRU14 nanti mestilah diukur dengan matlamat parti dalam PRU14 nanti. Sebarang bentuk strategi yang tidak dapat mencapai matlamat mestilah ditolak.
Matlamat PAS jelas sebagaimana yang sering disebut oleh presiden, bagi menjadi king-maker dengan menawan 40 kerusi parlimen, dan juga mahu memenangi lima buah negeri sekurang-kurangnya. Matlamat ini tidak pernah berubah dan diubah. Justeru strategi kita perlulah dalam rangka menjayakan matlamat tersebut.

Mohd Puad mahu kerajaan siasat dakwaan dalang DoJ dari Malaysia


Mohd Puad ZarkashiKerajaan perlu menyiasat dalang sebenar disebalik tindakan saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berhubung dakwaan terbaru melibatkan AS$4.5 bilion dana 1MDB yang diseleweng.
Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yakin dalang terbabit datang dari Malaysia dan individu sama yang membuat aduan berkenaan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.
“Saya minta kerajaan siasat, siapa dalang ini dan hendaklah diberitahu kepada rakyat. Saya yakin ada dalang dari Malaysia. Sebab itu DoJ masih tidak mengemukakan sebarang bukti, dokumen dan sebagainya.
“Tetapi saya tahu muslihat orang yang menjadi dalang ini, asalkan DoJ sebut saja (kes), mereka akan ambil tindakan saman sivil atau memohon,” katanya kepada MalaysiaGazette pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam semalam seperti dilapor MG hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan semalam yang mencabar DoJ mendedahkan dalang sebenar yang ‘mengarahkan’ badan perundangan itu untuk mengambil tindakan saman sivil terbaru berkaitan dana 1MDB yang diseleweng.
Mohd. Puad juga mahu kerajaan mengambil tindakan tergas terhadap dalang terbabit di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kerana mensabotaj ekonomi negara.
“Raja Petra Kamaruddin dalam portalnya Malaysia Today menyebut nama-nama tertentu seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin (dalang). Kita minta pihak berkuasa menyiasat betulkah dakwaan ini.
“Kerajaan kena ambil tindakan tegas kepada mereka ini, gunakan undang-undang yang ada, sama ada POCA dan sebagainya kerana mensabotaj ekonomi negara dengan cerita fitnah,” tegasnya.
Mohd. Puad berkata, tindakan dalang berkenaan tidak boleh dibiarkan kerana mereka hanya menggunakan saman sivil itu untuk membuat fitnah dan memutarbelitkan fakta.
“Sasaran mereka adalah Perdana Menteri, 1MDB, walaupun DoJ tak menyebut 1MDB atau Perdana Menteri, hanya menyebut orang-orang tertentu seperti Jho Low, tetapi mereka putar belit.
“Mereka gunakan isu ini untuk mewujudkan satu suasana iaitu bagi rakyat keliru, bila ia berterusan, mereka mudah nak membohongi rakyat,” katanya lagi.

Ini fakta ringgit tercorot sejak Najib jadi PM

Minggu lalu, jentera propaganda Barisan Nasional (BN) cuba menularkan laporan Bloomberg yang menyebut matawang ringgit Malaysia (RM) menunjukkan prestasi lebih baik berbanding matawang lain bagi suku pertama 2017.
Laporan ini kemudiannya dijadikan alasan untuk membidas pihak-pihak yang sering menyuarakan kebimbangan mengenai kejatuhan nilai ringgit (termasuk saya) kononnya kritikan kami selama ini tidak benar.
Nilai matawang ringgit adalah sangat penting kerana peratusan barang import yang digunakan oleh rakyat masih kekal tinggi, terutamanya bahan-bahan makanan.
Lebih-lebih lagi harga petrol dan diesel dikira berdasarkan harga rujukan di dalam dolar Amerika Syarikat (AS), maka jika pun harga minyak mentah dunia telah turun, harga petrol dan diesel boleh kekal tinggi akibat nilai ringgit yang rendah.
Penentu nilai ringgit
Nilai ringgit ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran matawang yang banyak dipengaruhi oleh iklim ekonomi negara.
Oleh itu, kedudukan nilai ringgit yang rendah dan prestasinya di belakang matawang serantau yang lain memberi gambaran kelemahan pentadbiran ekonomi dan kewangan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Alasan yang selalu digunakan oleh jentera propaganda Najib ialah kejatuhan mawatang ringgit adalah di luar kawalan kerajaan kerana ia disebabkan nilai dolar AS yang mengukuh, bukannya disebabkan oleh kelemahan ekonomi Malaysia.
Mereka yang membawa alasan ini akan memberi contoh bahawa semua matawang serantau yang lain telah jatuh jika dibandingkan dengan dolar AS, bukannya ringgit semata-mata.
Data kadar tukaran matawang
Oleh itu, saya telah mengambil sedikit masa untuk mengumpulkan data kadar tukaran matawang ringgit dan matawang lain (iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan Korea Selatan) berbanding dengan dolar AS bermula dari tahun 2007 hingga ke akhir Mei 2017.
Tujuannya ialah untuk menentukan perkara-perkara berikut:
1. Bagaimana prestasi matawang ringgit berbanding matawang lain sejak Najib menjadi menteri kewangan (dari tahun 2008 hingga 2017).
2. Bagaimana prestasi matawang ringgit berbanding matawang lain sejak isu dana 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib (dari tahun 2015 hingga 2017).
Data kadar tukaran matawang berbanding dolar AS boleh diperolehi secara percuma dari laman Bank Dunia (rujuk laman http://knoema.com/WBGEM2017Mar/world-bank-global-economic-monitor-monthly-update)
Saya sertakan jadual berikut yang menunjukkan kadar tukaran purata matawang serantau berbanding dolar AS:

Daripada jadual ini, saya membuat analisa untuk menilai prestasi ringgit sejak Najib menjadi menteri kewangan dan berita dana 1MDB masuk ke akaun peribadi beliau menjadi pengetahuan umum.
Analisa ini dirumuskan di dalam jadual berikut:
Analisa menunjukkan perkara-perkara berikut:
1. Selain dari Indonesia dan Vietnam, matawang ringgit adalah yang paling teruk berbanding Singapura, Thailand, Filipina dan Korea Selatan jika dibandingkan dengan nilai pada tahun 2007 (iaitu nilai asal sebelum Najib menjadi menteri kewangan).
Kadar ringgit menyusut
Sejak tahun 2008, nilai ringgit telah menyusut 27.7 peratus sedangkan nilai matawang naik 6.8 peratus.

PAS PERLU JADI ANAK JANTAN


Hanya ada satu kata: demo!
Selain ia adalah cara menegaskan langkah dan memperkukuhkan kuda-kuda haraki, PAS sangat wajar turun berkumpul menyatakan kesungguhan menolak campur tangan asing di negara ini.
Nampaknya setakat ini kefahaman rakyat mengenai pendirian belum menyeluruh. Di sana sini ada saja kesangsian orang ramai terhadap iltizam PAS antara mahu melawan Umno dan mempertahankan kedaulatan negara.
Sudah berkali-kali pemimpin PAS menjelaskan bahawa mereka tetap bermusuh secara politik dengan Umno dan tidak mungkin kedua-dua parti itu bersatu. Tidak mungkin. Ia sama seperti menjangkakan minyak gamat bersatu dengan air soda.
Apa yang nyata bagai gajah di depan mata ialah politik PAS ialah matang dan sejahtera. Dan untuk kali yang kesekiannya PAS menunjukkan kematangan dalam isu 1MDB.
PAS tidak mencerca semberono. PAS tidak menuduh sembarangan. PAS juga tidak menjala angin. Apa yang PAS lakukan ialah menyukat kail dan joran untuk menduga dalamnya laut di sekitar Kepulauan Cayman. Sesekali PAS menebar jala juga. Itu adalah sunnah perjuangan.
Namun musuh PAS tidak pernah senang hati. Ada saja tuduhan, fitnah dan nista yang dilemparkan kepada parti itu, umpama menghalau kambing ke air. Atau bagai balak terendam dalam banjir di Gua Musang.
Jeritkan di Padang Merbok
Justeru wajar untuk ilmuan-ilmuan PAS yang ramai itu memikirkan langkah ampuh untuk menolak segala kesangsian itu dengan demonstrasi.
Memanglah pengkritik PAS cuma bagai golok kayu – ditetak tidak makan, dijual tidak laku. Tapi PAS bukan aur di atas bukit. Thiqah perlu dijaga dan maruah wajib dipertahankan.

Bidalan, bidalan juga tapi kadang-kadang maksud yang tersurat perlu dijeritkan di tempat terbuka. Di Padang Mebok, misalnya.
Aturlah langkah, bacalah doa dan mohonlah permit. Adakan perhimpunan khas menolak campur tangan asing di negara ini. Kuburkana waham.
Ahli PAS dan orang ramai wajib difahamkan bahawa skandal 1MDB adalah masalah nyamuk di muka kancil.
Mana mungkin kita menjemput beruang datang menampar nyamuk. Paling tidak, kasihanilah nyamuk itu. Ada banyak cara lain untuk mengatasi masalah nyamuk. Bakar sampah supaya keluar asap dan nyamuk tidak lagi hinggap di muka kancil, misalnya.
Penampilan kena betul
Nyamuk juga boleh dihalau dengan mengibas-ngibaskan semutar. Kalau dia degil, kibaskanlah sedikit lebih kuat. Ambil perangkap dan tangkap nyamuk. Beruang boleh berambus dari negara ini.
PAS sebagai sebuah parti yang kaya dengan ilmu bidalan boleh menggunakan segala kepakaran mereka untuk menyampaikan mesej terang lagi nyata kepada seluruh dunia.
Ini masalah Malaysia dan wajib dijelaskan dengan cara budaya Malaysia. Segala teori komunikasi asing tidak perlu. Abaikan teori-teori Ernest Bormann atau Stephen Littlejohn itu. PAS ada kaedah komunikasi cukup ampuh untuk memahamkan umat Malaysia.
Tidak cukup dengan penegasan di tengah padang, peserta demonstrasi itu boleh digalakkan berpakaian tradisional. Hidupkan nostalgia gemilang PAS semasa bermuktamar di Kota Bharu pada Jun tahun lalu.

DAP bukan lagi musuh orang Melayu, kata Zam

Bekas menteri Umno, Tan Sri Zainudin Maidin berkata, orang Melayu hari ini melihat Umno sebagai ancaman dan cabaran kepada mereka dibandingkan DAP yang semakin matang dalam nilai yang diperlukan untuk kerjasama politik.
Jelas beliau, parti yang dilabel cauvinis Cina itu semakin progresif, dinamik, bersih dan cekap yang tidak lagi berasaskan politik perkauman dan sentimen keagamaan yang sempit.
"Semakin ramai orang Melayu yang melihat, memahami dan menghayati ancaman kepada nasionalisme Malaysia tidak lagi datang dari DAP yang mahu meMalaysian Malaysiakan negara ini tetapi melihat Umno yang mahu menChinakan Malaysia menerusi penjajahan ekonominya.
"Di samping itu, orang bukan Melayu melihat perubahan dasar sekularisme dan liberalisme Umno sejak permuafakatan politik dengan PAS untuk bersama menguasai negara ini.
"Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah atau Akta 355) menimbulkan prasangka buruk bukan Melayu terhadap matlamat Umno yang telah dimaktubkan oleh kepimpinan awalnya Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Islam dan lain-lain lagi," kata bekas ketua pengarang Utusan Malaysia itu dalam blognya.
Mengulas lanjut, Zam berkata, Umno sanggup bekerjasama dengan PAS yang disifatkan parti yang mempermainkan agama yang pernah bersubahat dengan DAP menjatuhkan kerajaan Melayu Umno.
"(Datuk Seri) Anwar Ibrahim juga cuba melakukan ini tetapi kepimpinan Umno yang bijak, berintegriti, berpengaruh, kuat, dihormati dan diyakini rakyat telah dapat mematahkannya.
"Tetapi PAS yang belum pun berada dalam kerajaan berjaya mempergunakan Umno untuk menggugat kesucian Perlembagaan negara menerusi Parlimen dengan mengambil kesempatan di atas kelemahan Umno dan pucuk pimpinannya," tambah beliau.
PAS, katanya, bukanlah parti politik yang bodoh yang tidak menyedari hakikat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang bergantung di dahan rapoh.
Para penyokong PAS di Terengganu yang membantah kerjasama dengan Umno diyakini oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS boleh mencapai semua hasratnya untuk menegakan negara Islam dengan bekerjasama dengan Umno, kata beliau.
Orang Melayu, tambah Zam, tidak menolak penanaman modal China kerana kesesatan dari nasionalisme tetapi kerana kehilangan keyakinan terhadap nasionalisme Umno yang terpesong dari dasar asalnya dan juga dari Perlembagaan.
Najib, jelasnya, tidak begitu mengambil berat perasaan ini dan agresif membawa banyak penanaman modal China atau usaha sama dengan negara itu di kawasan sensitif yang menjadi isu panas di kalangan Melayu.
"Melayu mempunyai asas kebimbangan yang lebih besar terhadap kedatangan Cina dari China kerana mereka ditakuti mudah menyerap dengan Cina tempatan yang masih kuat dengan kefahaman dan penghayatan kebudayaan China.

Husam MB Kelantan: DAP tidak hormati Pakatan Harapan - Nik Abduh



Nik AbduhSikap DAP mendahului rakan pakatannya dengan menamakan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa sebagai menteri besar Kelantan mengambarkan pimpinan Pakatan Harapan  tidak menghormati parti dalam gabungan itu, kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz .
Beliau dipetik berkata, tindakan sering bersaing untuk menunjukkan kekuatan masing-masing boleh menggagalkan impian Pakatan Harapan menggantikan BN pada PRU14 nanti.
 “Itulah sikap sebenar DAP yang Pas sudah lama fahami, jadi sebab itulah kita berpisah dengan mereka kerana kita tahu DAP ini bila merasakan dia kuat, dia akan menguasai yang lain.
“Kalaulah DAP saling menghormati parti-parti lain, dia tidak sewenangnya untuk menentukan mana-mana parti yang layak menjadi menteri besar,” katanya kepada media di Majlis Rumah Terbuka Pas Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam.
 Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga, berkata, segala telahan Pas selama ini terhadap Pakatan Harapan telah terbukti berlaku ketika ini dan ia boleh dinilai sesama mereka.
“Sekarang Pakatan Harapan dilihat sering bersaing untuk berada di depan, bagi saya, kalau mereka terus dengan sikap ini, masih tidak sesuai untuk mereka menggantikan BN,” katanya.
Terbaharu, Penasihat Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam ceramah Pakatan Harapan di Dewan Perniagaan Cina di Kelantan telah menamakan Husam sebagai menteri besar jika pakatan itu menang dalam PRU14 nanti.
Kit Siang menyifatkan Husam adalah calon sesuai dengan ketokohannya untuk mengetuai Kelantan setelah ketiadaan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam pada itu, respon Menteri Besar  Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, pula,  menyifatkan cadangan  Kit Siang  mencalonkan  Husam sebagai Menteri Besar Kelantan tidak memberi kesan kepadanya.
Sebaliknya berkata Ahmad berkata,  rakyat Kelantan mampu membuat penilaian yang bijak sebelum memilih siapa yang lebih layak menjadi pemimpin di negeri itu.

Kit Siang mungkin bersara?

Pemimpin BN pandang rendah pemandu teksi

'Tidak perlulah hina orang lain' - Iskandar

Pakatan Harapan tidak sesuai ganti BN sembang Nik Abduh

'Bongkar siapa di belakang syarikat teksi'

Rafizi janji 'pendekkan' Isa di SPAD

Spekulasi Husam layak jadi MB Kelantan, ini kata Salahuddin

Salahuddin cadang badan khas pantau pegawai kanan k’jaan

Rafizi Ramli: Pendekkan Usia Isa Samad Di SPAD,Kaedah Membela Nasib Pemandu Teksi

RAFIZI RAMLI: Menjawab Kononnya Najib Razak Tiada Kaitan Mengapa Nilai RINGGIT Semakin Parah