Ahad, 9 Julai 2017

Khairuddin Bidas Budak Tomboi Pertikai Hubungan Baik Mahathir-Anwar

RAFIZI RAMLI: Jelajah Jom Kita Bina Semula Negara (JB)

Salahuddin Ayub: Jelajah Jom Kita Bina Semula Negara (JB)

Anwar: Rujuk Perjanjian M'sia ke London beri implikasi

Keputusan untuk meneliti Perjanjian Malaysia 1963 di London membayangkan kerajaan kurang yakin terhadap Jabatan Peguam Negara, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Untuk merujuk kepada syarikat guaman UK membayangkan bahawa kerajaan negeri kurang yakin dengan Jabatan Peguam Negara untuk memberikan penafsiran bebas dan adil.
"Kerajaan tidak boleh meremehkan langkah tersebut kerana ia memberikan implikasi yang luas terhadap hubungan kerajaan persekutuan dengan negeri-negeri terutama Sarawak dan Sabah," kata Anwar dalam satu kenyataan.
Menurut Anwar, langkah itu, termasuk penubuhan syarikat Petroleum Sarawak (Petros) berpunca daripada persepsi bahawa kerajaan negeri sebelum ini telah mengabaikan kepentingan rakyat di negeri itu.
Bagaimanapun, Anwar berkata beliau mengalu-alukan penubuhan Petros bagi menjana pertumbuhan, malah telah menyuarakan perkara itu sejak 2010.
Minggu lalu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg mengumumkan kerajaan negeri itu akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan mengkaji bahan rujukan berkaitan hak negeri mengikut Perjanjian Malaysia 1963.
Pasukan itu akan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Abang Johari turut memaklumkan syarikat cari gali minyak dan gas luar pantai milik Sarawak akan memulakan operasinya dalam masa enam bulan lagi.
Sehubungan itu, Anwar turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertindak dan "berlapang dada" bagi mengkaji "punca kegelisahan" terhadap Perjanjian Malaysia 1963.
"Ternyata tindakan beliau dan kerajaan BN selama ini memberikan peruntukan dan perhatian sekadarnya gagal mengawal keadaan.
"Hak Negeri dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan terutama Sabah dan Sarawak perlu diberikan perhatian serius dan segera," katanya.

Langkah ROS timbulkan curiga campur tangan 'politik'

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan badan itu dilabelkan sebagai alat kerajaan.
NGO Center For A Better Tomorrow (Cenbet) berkata arahan terbaru agar DAP mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) telah menimbulkan kecurigaan sedemikian.
"Orang ramai memikirkan mengapa ROS mengambil masa lebih tiga tahun sebelum meminta parti itu mengadakan pemilihan semula," kata ahli lembaga pengarah Cenbet, Sim Lim Seng Chai dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, keadaan bertambah buruk apabila setiausaha akhbar Perdana Menteri, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mengungkit kembali pemilihan parti itu yang dipertikaikan pada 2012 dan 2013.
Beliau berkata, pertemuan ROS dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi terus menguatkan kepercayaan bahawa terdapat "campur tangan politik" dalam keputusannya.
ROS pada Jumaat lalu mengarahkan DAP mengadakan pemilihan CEC yang baru, dengan mendakwa pemilihan semula parti itu apda 2013 tidak mengikut undang-undang.
Pemimpin-pemimpin DAP menimbulkan kecurigaan terhadap langkah itu apabila Tengku Sariffuddin menimbulkan persoalan tentang status parti itu pada 27 Jun lalu.
Zahid pada sidang akhbar hari ini berkata DAP menghadapi risiko tidak dapat meletakkan calon dalam pilihan raya umum akan datang jika ia tidak mematuhi arahan ROS.

Utusan siar semula kritikan Tunku terhadap Dr M

Ketika kemelut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad semakin meruncing, Utusan Malaysia mengambil pendekatan menyiarkan kembali temubual bersama Tunku Abdul Rahman.
Video yang dimuatnaik di laman atas talian akhbar berkenaan dipercayai dirakamkan ketika tahun 1988 berhubung surat terbuka Mahathir kepada perdana menteri pertama berkenaan.
Dalam video selama kira-kira dua minit itu, Tunku menceritakan, surat yang ditulis Mahathir pada pertengahan 1969 itu menyebabkan bapa kemerdekaan itu dibenci oleh orang Melayu.
Malah, Tunku turut menceritakan, Mahathir menyalahkannya ekoran rusuhan perkauman 13 Mei yang berlaku pada tahun berkenaan.
"Saya ini dibenci oleh semua orang Melayu, dibenci oleh pegawai-pegawai kerajaan, dibenci oleh askar Melayu, dibenci oleh polis dan sebagainya.
"Di sini nampaknya caranya, tujuannya nak bagi orang semua-semua benci kepada saya. Buang saya dan ubahkan pemerintahan Malaya ini.
"Dia (Mahathir) kata saya ini pro-Cina, saya berjuang begitu lama, begitu susah, dan begitu payah, susah-payah, adakah dengan untuk mengangkatkan Cina?
"Dia kata saya pro-Cina, saya buat itu bagi Cina, macam-macamlah dia kata. Jadi ditunjuk di situ khianatnya," kata Tunku dalam temubual berkenaan.
Pecat Mahathir
Justeru, Tunku memberitahu, satu-satunya tindakan yang boleh dilakukannya ialah memecat Mahathir dari Umno.
"Tapi tak adalah buat apa-apa, cuma pecat (Mahathir) daripada Umno sahaja.
"Kalau dia (Mahathir) sendiri (menjadi individu yang diberi surat), tentu dia buat macam sekarang ini (tahun 1988), bubuh dalam penjara.
"Masuk tahan orang itu, tahan orang ini. Tahan surat khabar-surat khabar," katanya lagi merujuk tindakan Mahathir dalam Ops Lalang.
Dalam video yang dimuatnaik di Youtube pada 2009 itu, tidak dapat dipastikan siapa yang menemubual Tunku.
Utusan dalam artikelnya berkata, tindakan Mahathir itu telah memusnahkan semua kerja keras Tunku untuk orang Melayu dan negara.
Kemelut antara Tunku dan Mahathir memainkan peranan penting dalam politik negara.
Serangan Mahathir terhadap Tunku itu menyebabkan bapa kemerdekaan tersebut meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri pertama pada 1970 dan diganti dengan Tun Abdul Razak Hussein.
Abdul Razak merupakan individu yang memujuk Mahathir agar kembali kepada Umno dan membawanya ke kabinet sebagai menteri pelajaran pada 1974.

Krisis Umno: Adik Ustaz Kazim tarik diri bertanding PRU14

 Adik Ustaz Kazim tarik diri bertanding PRU14
Ahmad Hasbullah(tengah) bersama sebahagian penyokongnya mengadakan sidang media di Dewan Haji Elias, Kampung Paya, Batu Kurau petang tadi.
BATU KURAU - Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Elias mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 menerusi satu sidang media diadakan di Kampung Paya, Batu Kurau hari ini.
Menurutnya, keputusan mengejut itu dibuat setelah pihaknya ingin membeli laluan kepada muka baharu mewakili Umno dan BN dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat Dun Kubu Gajah pada PRU akan datang.
"Keputusan itu turut mengambil kira kekecewaan saya dengan kepimpinan Umno bahagian Larut yang tidak senada dengan objektif perjuangan pemimpin Umno terdahulu," katanya dalam sidang media yang turut disertai penyokongnya di Kampung Paya, di sini petang tadi.
Ahmad Hasbullah juga adik kepada pendakwah terkenal, Datuk Kazim Elias.

PAS percaya Agong dapat nasihat lantik Hakim......

PAS percaya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja telah mendapat nasihat perundangan sebelum berkenan melantik Tan Sri Md Raus Sharif (gambar) sebagai hakim tambahan untuk tempoh tiga tahun lagi.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS percaya nasihat pelantikan itu diberikan berdasarkan tafsiran Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan berhubung keanggotaan Mahkamah Persekutuan.
"Bagaimanapun PAS berasakan amat wajar pihak berkenaan bertindak dengan lebih proaktif dengan memberikan maklumat terpeinci mengenai perkara ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat serta mengelak kemungkinan berlakunya konflik perundangan berpanjangan yang merugikan tenaga dan rakyat," kata Takiyuddin dalam satu kenyataan media.
Pada masa sama, Takiyuddin turut menyokong cadangan Majlis Peguam Malaysia untuk memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membincangkan isu tersebut secara ilmiah.
Semalam, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk merayu Agong dan Majlis Raja-Raja membuat ketetapan berikutan lanjutan perkhidmatan dua hakim kanan negara ini.
Ini berikutan kontroversi pelantikan Md Raus sebagai ketua hakim negara untuk tempoh tiga tahun lagi dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai presiden Mahkamah Rayuan bagi tempoh dua tahun.
Tempoh perkhidmatan mereka masing-masing sepatutnya berakhir pada 4 Ogos dan 28 September ini.
Bekas hakim dan Badan Peguam Malaysia bagaimanapun berkata lanjutan itu bercanggah dengan ketetapan perlembagaan yang menyatakan seseorang hakim wajib bersara selepas berusia 66 tahun enam bulan.

PH mampu perintah Kedah selepas PRU14

Mohamad Sabu semasa merasmikan pejabat Parti Amanah Negara Kawasan Merbok kelmarin
Banyak projek mega yang diajnjikan Umno BN untuk penduduk di Kulim, Baling dan Sik sejak 2013 yang lalu masih belum berjaya dilaksanakan walaupun tempoh untuk BN memerintah semakin menguncup tidak lama lagi.
Pakatan Harapan mampu untuk menjadi pemerintah yang baharu di Kedah selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.
Keyakinan ini dizahirkan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Pejabat Amanah kawasan Merbok di Sungai Lalang, Sungai Petani kelmarin.
Malah katanya sokongan yang semakin bercambah kepada Parti Amanah Negara khususnya di Kedah memperlihatkan betapa rakyat amat inginkan perubahan dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.
"Sokongan yang bertambah dengan penubuhan cawangan-cawangan baru di seluruh negeri Kedah membuktikan Amanah semakin mendapat tempat di hari rakyat Kedah.
"Ini jelas memperlihatkan betapa bosannya rakyat kepada Umno dan BN yang sedang menerajui kepimpinan kerajaan negeri ketika ini.
"Kita bukan saja mahu supaya Parlimen Merbok menjadi kemenangan bagi Amanah dan Pakatan Harapan (PH), tetapi juga kawasan Dun Bukit Selambau dan Tanjong Dawai menjadi milik PHm" jelasnya lagi.
Manakala Pengerusi Amanah kawasan Merbok, Hamid Ibrahim semasa menyerahkan sebanyak 130 borang keahlian baharu cawangan kepada Mohamad turut berkata, seramai 68 ahli baharu yang menyertai Amanah kawasan Merbok adalah penyokong tegar dan ahli Pas.
Pengerusi Amanah kawasan Merbok Haji Hamid Ibrahim menyerahkan borang keahlian baru kepada Mohamad Sabu
Pengerusi Amanah kawasan Merbok Hamid Ibrahim menyerahkan borang keahlian baru kepada Mohamad Sabu.
Beliau juga berkata, daripada senarai tersebut kebanyakan penyokong dan ahli Pas yang menyertai Amanah kawasan Merbok adalah dari Paya Nahu 1 dan Paya Nahu 2.
"Amanah kawasan Merbok akan meneruskan sesi penerangan dan turun padang mendedahkan segala kemungkaran kerajaan sedia ada.

Tan 'tunggu dan lihat' perbincangan meja bulat 1MDB..!!

Anggota Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung pelawaan ke perbincangan meja bulat mengenai 1MDB.
Tan berkata beliau telah membaca mengenainya di media tetapi tidak menerima sebarang jemputan secara bertulis. Beliau mengakui bimbang perkara itu dipolitikkan.
Selain timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau berkata ramai yang lain telah dijemput untuk bercakap mengenai isu berkenaan.
"Pendirian saya adalah jelas: Dana awam mestilah telus dan bertanggungjawab. Bagi sesiapa sahaja yang berurusan dengannya, itulah sepatutnya.
"Orang yang mempunyai banyak kepentingan termasuk ahli politik ingin mempolitikkan - itu perkara utama - dengan kenyataan separuh benar dan kiasan," kata timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Apabila ditanya sama ada beliau sanggup menghadiri perbincangan itu, Tan menjawab, "Saya tidak tahu, saya perlu lihat keadaannya, saya tidak mahu dieksploitasi dan dibodohkan.
"Ia adalah dana awam, gunakannya dengan betul.Titik," katanya.
Organ rasmi PAS Harakah semalam melaporkan parti itu akan menganjurkan perbincangan meja bulat mengenai 1MDB pada 7 Ogos.
PAC adalah antara badan yang telah menyiasat skandal tersebut.

Kemungkinan beban cukai naik


Oleh A Kadir Jasin
PEMBATALAN cadangan memasukkan 60 jenis makanan ke dalam senarai cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah petunjuk kepada suasana yang tidak menentu dalam dasar dan prestasi percukaian kerajaan.
Di satu pihak kerajaan memerlukan pendapatan baru atau tambahan bagi menampung perbelanjaan yang meningkat dan mengimbangi kejatuhan hasil daripada sesetengah sumber. Bagi yang kurang arif mengenai masalah fiskal dan kewangan yang sedang dihadapi oleh kerajaan sekarang, satu cara mudah bagi memahaminya adalah dengan melihat betapa cergasnya pihak-pihak penguatkuasaan seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan majlis tempatan membuat operasi serta mengeluarkan saman dan kompaun.
Manakala daripada sudut perbelanjaan pula, rakyat jelata boleh melihat atau merasa sendiri dengan meneliti potongan peruntukan untuk sektor kemasyarakatan utama seperti kesihatan dan pendidikan.
Mereka tentu telah melihat atau merasa bagaimana hospital dan klinik kesihatan kerajaan mengawal pemberian ubat dan pengurangan drastik bilangan biasiswa pengajian tinggi oleh agensi-agensi pendidikan.
Keadaan ini diburukkan lagi oleh ketirisan yang berpunca daripada ketidakcekapan, salah guna kuasa dan rasuah.
Hal ini dilaporkan secara terperinci dan meluas oleh Ketua Juruaudit Negara dalam laporan tahunannya.
Di sini ada satu ironi yang hebat. Majoriti kakitangan awam dan agensi separuh kerajaan adalah Melayu dan beragama Islam. Tetapi daripada siasatan, tangkapan dan pertuduhan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), kita mendapat gambaran mengenai betapa korupnya perkhidmatan awam dan penggerak politik kita.
Berbalik kepada cadangan mengenakan GST ke atas 60 jenis bahan makanan yang dibatalkan itu, ia adalah keputusan politik.
Kerajaan memerlukan wang dan mengarah pihak-pihak yang memungut cukai supaya mencari sumber baharu.
Tetapi pada masa yang sama, kerajaan mengakui sebarang tambahan kepada senarai GST akan membebankan lagi pengguna dan ini tidak baik untuk politik.
Kita kena faham iaitu pegawai-pegawai kerajaan yang ditugaskan mencari dan memungut hasil seperti Ketua Pengarah Kastam, (Datuk Indera) Subromaniam Tholasy, tidak peduli sama ada tindakan mereka membebankan rakyat jelata atau tidak.
Tugas mereka adalah mencadangkan dan melaksanakan pungutan hasil, khususnya cukai, bagi pihak kerajaan.
Lagi banyak cukai yang dikutip, lagi baik buat mereka. Itulah petunjuk utama prestasi (KPI) mereka.
Bagi mereka, lagi banyak hasil yang dipungut, lagi tinggilah KPI mereka dan lagi cerahlah peluang kenaikan pangkat.
Kebajikan rakyat jelata bukan masalah mereka. Itu tanggungjawab kerajaan.
Di pihak kerajaan pula, aspek kebajikan mempunyai ciri-ciri selektif. Manakala di satu pihak matlamat fiskal kerajaan adalah memungut sebanyak mungkin hasil, di pihak yang lain pula ia perlu memikirkan apa yang akan berlaku di peti undi.
Dengan Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir dan persaingan bertambah hebat, aspek kedua dasar fiskal iaitu kebajikan rakyat jelata menjadi sangat penting.

Iktibar "Çampur Tangan Asing" Atas Felda

Oleh Izwan Abdul Halim
Perkembangan terbaru, Tan Sri Shahrir Samad umum dua wakil Felda dilantik dalam Lembaga Pengarah FGV. Satu tindakan yang sepatutnya dibuat semasa awal penubuhan FGV dahulu.
Malangnya, penubuhan FGV dahulu umpama satu 'campur tangan asing' yang cuba mengaut segala kekayaan dari Felda. Malah, Tan Sri Isa Samad juga hakikatnya adalah 'orang asing' kepada Felda. Tapi beliau berjaya merobek 'kedaulatan' Felda masuk melalui peranan Menteri pada ketika itu ke dalam KPF.
Walhal, beliau sepatutnya tidak layak dilantik walaupun secara kontrak ke KPF bukan dari kalangan peneroka, keluarga dan kakitangan tetap Felda yang jadi syarat keahlian.
Malah, melanggar undang2 berkaitan koperasi yang syaratnya keahlian selepas dua tahun matang. Tindakan Isa Samad masa tu jelas satu 'kudeta' juga.
Bahkan, jahatnya sebelum dari itu adalah politiking singkirkan Pengarah Besar Felda masa tu dan membelakangkan banyak prosedur.
Perkara sama beliau hampir ulang baru ni menyingkirkan mereka yang boleh ancam kedudukannya. Iktibar ini menyamai usaha pihak tertentu yang galak mengundang campur tangan asing ke negara kita.
Natijah berat akan menanti terhadap kedaulatan, maruah serta risiko terjejasnya pelbagai perkara yang bakal berlaku sangat2 memeritkan.
Jelas dengan tindakan terbaru itu mengiyakan banyak solusi yang PAS pernah kemukakan dan sekali gus seperti mengesahkan Isa Samad memang 'individu bermasalah' yang tidak perlu diposisikan di mana-mana kedudukan berkaitan kerajaan dan kepentingan awam.

Antara ekonomi negara dan ekonomi rakyat


Oleh Zin Mahmud
Kadang kadang cita rasa seseorang berubah ketika dalam perjalanan hidupnya. Orang yang suka bermewah tidak semestinya asalnya dari keluarga mewah. Banyak daripada mereka asalnya dari keluarga miskin, tetapi apabila sudah kaya, tentulah cita rasanya pun berubah. Sukalah bermewah, dah ada duit. Membazir pun tak mengapa. Orang lain pun tak akan marah. Dah ada rezeki. Duit sendiri. Biarlah mereka bermewah. Ini kan negara demokrasi. Negara kapitalis. Kita semua bebas.
Tapi kita semua tahukan. Kebanyakan daripada kita asalnya orang susah. Daripada keluarga miskin. Dari kampung. Tak kiralah Melayu atau Cina. Ada yang di penghujung hidupnya didapati telah berjaya. Di Malaysia ini, apa yang dikatakan berjaya adalah mereka yang dapat ada banyak duit. Tidaklah semua berjaya dalam hidupnya. Ada yang gagal. Rezeki masing masing.Melalui Dasar Ekonomi Baru, pertumbuhan ekonomi khususnya pada zaman Dr Mahathir, banyak yang berjaya. Sekali lagi disebut di sini berjaya dalam masyarakat kita adalah banyak duit. Banyak juga yang berjaya melalui politik, terutamanya UMNO. Tetapi dalam parti pembangkang pun ada yang berjaya jadi kaya. Jadi kaya ini tak kira siapa. Ada yang melalui cara tidak beretika. Banyak. Walaupun tidak melanggar undang undang, tetapi tidak beretika. Ada yang melanggar undang undang tetapi terlepas, penguatkuasaan tentunya tidak dapat mengesan semua.
Dengan banyak duit, mereka yang berjaya itu bolehlah bergaya. Sebab itulah tempat tempat mewah bercambah di negara ini, untuk menampung kehendak mereka. Yang tak berjaya tu janganlah jeles. Orang Melayu sentiasa ada ungkapan, itu dah rezeki mereka, ungkapan ini untuk meredakan rasa jeles majoriti yang gagal dalam hidup. Gagal maksudnya tak dapat banyak duit.
Dalam keadaan kesempitan duit yang melanda negara ini, ketika kebanyakan besar rakyat negara ini terjejas, orang orang kaya ini tidak terjejas. Mereka terus bermewah. Sebab itu jualan barang mewah seperti kereta mewah bertambah ketika mana jualan benda benda lain merosot akibat keadaan ekonomi sekarang.
Ada perbezaan antara ekonomi negara dan ekonomi rakyat. Ada masa ekonomi negara semakin baik tetapi ekonomi rakyat semakin buruk. Ini kerana kekayaan dalam negara berkenaan berlegar di kalangan orang kaya. Maknanya mereka bertambah kaya. Tetapi orang biasa, yang majoriti bertambah susah. Jurang mereka semakin luas.
Negara berpendapatan tinggi tidak semestinya rakyat berpendapatan tinggi. Terutama kelas menengah yang terperangkap di tengah tengah. Tapi yalah, dah rezeki masing masing.

Paling Kukuh: Nilai Ringgit Naik.....Bila...Tarif Elektrik Nak Naik Juga...????

Seperti amalan biasa KERAjaan BN, bila ringgit naik semua jadi NAIK. Najib Rosmah anak-beranak serta menantu pon terbang NAIK ke luar negara bercuti sakan.

YANG PELIKNYA.. SEKARANG
Bila dicanangnya seluruh negara ringgit semakin kukuh, tarik elektrik tak naik..??! Malah diberitahu semakan tarif elektrik seterusnya pada Januari 2018.

NAMPAK TAK !!!

Adakah ia ditangguhkan kerana PRU14 semakin hampir ??!

Hanya pencacai & pemakan dedak saja yg percaya..

EKONOMI NEGARA DAN RINGGIT SEMAKIN KUKUH !!.. kata PM Malaysia Najib Razak.

Sejarah Tak Pernah Menipu..

Rupa2nya keborosan Ayonder Najib sudah bermula seawal 80an lagi.. Tidak mustahil ia kekal diwarisi hinggi kini. Tambah2 lagi dgn hidup penuh kemewahan & keborosan Ibonda Rosmah..

Tup2 angkat diri pejuang Islam Wasatiyyah konon...

KENAPA INI BERLAKU ??!

FAKTA:
Negara bukan Islam dan ada juga negara yg masih dlm konflik peperangan sanggup beri 'Bantuan Pembangunan Semula Gaza' dgn jumlah yg tinggi berbanding NEGARA YANG AMAN Malaysia.

Tetapi, BERPULUH-PULUH BILION RINGGIT membazir beri pada penyangak2 & kaki bazir 1MDB boleh pula...

Rumah Terbuka PAS


Oleh Mohd Sayuti Omar
Tidak pasti sudah berapa tahun saya tidak hadir ke rumah terbuka parti agama (Pas). Mungkin dua atau tiga tahun atau lebih. Terakhir saya hadir ialah ketika rumah terbuka diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Majlis hari itu sungguh meriah dan hangat padang terbuka di kelab berkenaan penuh sesak.

Selepas itu saya tidak menghadirinya lagi, sama ada terlepas atau tidak terperasaan. Apa lagi dua tahun ketika saya keuzuran (2015 - 2016) ditambah pula meletusnya kemelut dalam Pas, perbalahan dan perpecahan ia tidak memberi kesempatan dan mengurangkan minat saya untuk hadir. Kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku.

Alhamdulilah tahun ini, saya menyempatkan diri untuk hadir. Kehadiran saya ke majlis rumah terbuka Pas kali ini istimewa, kerana ia satu-satu rumah terbuka anjuran parti politik yang saya hadir. Ketika Parti Amanah Negara (Amanah) mengadakan rumah terbuka nasionalnya di Kota Bharu saya tidak hadir kerana tergesa-gesa ke Sitiawan untuk menziarahi cucunda.

Antara tetamu di rumah terbuka Pas.
Ada dua tiga sebab kenapa teringin untuk hadir, meskinpun ia diadakan jauh dari Kuala Lumpur. Oh ya tahun lalu rumah terbuka Pas diadakan di Kedah. Mungkin perubahan venue itu satu pembaharuan bagi Pas, membawa rumah terbukanya ke seluruh negeri untuk memberi peluang kepada penyokongnya di serata tempat merasai suasana Aidifitrinya.

Harapnya perubahan venue itu bukan kerana Pas tidak yakin rumah terbukanya dikunjungi ramai kalau diadakan di Kuala Lumpur kerana parti itu baharu tenang diganggu ombak perpecahan. Ada juga mengatakan langkah Pas membawa rumah terbuka di luar ibu kota itu sebagai berpatah balik ke belakang? Terserah kepada persepsi masing-masing.

Kalau diadakan di Kuala Lumpur, biasanya di Taman Melewar, pasti yang dapat hadir mereka di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Jadi perubahan lokasi majlis itu bagi memberi peluang kepada ahli dan penyokong yang berada di luar ibu kota. Mungkin ini juga termasuk dalam "pembaharuan pendekatan" parti ini yang mengagaskan slongan Politik Matang dan Sejahtra (PMDS).

Perkara kedua kenapa saya hadir hari ini (semalam), adalah untuk berjumpa dengan pimpinan Pas yang hampir separuh saya mengenalinya dan menjadi rakan dan sahabat saya. Teringin sekali saya untuk berjumpa dan berhari raya dengan presiden Abdul Hadi Awang terutamanya.

Lama saya tidak bersua dan berjabat tangannya dengan. Kali terakhir saya melihat beliau dari dekat tanpa salam ialah semasa beliau hadir di himpunan kemanusiaan Rohingya di Taman Tasik Titiwangsa. Saya melihat beliau "bersanding" dengan Najib Razak di pentas khas penuh kecemburuan. Beliau diberitakan tidak dapat hadir di rumah terbuka kali kerana masih berada dalam tempoh perihatan yang dinasihatkan doktor. Didoakan semoga beliau lekas sembuh.

Alasan lain kenapa saya hadir ialah kerna saya dijemput. Ini penting. Saya mendapat undangan daripada Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan, juga daripada Ketua Penerangan Nasaruddin Hassan Tantwi. Jemputan dan undangan itu makin menarik saya untuk menghadirinya. Jemputan itu adalah salam Aidifitri terindah dari dua orang kawan dan yang saya anggap adik yang kini berada dalam hirerki tertinggi Pas. Jemputan itu menjadi tali pengikat kasih antara kami.

Quraan lama.

Dua hari sebelum itu saya ada menghubungi Mustapa Ali, bertanya mengenai rumah terbuka itu. Beliau menjelaskan beliau tidak hadir kerana pada tarikh itu (hari ini) beliau ada urusan lain di Kuala Lumpur. Saya berhajat juga untuk berjumpa dengannya, memandang beliaulah antara empat atau lima veteran Pas yang sudah expire masih ada dalam Pas. Sebagai orang lama dalam Pas dan mengenalinya sejak tahun 1978, banyak perkara yang dapat dicungkil darinya. Opportunis dan diplomcy politik sangat tinggi nilainya.

Pelantikannya sebagai lembaga penasihat Pas -- sebuah badan baharu dibentuk, dilihat mengembalikan dia ke makam sepatutnya dan memberi fungsinya dalam Pas selepas beliau tidak dikekalkan sebagai eksekutif Pas, sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas atau pun Setiausaha Agung. Harapnya pelantikan dan perwujudan lembaga itu tidak menjadi sebuah Quran lama yang dibungkus dengan kain kuning dan tersimpan di rak sahaja.

Jawaban dari beliau itu sedikit meralatkan saya; tidak seharusnya pemimpin veteran seperti beliau menuangi majlis sebegitu. Timbul juga sedikit kemusykilan di kapala saya kenapa majlis sepenting itu beliau hendak meninggalkannya? Tanpa kehadirannya ia akan membuka tanggapan negatif kepada Pas.

Dengan perkembangan dan suasana (tragedi) berlaku dalam Pas, mulanya menyebabkan saya terfikir dengan siapa untuk saya ke sana. Kebetulan isteri yang akhir-akhir ini menjadi kian intim ke mana-mana sahaja, ada urusan lain di rumah anak, justeru pemergian bersamanya ternoda.

Ia menjadi masalah kerana, kawan menjadi regu untuk menghadiri apa-apa majlis Pas selama ini sudah jadi Amanah. Jadi kalau diajak juga tidak pantas rasanya. Mereka tentu kekok untuk hadir, walhal tidak begitu sepatutnya. Majlis hari raya, rumah terbuka sepatutnya ia bebas untuk dikunjungi sesiapa sahaja tanpa ada apa-apa sentimen lain hatta undangan rasmi sekalipun.

Namun pertukaran warna bagi mereka, dan fahaman politik yang penuh sentimen, marah dan dendam tidak memantaskan dan manis untuk mereka berada di rumah terbuka Pas. Di sinilah kelebihan yang ada kepada saya yang tidak terikat dan terpahat dengan partisan. Saya mempunyai kebebasan kerana tidak pernah mengecapkan diri saya dengan sebarang warna parti. Saya berparti dalam hati. Maka saya merdeka untuk ke mana sahaja tanpa mempedulikan apa yang orang kata. Saya adalah saya kekal dengan jatidiri tanpa peduli apa orang gelar.

Dalam tercari-cari rakan itu, nasib baik, sdr Roslan Shahir Mohd Shair (Roslan SMS), sudi untuk bersama saya. Mulanya beliau minta maaf tidak dapat ke Kerdau kerana kebetulan ada program lain waktu sama. Permisi darinya itu sedikit meralatkan saya dan saya terpaksa mencari ikhtiar lain kerana saya sudah berjanji untuk menghadir rumah terbuka itu atas tujuan saya katakan tadi.

Zahid Dan Hishammuddin Sahkan Kuasa Politik Umno Perlu Ditamatkan


Oleh Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
1. Hari ini Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein riuh dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian dengan *mengugut akan melondehkan serta mendedahkan keburukan Tun Mahathir (Tun M) dalam tempoh 22 tahun beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno jika Tun M terus menyerang Najib dan kerajaan Umno Barisan Nasional sekarang*.
2. Mereka membangkitkan kesalahan lampau Tun M ekoran *kebimbangan Umno dengan pakatan politik Tun M dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bersama rakan parti pembangkang dari DAP dan Amanah yang mampu menghilangkan kuasa politik UmnoBN*.Rakyat sedang melihat pakatan politik baru Tun M dan DSAI serta pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebagai suatu pengorbanan besar demi rakyat dan negara dengan mengenepikan perbezaan dan permusuhan politik masa lampau. 3. Sejarah telah membuktikan apabila negara dalam bahaya yang amat sangat dan rakyat begitu terancam, maka akan ada *negarawan dan pihak yang bertentangan akan bersatu dan bersama berjuang menetang musuh besar negara dan rakyat* sebagaimana yang berlaku antara Hamas dan Fatah apabila bersatu menentang Israel Zionis.Begitu juga di Indonesia berlaku banyak pihak yang bertentangan akhirnya bersatu menentang regim Suharto dan melakukan reformasi untuk Indonesia yang lebih demokratik.
*DULU HANG 'SAPU' KAMI DIAM..LA NI PELUANG KAMI NAK 'SAPU' HANG PUN KENA DIAM*.
4.Tun M dan DSAI serta pimpinan utama PH adalah negarawan ulung. *Mereka mampu mengenepikan perbezaan pendapat dan permusuhan politik mereka demi untuk menyelamatkan rakyat dan negara* daripada kebobrokan regim MO1,Isteri MO1,Jho Taek Low dan UmnoBN.Kenyataan Zahid,Hishammudin dan pimpinan kanan UmnoBN yang *mahukan Tun M 'menjaga mulut ' serta mendiamkan diri dari terus menyerang Najib dan kerajaan UmnoBN kerana menurut mereka Tun M sendiri sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri juga melakukan banyak kesilapan*.Tetapi pimpinan Umno dan kerajaan pada waktu itu menutup demi menghormati dan melindungi Tun M.

Pertikaian RoS-DAP bukan perkara mudah, kata peguam


Pertikaian RoS-DAP bukan perkara mudah, kata peguam
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (tengah) dan beberapa pemimpin kanan parti turut mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.
IA bukan satu perkara mudah untuk sama ada Pendaftar Pertubuhan (RoS) boleh sekadar mendenda DAP dalam isu jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), menurut peguam.
Peguam dan bekas ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff menggariskan beberapa keadaan jika DAP akan dibatalkan pendaftarannya oleh RoS.
“Dalam keadaan paling teruk, pendaftaran DAP boleh dibatalkan jika ia enggan mematuhi arahan RoS. Dan mereka tidak akan dapat menggunakan nama dan logo ketika pilihan raya umum (PRU).
“Tetapi ia bukan begitu mudah kerana anda tidak boleh kata DAP menyalahi undang-undang sedangkan ia sudah lama wujud. Jika mereka tidak mematuhi peraturan ROS, mereka hanya perlu membuat permohonan lagi,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Menurut Akta Pertubuhan 1966, Bahagian III daripada Seksyen 41 hingga 54, mana-mana persatuan yang menyalahi undang-undang boleh didenda hingga RM15,000 atau penjara sehingga lima tahun, bergantung pada kesalahan.
Antara kesalahannya termasuk menerbitkan propaganda persatuan tidak sah dan simbol persatuan yang tidak diluluskan.
Bagaimanapun, Yusmadi berkata RoS perlu menjelaskan mengapa mereka mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan terhadap isu DAP.
“RoS kena jelaskan kelewatan itu. Jika gagal, mereka mungkin tidak dapat membatalkan pendaftaran DAP di bawah Akta Pertubuhan.
“Itu sebabnya DAP mahu surat berkenaan, kerana RoS perlu memberi alasan mereka. Kegagalan berbuat demikian mungkin menjadikan ia keputusan sewenang-wenangnya, dan tidak boleh digunakan terhadap parti yang sudah menyertai banyak PRU,” katanya.
Walaupun dilaporkan RoS tidak ada niat membatalkan pendaftaran DAP, RoS sudah pun mengeluarkan kenyataan umum terlebih dulu meminta pemilihan CEC parti itu diadakan semula.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam Surendra Ananth berkata amat penting untuk RoS memberikan surat kepada DAP bagi membolehkan prosiding undang-undang seterusnya diteruskan.
Surendra berkata dengan surat berkenaan DAP akan dapat merayu kepada RoS untuk memberi masa kepada kedua-dua pihak bekerjasama dan menyelesaikan masalah itu.
“Pada masa itu, DAP boleh memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan berkenaan dalam tempoh tiga bulan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Terdahulu, DAP berkata mereka tidak akan mengadakan satu lagi pemilihan CEC dan akan menunggu RoS menghantar surat rasminya sebelum membuat keputusan.
Masalah DAP dengan RoS bermula selepas berlaku kesilapan teknikal dalam kiraan undi ketika pemilihan parti pada Disember, 2012.
Kesilapan itu kemudian menyebabkan ahli yang tidak berpuas hati memfailkan aduan kepada RoS menyebabkan CEC itu diisytiharkan tidak sah. DAP kemudian mengadakan pemilihan semula pada September 2013.

GAJI TAK CUKUP, PENJAWAT AWAM ADA HUTANG RM880 JUTA


Penjawat awam memiliki hutang RM880 juta, kata kongres kesatuan sekerja pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam Malaysia (Cuepacs).
Presidennya Datuk Azih Muda berkata mengikut satu kajian, 60,000 daripada mereka berdepan risiko muflis, lapor Harian Metro.
Beliau berkata keadaan itu berlaku kerana kenaikan gaji mereka dan harga barangan di negara ini tidak seiring.
Katanya kenaikan gaji cumak tiga peratus manakala harga barangan meningkat sembilan peratus dan harga rumah naik 30 peratus setahun.
“Selagi gaji penjawat awam kita tak mampu menangani kos sara hidup, bermakna gaji diterima masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan setanding seperti di negara maju.
“Jadi, sampai bila pun kita tidak akan mampu kejar kenaikan ini dengan gaji yang diterima,” katanya pada wawancara dengan akhbar itu.
Azih berkata  dapur penjawat awam “tidak berasap” kerana gaji tidak cukup dan mereka terpaksa melakukan kerja sambilan termasuk memandu Uber atau GrabCar
“Tetapi timbul pula masalah apabila mereka buat kerja sampingan ini akan letih dan menjejaskan produktiviti kerja hakiki,” katanya.
Azih menyifatkan gaji mereka antara “relevan dan tidak relevan” dan mahu kerajaan membangunkan sistem baru, seiiring hasrat menjadi negara maju.
Beliau berkata realitinya, semakan gaji dibuat antara 20 hingga 13 tahun sekalipun kerajaan secara konsensus bersetuju menyemak gaji setiap lima tahun.

DR M PASANG JERAT UNTUK ANWAR, SEMBANG AZIZ KAPRAWI


Kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri jelas menunjukkan bekas perdana menteri itu sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kepentingan peribadi.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, Mahathir sendiri pernah mengatakan pada tahun 1998 bahawa Anwar bukan sahaja tidak layak menjadi perdana menteri, bahkan tidak layak menjadi pemimpin atas salah laku moral.
“Malahan, Tun M sekali lagi telah mengingatkan kepada rakyat pada tahun 2013 akan bahaya sekiranya memilih Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan jangan berikan peluang langsung sekiranya tidak mahu melihat negara dimusnahkan.
“Bagi saya ini merupakan satu helah licik untuk mendapatkan sokongan ahli parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAN (AMANAH) untuk menyelamatkan beliau daripada hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) seperti mana yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam blog beliau,” katanya.
Menurutnya, akhbar New Straits Times Singapura hari ini turut menerbitkan kenyataan Mahathir bahawa sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya akan datang, Anwar tidak boleh terus menjadi perdana menteri kerana masih di penjara.
“Maka, seorang perdana menteri ‘Interim’ diperlukan sementara menunggu permohonan pembangkang untuk mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah perdana menteri ‘Interim’ tersebut?
“Sekiranya (Datuk Seri) Mukhriz hendak dijadikan perdana menteri ‘Interim’, maka jerat Tun Mahathir berjaya. Tidak mungkin apabila Mukhriz telah dijadikan perdana menteri, Tun M akan memberi laluan kepada individu lain, terutamanya musuh politik beliau selama 18 tahun, Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.
“Adakah Anwar Ibrahim akan terjerat dengan permainan Mahathir buat kali kedua?”Soalnya.

3 tokoh wajar tinggalkan politik, sembang KJ

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tiga tokoh wajar meninggalkan pentas politik tanah air kerana  mereka akan terus memecahbelahkan rakyat selagi berkecimpung dalam arena itu.
Beliau berkata individu yang dimaksudkan ialah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
"Bukan maksud saya apabila kita menyatukan rakyat, semua akan beri sokongan kepada  BN, tetapi sekurang-kurangnya tidaklah seperti mana hari ini di mana suasana politik Malaysia sangat penuh dengan keracunan, kebencian dan hasutan yang sebenarnya datang daripada tiga tokoh ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Wangsa Maju, di ibu negara hari ini.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata Dr Mahathir dan Anwar, kedua-duanya bekas pemimpin Umno,  dilihat banyak memecahbelahkan masyarakat Melayu untuk kepentingan diri masing- masing.
Katanya Kit Siang pula bertindak menanam pemikiran sempit dalam kalangan masyarakat Melayu yang boleh membawa kepada perpecahan antara Melayu dan Cina.
Justeru kata Khairy  ketiga-tiga individu terbabit harus memberi peluang kepada generasi muda daripada parti masing-masing  supaya 'masalah lama’ sejak 20 hingga 30 tahun lepas tidak dibawa ke masa depan.
"Berilah peluang untuk kita bertanding dalam keadaan aman dan bersaing dalam keadaan sihat," katanya.
Sementara itu Khairy berkata pemimpin Umno perlu menerapkan budaya ‘5C’ iaitu ‘clean’ (bersih), ‘competent’ (cekap), ‘compassionate’ (berbelas kasihan), ‘contemporary’ (kontemporari)  dan ‘competitive’ (kompetitif) supaya parti itu terus mendapat sokongan khususnya daripada sesetengah orang Melayu yang berasakan mereka tidak lagi memerlukan Umno.
"Ini mungkin kerana mereka tidak mendapat apa-apa daripada kerajaan atau perjuangan Umno atau mungkin mereka dapat (faedah), tetapi berasakan mereka hebat atas sebab diri mereka sendiri.
"Mereka nak tengok pada nilai, ketrampilan, komitmen kita dan kecekapan kita. Ini politik pascamoden dan mereka mungkin tak perlu apa-apa tetapi kita perlukan mereka," katanya.

Amanah akan cabar keputusan kerajaan lanjutkan khidmat ketua hakim



Parti Amanah Negara (Amanah) akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan melanjutkan perkhidmatan Ketua Hakim Negara Tan Sri Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
Timbalan presiden Salahuddin Ayub berkata, tindakan kerajaan yang tidak mengikut Perlembagaan itu tidak pernah berlaku dan telah mengheret Malaysia sekali lagi ke dalam krisis Perlembagaan baharu.
Salahuddin Ayub DoJ"Tindakan (Datuk Seri) Najib (Razak) jelas tidak mengendahkan Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana, menurut laporan, pelantikan itu dibuat di bawah perkara 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ini menyebabkan pelantikan Tan Sri Raus adalah bercanggah dgn Perkara 125 (1) Perlembagaan Persekutuan, sepertimana menurut pendapat mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Muhammad," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri berkata Raus akan terus memegang jawatan ketua hakim negara untuk tempoh tiga tahun lagi mulai 4 Ogos manakala Zulkefli akan terus berkhidmat sebagai presiden Mahkamah Rayuan untuk 2 tahun lagi mulai 28 September.
Mereka dijadual bersara apabila usia mencecah 66 tahun ini.
Kerajaan berkata keputusan mengekalkan Raus dan Zulkefli dibuat mengikut Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
Salahuddin berkata, Najib cuba berselindung di bawah Perkara 122 (1A) bagi mewajarkan pelantikan Tan Sri Raus.
"Ironinya, semua maklum bahawa sebelum ini kerajaan sudahpun melanjutkan pelantikan Tan Sri Raus sebagai Ketua Hakim Negara setelah umur beliau mencecah 66 tahun dan lanjutan itu hampir tamat tempoh, dan sekali lagi beliau dilanjutkan perkhidmatan.
"Tambahan lagi, kerajaan juga menyebut pelantikan Tan Sri Raus bagi tempoh tiga tahun lagi dibuat di bawah Perkara 122 (1A) sedangkan Perkara 122 (1A) hanya memperuntukan kuasa Yang Di-pertuan Agung (YDPA) melantik hakim tambahan Mahkamah Persekutuan.

Konsert Awie, gelek dangdut warnai 'Membangun Bersama Islam'

Persembahan penyanyi rock Awie menggegarkan stadium di Kota Bharu malam tadi
Persembahan penyanyi rock Awie menggegarkan stadium di Kota Bharu malam tadi
Slogan Membangun Bersama Islam yang menjadi identiti Kelantan sejak Pas menerajui negeri itu pada 1990 telah diwarnai dengan persembahan hiburan malam tadi yang berlangsung hanya pada jarak kurang 10 kilometer.
Tular di media sosial, konsert penyanyi rock Awie berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV manakala gelek dangdut oleh artis tempatan pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan di Kampung Padang Tembesu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Bharu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, membuat persembahan pada hari kedua Kelantan International Bike Week 2017 anjuran bersama kerajaan negeri Kelantan di bawah Urusetia Belia dan Sukan (Ubes) dengan Darulnaim Bikers.
Difahamkan seorang pegawai kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) turut menyanyikan lagu di konsert vokalis kumpulan Wings itu.
Semalam, Awie bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood menyempurnakan gimik pelancaran program yang dilapor disertai 100 kelab motosikal berkuasa tinggi di seluruh negara.
Gelek dangdut oleh dua penyanyi tempatan juga berlangsung malam tadi hanya 10 kilometer dari konsert AwieSementara itu, persembahan gelek dangdut di khalayak awam termasuk sekumpulan remaja lelaki dipercayai kumpulan dikir barat pula menampilkan dua penyanyi tempatan dikenali Wanie dan Linda yang masing-masing berpakaian warna hijau dan merah jambu.
Satu rakaman video menunjukkan sebelum bergelek lagu 'Secawan Madu', Linda yang berambut perang meminta hadirin meluangkan masa dua minit untuk menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah anaknya yang meninggal dunia Februari lalu.
Kemudiannya, sebaik muzik bermula terdengar suara penonton lelaki yang membuat rakaman secara amatur itu berkata, "pusing kot ni etek" apabila kedua-dua penyanyi membelakanginya.
Laman Facebook salah seorang penyanyi itu atas nama Ayue Rosalinda II turut memuatkan gambar dan rakaman video secara langsung program tersebut berserta catatan penghargaan kepada semua pihak terlibat.
"Alhamdulillah. Selesai show mlm nie bersama rakan2 seperjuangan, trima ksih byak pda pihak tuan kerja krna mnjemput kami smua.

'Apa pendirian Hadi tentang harta dibeli guna wang 1MDB?'

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendiriannya mengenai tawaran Amerika Syarikat (AS) untuk mengembalikan dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.
Ini berikutan kenyataan Hadi yang mendakwa saman pelucuthakan itu sebagai "campur tangan asing" dan mereka yang memanfaatkan peluang itu untuk memenangi pilihan raya akan menjejaskan Malaysia.
Lim mempersoalkan sama ada Hadi akan menyokong wang bernilai berbilion ringgit itu dipulangkan kepada rakyat Malaysia.
Wang berkenaan antaranya digunakan untuk membeli barang kemas, lukisan dan hartanah mewah oleh hartawan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, yang kemudian dihadiahkan kepada pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio, model Australia, Miranda Kerr dan 'isteri' Malaysian Official 1 (MO1).
Beliau berkata, DiCaprio dan Kerr telah mengembalikan hadiah yang diterima daripada Low kepada pihak berkuasa AS.
Hadiah itu dibeli oleh Low menggunakan sebahagian daripada AS$4.5 bilion (RM19.3 bilion) yang didakwa disalahgunakan dari 1MDB, menurut Jabatan Keadilan AS (DOJ).
Bagaimanapun, Lim berkata "operasi propaganda kerajaan Umno" menggatakan Kerr sepatutnya mengembalikan wang itu kepada Low dan bukan DOJ.
"Adakah Hadi bersetuju dengan kerajaan Umno ini. Dan apakah pendiriannya terhadap pembelian kapal layar mewah, hartanah termasuk hotel dan kondominium, barang kemas mahal dan barangan seni yang dibeli daripada dana 1MDB yang dicuri?" katanya merujuk kepada kenyataan anggota panel penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tun Faisal Ismail Aziz.

TMJ wira yang mewakili suara rakyat, kata netizen


TMJ wira yang mewakili suara rakyat, kata netizen
Ramai netizen berharap kata-kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi mesej jelas kepada Kerajaan. 
PENGGUNA media sosial memuji Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan memanggilnya wira atas artikel tulisannya yang mencetus sentimen mereka mengenai keadaan Malaysia.
Pengguna Facebook di seluruh Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Tunku Ismail kerana bercakap mengenai rasuah dan salah laku dalam artikel yang disiarkan lewat malam tadi di halaman Facebook Harimau Selatan.
Max Yeo menulis: "Putera yang bercakap bahasa rakyatnya ... terima kasih kerana bercakap untuk kita ... semoga Tuhan bersamamu." Manakala Gilbert Gan berkata: "Tepat sekali Tunku. Pendidikan dan nilai moral adalah kunci untuk meningkatkan Malaysia."
"TMJ (Tuanku Mahkota Johor), hanya permata yang terbaik di Mahkota ... Tepat sekali Tunku," kata Hasnah Ijam.
Dari Malaysia Timur, Anna Missna menulis: "I love You TMJ ... (Saya) orang Sarawak (tetapi saya) menyokong TMJ." Manakala Tonney SRay menyiarkan: "Tabik TMJ. Salam sayang dari Sabah."
Ramai yang berharap kata-kata Tunku Ismail akan memberi mesej yang jelas kepada Kerajaan.
Ada juga yang memuji Tunku Ismail kerana menonjolkan masalah yang melanda negara ketika beliau boleh memilih untuk berdiam.
Eddy Effendy berkata Tunku Ismail tidak perlu ambil kisah dan boleh berdiam diri, yang lebih mudah dilakukan, kerana beliau mempunyai segala-galanya dan hanya perlu menjaga Johor.
"Kenapa dia tetap bersuara dan mmbela nasib rakyat? Kenapa dia bersusah payah utk semua ini? Sebab pemikiran TMJ nun jauh di depan sana..demi masa depan rakyat..demi masa depan Malaysia..
yang kaya semakin kaya..yg miskin tetap miskin."
Azman A. Hamid berkata beliau gembira Tunku Ismail menulis mesej itu kerana rakyat Malaysia biasa mungkin dikenakan tuduhan hasutan jika mereka menyiarkan sesuatu dalam nada yang sama.
"Sekiranya warganegara Malaysia yang biasa menulis itu, kemungkinan dia akan dikenakan dendam. Siapa tahu tetapi di Malaysia ada apa-apa yang mungkin.
"Bagaimanapun, sangat gembira TMJ menulis ini. Dia tidak takut kerana anda sebenarnya tidak mahu mencari masalah dengan mana-mana kerabat diraja," katanya.
Sementara itu, komen Tabari Michalak Tanyit Udie: "Saya bersetuju dengan kenyataan TMJ mengenai orang Melayu yang paling ramai hendak menjadi orang Arab. Orang Melayu suka menjadi orang Arab lebih daripada orang Arab."
Beberapa pengguna Facebook seperti Dzulkeffly Hassan juga meminta Tunku Ismail menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk membetulkan kesalahan di negara ini.
Peguam terkenal dan aktivis Siti Kasim, yang berkongsi artikel berita mengenai jawatan putera mahkota di halaman Facebooknya, turut menggesa Tunku Ismail untuk melakukan sesuatu mengenai keadaan semasa.
"Tolong DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, buat sesuatu untuk negara kita ... Jangan hanya tulis di media sosial .... Terima kasih." katanya.
Nurul Atika berkata, kekuatan negara juga berada di tangan Sultan, yang sepatutnya melakukan sesuatu untuk membantu golongan miskin dan tidak berdaya.
"Sekiranya TMJ sedang membaca ini, saya ingin mengatakan rakyat Johor mahukan orang yang berwibawa di dalam pentadbiran. Sila lihat Umno Johor juga. Banyak cabang di sini dipenuhi dengan mereka yang hanya menjaga diri mereka sendiri," kata Atan Rizal .

TAK TERASA APA2KAH PEMIMPIN UMNO DENGAN NUKILAN TMJ KALI INI?

SAYA AKAN SENTIASA BERDOA UNTUK KESTABILAN ANDA, MALAYSIA

Apa yang telah berlaku kepada negara yang saya hormati? 

Sebuah negara yang dahulunya saya bangga untuk memanggilnya sebagai rumah saya. Sebuah negara yang saya berdoa untuk kestabilan. 

Apa yang telah berlaku kepada sahabat kesayangan ku, Malaysia? Saya berharap suatu hari nanti, anda akan kembali pulih semula. 

Pada hari ini saya berada di sebuah negara di mana Rasuah telah menjadi sebuah budaya. 

Sebuah negara di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang-orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita. 

Orang yang kurang berpendidikan sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas. Ia telah menjadi tempat di mana orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin. 

Sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan. 

Di mana yang berlakun dan individu yang hipokrit dipuji sebagai hero manakala yang pemberi sumbangan dan mereka yang berdedikasi kepada yang baik diabaikan dan dianggap sebagai penjahat. Dimanipulasi oleh gambar-gambar yang mereka lihat. 

Ia telah menjadi tempat di mana ahli-ahli politik mahu menjadi selebriti dan ahli sukan. Di mana seseorang yang tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo boleh dipilih untuk mewakili negara. 

Di mana individu yang tidak menjalani latihan ketenteraan yang sebenar boleh menjadi seorang Jeneral. Sebuah negara di mana institusi perlahan-lahan kehilangan identitinya.

Pemimpin yang berpura pura dengan apa yang mereka pakai, tetapi di sebaliknya, memaksa kerajaan untuk menggunakan wang rakyat untuk membayar jet peribadi mereka. 

Sebuah negara di mana bangsa saya sendiri telah melupakan sejarah, warisan dan budaya kita. 

Sebuah negara yang meninggalkan budaya tradisi tempatan kita seperti  pakaian tradisional kita dan sebaliknya memilih memakai pakaian campuran budaya asing, kononnya ingin menjadi seperti orang Arab. 

Tempat yang dicemari oleh sifat cemburu dan iri hati. Tempat di mana anda boleh membeli pangkat dan kini pangkat-pangkat tersebut telah kehilangan nilainya. 

Ada yang memilih untuk berdiam kerana mereka sendiri mempunyai agenda mereka yang tersembunyi. Sementara masih ada yang seperti saya yang memilih untuk bersuara kerana bimbang tentang apa yang akan berlaku kepada anak cucu-cicit kita dan generasi masa akan datang. 

Sebuah negara di mana ramai individu ingin menjadi ahli politik untuk kepentingan peribadi mereka dan tidak lagi percaya kepada tugas untuk berkhidmat kepada rakyat dan institusi kita. 

NAJIB DALAM KEADAAN TERDESAK SEKARANG INI

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada dalam keadaan panik dan terdesak apabila pembangkang melakukan langkah pengukuhan konsensus. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu boleh dilihat menerusi laporan pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di London.
“Politik adalah persepsi. Laporan berita ini sudah pasti memperlihatkan muafakat Anwar dan Mahathir. Ini menjadi bukti pergerakan pihak pembangkang semakin teratur.
“Ini membuatkan Najib semakin panik dan terdesak kerana nyawa politik beliau semakin ‘tenat’. Bukti pertama adalah kenyataan media beliau hanya di dalam bahasa Inggeris dan bukannya bahasa Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
Katanya lagi, ugutan politik hanya menampakkan sikap panik dan mementingkan kelompok sendiri.

'Nakhoda' Zahid mahu BN rampas Gombak dari MB Selangor

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mungkin berdepan saingan sengit pada pilihan raya umum akan datang sekiranya beliau kekal bertanding di Parlimen Gombak.
Ini kerana, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi akan memastikan kemenangan BN di kawasan berkenaan.
Ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Umno bahagian Gombak, Zahid turut meminta agar jawatankuasa Umno bahagian bertemu dengannya bagi membincangkan tentang pelan pilihan raya.
"Dua minggu dari sekarang saya nak jawatankuasa Umno Gombak jumpa dengan saya. Kita susun strategi. Biar 'Abang' yang duduk sebagai nakhoda," katanya di ibu negara hari ini.
Ketika berucap, Zahid turut menegaskan bahawa ketua dan timbalan Umno Gombak akan dipecat sekiranya mereka bergaduh sesama sendiri serta tidak berjaya merampas kembali kawasan berkenaan.
Malah, timbalan perdana menteri itu turut bergurau untuk memberi dana 'seberapa banyak yang dimahukan' kepada Umno bahagian untuk merampas Gombak.
"Soal ringgit itu saya berguraulah," katanya lagi.
Azmin telah menjadi anggota parlimen Gombak selama dua penggal sejak 2008.
Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Gombak- Batu Caves, Gombak Setia dan Ulu Klang- turut dimiliki PKR dan PAS sejak 2008.
Pada pilihan raya ke-13, empat kerusi berkenaan bagaimanapun mengalami penurunan majoriti dengan lebihan undi Azmin di Gombak menurun dari 6,867 pada 2008 kepada 4,734 majoriti pada 2013.
Selain itu, Zahid turut mengingatkan kepada para perwakilan bahawa kerusi Gombak dan tiga DUN di bawah parlimen itu telah bersedia untuk diambil alih.
Justeru, Zahid meminta agar anggota BN perlu mengetepikan pertikaian dalaman dan bekerja sebagai pembangkang di Selangor berbanding mengambil mudah perkara berkenaan hanya kerana BN berkuasa di peringkat Persekutuan.
Sehubungan itu, anggota parlimen Bagan Datoh itu berkata, BN di peringkat negeri perlu bijak mengambil peluang dan memanfaatkan kemelut yang dihadapi  pembangkang bagi menawan Selangor kembali.

Agenda Umno lebih besar dari lawan Rafizi, Azmin sembang Hisham

Agenda Umno lebih besar berbanding daripada melawan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Naib Presidennya, Rafizi Ramli.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata agenda utama Umno sebagai parti pemerintah pada masa ini adalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada pengganas.
"Rafizi bukan agenda kita, Wan Azizah, Azmin Ali bukan musuh kita. Agenda Daesh (IS) lagi berat.
"Yang sembelih, bakar ini sebenarnya agenda mereka (IS). Kita (Malaysia) selamat, jadi Daesh tak bertapak.
"Selagi saya pegang ini (jawatan menteri pertahanan), saya akan tentang Daesh kerana kita lakukan untuk semua (rakyat Malaysia), bukan untuk orang Melayu sahaja," katanya.
Hishamuddin berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Berjaya Times Square Kuala Lumpur. hari ini.
Sementara itu dalam sidang medianya Hishamuddin turut berkata kerajaan lebih berupaya menangani pengganas berbanding pembangkang yang tidak bersedia dengan isu itu.
"Malangnya mereka (pembangkang) tidak ada pengalaman, mereka tidak ada hala tuju dan visi untuk memimpin masyarakat yang cukup kompleks dari segi kepelbagaian Malaysia, kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
Beliau turut menasihati rakyat Malaysia supaya memilih kerajaan berdasarkan rekod pencapaian yang telah dilakukan terutamanya dalam isu menangani keganasan.
"Maksud saya jika rakyat nak pilih, biarlah pilih track rekod yang baik. Saya tak kata Umno BN sempurna, tapi kita punyai track rekod," katanya.

Kleptokrasi: 'Tiada cara lain kecuali tukar kerajaan'



Sekiranya rakyat tidak ingin dibelenggu dengan pelbagai beban hidup seperti yang sedang dihadapi sekarang, caranya tidak lain adalah menumbangkan kerajaan BN yang ada kini.
Selagi tiada usaha untuk menumbangkan kerajaan kleptokrasi ini, maka selama itulah rakyat akan terus terbeban dengan salah urus tadbir kerajaan pimpinan Najib sedia ada.
Faiz bersama sama pimpinan Pakatan Harapan pada program ceramah Selamatkan Malaysia Hapuskan KleptokrasiDemikian diluahkan oleh Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Faiz Fadzil ketika ditemui selepas program ceramah 'Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi' di Dewan JKKK, Penaga, Kedah baru-baru ini.
Menurut beliau lagi, mengekalkan seorang pencuri untuk mengepalai mana-mana pertubuhan, maka dana yang ada dalam pertubuhan tersebut juga akan menjadi mangsa kecurian.
Apalagi sekiranya meletakkan seorang perompak untuk mengawal sebuah bank atau insititusi kewangan, lambat laun wang yang ada dalam bank tersebut juga akan menjadi mangsa rompakan sehingga merugikan institusi tersebut.
Oleh kerana itu katanya rakyat harus bangun, bangkit dan selamatkan negara dari amalan kleptokrasi yang sedang menjadi amalan pemimpin negara kini.
"Akibat kleptokrasi pemimpin negara yang ada kini, akhirnya rakyat terbeban dengan merudumnya mata wang negara.
"Begitu banyak saksi yang boleh dikemukakan membabitkan rompakan duit rakyat, tetapi setiap kali isu ini dibangkitkan, mereka mainkan isu lain pula bagi mengalih keluhan rakyat.
"Kesan kleptokrasi tersebutlah maka dianggarkan 400 ribu graduan tidak memperolehi pekerjaaan," tegasnya lagi.
Beliau juga berkata, kesan dari rompakan duit rakyat tersebut juga menyebabkan ekonomi negara semakin menyusut.
"Pelabur hilang kepercayaan pada kedudukan ekonomi dan keyakinan pada kepimpinan negara.
"Boros, tiris, salah urus, salah guna kuasa, akhirnya memerangkap rakyat ke jerangkap yang telah disediakan.

Lanjut khidmat hakim: PH mahu mohon pandangan Agong



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan perbincangan segera dengan pimpinan Pakatan Harapan bagi merayu Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja membuat ketetapan berikutan perlanjutan perkhidmatan dua hakim kanan negara ini.
Beliau berkata, pelantikan semula Tan Sri Md Raus Sharif untuk tempoh tiga tahun, dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin (dua tahun) teramat kontroversi.
Wan Azizah Wan IsmailTempoh perkhidmatan mereka masing-masing sepatutnya berakhir pada 4 Ogos dan 28 September ini.
“Tindakan ini akan mewujudkan duluan di mana hakim-hakim akan membuat keputusan untuk memuaskan cabang eksekutif demi mendapatkan habuan iaitu lanjutan tempoh perkhidmatan dengan cara yang meragukan ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Ketua pembangkang itu berkata, hakim tambahan boleh dilantik atas nasihat ketua hakim negara yang masih berkhidmat, selain daripada jawatan yang termaktub dalam Perkara 122(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan, hakim besar Malaya dan hakim besar Sabah dan Sarawak serta 11 hakim Mahkamah Persekutuan.
“Maka pengumuman Pejabat Perdana Menteri bahawa pelantikan terbaharu ini dibuat atas nasihat ketua hakim negara yang baru bersara April lalu perlu dipersoal,” katanya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Warkah terbuka Syed Saddiq buat TMJ

Ampun Tunku.
Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor.
Patik memohon ampun limpah perkenan Tunku untuk bercemar duli membaca nukilan ringkas, ikhlas dari hati seorang rakyat Johor.
Saya menangis apabila membaca surat terbuka daripada Tunku semalam.
Saya menangis kerana saya juga tinggal di Malaysia yang Tunku maksudkan.
Malaysia yang dahulunya dipenuhi dengan optimisme dan maruah.
Malaysia yang berdiri gagah di mata dunia.
Malaysia yang bukan bernormakan rasuah.
Malaysia yang di mana budaya kita dipelihara dan diraikan sebagai simbol perpaduan, bukan perpecahan.
Malaysia yang untuk mereka yang cintakan keamanan, bukan untuk golongan elit.
Bukan untuk golongan elit yang dahagakan kuasa dan korupsi. Malangnya pada hari ini kita kehilangan negara tercinta kita. Kita kehilangan identiti tercinta kita.
Kita kehilangan rumah tercinta kita.
Tunku,
Mungkin akan ada beberapa pihak yang akan mempersoalkan kelantangan Tunku. Pihak yang pada mulanya mengusap belakang Tunku tapi kemudiannya menikam belakang Tunku. Pihak yang skeptikal terhadap motif Tunku tapi saya dengan sendirinya akan menentang mereka ini.
Saya melakukan ini bukan kerana saya terpaksa tapi di atas kemahuan saya sendiri. Ini bukan kerana taat setia saya yang membuta-tuli tapi disebabkan saya percayakan Tunku dalam perjuangan ini.
Saya telah diberikan keistimewaan untuk berjumpa dengan Tunku secara peribadi dan Tunku sentiasa meluahkan kebimbangan Tunku tentang Johor dan Malaysia. Tunku sentiasa konsisten dalam mengkritik kedua-dua kerajaan dan pembangkang dan oleh sebab itu saya mengagumi Tunku.
Tunku,
Sedang saya bersedih dengan perbuatan golongan elit yang merosakkan negara dan negeri tercinta kita disebabkan dahagakan kuasa. Saya sangat optimistik dengan masa hadapan kita bersama Tunku yang sanggup berani bercakap benar.
Walaupun saya sudah kehilangan harapan dalam kabinet kerajaan tapi saya masih menaruh harapan terhadap Tunku. Saya tetap optimistik kerana adanya pemimpin yang lantang bersuara menentang ketidakadilan dan memperjuangkan hak yang di luar sana.
Besar harapan saya untuk Malaysia dan Johor apabila mempunyai seorang pemimpin yang berani seperti Tunku.
Sebagai rakyat Johor, saya sangat berbangga mempunyai Tunku sebagai Tunku Mahkota Johor dan sebagai bakal Sultan. Teruskan berjuang.

Patik yang mendatang sembah,
Syed Saddiq

Mandat kepada PR, bukan PH, cerita Pas Selangor


Pas Selangor mendakwa rakyat dan pengundi hanya mengiktiraf Pakatan Rakyat sebagai pentadbiran Kerajaan Selangor hari ini, bukannya Pakatan Harapan.
Sinar Harian Online melaporkan, pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi berkata, ini kerana kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu adalah mandat yang diberikan oleh rakyat kepada tiga parti politik iaitu Pas, PKR dan DAP untuk menjadi kerajaan negeri.
Sallehen MukhyiUjarnya, walaupun pada dasarnya gabungan Pakatan Rakyat memang sudah tiada namun urus tadbir negeri Selangor hari ini masih kekal berpandukan aspirasi yang dibina oleh ketiga-tiga parti.
“Mandat kerajaan Selangor yang ada sekarang yang diperolehi semasa PRU13...Mandat itu kepada tiga parti dalam Pakatan Rakyat untuk mentadbir.
“Sebab itu Selangor masih kekal ditadbir oleh tiga parti walaupun dari sudut hubungan politiknya di luar sudah tidak ada hubungan, tapi dari segi semangat mentadbir masih mendokong aspirasi dan manifesto PR yang kita bina sejak PRU13 lalu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Mohamed Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor yang menjelaskan Pakatan Rakyat masih wujud di negeri itu kerana ia diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri itu pada PRU13.
Sallehen turut membidas kenyataan beberapa pemimpin Pakatan Harapan seperti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan Sekretariat Pemuda Pakatan Harapan (PH) Negeri Sabah yang mendakwa Pakatan Rakyat di Selangor telah berkubur dan menggesa Mohamed Azmin segera fokus kepada penubuhan Sekretariat Pakatan Harapan Selangor.
Menurut beliau, Pakatan Harapan kena buktikan dulu dengan mendapat mandat daripada rakyat dahulu sebelum mereka fikir mereka mahu mentadbir Selangor.

SIDANG MEJA BULAT 1MDB – SUATU LANGKAH MENGUNDUR KE BELAKANG


Selepas menunjukkan ketegasan menjadi pemimpin tunggal Pas yang berani bersuara mengenai 1MDB sehingga berbeza pendirian dengan Hadi Awang dan kemudian tidak gentar melontarkan pelbagai pertanyaan kepada Ketua Propaganda kerajaan, Dr. Puad Zarkashi yang sehingga kini terus terdiam, Tuan Ibrahim Tuan Man kini bercadang untuk mengadakan sidang meja bulat membincangkan kedudukan syarikat pelaburan kerajaan itu yang daripadanya diketahui ada seorang dua tiba-tiba menjadi bilionwan tanpa ketahuan.
Timbalan Presiden yang sekarang menjadi Pemangku Presiden Pas itu mengumumkan demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, pagi semalam.
Dilaporkan beliau berkata, sidang meja bulat itu akan disertai antara lain oleh bekas Pengerusi 1MDB, Bakke Salleh, pemimpin veteran DAP yang menganggotai PAC, Dr. Tan Seng Giaw, bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan seorang pakar ekonomi, Dr. Jomo Kwame Sundram.
Tujuan sidang yang dikatakan untuk mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak itu dijadual akan diadakan pada 7 Ogos depan.
Meskipun mungkin bertujuan baik, tetapi hasrat Pas mengadakan sidang meja bulat mengenai 1MDB ketika ini adalah tindakan politik yang hanya mengundur ke belakang dan jelas membuang masa semata-mata.
Apakah gunanya mengadakan sidang meja bulat lagi setelah jelas terbukti Najib Razak tidak peduli dan hanya memekakkan telinga kepada semua suara yang menuntut kebenaran diketengahkan berkaitan 1MDB?
Apakah gunanya mengadakan sidang meja bulat lagi setelah Peguam Negara disingkir, anggota kabinet dipecat, Pasukan Petugas Khas berkubur begitu saja dengan sendirinya, anggota PAC ditawar dedak jawatan dalam kerajaan dan semua siasatan langsung tidak berjalan?
Apakah gunanya mengadakan sidang meja bulat lagi setelah banyak soalan di Parlimen tidak dijawab, tuntutan mengadakan sessi khas tidak dilayan dan Najib pula lebih suka melarikan diri atau enggan menjawab sebarang pertanyaan?
Apakah gunanya mengadakan sidang meja bulat lagi setelah hukuman dan pendakwaan berkaitan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang diselewengkan sudah pun dijatuhkan di Singapura dan beberapa negara lain?
Apakah gunanya mengadakan sidang meja bulat lagi setelah DOJ Amerika Syarikat kini dalam proses mahu merampas harta-harta yang dibeli menggunakan dana 1MDB yang diselewengkan dengan tujuan memulangkannya semula kepada Malaysia?
Apakah gunanya mengadakan sidang meja bulat lagi setelah Malaysian Official 1 tidak menafikan dakwaan DOJ menerima berbilion ringgit melaui akaun peribadinya, isteri Malaysian Official 1 diberi hadiah barangan kemas bernilai jutaan ringgit, Jho Low ada jet, kapal layar, hartanah mewah sambil berjoli sakan di pesta arak serta kasino dan Riza Aziz entah bila berniaganya tiba-tiba jadi producer kaya di Hollywood dengan kemampuan membeli apartment bernilai ratusan juta?
Apakah gunanya mengadakan sidang meja bulat lagi setelah cabaran Tuan Ibrahim sendiri agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dan laporan audit 1MDB dilepaskan daripada cengkaman OSA, langsung tidak dipeduli?
Jika mahu dibariskan, banyak sekali persoalan “apakah gunanya mengadakan sidang meja bulat lagi” boleh dibangkitkan sebagai membuktikan bahawa apa pun percubaan mencari kebenaran mengenai 1MDB, selagi Najib kekal sebagai Perdana Menteri, hanyalah sia-sia dan membuang masa.
Tidakkah ia dengan sendjrinya membuatkan Pas mengundur ke belakang dengan tiba-tiba sekadar mahu berbincang di meja bulat saja?
Apatah lagi, jemputan yang disenaraikan Pas untuk sidang meja bulat itu juga amat-amat meragukan dari segi matlamat, tujuan, sasaran serta keputusan akhirnya.
Kenapa tidak dijemput Rafizi Ramli atau Tony Pua sebagai salah seorang ahli panelnya?
Apakah kelebihan Dr. Tan Seng Giaw dari segi pengetahuan dan pemahaman mengenai kemelut 1MDB berbanding Rafizi atau Tony Pua yang selama ini diketahui umum paling lantang dan berani bersuara?
Begitu juga dengan Khalid Ibrahim, suaranya selama ini hampir-hampir tidak pernah kedengaran bersuara tentang 1MDB, jadi apa yang boleh diharapkan daripadanya dalam sessi meja bulat itu?
Sama juga dengan Bakke, meskipun pernah menjadi Pengerusi 1MDB dan kemudian meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan peranan Lembaga Pengarah yang selalu diketepikan, beliau selamanya hanya diam dan tidak pernah bersuara sama-sekali?
Maka, apakah dalam sidang meja bulat Pas itu nanti, beliau boleh diharapkan bertukar berani seperti Rafizi?

TMJ: 'Apa sudah jadi padamu Malaysia?'

Apa yang telah berlaku kepada negara yang saya hormati? Sebuah negara yang dahulunya saya bangga untuk memanggilnya sebagai rumah saya.
Sebuah negara yang saya berdoa untuk kestabilan. Apa yang telah berlaku kepada sahabat kesayanganku, Malaysia?
Saya berharap suatu hari nanti, anda akan kembali pulih.
Pada hari ini saya berada di sebuah negara di mana rasuah telah menjadi sebuah budaya. Sebuah negara di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita.
Orang yang kurang berpendidikan sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas. Ia telah menjadi tempat di mana orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin.
Sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan.
Di mana yang berlakon dan individu yang hipokrit dipuji sebagai hero, manakala yang pemberi sumbangan dan mereka yang berdedikasi kepada yang baik diabaikan dan dianggap sebagai penjahat.
Dimanipulasi oleh gambar-gambar yang mereka lihat.
Pangkat boleh dibeli
Ia telah menjadi tempat di mana ahli-ahli politik mahu menjadi selebriti dan ahli sukan. Di mana seseorang yang tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo boleh dipilih untuk mewakili negara.
Di mana individu yang tidak menjalani latihan ketenteraan yang sebenar boleh menjadi seorang jeneral. Sebuah negara di mana institusi perlahan-lahan kehilangan identitinya.
Pemimpin yang berpura-pura dengan apa yang mereka pakai, tetapi di sebaliknya, memaksa kerajaan untuk menggunakan wang rakyat untuk membayar jet peribadi mereka.
Sebuah negara di mana bangsa saya sendiri telah melupakan sejarah, warisan dan budaya kita.
Sebuah negara yang meninggalkan budaya tradisi tempatan kita seperti pakaian tradisional kita dan sebaliknya memilih memakai pakaian campuran budaya asing, kononnya ingin menjadi seperti orang Arab.
Tempat yang dicemari oleh sifat cemburu dan iri hati. Tempat di mana anda boleh membeli pangkat dan kini pangkat-pangkat tersebut kehilangan nilainya.
Ada yang memilih untuk berdiam kerana mereka sendiri mempunyai agenda tersembunyi.
Sementara itu masih ada yang seperti saya yang memilih untuk bersuara kerana bimbang tentang apa yang akan berlaku kepada anak cucu-cicit kita dan generasi masa akan datang.
Sebuah negara di mana ramai individu ingin menjadi ahli politik untuk kepentingan peribadi mereka dan tidak lagi percaya kepada tugas untuk berkhidmat kepada rakyat dan institusi kita.
Di mana penafian dan kejahilan telah menjadi panduan hidup.
Kekal bertabah sahabat
Di mana penipu memperoleh lebih banyak kuasa. Di mana kebenaran sering diabaikan dan pembohongan diiktiraf sebagai pengakuan.
Kehormatan, kesetiaan dan kesungguhan tidak lagi wujud. Apa yang telah berlaku kepada kamu sahabatku?
Walau bagaimanapun, janganlah kaurisau, kerana masih ada beberapa yang masih belum kehilangan harapan.