Khamis, 13 Julai 2017

Kempen jelajah BSN bukti PKR terdesak, sembang KP Jasa

JELAJAH "Jom Bina Semula Negara" diterajui Rafizi Ramli menunjukkan betapa terdesaknya PKR hendak menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Puad Zakarshi.
Beliau berkata naib presiden PKR itu kekeringan idea dan terpaksa bergantung pada jelajah selepas skandal 1MDB gagal menarik pengundi.
“Jadi sekarang dia terpaksa guna isu seperti gaji minimum dan kos sara hidup sebagai sebahagian kempennya.
“Itu cubaan terdesak. Lihat saman pertama Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) terhadap 1MDB.
“Ada sesiapakah didakwa sehingga hari ini. Presiden AS Donald Trump sendiri tidak percaya pada DoJ,” katanya pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri jabatan itu di Kota Kinabalu, hari ini.
Turut hadiri ialah Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah Sapawi Ahmad.
Dalam saman ketiga dan terbaru, DoJ mendedahkan AS$540 juta digunakan untuk membeli pelbagai aset dan antaranya ialah kapal layar, lukisan dan rantai berlian merah jambu berharga AS$27 juta.
Rantai itu dibeli untuk isteri “Malaysian Official No. 1”.
Puad berkata Malaysia bukan negara gagal seperti didakwa Rafizi, dan berkata kerajaan ada semua laporan menunjukkan ekonomi berjalan agak baik pada masa ini.
Katanya, jelajah "Jom Bina Semula Negara" sepatutnya dipanggil "Jom Binasakan Negara".
Beliau berkata Rafizi seorang penipu kerana mempunyai empat sabitan kesalahan menunjukkan beliau sering bercakap bohong dan fitnah.
“Tetapi rakyat tidak bodoh untuk mempercayainya. Keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikannya,” katanya.
Pakatan Harapan kalah teruk dalam pilihan raya kecil itu tahun lalu menyaksikan BN kekal di kedua-dua kerusi dengan majoriti 9,191 pengundi di Sungai Besar dan 6,969 di Kuala Kangsar.

Kelantan ada prerogatif luluskan Enekmen Tatacara Jenayah Syariah - Azalina


Kerajaan Kelantan mempunyai prerogatif meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) dan melaksakannya di negeri itu.
Azalina Othman SaidMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kuasa tersebut adalah di bawah kerajaan negeri selepas mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri (Dun).
"Perkara ini adalah prerogatif kerajaan negeri. Jika anggota-anggota Dun Kelantan meluluskan usul tersebut maka ia terpakai di negeri tersebut.
"Terpulang pada negeri masing-masing apa yang dibawa dan dibahas di DUN masing-masing," katanya mengulas Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan dalam sidang Dun Kelantan semalam.
Pindaan tersebut akan membolehkan hukuman sebat terhadap pesalah dijalankan di khalayak ramai dan perkara lain yang terkandung dalam enakmen tersebut ialah memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.
Enakmen itu merupakan sebahagian daripada persiapan Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) jika ia diluluskan di Parlimen.
Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) di Dataran Tasek Bandar Penawar hari ini.
Sementara itu, beliau gembira sambutan memberangsangkan masyarakat Felda pada majlis rumah terbuka berkenaan sekali gus jelas menunjukkan penduduk tanah rancangan di negeri ini positif dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, apa yang diharapkan sokongan berkenaan akan berterusan diberikan kepada kerajaan BN sehingga selepas pilihan raya umum nanti.

Enakmen Jenayah Syariah Terengganu hanya laksana jika BN setuju


Ahmad Razif Terengganu hanya akan mengikuti jejak langkah Kelantan menambah baik enakmen berkaitan jenayah syariahnya jika mendapat persetujuan semua pihak, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Katanya ini termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili kaum dan agama lain.
"Kerajaan Terengganu pada dasarnya menyokong RUU (rang undang-undang) itu tapi apa-apapun kita perlu mendapat pandangan daripada parti-parti komponen yang lain seperti MCA, MIC dan Gerakan sebelum ia dilaksanakan.
"Kita kena ambil tahu keperluan mereka, pandangan dan kebimbangan mereka jika undang-undang itu dilaksanakan. Tapi kita akan memberi penjelasan sebaiknya jika ingin melaksanakan undang-undang berkenaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Badan Perhubungan Umno Negeri, hari ini.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zuber Embong dan kepimpinan UMNO Negeri serta parti-parti komponen MCA dan MIC Negeri.
Semalam Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.
RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.

Sebat: Pemimpin PAS dan Umno hipokrit, kata Zaid

Zaid berkata reaksi keseluruhan dari kedua-dua pemimpin Umno dan PAS berhubung isu sebatan di Kelantan hampir meloyakan.
zaid-sebat
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim menggelar pemimpin Umno dan PAS sebagai “hipokrit terdesak” yang sanggup mengorbankan kebajikan orang Melayu untuk mendapatkan lebih banyak undi, berikutan reaksi timbalan perdana menteri terhadap sebatan khalayak bagi kesalahan syariah di Kelantan.
“Apa yang boleh saya cakap adalah pemimpin PAS dan Umno tidak mempedulikan kebajikan umat Islam, selagi politik mereka bertahan,” kata ahli politik DAP itu di Twitter.
Bekas menteri itu menjawab kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang berkata kerajaan Kelantan berhak membentangkan rang undang-undang pindaan enakmen yang membolehkan pesalah di negeri itu disebat di khalayak ramai
Zahid, yang juga pemangku timbalan presiden Umno, berkata pindaan enakmen itu hanya mempunyai implikasi kepada orang Islam di Kelantan dan tidak melibatkan orang bukan Islam di sana.
“Saya tidak menerima butiran tentang pembentangan rang undang-undang dan pindaan itu tetapi saya rasa apa yang mereka lakukan perlu dilihat dalam konteks undang-undang ini yang hanya diguna terhadap penganut Islam di Kelantan,” katanya lapor Bernama.
Namun Zaid berkata semua orang, termasuk ahli PAS dan Umno, tahu langkah itu bermotifkan politik oleh individu yang ingin menunjukkan mereka pemimpin Islam yang lebih baik.
Beliau mendakwa para pemimpin itu tidak ada yang lebih baik untuk ditawarkan kepada mereka yang menderita dan hanya berminat bercakap mengenai menghukum orang Islam.
“Oleh sebab itu, saya rasa reaksi keseluruhan dari kedua-dua pemimpin Umno dan PAS hampir meloyakan dan saya tidak mampu menggambarkannya,” kata bekas ahli Parlimen Kota Bharu itu ketika dihubungi.
Zaid berkata pemimpin Islam seperti itu mengambil kesempatan daripada ketakutan orang Islam untuk melanggar undang-undang Tuhan, yang menurut beliau ditakrifkan oleh pihak itu.
Beliau berkata terdapat banyak negara Islam yang tidak melaksanakan sebatan.
Malangnya, pemimpin Malaysia tidak bertanggungjawab dan ini memburukkan nama negara, katanya.
“Kita bergerak ke belakang dan bukannya cuba mencari jalan ke depan.
“Kita cuba desak pemimpin kita menjadikan negara ini lebih baik; sebaliknya mereka jadi kuno.”

Pendedahan baharu skandal 1MDB tidak ubah apa-apa, kata pemerhati

KENYATAAN pendakwa raya Singapura yang ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho ialah individu utama dalam siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mungkin tidak akan menjejaskan apa-apa di sini, kata wakil rakyat dan penganalisis politik.
Mereka berkata pentadbiran dalam kerajaan pemerintah akan berjalan seperti biasa, sementara penemuan pendakwa raya Singapura itu hanya memberi impak kecil pada pandangan masyarakat terhadap institusi Malaysia kerana keyakinan mereka sudah sedia rendah.
Ahli Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong berkata kebanyakan pemimpin parti pemerintah akan terus tidak mengendahkan prosiding 1MDB di Singapura, sama seperti apa yang dilakukan terhadap tuntutan saman difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS).
“Mereka seperti Alice in Wonderland. Sekurang-kurangnya, Najib begitulah,” katanya merujuk kepada Perdana Menteri Najib Razak.
Semalam, mahkamah di Singapura diberitahu Low menerima sejumlah besar wang daripada syarikat pelaburan negara itu.
“Mangsa utama dalam kes ini ialah 1MDB,” kata pendakwa raya Nathaniel Khng dipetik daripada Bloomberg.
“Jho Low kini hilang daripada pandangan masyarakat.”
Menurut dokumen mahkamah di Singapura, kira-kira AS$1 bilion (RM4.3 bilion) yang sepatutnya dilaburkan 1MDB dalam kerjasama dengan PetroSaudi International Ltd, sebaliknya dialihkan ke akaun bank dimiliki secara benefisiari oleh Low.
Pada perbicaraan sama di mahkamah semalam, bekas pegawai bank Yeo Jiawei mengakui bersalah terhadap tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
Warga Singapura yang turut memberitahu mahkamah dia kawan kepada Low itu, dijatuhi hukuman penjara 54 bulan.
“Sama 1MDB mangsa Jho Low atau 1MDB ‘direka dan dibina’ olehnya dengan kelulusan Najib bagi tujuan pengubahan wang haram, faktanya kekal iaitu Jho Low melakukan banyak jenayah dan perlu pihak berkuasa Malaysia perlu menyiasatnya serta-merta,” kata Liew.
Pakar ekonomi politik Andrew Aeria apa yang berlaku di Singapura tidak mungkin menyebabkan keyakinan masyarakat dalam institusi Malaysia jatuh lagi daripada keadaan sedia ada, kerana institusi berkenaan sudah pun dianggap sebagai alat kerajaan.

Exco Armada gesa pemimpin Bersatu bersihkan nama

Exco gesa pemimpin Bersatu bersihkan nama
Sidang media Exco Armada Pusat yang diadakan di ibu negara hari ini.
KUALA LUMPUR - Pemimpin tertinggi Bersatu didesak untuk segera membersihkan nama masing-masing sebelum menuding jari kepada orang lain.
Exco Armada Pusat, Muhammad Hafiz Azhar berkata, sudah banyak persoalan ditanyakan kepada ketiga-tiga kepimpinan tertinggi Bersatu namun sehingga kini masih tiada jawapan yang diterima.
"Di sini, kami ingin mendesak Pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamed, Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk tampil menjelaskan persoalan kami ini.
"Antara persoalan-persoalan yang kami utarakan ialah mengenai kekayaan luar biasa anak-anak Tun dan juga skandal yang terpalit oleh Muhyiddin dan Mahathir sendiri," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Exco Armada Pusat, Abd Wahazir Abd Wahabi sebelum ini pernah mendesak Mahathir dan Muhyiddin supaya tampil secara terbuka memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu mengaitkan diri mereka.
Mengulas lanjut, Muhammad Hafiz berkata, jika tiada jawapan diterima, beliau akan menggunakan platform program 'Nothing To Hide' yang ura-uranya bakal didakan pertengahan Ogos nanti untuk mendapatkan penjelasan yang ditunggu-tunggu.
"Kami dapat maklumat akan ada program forum tersebut dan Tun merupakan salah seorang yang akan hadir, justeru, kami ingin bertanyakan soalan ini secara terus kepada beliau.
"Sebelum ini, kami hanya menggunakan medium  kumpulan WhatsApp yang turut disertai Ketua Armada Bersatu, Syed Syaddiq Syed Abd Rahman namun tiada jawapan.
"Selain itu, kami turut berharap agar Muhyiddin akan menjadi salah seorang panel supaya forum tersebut akan menjadi medan buat akar umbi mendapat penjelasan sepatutnya," katanya lagi.

Dengan Anwar, tak perlu ‘U-turn’ lagi, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad turut menolak dakwaan Najib Razak beliau takut bekas timbalannya bakal memberi keterangan pada RCI skandal forex.
mahathir_anwar_600new
 Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui beliau membuat “pusingan U” seperti yang kerap didakwa pemimpin Barisan Nasional (BN), sambil berkata tindakan seperti itu tidak lagi perlu dilakukan kerana sudah menemui rakan kongsi sesuai iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau memilih parti pembangkang dan bekas seteru politiknya itu untuk menjatuhkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan pelbagai salah laku yang disifatkannya sebagai “jembalang”.
“Saya dapati ada persamaan dengan parti-parti pembangkang yang menentang Umno dan BN. Terdapat juga persamaan dengan Anwar Ibrahim. Saya dan Anwar boleh bekerjasama setelah saya U-turn,” tulis Dr Mahathir dalam blognya hari ini.
Menurutnya, gandingan mereka berdua “bersama dengan yang lain-lain” akan menjatuhkan kerajaan dipimpin Najib “yang mundur, korup dan kleptokratik”.
“Itu objektif saya bekerjasama dengan Anwar. Tidak perlu U-turn lagi. Ianya telah pun berlaku,” kata Dr Mahathir.
Minggu lalu, Najib mendakwa Dr Mahathir berbaik-baik dengan Anwar kerana bimbang bekas timbalannya itu akan memberikan keterangan dalam pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal tukaran wang asing (forex).
Suruhanjaya itu diumumkan Kabinet bagi menyiasat kerugian berbilion dolar dialami Bank Negara Malaysia ketika pentadbiran Dr Mahathir, yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun sehingga 2003.
Dr Mahathir hari ini menolak dakwaan beliau takut dengan keterangan Anwar, sebaliknya berkata RCI itu hanya bertujuan “mencari kesalahan saya”.
“RCI ke atas urusniaga matawang Bank Negara lebih 30 tahun dahulu bukan untuk mencari keadilan tetapi jelas satu usaha terdesak Najib untuk menutup mulut pengkritiknya. Ia tidak akan berjaya.”

NAMPAK TAK !!! perangai menteri

Bila rakyat marah pada cukai pelancongan menteri tuding jari pada kastam.

TAHUKAH ANDA.. sebelum ini pihak kastam bersedia kutip CUKAI GST setelah kerajaan memutuskan utk melaksanakannya.

TETAPI.. lain pula pada cukai pelancongan adalah di sebaliknya. Setelah pihak kastam umum nak kutip cukai kerajaan pula tak mahu ambil tanggungjawab walaupun k'jaan (kabinet) sendiri telah memutuskan utk melaksanakannya MALAH MENYALAHKAN KASTAM SEMATA-MATA.

Skandal 1MDB Makin Terbarai.......


Selepas pembongkaran besar-besaran skandal Kewangan Terbesar Dunia 1MDB yg libatkan Najib, Jho Low & kuncu2nya Najib bermati-matian bgtau Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB.

TERKINI.. Pendakwaraya di Singapura berkata #JhoLow watak utama dalam siasatan berkaitan #1MDB telah menggunakan wang yang boleh dikesan kepada dana milik kerajaan.

TAHUKAH ANDA.. Bekas pengurus bank yang dipenjarakan, Yeo Jiawei, bersetuju untuk membantu siasatan.

ADAKAH Yeo Jiawei bakal dedahkan & telanjangkan watak2 sebenar spt #MO1 isteri MO1 itu ??!

Terima kasih & bersyukur kepada KERAjaan Umno-BN kerana rakyat didahulukan..

JANGAN RISAU..

"Kenaikan petrol proses kukuhkan ekonomi" -Najib -(2/9/2013)

"Naik harga minyak, proses kepada kesejahteraan rakyat" -Najib -(2/9/2013)

"Rakyat dapat lebih banyak peruntukan jika harga minyak naik" -Menteri Kewangan Kedua (26/10/2015)

Mahathir: Saya buat pusingan U untuk jatuhkan Najib

Saya dah buat U-turn (pusingan U) Iama sebelum perjanjian menyokong pengampunan di-raja untuk Anwar dan pencalonannya sebagai Perdana Menteri. Saya U-turn apabila Najib sendiri U-turn terhadap Umno.
Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946 menumpu kepada kemerdekaan negara di bawah sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
Apabila Najib menyalah guna kuasa pedana menteri dan melandaskan rejimnya kepada cash is king atau wang sebagai raja, maka terkuburlah perlembagaan; apabila Najib melesapkan sebegitu banyak wang dan RM2.6 billion masuk ke dalam akaun peribadinya; apabila peraturan undang-undang disalah guna dan digantikan dengan rasuah secara terbuka dalam negara; apabila kesemua ini terjadi dan lebih lagi, saya hilang kepercayaan dan berpaling daripada Umno pimpinan Najib dan saya tumpukan usaha untuk menurunkan pemimpin ini yang jelas bekerja bertentangan dengan kepentingan Melayu, Islam dan Malaysia – asas kepada perjuangan Umno.
Di dalam usaha untuk menghancurkan jembalang ini, saya dapati ada persamaan dengan parti-parti pembangkang yang menentang Umno dan BN. Terdapat juga persamaan dengan Anwar Ibrahim. Saya dan Anwar boleh bekerjasama setelah saya U-turn.
Kami, bersama dengan yang lain-lain akan berusaha keras menjatuhkan Najib dan kerajaannya yang mundur, korup dan kleptokratik.
Perompak tidak boleh pimpin negara yang hebat ini. Pencuri yang dicaci dunia dan ditertawakan semua tidak boleh dibenarkan berterusan memerintah mana-mana negara.
Itu objektif saya berkerjasama dengan Anwar. Tidak perlu U-turn lagi. Ia telah pun berlaku.
Saya tidak takut pada Anwar berhubung dengan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja). Tetapi saya percaya usaha menyiasat urusniaga matawang asing oleh Bank Negara ialah untuk mencari kesalahan saya.
Sebaliknya tiada RCI ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan bertan duit yang telah pun terbukti oleh 1MDB dan Najib walaupun terdapat banyak bukti salahlaku yang jelas dan boleh didapati oleh sesiapa sahaja di dunia dan rakyat Malaysia.
RCI ke atas urusniaga matawang Bank Negara lebih 30 tahun dahulu bukan untuk mencari keadilan tetapi jelas satu usaha terdesak Najib untuk menutup mulut pengkritiknya. Ia tidak akan berjaya.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Ahli MT Umno mahu ‘malaun’ FGV letak jawatan

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi menyarankan saki baki yang menjadi ‘malaun’ di dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) supaya secara bermaruah dan sukarela meletak jawatan dan meninggalkan syarikat itu.
Menulis satu status yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, bekas ahli parlimen Umno itu menuntut satu pembersihan ‘total’ atau menyeluruh bagi memulihkan semula imej syarikat itu yang terjejas, baru-baru ini.
“FGV perlu melakukan ‘pembersihan total.’ Apa tindakan selanjutnya setelah Tan Sri Shahrir Abdul Samad menjadi pengerusi Felda dan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob menjadi pengerusi sementara FGV?
"Perniagaan juga melibatkan soal persepsi. Jika persepsi negatif masih melanda FGV, harga saham tetap terjejas.
"Justeru, saki baki yang menjadi 'malaun' di dalam FGV perlu secara bermaruah dan sukarela meletak jawatan dan meninggalkan FGV," katanya.
Selain itu, beliau juga mengingatkan FGV supaya tidak lagi menyusahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang berlaku sebelum ini.
“Jangan tunggu sehingga pihak kerajaan dan pimpinan atasan mengambil tindakan terhadap mereka. Berhenti segera,” katanya.
Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila bekas pengerusi Tan Sri Isa Samad dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad dan tiga pegawai kanan lain untuk bercuti 6 Jun lalu.
Mereka yang lain itu adalah Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim.
Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis itu sebelum melantik Ketua Pengarah di Unit Perancang Ekonomi (EPU) JPM Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi FGV menggantikan Isa yang meletak jawatan.

Penyokong Umno didakwa sumbat cili dalam mulut pemuda PPBM

Seorang ahli PPBM Melaka dikatakan mengalami retak tulang pipi dan kecederaan di mata selepas dipukul sekumpulan penyokong Umno.
ppbm-tumbukKetua Pemuda PPBM Melaka Ramlan Meon mendakwa dirinya ditumbuk dan mulutnya disumbat cili oleh sekumpulan penyokong Umno yang tidak berpuas hati dengan bendera parti yang digantung sempena majlis rumah terbuka PPBM di Melaka.
Ketua PPBM Melaka Mohd Redzuan Yusof berkata kejadian berlaku sehari selepas Ramlan dan penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bertelingkah dan berdamai apabila pihak berkuasa tempatan mengarahkan bendera, kain rentang dan sepanduk parti diturunkan 9 Julai lalu.
“Pada keesokan hari Ramlan dihubungi seorang kenalan yang merupakan penyokong kuat Umno untuk berjumpa bagi menyelesaikan konflik yang berlaku sehari sebelumnya secara baik,” kata Redzuan pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.
Menurut Redzuan, Ramlan menerima pelawaan kenalan itu yang mengajaknya bertemu di sebuah restoran. Ramlan mendapati kehadirannya dinantikan belasan orang, yang antaranya memegang jawatan penting dalam Umno, bersama kakitangan MBMB, katanya.
“Ramlan kemudian ditumbuk beberapa kali di muka, dipaksa menelan segenggam cili padi dan diugut ditikam dengan pisau. Salah seorang daripada mereka menghantukkan kepalanya ke muka Ramlan,” kata Redzuan.
Akibat serangan itu, Ramlan dikatakan mengalami retak tulang pipi dan kecederaan di mata. Ramlan menolak kejadian itu berlaku disebabkan dendam lama.
“Pemuda PPBM percaya budaya samseng sangat teruk dalam Umno. Kita perlu ubah mereka,” kata Ketua Penerangan Pemuda PPBM Ulya Husamudin di sidang media yang sama.
Pertelingkahan antara Ramlan dan penguatkuasa MBMB sehari sebelum kejadian itu tular di media sosial. Dalam pertelingkahan itu, pemuda PPBM mempertikaikan mengapa pihak berkuasa tempatan tidak mengarahkan bendera Umno diturunkan.

Pegawai Najib 'serang' saya kerana timbulkan isu 1MDB - Mukhriz

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad membuat kenyataan palsu dan fitnah selepas beliau terus membangkitkan isu 1MDB semasa menjadi menteri besar Kedah.
Mukhriz, 52, memberi keterangan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Sarifuddin selaku setiausaha akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak antara April dan Mei tahun lalu telah mencemarkan nama baiknya sebagai pemimpin BERSATU.
"Ia memberi gambaran seolah-olah saya gila berkuasa, bersedia terlibat dalam kempen keji untuk menjadi PM, seorang ahli politik yang tidak berkemampuan yang hanya bergantung kepada populariti ayah saya," katanya.
"Tengku Sarifuddin membuat kenyataan palsu dan fitnah ketika saya memegang jawatan MB Kedah, kerana saya terus mempersoalkan skandal 1MDB.
“Kenyataan palsu dan fitnah oleh defendan bertujuan untuk memperlekehkan perjuangan saya, sementara kerajaan Najib dengan sengaja dan dengan niat jahat cuba menghindari skandal 1MDB daripada didedahkan dan disiasat. "
Terdahulu, peguam Tengku Sarifuddin, Datuk Jahabardeen Mohd Yunus membuat bantahan awal mengenai beberapa isu yang dibangkitkan oleh Mukhriz dalam kenyataan saksinya, terutamanya yang membabitkan 1MDB.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bagaimanapun, menolak bantahan itu kerana ia tidak mempunyai asas dan membenarkan kenyataan saksi itu diterima.

Cabaran debat Dr Zuhdi memalukan Pas, kata Mahfuz


Enggan menyahut cabaran pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki untuk berdebat, ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar sebaliknya menyifatkan cabaran Dr Zuhdi itu sebagai 'memalukan Pas' kerana belum berlaku dalam mana-mana parti politik, seorang pemimpin kanan parti mengajak ahli biasanya untuk berdebat.
Ketika dihubungi Malaysia Dateline, Mahfuz melahirkan perasaan terkejut dengan cabaran debat Dr Zuhdi berdasarkan kedudukannya sebagai ahli jawatankuasa Pas Pusat.
Mahfuz Omar
"Belum pernah terjadi pemimpin parti mencabar ahli biasa berdebat. Saya tiada apa-apa jawatan dalam parti," kata Mahfuz yang juga bekas naib presiden Pas.
Dalam pemilihan parti baru-baru ini, Mahfuz tidak mempertahankan jawatannya sebagai Yang Dipertua Pas Pokok Sena dan tidak dilantik ke sebarang jawatan oleh Pas negeri dan pusat.
Mahfuz menyifatkan tindakan Dr Zuhdi itu sebagai memalukan Pas dan yakin ia dibuat atas kapasiti individu tanpa pengetahuan ahli-ahli lembaga pengarah PPP.
Menurutnya, sebagai pengarah sebuah agensi penyelidikan dalam Pas, Dr Zuhdi tdak sepatutnya melakukan tindakan yang menjejaskan imej parti.
Malah cabaran debat Dr Zuhdi, katanya mengesahkan persepsi umum bahawa perbezaan pendapat dalam Pas tidak diraikan malah ahli parti hanya perlu mengikut apa juga yang diputuskan pemimpin.
"Persepsi luar ini nampaknya dikukuhkan dengan tindakan Zuhdi," katanya.
Beliau menambah, Dr Zuhdi sepatutnya menumpukan tugas di bidang penyelidikan dan membentangkan hasil penyelidikan kepada pemimpin parti bagi manfaat parti.

Samseng Politik: Pemimpin Pemuda BERSATU dakwa ditumbuk, dipaksa makan cili padi

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Melaka Ramlan Meon mendakwa dirinya dipukul dan dipaksa memakan cili padi serta diugut oleh beberapa penyokong Umno dan anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Pada sidang media hari ini, BERSATU Melaka menuduh penyokong Umno dan anggota MBMB sebagai bertanggungjawab dan menuntut permohonan maaf berhubung apa yang berlaku kepada Ramlan.
Dalam laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian itu, Ramlan mendakwa seorang kenalannya, yang adalah anggota Umno, memberitahunya untuk berjumpa pada 10 Julai lalu berhubung pertikaian mereka mengenai penggantungan bendera parti sebelum ini.
"Setibanya saya di restoran tersebut sekitar jam 8.40 malam, tiba-tiba saya melihat belasan sekumpulan lelaki... sudah bersiap sedia menunggu saya.
"Saya ditumbuk beberapa kali di bahagian muka oleh (nama seorang lelaki) menggunakan alatan yang tidak dikenali dan kepala saya ditepuk beberapa kali...
"Saya dipaksa memakan segengam cili padi oleh (nama seorang lelaki) dan beberapa orang di kalangan mereka. Saya juga telah diugut untuk ditikam menggunakan pisau...," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 11 Julai, yang dilihat oleh Malaysiakini.
Sementara itu, video yang dimuat naik di You Tube menunjukkan sekumpulan lelaki yang memakai t-shirt yang tertera logo BERSATU sedang bertikam lidah dengan pegawai penguatkuasa.
Menurut tajuk video itu, pertikaian mereka berkisar kepada pemasangan bendera BERSATU di Klebang, Melaka.
Malaysiakini menghubungi telah Umno Melaka dan MBSB untuk mendapatkan ulasan mereka.

Tolak parti tiada perjuangan "bela agama" sembang UMNO

Rakyat negara ini harus menolak parti-parti politik yang tidak meletakkan asas perjuangan untuk membela agama dalam Perlembagaan Parti.
Zein Isma Ismail Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, perkara ini dapat dilihat dalam DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mana mereka membuka keahlian kepada semua kaum.
"Dahulu saya terfikir juga kenapa ada parti politik yang membina ruang keahliannya kepada pelbagai kaum dan agama.
"Berbeza dengan Umno dan Pas yang menetapkan keahlian parti hanya kepada bumiputera dan beragama Islam," katanya melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Subang berkata, menurut Bahagian II Fasal 5 Perlembagaan 'Parti Keadilan Rakyat' menyebutkan: (5.4) Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua.
"Perjuangan berasaskan kebebasan atau disebut juga sebagai fahaman liberalisme adalah fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam.
"Sejak PKR memperjuangkan fahaman ini, pelbagai isu sosial telah melanda masyarakat kita, antaranya tuntutan untuk kebebasan beragama termasuk membenarkan orang Islam menukar agamanya," katanya.

‘UMNO SEMBUNYI SALAH LAKU TUN M’ - PAS


KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang menyembunyikan salah laku bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang 22 tahun mentadbir negara.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, amaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membuka aib dan salah laku Mahathir jika pemimpin terbabit mencampuri urusan Umno mengesahkan bahawa Mahathir pernah melakukan salah laku ketika zamannya.
Beliau menegaskan, tindakan salah laku itu tidak sepatutnya dibiarkan pemimpin Umno sebaliknya mereka perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan dilakukan Mahathir.
“Sekarang baru mereka ugut nak dedahkan salah laku Mahathir. Salah laku selama berpuluh tahun ini telah meninggalkan kesan parut kekal yang hodoh kepada negara. Bukan hanya nasi telah menjadi bubur tapi buburnya juga telah basi dan berbau.
“Tanggungjawab atas kerosakan lantaran salah laku Mahathir selama berpuluh tahun ini wajib dipikul bersama oleh semua pemimpin Umno yang pernah bersama Mahathir. Bukan hanya Mahathir seorang diri. Ajaibnya kalau mereka yang pernah menyokong segala tindakan Mahathir selama ini, sekarang mula berlagak suci,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau berkata, tindakan Ahmad Zahid mengugut Mahathir turut menguatkan dalil bahawa Mahathir banyak melakukan salah laku yang tidak putus-putus ditentang Pas selama tempoh pentadbirannya.
Beliau juga tidak hairan jika Ahmad Zahid mengetahui rahsia salah laku Mahathir itu berikutan hubungan ‘anak buah’ dan bos yang pernah wujud antara kedua-duanya suatu ketika dahulu.
“Pas tak pernah jemu menentang salah laku Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahannya sehingga ramai pemimpin Pas meringkuk dalam tahanan ISA malah ada yang dibunuh kejam di Memali,” katanya.

Skandal 1MDB: Kit Siang mahu Najib adakan sidang khas 1MDB di parlimen

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencontohi tindakan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong dan memperuntukkan tiga hari bagi perbahasan khas mengenai 1MDB pada sidang Parlimen bulan ini.
Beliau berkata imuniti parlimen perlu diketepikan untuk sesi itu, dan mencadangkan ini diadakan dari 24 Julai hingga 26 Julai.
Selain itu, Lim juga mahu Najib menjemput ahli perniagaan Jho Low untuk menghadiri sesi tersebut.
"Tidak ada masalah untuk mengatur sesi khas di mana Jho Low dapat menangani dan menjawab soalan dari anggota Parlimen mengenai skandal 1MDB," katanya dalam kenyataan media.
Hsien Long sebelum ini memohon maaf kepada warga Singapura atas pertikaian dengan adik-beradiknya berkenaan rebutan rumah bapa mereka yang juga adalah perdana menteri pertama republik itu Lee Kuan Yew, dan perkara itu turut dibahaskan di Parlimen.
Sementara itu, Lim juga mengulas mengenai kenyataan jurucakap Jho Low, yang menyifatkan tuduhan oleh pendakwa raya Singapura bahawa 1MDB adalah mangsa ahli perniagaan tersebut sebagai bermotivasi politik.
"Jika Jho Low tidak bersalah atas mana-mana kecurian besar atau sebarang pengubahan wang haram berjumlah berbilion dolar Amerika, kenapa Jho Low menghilangkan diri - sedangkan pada satu ketika beliau dikenali kerap menghadiri parti dan majlis sosial?
"Adakah benar perdana menteri terpaksa berjumpa dengan Jho Low dalam sulit semasa perjalanan Najib di luar negara?" soal pemimpin DAP.
Lim berkata dengan menjemput Jho Low menghadiri sesi khas parlimen akan melenyapkan semua khabar angin dan spekulasi.

Bersatu Melaka sasar pecahkan kubu kuat Umno-BN di Parlimen,Dun



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berazam untuk memecahkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Jasin dan Alor Gajah serta menyasarkan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Melaka.
Selain itu calon yang dijangka akan menduduki kerusi Parlimen dan Dun itu keutamaan diberikan kepada calon muda, berkebolehan memimpin dan disenangi pengundi di negeri itu.
Mohd Radzuan Yusuf Pengerusi Bersatu Negeri Melaka Mohd Radzuan Yusof berkata, dengan peningkatan keahlian parti itu dari masa ke semasa sehingga kini mencecah lebih 12,000 ahli, beliau yakin tidak sukar untuk mencari calon sesuai mewakili Parlimen dan Dun.
"Kita pernah berbincang dengan rakan dalam Pakatan Harapan ada dikalangan pemimpin mereka meyatakan bahawa untuk pakatan menakluki Melaka, PPBM perlu berusaha ke arah menumpaskan kerusi Umno.
"Sebelum ini Melaka tidak disenaraikan antara negeri sasaran PPBM, namun kerana melihat kepada potensinya hari ini daripada sokongan ahli dan rakan dalam pakatan, maka kita jadikan Melaka negeri yang akan menjadi tumpuan PPBM selain Johor dan Kedah.
"Kerusi hangat 13 Dun dan, PPBM dijangkakan boleh menang mudah sekurang-kurang 9 kerusi. Bagi Parlimen Jasin  dan Alor Gajah dan Jasin kerana ia kerusi tradisi Umno-MCA kekuatan pakatan bukan dari segi sentimen, jadi saya sebagai pengerusi negeri akan serah kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan sama ada bersetuju untuk meletakkan calon PPBM di kerusi tersebut," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Dalam pilihan raya umum ke-13 lalu BN memperoleh 4 kerusi Parlimen manakala DAP dan PKR masing-masing 1 kerusi.
Mohd Radzuan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi memberitahu Pakatan Harapan begitu positif bersedia memberi keutamaan negeri-negeri itu diberikan kepada Bersatu dalam PRU-14.
"Ini kerana dari segi prinsipnya untuk Pakatan Harapan menawan Melaka adakah kita mahu didominasi pemimpin Melayu atau pemimpin Cina terhadap kerusi-kerusi dipertandingan kelak?
"Dengan kelebihan kerusi DAP di negeri ini, sudah tentu Umno akan memainkan isu perkauman untuk melemahkan pakatan harapan di negeri itu terhadap pengundi Melayu.
"Dengan sokongan orang Melayu terhadap PPBM, saya yakin rakan dalam Pakatan Harapan bersedia untuk menyerahkan lebih kerusi kepada kami di kawasan yang ramai pengundi Melayu dan kerusi-kerusi yang mereka kalah dalam pilihan raya lalu," ujarnya.

Skandal 1MDB: Mengaitkan kebersalahan bekas pengurus bank BSI dengan Jho Low ‘tidak berasas’ kata firma PR

Sebuah firma perhubungan awam yang berpangkalan di AS menjawab permohonan Reuters bagi pihak Jho Low.
jho-low_Yeo-Jia-wei-1mdb_600SINGAPORE: Firma perhubungan awam yang berpengkalan di Amerika Syarikat menjawab emel Reuters meminta komen Low Taek Jho (Jho Low) mengenai pensabitan dan hukuman ke atas bekas rakan sekutunya di Singapura.
Semalam, sebuah mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara 54 bulan ke atas Yeo Jia Wei, bekas pengurus kekayaan bank Switzerland, BSI, kerana pengubahan wang dan penipuan dalam kes yang dikaitkan kepada siasatan ke atas penyaluran berbilion dolar dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pendakwaraya Singapura Nathaniel Khng bagaimanapun berkata watak utama ialah Jho Low, seorang ahli perniagaan Malaysia yang menghilangkan diri dari pandangan orang ramai.
Low adalah penasihat kepada dana milik kerajaan itu. Lembaga penashiat 1MDB dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib menafikan sebarang salah laku dalam masalah 1MDB dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan siasatan antarabangsa.
Siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) pada Jun menonjolkan peranan Jho Low dalam skandal itu.
Sementara itu, keberadaan Jho Low masih belum diketahui, tetapi Rasky Partners Inc mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya, menjawab permohonan meminta komen daripada Reuters kepada salah satu syarikatnya.
“Sebarang usaha mengaitkan Jho Low kepada pengakuan bersalah oleh pihak yang didakwa membuat keuntungan rahsia itu berdasarkan kepada anggapan tidak berasas,” kata firma PR itu.
Ia menambah pihak berkuasa Malaysia berkata “tiada bukti dana 1MDB digelapkan”, dan dakwaan itu belum dibuktikan di mana-mana negara lain, dan “perkembangan di Singapura itu tidak mengubah perkara itu”.
“Ini contoh yang melampaui batas kemampuan dengan menggunakan naratif terpilih dan bermotif politik yang mendakwa 1MDB adalah ‘mangsa’,” katanya, dan menambah “dakwaan berkenaan cacat, berat sebelah dan menghasilkan gambaran yang salah.”
‘Kes pengubahan wang paling rumit, canggih, terbesar’
Ribut politik melanda Malaysia sejak 2 tahun lalu akibat skandal 1MDB, yang menjadi tumpuan siasatan pengubahan wang di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Switzerland dan Amerika Syarikat.
Pendakwaraya Khng menggambarkan siasatan itu sebagai “kes pengubahan wang paling rumit, canggih dan terbesar” dalam sejarah polis kolar putih Singapura.
Yeo, 34, mengaku bersalah di atas tuduhan pengubahan wang dan penipuan pada Rabu.
Beliau sedang menjalani hukuman penjara 30 bulan kerana menghalang proses keadilan apabila menggesa saksi membohongi polis dan menghapuskan bukti dalam siasatan ke atas pemindahan dana haram yang dikaitkan dengan 1MDB.
“Kedua-dua skim untuk memperoleh keuntungan secara rahsia disembunyikan secara tidak jujur dari BSI Singapura…menyebabkan tertuduh meraih keuntungan haram sebanyak AS$3.5 juta,” kata pendakwaraya.

Debat tidak perlu kerana saya tidak celaru, ujar Mahfuz


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menolak cabaran debat Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Dr Mohd Zuhdi Marzuki kerana yakin beliau 'tidak celaru' dengan keputusan parti yang dianggotainya.
"Zuhdi nak jernihkan kecelaruan, saya tidak celaru pun jadi tak perlu dijernihkan apa-apa," katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Menurut Mahfuz, adalah sesuatu yang sia-sia untuk mendebatkan perkara yang telah diputuskan oleh parti dan telah diketahui umum seperti keputusan Pas memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR.
Malah kata Mahfuz, tindakan berbelit-belit pemimpin Pas dalam melaksanakan keputusan parti sebenarnya menjadi punca ahli-ahli Pas dan penyokong parti berada dalam kecelaruan.
Beliau memberi contoh keputusan yang dicapai Pas dalam muktamar parti untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR namun masih berpendirian bahawa Pakatan Rakyat masih wujud khususnya di Selangor.
Sedangkan tambah beliau, DAP dan PKR adalah komponen Pakatan Rakyat.
"Bagaimana kita (Pas) nak jelaskan duduk dalam kerajaan negeri (Selangor) atas mandat Pakatan Rakyat sedangkan kita telah putuskan mandat dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Pas ujar beliau telah mengkhianati Pakatan Rakyat apabila memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR sedangkan semasa kempen pilihan raya umum, kempen dilakukan atas nama Pakatan Rakyat.
"Masa pilihan raya yakinkan rakyat bahawa Pas akan bersama DAP dan PKR tetapi lepas pilihan raya putuskan hubungan," kesal beliau.
Mahfuz turut hairan dengan tindakan Pas untuk terus kekal dalam kerajaan negeri Selangor yag diterajui PKR sedangkan usul yang diluluskan muktamar menyebut bahawa alasan putus hubungan itu disebabkan 'PKR menentang agenda Islam'.
"Saya hairan macam mana Pas boleh duduk dalam kerajaan yang diterajui timbalan presiden parti yang menentang agenda Islam," soal beliau.

Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

SETIAP kali ada “perkembangan” besar melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Jho Low, Perdana Menteri Najib Razak menerima amaran daripada rakan terdekat yang sekiranya tekanan semakin memuncak, Jho Low akan mengheret jatuh pentadbirannya.
Hakikatnya, sentimen sedia ada dalam Umno ialah Najib perlu mengecam Jho Low secara terbuka, nama yang lebih dikenali berbanding Low Taek Jho dan menjarakkan diri daripada semua perkara yang sudah berlaku.
Dengan saman terbaru difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), wujud kebimbangan yang Jho Low mungkin berpaling tadah untuk mempertahankan dirinya- tindakan yang boleh memberikan kesan buruk kepada lembaga pengarah 1MDB dan susuk yang mencetuskan penubuhan dana itu- Najib.
Pendapat yang wujud dalam kalangan beberapa orang penting Umno malah turut difikirkan beberapa penasihat PM nampaknya sudah terkubur selepas kes Yeo Jiawei, apabila Singapura mengatakan 1MDB ialah “mangsa Jho Low”.
Tetapi yang pasti ialah apabila ia berkaitan dengan 1MDB, Jho Low dan kerajaan pimpinan Najib tidak dapat dipisahkan lagi.
Jatuh atau bangun, mereka akan sentiasa bersama.
Pemimpin utama Umno mungkin tidak memahami gambaran keseluruhan isu, atau menerima hubungan antara PM dan Jho Low yang pernah dikaitkan dengan Miranda Kerr dan Paris Hilton tetapi kenyataan hari ini yang dikeluarkan jurucakap Jho Low bertujuan menjelaskan betapa rapatnya hubungan mereka.
Pendirian yang diambil Najib ialah tiada pihak berkuasa di Malaysia yang mendapati wujudnya salah guna dana 1MDB kerana syarikat itu mengetahui semua pemindahan dana dan memberikan kelulusan terhadap transaksi itu.
Disebabkan itu, 1MDB bukanlah mangsa kerana lembaga pengarah dan pengurusan sejak awal lagi sudah menyedari dan membenarkan pemindahan dana dan tindakan lain syarikat sarat hutang itu.
Sesiapa yang mencadangkan wujudnya penipuan besar-besaran mempunyai niat buruk untuk menjatuhkan Najib.

Hadir hendak tengok berlian merah jambu RM116.75 juta?


Oleh Mohd Sayuti Omar
Sekali lagi rumah terbuka hari raya Najib Razak di Pekan mendapat perhatian ramai dari semua lapisan masyarakat sehingga mencecah 70,000. Semasa rumah terbuka Perdana Menteri di raya pertama minggu lalu di Putrajaya ia juga mendapat perhatian rakyat, angka kehadirannya dilaporkan juga 70,000.

Tanpa menafikan angka itu sengaja diperbesarkan untuk menunjukkan rakyat sayang dan kasih kepada pemimpin nombor satu negara itu, kehadiran begitu ramai tentu ada sebab musababanya. Mungkin ada mengatakan orang ramai datang beraya dengan Najib kerana hendak menikmati makanan percuma.
Juadah hari raya di rumah Najib yang disponser oleh kerajaan tentu enak dan berbagai pilihan. Ia lebih lazat daripada juadah dihidang oleh jiran-jiran sebelah rumah kita di kampung atau pekan-pekan.

Pun begitu saya tidak nampak mereka hadir kerana mengejar juadah sangat. Masakan begitu pelahap sekali rakyat Malaysia atau pun rakyat di Pahang untuk merasai hidangan di rumah Najib. Begitu juga tidak nampak mereka hadir kerana ingin bersalam dan bermaaf-maafan dengan Najib dan Rosmah.

Rakyat tidak ada kesalahan besar kepada kedua lakibini itu. Sebaliknya Najib dan Rosmah yang ada banyak dosa dengan rakyat. Perhatikan berapa banyak isu mengenai mereka ditimbulkan dan berbagai jenis orang bercakap tentang mereka. Buka atau sertailah mana-mana grup whastsaap segala macam tuduhan dan siniran kepada mereka berdua ada ada kalanya tidak sanggup kita membacanya.

Mengenai dosa dan kesalahan mereka kita senaraikan dalam posting yang lain.

Jadi untuk apa rakyat menduyuni rumah terbuka Najib? Saya ada fikiran begini mengenai hal ini. Jangan marah kalau pun tidak betul.

Kita tahu yang hadir itu kebanyakan masyarakat bawahan, rakyat marhaen yang bukan semua dapat menggunakan akal fikiran sendiri untuk membuat apa-apa kesimpulan atas apa diketahuinya. Mereka ini pula mudah mempercayai kepada maklumat tanpa mengira apakah sumber itu sah atau sebaliknya.

Dalam hal ini ada satu tarikan kenapa mereka sanggup ke rumah Najib. Tarikan yang dimaksudkan itu tentulah cerita yang dihebuhkan sejak beberapa bulan lalu, yakni mengenai pendedahan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika yang mengemukakan saman untuk merampas pelbagai harta dan barang kemas bernilai ratusan juta ringgit.

Salah satu barang kemas yang disenaraikan untuk dirampas itu menjadi tarikan ialah berlian berwarna merah jambu seberat 22.17 karat yang bernilai RM116.75 juta. Apa mengejutkan berlian berkenaan dikatakan dihadiahkan kepada isteri Perdana Menteri (PMO1). Ia dibeli dari wang penyelewengan dana 1MDB.

Pendedahan DoJ itu mengejutkan rakyat negara ini dan dunia juga. Bagaimana pun ia dinafikan oleh Rosmah. Isteri PM itu mengancam akan mengambil tindakan mahkamah kepada seisapa yang mengaitkan berlin itu dengan dirinya. Bagaimana pun sampai sekarang Rosmah tidak menyaman sesiapa berkaitan berlian itu.

Mungkin mengenai berlian itu ia adalah palsu atau fitnah. Tetapi apabila ia dipertuturkan ramai, bahkan turut dilaporkan oleh media massa dunia, menyebabkan orang keliru untuk tidak menolaknya. Untuk apa dunia melaporkan mengenai berlian itu kalau ia sengaja untuk memburuk-burukkan Rosmah? Apakah untung negara asing dengan pendedahan itu. Para pembela Najib dalam negara pula lekas-lekas cuba mematikan isu itu dengan mengatakan ia adalah permainan kuasa asing.

Kata dua buat Mahathir


Oleh Subky Latif
DR MAHATHIR yang  sudahpun diancam dengan pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja atas kerugian Bank Negara semasa pentadirannya dulu, diberi kata dua pula oleh para pembesar PM. Najib dalam UMNO.
    
Diam atau pekungnya didedah!

   
Persepsi kebanyakannya sejak dia masih berkuasa lagi, tidaklah seorang yang bersih  sangat. Dia tidak maksum. Ada cacat celanya. Sedang kerajaan dalam semua masa, dan Perdana Menteri dalam semua masa dituntut bersihnya.
     
Kita tidak mahu kata Dr. Mahathir Perdana Menteri yang bersih. Sebagai Perdana Menteri sebelum ditanya malaikat di akhirat nanti apa yang dibuatnya tentang pimpinannya, maka negaraa dan  rakyat boleh tanya tentang pimpinannya seperti yang baru saja Korea Selatan lakukan kepada Presidennya yang  baru dilucutkan.
    
Dia sedang diadili. Maka Dr. Mahathir sedang diancam untuk disiasat atas peranannya menggalakkan Bank Negara berniaga matawang asing.
    
Dan sekarang ada kata dua pula untuknya; diam atau semua pekungnya akan didedahkan.
     
Jika dia seorang yang curang, dia wajar diadili.  Islam sendiri dalam menguatkuasakan undang-undang yang semuanya faham ia syariah, seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud, jika Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya baginda akan kerat tanganya.
     
Dalam menegak dan melaksanakan keadilan dan kebenaran, puteri Nabi sendiri  tidak dikecualikan. Anak Saidina Umar al-Khatab dijatuhkan hukuman sebat/rejam oleh Khalifah itu  sendiri.
    
Ia adalah demi keadilan dan kebenaran, tiada pilih kasih dan pilihan.
    
Dr. Mahathir tidaklah dikecualikan. Tetapi apakah yang dihadapkan kepadanya sekarang demi keadilan dan kebenaran?
   
Apabila kata dua diberi kepadanya supaya tutup mulut atau pekungnya akan didedah, maka ada unsur tidak kerana keadilan dan kebenaran. Kalau dia diam, maka pekungnya jika ada akan didiamkan. Jika dia bising, maka dia akan didakwa dan dihukum.
   
Sekalipun menghukum pejenayah itu adalah melaksanakan keadilan, tetapi menghukumnya kerana marah sudah tidak melakukan keadilan.
    
Saidina Ali bin Abu Talib dalam pergelutan dengan musuh, telah menewaskan musuh itu. Hukuman bagi musuh yang ditewaskannya itu ialah bunuh di tempat kejadian dan di masa kejadian itu. Ketika beliau mengangkat pedang untuk memenggalnya, musuh itu meludah mukanya.

Mujahid tuntut RM5 juta daripada pensyarah UUM fitnah kuda DAP

Dr Kamarul Yusoff dalam status Facebooknya pada 25 Mei lalu menuduh Mujahid Yusof Rawa sebagai kuda tunggangan DAP kerana mempertahankan Hannah Yeoh.
Mujahid-Yusof-Rawa-kamarulKes saman fitnah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa terhadap Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Yusoff yang mendakwa pemimpin Amanah itu kuda tunggangan DAP akan didengar pada 27 Julai ini.
Peguamnya, Mohd Fitri Asmuni ketika menyerahkan notis saman kepada timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berkata, Mujahid menuntut ganti rugi RM5 juta daripada pensyarah itu kerana memfitnah beliau di Facebook miliknya.
“Mujahid menuntut injunksi menghalang defendan (Kamarul) sama ada menerusi beliau sendiri, ejen, pekerja atau sesiapa daripada menerbitkan kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa yang mempunyai kesan terhadap plaintif di media sosial, media cetak atau elektronik.
“Plaintif (Mujahid) menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta, termasuk ganti rugi keterlaluan atau teladan untuk libel,” katanya kepada wartawan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Kamarul menerusi Facebooknya pada 25 Mei lepas menuduh Mujahid kuda tunggangan DAP dan hasil semakan di Facebook pensyarah itu mendapati status berkenaan masih wujud.
Kamarul membuat tuduhan itu ekoran kenyataan naib presiden Amanah itu yang disiarkan portal berita Malaysiakini pada 24 Mei lalu yang membela Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh.
Kamarul mendapat perhatian media apabila mendakwa buku karya Yeoh “Becoming Hannah” sebagai cubaan memujuk, mempengaruhi atau menghasut rakyat Malaysia menjadi penganut atau cenderung kepada ajaran Kristian berdasarkan petikan daripada Bible.
Kenyataan Kamarul itu menyebabkan beliau dikecam pelbagai pihak, termasuk Mujahid dan beberapa laporan polis dibuat terhadapnya, termasuk Yeoh sendiri.
Fitri berkata, kenyataan Kamarul berunsur fitnah dan dibuat dengan niat jahat sehingga merosakkan reputasi Mujahid.

8 hakim tak dapat naik pangkat kerana lantikan Raus, Zulkefli

Hanya Tan Sri Azahar Mohamed yang bersara pada 26 April 2022, mungkin dinaikkan pangkat selepas persaraan Zulkefli Ahmad Makinudin.
judge-Raus-Sharif-Zulkefli-AhmadSekurang-kurangnya 8 hakim Mahkamah Persekutuan, termasuk 3 wanita hilang peluang kenaikan pangkat berikutan lanjutan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
Lanjutan perkhidmatan Raus selama 3 tahun itu menyaksikan beliau akan meninggalkan pejabatnya pada 3 Ogos 2020, manakala Zulkefli pula hanya akan mengosongkan kerusinya pada 27 September 2019. Raus dan Zulkefli masing-masing dijadualkan bersara pada 3 Ogos dan 27 September ini, selepas lanjutan selama 6 bulan.
Umur bersara mandatori bagi hakim adalah 66 tahun, tetapi Yang di-Pertuan Agong boleh memberi lanjutan 6 bulan kepada mereka.
Rekod dalam laman web badan kehakiman mendedahkan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop yang mengambil alih jawatan itu pada 1 April lalu, akan bersara pada 24 Mei 2019.
Hakim Besar Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum yang berada di tangga ke-4 badan kehakiman akan bersara pada 12 Oktober 2018. Beliau memegang jawatan itu sejak 2006.
Hakim Mahkamah Persekutuan yang akan bersara tahun depan ialah Tan Sri Hasan Lah (3 Mac), Tan Sri Zainun Ali (4 April), Tan Sri Zaharah Ibrahim (16 November), Datuk Balia Yusof Wahi (25 September) dan Datuk Aziah Ali (21 Mei).
Hakim Tan Sri Ramly Ali pula akan bersara pada 23 Februari 2019.
Hanya Tan Sri Azahar Mohamed yang bersara pada 26 April 2022, mungkin dinaikkan pangkat selepas persaraan Zulkefli.
Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan Yang di-Pertuan Agong meluluskan cadangan melantik Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan.
Menurutnya, ia dibuat mengikut Fasal 1A Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan, iaitu setelah menerima kelulusan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja pada Mei lalu.

Saman Fitnah: Jamal tak muncul di mahkamah, Yeo gesa tampil

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama Yeo Bee Yin mendesak ketua bahagian Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos menjawab saman RM5 juta terhadapnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ketika pengurusan kes pertama terhadap saman yang difailkan pada 14 Julai lepas.
“Dia perlu datang ke mahkamah dan failkan pembelaannya.
“Biarlah perbicaraan diadakan supaya saya dapat bersihkan nama saya,” kata Yeo.
Saman itu dibuat selepas Jamal dilapor mendakwa beliau menyalahgunakan dana kerajaan Selangor berkaitan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Peguam Yeo, SN Nair berkata penolong pendaftar kanan mahkamah Rumaizah Baharom menetapkan 3 Ogos ini untuk pengurusan kes.
“Jika dia (Jamal) tidak muncul (3 Ogos nanti), kami akan mohon penghakiman ingkar,” katanya.
Beliau juga berkata tiada sebarang respon daripada peguam Jamal setakat ini.
Ketika dihubungi, Jamal berkata tidak pernah menerima sebarang dokumen rasmi berkaitan saman itu atau mengetahui tentang prosiding itu.
Katanya beliau hanya mendengarnya daripada media sosial dan berita sahaja.

Jamal juga berkata sudah tentu akan hadir ke mahkamah jika keadaan sebaliknya.

Mukhriz fail permohonan kaitkan PM 'menghina'

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memfailkan permohonan untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan menghina.
Permohonan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Tindakan itu diambil ekoran kenyataan dibuat Najib - pada 7 Julai lalu - yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menjaga legasinya dengan berharap dapat menjadikan Mukhriz sebagai perdana menteri.
Dr Mahathir ialah bapa kepada Mukhriz dan kini dilantik sebagai pengerusi BERSATU.
Dakwaan sama sebelum ini turut mendorong Mukhriz memfailkan saman terhadap setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
Peguam Mukhriz, Haniff Khatri Abdulla (gambar), memberitahu hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, permohonan hari ini dibuat selepas Najib gagal memenuhi tuntutan bekas menteri besar Kedah itu supaya permohonan maaf dibuat.
Surat tuntutan itu dihantar ke Pejabat Perdana Menteri pada Isnin dan tempoh yang diberikan berakhir semalam.
"Ia sudah lebih 48 jam. Tarikh akhir (untuk permohonan maaf) ialah pada jam 1 petang semalam," kata Haniff Khatri.
Peguam terbabit membuat permohonan ex-parte bagi dakwaan menghina atau kebenaran supaya ia didengar terlebih dahulu.
"Ekoran kenyataan Najib, kenyataan sama dibuat oleh Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pemimpin Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi.
“Justeru mahkamah perlu memutuskan hal ini terlebih dahulu. Jika tidak didengar ia akan memberi kesan keadilan kepada kes lain yang membabitkan kenyataan sama," katanya.
Bagaimanapun Ahmad Zaidi memutuskan, perbicaraan saman Mukhriz terhadap Tengku Sariffuddin - yang ditetapkan hari ini dan esok - dijalankan terlebih dahulu.
Hakim juga berjanji untuk mendengar permohonan terbaru Mukhriz itu secepat mungkin.

Rafizi bebas tuduhan hina ahli Umno

Mahkamah Tinggi Shah Alam mengetepikan sabitan terhadap Rafizi Ramli selepas anggota parlimen Pandan itu didakwa membuat kenyataan mengaibkan dengan nait mengganggu keamanan.
Hakim Datuk Ghazali Cha berkata, sabitan terhadap Rafizi mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan itu tidak dapat dipertahankan.
Beliau juga mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan Rafizi berniat begitu dan ia adalah faktor penting untuk sabitan kesalahan.
"Di sana juga tiada berlaku keadaan memecahkan keamanan... satu laporan polis dibuat oleh Umno Selangor hanya beberapa hari kemudian," katanya ketika membacakan penghakiman itu hari ini.
Untuk rekod Seksyen 504 Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan bagi seseorang yang sengaja mengaibkan dan menyebabkan kemarahan mana-mana orang dan mengetahui ia boleh mengganggu keamanan.
Jika disabitkan bersalah, seseorang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-dunya sekali.
Januari lalu, Rafizi yang juga naib presiden PKR pada Januari lalu didapati bersalah mengeluarkan kenyataan mengaib dan membangkitkan kemarahan ahli Umno.
Dia didakwa melalukan kesalahan berkenaan melalui satu artikel yang tersiar pada Februari 2014. Melalui tulisan berkenaan Rafizi mendakwa Umno menjadi dalang di sebalik serangan agama di Selangor pada 2014.
Rafizi kemudian membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Di Lembah Klang, PH masih perlukan PAS......


Di Lembah Klang, PH masih perlukan PAS
Sekiranya Pakatan Harapan gagal mencari jalan perdamaian dengan PAS dalam PRU 14, pertembungan tiga penjuru bakal berlaku yang hanya merugikan pakatan pembangkang. 
PETANDA paling jelas yang Pakatan Harapan (PH) memerlukan sokongan bekas sekutunya, PAS untuk menakluk Putrajaya datang daripada salah seorang tokoh pentingnya, Azmin Ali.
Menteri besar Selangor itu mungkin tidak terus terang mengakuinya. Tetapi tindakannya sejak beberapa minggu ini menunjukkan yang PH memerlukan PAS hatta di kota metropolitan Kuala Lumpur dan Selangor.
Lembah Klang mempunyai pengundi celik politik paling tinggi di negara ini.
Pada pilihan raya umum 2013, parti PH memenangi 17 kerusi Parlimen dan 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
Daripada 13 kerusi di Wilayah Persekutuan, parti PH iaitu DAP dan PKR memenangi semua kerusi yang ditandingi kecuali kerusi Putrajaya, Labuan, Setiawangsa dan Titiwangsa.
Tetapi sekarang, masih tidak jelas adakah parti PH mampu mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangi pada 2013 sekiranya ia menentang PAS dan parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Rasional Azmin
Selepas perpisahan dengan DAP dan PKR, PAS mengumumkan yang mereka mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen seluruh negara.
Mei lalu, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan PAS Mohd Farhan Mohd Zain berkata yang parti Islam itu mahu bertanding di sembilan daripada 13 kerusi Wilayah Persekutuan. Sembilan kerusi sekarang dimiliki PKR, DAP dan BN.
Farhan berkata yang PAS akan memberi tumpuan kepada pengundi Melayu Islam dalam kawasan itu yang membentuk jumlah pengundi sebanyak 94% (di Putrajaya) sehinggalah hanya 4% (Kepong).
Mesej utamanya akan berkisar kepada jenama politik Islam PAS yang diharap akan meraih sokongan Melayu Islam.
“Barisan Nasional dan Pakatan Harapan tidak mempunyai visi pembangunan negara berasaskan syiar agama,” kata Mohd Farhan kepada The Malaysian Insight.
Seperti yang dijelaskan penganalisis politik, sejarah pilihan raya Malaysia membuktikan yang apabila dua parti pembangkang bersemuka dengan BN, undi mereka akan terpecah dan akhirnya rejim pemerintah akan memenangi pilihan raya sekali lagi.
Pada 2013, situasi ini berlaku di dua kerusi kawasan bandar di Selangor, Semenyih dan Kota Damansara apabila dua calon pembangkang bertanding menentang calon BN. Walhal, sekiranya mereka mencampurkan undi yang mereka terima, salah satu parti pembangkang sebenarnya boleh memenangi kerusi tersebut.
Sumber dalaman PH mengatakan yang dua kes itu ialah sebab utama mengapa Azmin yang juga merupakan timbalan presiden PKR terus berbincang dengan PAS walaupun parti Islam itu dikatakan sudah memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Kemampuan PAS untuk meraih sokongan secukupnya di Lembah Klang serta menyekat peluang PH menenangi pilihan raya sangat serius sehinggakan Azmin bersedia untuk berdepan kemarahan sekutu sedia ada dalam PH.
PKR kini bersekutu dengan DAP, Amanah dan Bersatu.
“Kita perlu terus buka pintu kepada PAS. Kita faham kemarahan rakan kita. Tetapi mereka juga perlu faham yang PAS masih lagi penting untuk menewaskan BN,” kata pemimpin PH yang menjelaskan pendirian Azmin.

Skandal 1MDB: Najib tak boleh diam diri lagi tentang Jho Low

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, peguam negara perlu mendapatkan bantuan Interpol untuk mencari ahli perniagaan itu bagi tujuan soal siasat.
Tian-Chua-jho-low-1mdbNaib Presiden PKR, Tian Chua meminta peguam negara mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan dan membawa Low Taek Jho pulang ke negara ini, selepas pendakwa raya Singapura menyatakan 1MDB ialah “mangsa” ahli perniagaan itu.
Merujuk siasatan ke atas aktiviti perbankan luar biasa dikaitkan dengan 1MDB di Singapura, ahli Parlimen Batu itu berkata, sudah tiba masanya kerajaan menjawab soalan sama ada ia bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil setakat ini.
“Ia semakin sukar untuk kerajaan mendiamkan diri.
“Sama ada kerajaan Malaysia bersetuju dengan kerajaan Singapura yang Low, lebih dikenali sebagai Jho Low, ‘sengaja merancang seluruh skim’ untuk menipu rakyat Malaysia, atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengakui beliau ialah mangsa Low.
“Jika tidak, ia mungkin memberi tanggapan beliau sebahagian daripada skim itu,” kata Tian Chua kepada FMT.
Pendakwa raya di Singapura menamakan low sebagai tumpuan dalam siasatan berkaitan 1MDB dan dia menggunakan wang yang boleh dikesan kepada dana milik kerajaan itu untuk tujuan peribadi.
Dalam pemfailan mahkamah yang didedahkan semalam, pendakwa raya berkata, Low menerima sejumlah wang “amat besar”.
Kira-kira AS$1 bilion (RM4.3 bilion) yang ingin dilaburkan 1MDB dalam usaha sama PetroSaudi International Ltd dilencong ke akaun bank milik Low.
“Mangsa utama dalam kes ini ialah 1MDB,” kata pendakwa raya Nathaniel Khng di mahkamah Singapura.
Jho Low sudah hilang dari pandangan umum.
Tian Chua berkata, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali perlu segera mengkaji penemuan mahkamah Singapura itu.
“AG (peguam negara) perlu bertindak. Perkara logik ialah AG perlu membawa pulang Jho Low untuk siasatan atau disebabkan dia hilang, maklumkan Interpol untuk mencari dia bagi tujuan soal siasat,” katanya.
Pemimpin PKR itu berkata, sekarang ialah masa untuk Najib melupakan kepentingan peribadi dan membenarkan anak tirinya, Riza Aziz disoal siasat polis.
“Kami tahu dia (Riza) berada di Malaysia. AG tidak perlu bantuan Interpol untuk mencari dia,” katanya.
Riza ialah penerbit filem dan pengasas bersama serta pengerusi Red Granite Pictures, sebuah syarikat penerbitan filem yang berpangkalan di Los Angeles.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata, perdana menteri perlu menjelaskan perkara itu di Dewan Rakyat ketika ia bersidang semula 24 Julai ini.
“Sama seperti perdana menteri Singapura menjawab isu dengan adik-beradiknya, Najib perlu berbuat perkara sama.”
Naib pengerusi DAP itu berkata, lebih baik Dewan Rakyat mengadakan sidang tergempar berhubung perkara itu.

Pejabat Climate Protectors tidak wujud, kerajaan negeri ditipu, tegas Husam



Muak dengan sikap kerajaan negeri yang masih mempertahankan projek perdagangan karbon dengan sebuah syarikat yang diragui, naib presiden Amanah Datuk Husam Musa mempelawa ahli exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Anuar Tan untuk melawat premis pejabat syarikat berkenaan yang sebenarnya tidak wujud.
Husam MusaMesej pesanan ringkas (SMS) itu dihantar Husam kepada Anuar semalam mempelawanya melawat pejabat syarikat Climate Protectors (CP) yang dikatakan broperasi di Pasar Berek 12, Kota Bharu.
"Ucapan penggulungan Datuk semalam menyebut dengan penuh yakin bahawa pejabat Climate Protectors adalah di PT327 Tingkat 1, Bangunan MPKB, Pasar Berek 12, Kota Bharu.
"Kami berkesempatan melawat alamat yang dinyatakan oleh Dato tengah hari ini. Kami tidak menemui pejabat yang dinyatakan.
"Alamat itu menempatkan pejabat Setiausaha Syarikat Iaitu Erra Management & Secretarial Services," mesej Husam kepada Anuar dipetik.
Husam menambah, pihaknya telah mendapatkan penjelasan pengurusan Erra Management dan mereka mengesahkan pejabat CP tidak wujud di situ.
Husam kesal kerana Anuar gagal memastikan maklumat yang disampaikan dalam sidang Dun Kelantan adalah benar dan ini boleh membawa kesan berbohong di dalam Dun.
Malah menurutnya, dua premis pejabat CP di B5, Plaza Mt Kiara seperti dinyatakan dalam lawan sesawang syarikat dan No 5-2, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Link, KL seperti termaktub dalam dokumen perjanjian dengan kerajaan negeri juga tidak wujud.
"Sebuah syarikat bertaraf antara bangsa di bawah mekanisma UN (PBB), tidak mempunyai pejabat tetapi mendakwa mempunyai pejabat? Menghairankan.

Skandal 1MDB: Red Granite yang disaman DoJ akan diuruskan pihak ketiga


Red Granite yang disaman DoJ akan diuruskan pihak ketiga
Filem The Wolf of Wall Street yang dibintangi bintang terkenal Hollywood Leonardo DiCaprio didakwa dibiayai menggunakan wang 1MDB. 
PENERBIT veteran Douglas Hansen akan mengawal selia urusan kewangan Red Granite Pictures, yang terjerat dalam saman rampasan aset Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan 1MDB, lapor Bloomberg.
Red Granite Pictures ditubuhkan pengasas bersama Riza Aziz, anak lelaki tiri Perdana Menteri Najib Razak dan merupakan penerbit filem “The Wolf of Wall Street” yang dikeluarkan pada 2013.
Mei lalu, Bloomberg melaporkan yang Red Granite dalam perbincangan dengan DoJ untuk menyelesaikan saman berkaitan dakwaan filem itu dibiayai menggunakan dana yang dirompak daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
DoJ sudah memfailkan tiga saman sivil untuk merampas aset bernilai berbilion dolar yang didakwa dibeli menggunakan dana yang dirompak daripada 1MDB. Antara barangan yang disenaraikan ialah barang kemas, sebuah kapal layar, lukisan dan hartanah mewah. Dalam saman terbaru, DoJ mendakwa yang AS$540 juta (RM2.31 bilion) digunakan untuk membeli antaranya, sebuah kapal layar bernilai AS$165 juta dan rantai berlian bernilai AS$27.3 juta untuk “isteri Malaysian Official 1” (MO1).
Dalam satu temubual dengan BBC, September lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Rahman Dahlan mengesahkan yang “MO1” ialah Najib.
DoJ mendakwa Red Granite menggunakan dana 1MDB untuk menerbitkan “The Wolf od Wall Street”, “Daddy’s Home” dan “Dumb and Dumber To”, dan akan merampas keuntungan filem tersebut sebagai sebahagian daripada inisiatif pengambil alihan aset kleptokrasi.
Red Granite memfailkan usul bulan lepas, memohon pelantikan fidusiari operasi bebas untuk terus beroperasi.
Hansen pernah menerbitkan antaranya filem "Snowden" dan "Looper" akan mengawal selia operasi dan pengurusan Red Granite selama 30 hari.

PH setuju gandingan Dr Mahathir-Anwar untuk PRU14


PH setuju gandingan Dr Mahathir-Anwar untuk PRU14
Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim dikatakan akan mengemudi barisan kepimpinan Pakatan Harapan dalam usaha menakluk Putrajaya dan menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak. 
SELEPAS dua bulan tersekat dengan senarai pimpinan, parti dalam Pakatan Harapan (PH) akhirnya bersetuju yang tiga jawatan utama Majlis Presiden bakal diisi Anwar Ibrahim, Dr Mahathir Mohamad dan Dr Wan Azizah Wan Ismail.
The Malaysian Insight difahamkan, majoriti parti dalam PH secara dasarnya sudah bersetuju Anwar dilantik sebagai ketua umum, Dr Mahathir sebagai pengerusi dan Dr Wan Azizah sebagai presiden.
“Tetapi dalam mesyuarat nanti kita akan muktamadkan,” kata sumber PH dengan syarat tidak dinamakan.
“Cuma yang masih dalam perdebatan ialah struktur di bawah tetapi saya percaya ia pasti akan dapat diselesaikan dalam mesyuarat.”
PH akan mengadakan mesyuarat Majlis Presiden hari ini di Petaling Jaya, Selangor.
Sumber berkata, struktur baharu ini dilihat menggembalikan nostalgia gandingan Dr Mahathir dan Anwar semasa mereka berada dalam kerajaan hampir 20 tahun dahulu.
“Apabila Dr Mahathir bergabung dengan Anwar, Perdana Menteri Najib Razak menggelabah.
“Lihatlah bagaimana mereka respons apabila media lapor Dr Mahathir kata tidak ada masalah jika Anwar menjadi perdana menteri,” kata sumber itu.
Satu lagi sumber PH mengesahkan tiga jawatan tertinggi bakal diisi ketua umum PKR, pengerusi Bersatu dan presiden PKR tetapi menambah terdapat dua pandangan mengenai jawatan naib presiden.
Katanya, jawatan naib presiden seharusnya diisi setiap ketua parti seperti Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
“Akan tetapi satu pandangan yang mahukan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali masuk dalam senarai naib presiden.
“Mereka kata, kedudukan Azmin sebagai menteri besar Selangor boleh memanfaatkan PH. Ini juga kita akan putuskan esok (hari ini),” kata sumber itu.
Dalam struktur baharu ini ahli Majlis Presiden PH terdiri daripada ketua umum, pengerusi, naib presiden, setiausaha, bendahari dan wakil PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.
PH perlu menghantar senarai pimpinan dan logo mereka kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menjadi sebuah gabungan berdaftar.
Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata: “Saya hanya boleh katakan, kesemua pemimpin tertinggi PH akan mengisi jawatan penting Majlis Presiden. Selebihnya tunggulah pengumuman esok,” katanya kepada The Malaysian Insight ketika ditanya mengenai barisan kepimpinan Majlis Presiden PH.
Dari London ke mahkamah
Pengumuman senarai pimpinan yang seharusnya diumumkan lebih dua bulan dahulu tertangguh disebabkan pertengkaran dalaman sesama parti dalam PH sehingga menyebabkan penyokong mereka dan aktivis kecewa.
Difahamkan, persetujuan ini berjaya dicapai selepas pertemuan di antara Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Dr Mahathir di London dan beberapa siri pertemuan tidak rasmi di kalangan pemimpin parti PH.

Fitnah Liwat2: Dakwaan dibayar RM9.5 juta mengarut sembang Shafee

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan dakwaan beliau dibayar RM9.5 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mengarut.
Menurut Muhammad Shafee, beliau tidak akan layan tuduhan tersebut kononnya bayaran itu diterima daripada 1MDB bagi memenjarakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhammad Shafee Abdullah “Semua mengarut, perkara itu kini di mahkamah. Jadi saya akan jumpa Anwar di mahkamah mengenai RM9.5 (juta) itu. Nanti kita lihat apakah dia betul,” katanya seperti dipetik dari portal Malaysiakini.
Sarawak Report sebelum ini mendakwa Najib membayar Muhammad Shafee sebanyak RM9.5 juta bagi mengendalikan kes liwat membabitkan Anwar.
Muhammad Shafee merupakan ketua pendakwa dalam kes liwat II membabitkan Anwar apabila kes itu dibawa ke mahkamah rayuan dan persekutuan.
Mengulas kenyataan Anwar bahawa beliau terlibat penyambungan perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Makinudin, Muhammad Shafee sekali lagi menganggapnya sebagai mengarut.

Jho Low tuduh Singapura politikkan isu 1MDB


Jho Low tuduh Singapura politikkan isu 1MDB
Jho Low (kanan) ahli perniagaan Malaysia yang didakwa berperanan penting dalam skandal 1MDB mengatakan tuduhan Singapura semalam sebagai berasaskan tanggapan yang tidak dibuktikan." 
LOW Taek Jho mengecam Singapura selepas negara itu menuduh ahli perniagaan Malaysia itu menjadikan 1MDB sebagai mangsanya, mendakwa republik itu mempunyai tujuan politik dalam kempen menentangnya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal hari ini, rakan rapat pentadbiran Najib Razak dan keluarga perdana menteri Malaysia itu berkata sebarang cubaan untuk mengaitkan dirinya dengan mereka yang didapati bersalah mengaut keuntungan besar dalam perbicaraan 1MDB di Singapura hanyalah “berasaskan tanggapan yang tidak dibuktikan.”
Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, walaubagaimanapun, tidak menyatakan nama Yeo Jia Wei dalam kenyataan itu. Yeo ialah bekas jurubank di Singapura yang dijatuhkan hukuman penjara 54 bulan semalam kerana jenayah penggubahan wang haram dan kesalahan lain berkaitan 1MDB.
Yeo dilaporkan memanggil Low dengan gelaran “bos”.
Semalam, pendakwa raya Singapura dilaporkan berkata yang hampir AS$1 bilion yang sepatutnya digunakan sebagai pelaburan dalam urus niaga bersama PetroSaudi International Ltd  dimasukkan ke dalam akaun dimiliki Low.
Dia dinamakan sebagai orang penting dalam siasatan ke atas syarikat milik kerajaan Malaysia itu.
Menjawab tuduhan itu, jurucakap Jho Low berkata: “Ini ialah contoh melampaui batas tindakan bermotifkan politik dan naratif terpilih yang mendakwa 1MDB sebagai ‘mangsa’, sedangkan sudah jelas dinyatakan pihak berkuasa Malaysia yang tidak wujud salah guna dana 1MDB.”
“Tiada salah laku dibuktikan di mana-mana tempat berkaitan dengan dakwaan salah guna dana 1MDB, dan perkembangan terbaru di Singapura tidak mengubah (fakta itu).
“En Low percaya yang mana-mana pihak yang tidak berat sebelah sekiranya diberikan fakta lengkap akan melihat dakwaan itu pincang, berat sebelah dan membentuk gambaran yang tidak tepat.”
Low tidak dapat dikesan di Malaysia dan kemunculannya di tempat awam sangat jarang sekali berlaku sejak Singapura dan Amerika Syarikat memulakan siasatan mereka atas dakwaan wujudnya salah laku dalam 1MDB.

Skandal 1MDB: Syarikat Riza Aziz di Hollywood diambil alih sementara

Ia sementara menunggu penyelesaian dengan pihak berkuasa AS yang menyiasat syarikat itu atas dakwaan menggunakan wang curi 1MDB.
Douglas-Hansen,
Syarikat filem Hollywood yang diketuai anak tiri perdana menteri, Riza Aziz, kini akan diuruskan oleh seorang penerbit filem Hollywood selama sebulan, susulan penglibatannya dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengenai dakwaan ia menggunakan wang dicuri dari 1MDB.
Red Granite Pictures akan kini diuruskan penerbit filem Douglas Hansen, sementara menunggu penyelesaian dengan DoJ mengenai penglibatannya dalam dana 1MDB yang didakwa dilarikan di negara itu.
“Sementara suatu rundingan untuk penyelesaian sedang berjalan, pengurusan Red Granite akan bekerjasama dengan Hansen dan DoJ untuk menyelesaikan kes ini,” menurut kenyataan dikeluarkan syarikat itu.
Red Granite ditubuhkan Riza dan Joey McFarland, tetapi terpalit dengan dakwaan 3 filem yang diterbitkannya menggunakan dana yang dicuri daripada 1MDB.
DoJ sejak tahun lalu berusaha merampas aset mewah yang menurutnya dibeli menggunakan lebih AS$1.5 bilion yang dilarikan daripada 1MDB menerusi transaksi meragukan.
Menurut siasatannya, sebahagian dana turut digunakan untuk penerbitan filem “The Wolf of Wall Street”, “Dumb and Dumber To” dan “Daddy’s Home”.
Menurut DoJ, AS$238 juta dihantar ke akaun Red Granite dibawah Riza dan juga digunakan untuk membiayai filem “The Wolf of Wall Street”, di samping hasil keuntungan melebihi AS$50 juta untuk filem “Dumb and Dumber To” dan “Daddy’s Home”.
Red Granite ketika ini dalam persediaan mengumumkan filem terbarunya, Papillon, versi baharu filem yang pernah dibintangi Steve McQueen dan Dustin Hoffman.
Syarikat itu bagaimanapun berkata penerbitan filem Papillon tidak terkesan oleh siasatan itu.
“Operasi perniagaan lain syarikat diteruskan tanpa halangan,” katanya dipetik The Hollywood Reporter.

NAJIB MASIH DAPAT SOKONGAN?

PUTRAJAYA – Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mendapat sokongan daripada ahli-ahli parti di setiap peringkat.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa ahli Umno akan menyingkirkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri selepas PRU14, adalah tidak berasas.
“Yang saya tahu sekarang ini Najib mendapat sokongan yang jitu daripada kepimpinan Umno di peringkat bahagian.
“Ketua-ketua bahagian, sayap-sayap di peringkat bahagian dan akar umbi memberi sokongan padu kepada Najib sebagai presiden parti,” katanya di majlis Hari Raya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,  hari ini.
Sebelum ini, Rafizi dilaporkan berkata, berdasarkan kajian Invoke, Najib akan tetap digulingkan oleh ahli Umno sendiri walaupun jika Pakatan Harapan tidak memenangi PRU14.
Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, Rafizi mempunyai niat yang tidak baik terhadap Umno.
“Kajian Rafizi ini bukan kajian pun, hanya mahu memporak-perandakan Umno supaya bergaduh sesama sendiri, itu harapan dia. Saya beri jaminanlah benda ini tak akan berlaku,” katanya.

Hati-hati penglibatan Saudi lawan keganasan, kata Mat Sabu

Veteran politik itu mempersoalkan penglibatan Arab Saudi dalam melawan keganasan.
sabu-qatar-saudi-1
Malaysia tidak boleh memainkan peranan orang tengah di kalangan negara dalam krisis kerana dasar luar Putrajaya melencong daripada sikap berkecuali yang pernah dikenali dahulu, kata seorang ahli politik veteran.
Mohamad Sabu, salah seorang pemimpin pengasas Amanah dan bekas ahli Parlimen 3 penggal berkata, tawaran Malaysia untuk menjadi orang tengah dalam krisis berterusan antara Qatar dan negara jiran Arab yang terbabit dalam sekatan besar-besaran ke atas negara kecil itu, boleh dipersoalkan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia menyokong usaha menamatkan tekanan diplomatik di rantau itu berdasarkan persaudaraan Islam.
Najib pada masa sama memuji Arab Saudi sebagai tunggak kestabilan di Teluk dan menyeru agar keselamatannya dipertahankan.
“Oleh kerana ini, semua pihak perlu memastikan keselamatan dan kestabilan Arab Saudi sebagai Penjaga Dua Kota Suci, dilindungi dan dipelihara dengan sedaya upaya,” katanya.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Malaysia tidak layak menjadi orang tengah dalam krisis itu kerana ia kini proksi Saudi, malah menyokong operasi ketenteraan Riyadh di Yaman.
“Kita perlu berhati-hati dalam hal berkaitan Arab Saudi,” kata Mat Sabu kepada FMT.
Beliau turut mempersoalkan pengumuman Najib baru-baru ini berhubung komitmen Malaysia menjadi tuan rumah kepada Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang diilhamkan Arab Saudi.
Ahad lalu, Najib dilaporkan berkata, pusat baharu hasil perbincangan Malaysia dan pegawai Arab Saudi itu bakal mempunyai sebuah bangunan kekal di tanah seluas 16 hektar di Putrajaya.
Mat Sabtu melahirkan rasa terkilan Malaysia bekerjasama dengan Arab Saudi untuk memerangi keganasan dan ekstremisme, sedangkan negara itu di bawah penelitian disebabkan ideologi pelampaunya.
“Pengaruh Arab Saudi ke atas kumpulan militan kini merupakan subjek perdebatan di banyak negara Eropah, dan seluruh dunia semakin bimbang,” katanya.
Butiran mengenai peranan sebenar KSCIP masih tidak jelas. Begitu juga, masih kabur mengapa ia memerlukan tanah begitu luas, iaitu menyamai keluasan hampir 20 padang bola Olimpik.
Semalam, FMT melaporkan sebuah organisasi berpangkalan di Arab Saudi yang terbabit dengan “pusat keamanan” itu, didakwa menggalakkan ideologi pelampau dan militan, termasuk kaitan dengan kumpulan seperti Al-Qaeda, Taliban dan IS.