Isnin, 17 Julai 2017

Agenda pentadbiran Islam


Saya menyambut rasa syukur selepas Pakatan Harapan (Harapan) berjaya mengumumkan senarai organisasi mereka dan juga logo yang akan digunakan pada Pilihan Raya umum akan datang. Inilah saat yang ditunggu oleh rakyat untuk melihat satu gabungan kuat pembangkang yang mampu menyaingi Barisan Nasional (BN).
Namun ada pihak yang cuba membangkitkan isu agama kononnya tawaran 100 hari selepas Pakatan Harapan memerintah tidak langsung memberikan penekanan kepada Islam.
Islam dibina atas makna keadilan dan rahmat. Membina semula sebuah Negara yang sudah rosak dengan segala bentuk salah guna kuasa adalah perkara dharuriyat yang sangat dituntut. Kita sebenarnya telah menyelamatkan manusia dari kesengsaraan yang besar dan membuatkan mereka mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Negara yang tidak diurus dengan baik menyebabkan rakyatnya akan terus dihimpit dengan kemiskinan dan kesengsaraan.
Tawaran 100 hari yang dikemukakan tersebut jelas selari dengan prinsip politik yang dibawa oleh Amanah iaitu Politik Rahmah. Politik ini berdiri atas maksud Maqasid Asy-Syariah, meliputi juzuk keadilan hak dan ketelusan politik serta membawa keuntungan dan kebaikan kepada rakyat kebanyakannya.
Malang sekali jika kita hanya melihat agenda Islam itu dalam sisi pandang yang sangat kecil. Kita menolak pemikiran sekular yang mengambil agama suku politik suku, tetapi tanpa sedar kita sendiri sebenarnya telah mengamalkan politik sekular dengan menjuzuk Islam dalam hal-hal tertentu sahaja
Pemikiran Politik Islam yang difahami oleh sesetengah para pejuang Islam itu sendiri perlunya kepada pembaharuan dan tajdid. Jika kita berjuang untuk Islam namun langsung tidak menerima konsep keterbukaan maka kita akan merasakan tindakan yang kita lakukan sahaja yang menepati agenda Islam. Pentadbiran Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan hanya kepentingan diri atau kelompok tertentu sahaja sehingga mengenepikan prinsip kepentingan umum.

Menyatukan dengan slogan

Menggagalkan kelangsungan Barisan Nasional (BN) ditampuk kuasa bukanlah sesuatu yang mudah.
Sehingga kini Anwar Ibrahim masih meringkuk terpenjara manakala Tun Mahathir pula terpaksa menubuhkan parti baharu. Ini membuktikan betapa menidakkan cengkaman Umno-BN di Putrajaya bukanlah satu kerja yang enteng.
Namun, di sebalik senarai panjang kerosakan yang dilakukan pemimpin Umno-BN pimpinan Dato Seri Najib Razak ini, blok pembangkang juga wajar diperkemaskan agar dilihat lebih bersatu dan lebih tersusun.
Menjenamakan semula Pakatan Harapan berkemungkinan besar boleh melengkapkan tsunami Rakyat ini.
Satukan slogan
Sekitar tahun 1998 dulu, gema laungan Reformasi telah menyatukan seluruh rakyat Malaysia.
Ketika itu lautan rakyat bukan sekadar membanjiri Dataran Merdeka di Kuala Lumpur malah melimpah ke Batu Pahat, Johor sehinggalah memenuhi jalan-jalan kampung di Derang, Kedah.
Semuanya hanya melaungkan satu slogan yang sama tanda bersolidariti.
Mereka datang dari pelbagai latar belakang politik, bangsa dan agama; kesemuanya bulat tekad menyatakan simpati dan dukungan buat Anwar Ibrahim yang dipecat dan melahirkan penentangan terhadap Perdana Menteri ketika itu – Dr Mahathir Mohamed.
Hanya satu slogan – REFORMASI – yang memenuhi langit luas sehingga memadam lain-lain slogan yang berkepentingan peribadi atau yang mempunyai agenda tersendiri. Pakatan Harapan harus mempraktiskan metod ini.
Kita mesti bersegera mempunyai kesatuan suara dan cara menzahirkan kesatuan tersebut hanya boleh dilakukan apabila kita bersetuju menggunakan satu slogan sahaja.
Muafakat dan kesatuan hati rakyat Malaysia perlu digembleng menjadi satu suara dan tidak hanya menunggu saat-saat akhir parlimen dibubarkan.
Slogan-slogan seperti Malaysia Baru, Bina Semula Negara atau Selamatkan Malaysia (sekadar menyebut beberapa contoh) sebenarnya telah menjadikan fokus rakyat mencapah entah ke mana.
Mengapa kita mahu mengelirukan rakyat dengan pelbagai slogan sedangkan apa yang kita usung hari ini adalah penawar dari pihak yang sama?
Dari situ sahaja, pembangkang telah dilihat tidak mampu mengurus kesatuan hati sesama kita walaupun dalam isu yang mudah seperti ini.
Pembangkang mesti bersatu dan dilihat bersatu
Rakyat mesti disatukan dengan satu slogan yang sama. Slogan tersebut mestilah dipersetujui bersama dan boleh dipasarkan hari ini sehingga boleh diangkat menjadi tema manifesto dalam kempen Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.
Slogan ini wajib diratib dan meniti di bibir setiap pemimpin dan ahli, diwacanakan atau dibuat dialog serta dicetak di atas poster-poster ceramah para pemimpin kita.
Ia mesti ditawarkan sebagai sebuah mesej atau dalam bentuk hashtag di media sosial dan tidak keterlaluan jika dijadikan merchandise serta dijual dalam ceramah-ceramah Pakatan Harapan.
Slogan itu juga perlu diselaraskan ke semua peringkat sehingga masuk ke halwa telinga setiap seorang rakyat Malaysia samada di bandar besar mahupun di kampung-kampung.
Produk harapan rakyat

Lebih baik tiga nakhoda, daripada duduk dalam kapal karam

Kata Ahmad Zahid Hamidi, Barisan Nasional (BN) mempunyai seorang sahaja nakhoda. Logik beliau, kapal yang dikemudi seorang sahaja nakhoda akan dipandu ke satu destinasi tanpa berkiluk kiri atau ke kanan.
Tambah beliau, BN yang memiliki seorang sahaja nakhoda itu lebih wajar diteladani. Timbalan Perdana Menteri itu barangkali terlupa, dengan hanya seorang nakhoda yang dibiar bertindak semahunya itulah yang menjadikan rakyat terbeban kesan polisi buruk yang diperkenalkannya. Skandal 1MDB yang masyhur seantero dunia juga datang dari nakhoda yang sama.
Nakhoda itu jugalah yang kekal memerintah berseorangan tanpa sesiapa berani menyentuh ataupun menegur tindakannya. Mereka yang menegur nakhoda ini akan dipecat atau digugurkan dari kabinet pemerintahannya.
Sebaliknya sesiapa yang angguk bersetuju dan memuji apa sahaja yang diperbuatnya walaupun ianya seburuk-buruk keputusan sehingga boleh menjahanamkan ekonomi negara, mereka itu akan kekal selamat malah ada yang dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri misalnya.
Tiga kepala tujuannya sama
Inilah tanda-tanda kegelisahan yang tidak terbendung menimpa pemimpin-pemimpin Umno. Ketua Pemudanya juga bercakap dalam nada yang serupa; kata-kata seperti tiga kepala, tiga nakhoda atau apa sahaja gelaran adalah gambaran sebenar mimpi ngeri sesama mereka.
Pakatan Harapan (Harapan) adalah gabungan parti-parti pembangkang dalam bentuk yang sepenuhnya berbeza dengan BN. Harapan hadir dengan logo barunya yang segar bukan sekadar menawarkan alternatif di Putrajaya, ia datang dengan kesungguhan merubah pemikiran lama yang dimomok BN kepada rakyat sejak sekian lama.
Kesemua pemimpin (bukan setakat tiga nakhoda sahaja) di dalam Harapan adalah nakhoda yang bertanggungjawab menjadi pengimbang kepada apa-apa keputusan yang dibuat.
Melihat struktur organisasi Harapan yang mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum sudah cukup memberitahu Ahmad Zahid betapa berbezanya Harapan dan BN.
Tidak ada abang besar mahupun parti yang lebih dominan yang boleh menentukan bagaimana Harapan boleh dipandu.
Bagaimana PPBM boleh menjadi dominan sedangkan Ketua Umumnya adalah dari Keadilan?
Tidakkah pelik mendakwa DAP akan mendominasi Harapan yang dipimpin Presiden dari Keadilan dan timbalan-timbalan terdiri daripada Presiden Amanah, Presiden PPBM dan hanya seorang Setiausaha Agung dari DAP?
Pemimpin yang naïf seperti PAS sahaja yang boleh berimaginasi konon dominasi DAP terbukti dengan logo Harapan, ini kerana tidak ada lagi yang tinggal untuk mereka perjuangkan.
Dalam Harapan, semua keputusan adalah konsensus yang mesti dipersetujui kesemua parti. Lihat sahaja bagaimana cadangan piliharaya mengejut negeri Pulau Pinang yang diusulkan DAP namun tidak boleh diteruskan kerana tidak mendapat restu dari parti-parti komponen yang lain.
Harapan berkongsi kuasa, BN menguasai kuasa
Rakyat pastinya lebih meyakini sosok kesemua nakhoda yang memimpin Harapan hari ini. Ada di antara mereka yang teruji dengan penjara dan aniaya tetapi kekal melawan hingga sekarang, maka bertiga terkadang menjadi lebih baik.
Mereka ini tentunya lebih berani berdepan pemimpin korup seperti apa yang telah mereka lakukan selama ini berbanding Ahmad Zahid Hamidi, Salleh Keruak mahupun Khairy Jamaludin sekalipun.

Pengundi tak lagi termakan janji ‘You help me, I help you’ Najib

KLUANG, 17 JUL: Pengundi khususnya kaum Melayu sudah tidak lagi termakan dengan janji UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk membiayai pelbagai projek di kawasan mereka setiap kali menjelangnya pilihan raya umum (PRU).
Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata, pengundi juga sudah tidak percaya dengan janji projek ‘You help me, I help you’ yang sering ditabur perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di kebanyakan kawasan yang dilawatinya.
“Hakikatnya, rakyat mahukan kerajaan yang bersih, peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang lebih baik serta kos sara hidup yang tidak membebankan,” tegas Chin Tong dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas lawatan Najib ke Sembrong, Johor yang turut mengumumkan pelaksanaan tiga projek di kawasan itu.
Presiden UMNO itu dilaporkan berkata, adalah penting untuk mengekalkan kerusi Parlimen Sembrong – yang kini disandang sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein – di bawah penguasaan UMNO-BN.
Kerusi Hishammuddin dalam bahaya?
Mengulas mengenai ucapan itu, Chin Tong berkata, ada sesuatu yang tidak kena apabila kawasan Parlimen tersebut memerlukan bantuan dan campur tangan di peringkat nasional menjelang PRU ke-14 (PRU-14).
“Mungkin UMNO khususnya Menteri Pertahanan merangkap antara ‘senarai calon menunggu’ Perdana Menteri pilihan Najib ini ada menerima maklumat bahawa kerusi-kerusi di Johor tidak lagi terjamin untuk kemenangan BN pada PRU-14 nanti, termasuklah Sembrong,” ujarnya.

Pemimpin besar PH berjuang di kubu kuat PAS


Pemimpin besar PH berjuang di kubu kuat PAS
Dr Mahathir bersama antara lain Nurul Izzah, Lim Kit Siang dan Rafizi Ramli dalam ceramah "Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi" di Shah Alam malam ini. 
"PEMIMPIN besar" Pakatan Harapan (PH) malam ini berada di Shah Alam yang tradisinya menjadi kubu kuat PAS untuk mencuba dan menyampaikan mesej kleptokrasi kerajaan kepada rakyat.
Namun, biarpun PH memperkenalkan barisan baru kepimpinan mereka selepas pengumuman mengenai gandingan di antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, tiada sesiapa yang mengetahui tentang ceramah "Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi" pada malam ini.
Tetapi sebaik saja diberitahu Dr Mahathir akan berkongsi pentas dengan Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, Tony Pua, Khalid Samad, Lim Kit Siang dan Mohd Sabu, ada yang menunjukkan minat.
Khairul Azam, 35, berkata beliau mendapati pakatan Anwar-Mahathir akan menjadi satu pengalaman baru.
"Pelik untuk melihat Dr Mahathir bersama dengan pembangkang sekarang. Dia perlu bekerja keras untuk memenangi semula kepercayaan penyokong PH," kata bapa kepada tiga anak perempuan itu.
Khairul yang kini menganggur berkata, beliau tidak menyalahkan Kerajaan atas kelembapan ekonomi, dengan mengatakan ia disebabkan faktor global.
Mengenai implikasi tuntutan saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan dengan  1Malaysia Development Berhad (1MDB) beliau berkata, "Kami tidak pasti siapa yang bersalah. Mereka yang berkuasa, mereka boleh sentiasa buat macam-macam. Kecuali jika kerajaan Amerika Syarikat (AS) menamakan mereka yang bertanggungjawab, selagi itu akan ada kekeliruan. "
Mohammad Hamdan, 32 berkata beliau mengagumi Dr Mahathir ketika dia masih muda tetapi menyalahkan mantan perdana menteri itu atas masalah yang dihadapi negara sekarang.
"Ketika saya bersekolah, saya selalu mengikuti semua program berita. Sekarang saya tidak mahu mengenali dia, saya pernah memuja dia dan saya fikir saya mahu berjumpa dengannya. Sekarang saya tidak berminat untuk bersalam dengannya."
Mohammad yang bekerja sebagai juruteknik berkata rasuah di negara hari ini berpunca daripada pentadbiran Dr Mahathir.
"Dr Mahathir membenarkan ia membiak, Umno mungkin melakukan kebaikan, tetapi itu bukan alasan atas semua perkara yang berlaku sekarang. Perkara-perkara yang salah di negara ini, dibenarkan membarah ketika pemerintahan Dr Mahathir."

PERBAHASAN AKTA 355 TERTANGGUH LAGI, BAGAIMANA PULA AGAKNYA BILA OKTOBER NANTI?

Selepas beberapa kali tertangguh atau sengaja ditangguhkan, sidang Parlimen Julai ini sepatutnya adalah detik yang dinanti-nantikan untuk menyaksikan perbahasan rang undang-undang Akta 355 menjadi kenyataan.

Perbahasan dan seterusnya pengundian akan menyaksikan bukan saja sejauh mana Pas serius terhadap pindaan Akta 355 itu, tetapi juga untuk melihat sama ada Ahli Parlimen UMNO berani menyokong atau sekali lagi tunduk kepada MCA, MIC, Gerakan serta komponen Sabah dan Sarawak yang sebelum ini terang-terang menolaknya sehingga Najib Razak terpaksa membatalkan untuk menjadikannya sebagai usul kerajaan.

Bagaimanapun, nampaknya perbahasan Julai ini juga sekali lagi akan tertangguh  dan tidak menjadi kenyataan.
Ia berikutan keadaan Presiden Pas, Hadi Awang yang masih belum pulih sepenuhnya selepas melakukan pembedahan injap jantung di IJN, baru-baru ini.

Memetik kenyataan Khalil Hadi yang merupakan Ketua Pemuda Pas, beliau berkata, ayahnya mungkin tidak dapat menghadiri sessi Parlimen Julai ini berikutan masih memerlukan rehat untuk memastikan proses pemulihan benar-benar berjaya.

Dengan kata lain, tiadalah perbahasan Akta 355 pada sidang Parlimen Julai ini dan ia seterusnya mungkin akan dianjak kepada sessi Parlimen Oktober akan datang.

Legalah seketika jiwa dan perasaan mereka yang berkaitan. Jika tidak, peninglah juga mencari alasan, takkan memanjang tak cukup masa sebagai sandaran sedangkan sudah kerap menjajanya sehingga ke London dan berhimpun di Padang Merbok.

Bagaimana agaknya dengan sidang Parlimen pada Oktober nanti? 

Adakah Akta 355 akan tertangguh lagi lagi atau benar-benar akan menjadi kenyataan?

Tetapi, jangan lupa, sidang Parlimen bulan Oktober akan datang, agenda utamanya ialah pembentangan Bajet 2018 yang akan merupakan medan terakhir bagi Najib menabur umpan dan gula-gula kepada rakyat sebelum pilihanraya diadakan.

Maka, sediakah mereka memberi laluan kepada perbahasan dan seterusnya undian Akta 355 sedangkan ia tentu saja boleh menimbulkan konflik yang boleh menjejaskan tahap sokongan pengundi bukan Melayu serta di Sabah dan Sarawak kepada BN?

Felda bukan untuk lahir jutawan, Shahrir jawab Dr Mahathir

Shahrir Samad berkata Felda membantu lebih 110,000 peneroka dengan 1.2 juta tanggungan yang lain keluar daripada kepompong kemiskinan.
shahrir-felda-mahathir
ALOR GAJAH: Felda pada awal perencanaannya oleh perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein adalah bermatlamat membasmi kemiskinan dan bukan mewujudkan kumpulan elit yang kaya raya, kata Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Beliau berkata Felda telah membantu lebih daripada 110,000 orang peneroka dengan 1.2 juta tanggungan yang lain keluar daripada kepompong kemiskinan.
“Ini adalalah kebijaksanaan Allahyarham Tun Abdul Razak yang berjaya mengangkat sebahagian besar masyarakat kampung dan luar bandar keluar daripada garis kemiskinan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Negaraku Sehati Sejiwa 2017 Peringkat Negeri Melaka dan Sambutan Hari Raya yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Abdul Razak melakukan kesilapan dalam merencana Felda kerana hanya memberikan 10 ekar (4 hektar) tanah kepada peneroka menyebabkan peneroka tidak menjadi jutawan pada satu majlis di Kota Tinggi, Johor semalam.
“Dr Mahathir lupa bahawa pendekatan Allahyarham Tun Abdul Razak dalam konsep Felda ialah untuk mengangkat seberapa ramai yang boleh keluar daripada kemiskinan dan bukannya untuk mewujudkan 1 kumpulan kecil atau elit atau kroni yang kaya raya.
“Kalau untuk wujudkan yang kaya kena bagi seorang peneroka 100,000 ekar ataupun lebih luas daripada 10 ekar,” katanya.
Menurut beliau, jika setiap peneroka diberi 100,000 ekar maka mereka akan kaya tetapi bilangan yang mendapat manfaat adalah tidak seramai hari ini.
“Jika mengikut cara Dr Mahathir… kroni, kumpulan kecil dan golongan tertentu sahaja yang mendapat faedah daripadanya,” katanya.

Siasatan dalaman FGV akan bermula 24 Julai

Panel dalaman yang terdiri daripada 3 orang akan menyiasat 4 orang bekas ahli lembaga pengarahnya mulai 24 Julai ini.
Sulaiman-Mahboob
KUALA LUMPUR: Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) mengumumkan penubuhan panel dalaman yang terdiri daripada 3 orang untuk menyiasat 4 orang bekas ahli lembaga pengarahnya mulai 24 Julai ini.
Pemangku Pengerusi FGV Tan Sri Sulaiman Mahbob berkata, 4 orang yang disiasat tersebut ialah bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad, bekas ketua pegawai kewangan kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha serta 2 lagi pegawai pengurusan kanan.
“Kami melakukan proses yang adil untuk memastikan mereka diberi peluang mempertahankan diri, mengemukakan bukti dan mempunyai masa secukupnya untuk memberi respons kepada siasatan dalaman itu.
“Kami menyasarkan siasatan akan dapat diselesaikan menjelang 14 Ogos 2017,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri FGV hari ini.

Laporan ketua audit masih lapor elemen rasuah

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 dijangka dibentang di Parlimen hujung bulan ini.
madinah-mohamad-3
IPOH: Jabatan Audit Negara mengadakan perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menyelesaikan masalah ketidakseragaman terhadap hasil siasatan isu punitif oleh Jawatankuasa Siasatan dan Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang ditubuhkan di peringkat Persekutuan dan juga negeri, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad.
“Analisis Jabatan Audit Negara terhadap maklumat yang diberikan JPA berkaitan status tindakan tatatertib dan teguran punitif di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri mendapati tindakan yang diambil terhadap kesalahan itu dilaporkan berlakunya ketidaksetaraan dengan keseragaman berbeza mengikut negeri walaupun terhadap kesalahan yang sama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada persidangan setiausaha-setiausaha kerajaan negeri mengenai tindakan terhadap isu laporan ketua audit negara yang dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di sini hari ini.
Justeru, Madinah berkata penganjuran persidangan yang julung kali diadakan selama 2 hari itu antara mekanisme proaktif untuk meminimumkan perbezaan yang berbangkit antara syor jawatankuasa siasatan di peringkat negeri dengan persekutuan ataupun antara negeri.
Persidangan itu diadakan bagi membincangkan penekanan yang berkesan terhadap tindakan yang boleh dilaksana oleh setiap setiausaha kerajaan turut dikongsi bersama-sama dengan 104 peserta yang terdiri daripada 13 SUK negeri unit audit dalam unit integriti, penasihat undang-undang dan perkhidmatan awam negeri.

Johor: Medan tarung paling sengit PRU14

Johor yang dihujani pelbagai aktiviti hujung minggu kali ini memberi gambaran jelas bahawa negeri paling selatan tanah air ini bakal menjadi medan pertarungan paling sengit antara Pakatan Harapan dan BN menjelang PRU ke-14.
Di pihak Pakatan Harapan, dianjurkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Tun Mahathir Mohamad diundang menyampaikan ucapan di Kota Tinggi pada 15 Julai 207.
Ia merupakan ucapan sulungnya setelah diamanahkan sebagai pengerusi Pakatan Harapan pada 13 Julai 2017 yang lalu.
Program itu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran sekitar 3,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum.
Ini satu jumlah yang cukup besar memandangkan Kota Tinggi adalah salah satu ‘kubu terkuat Umno’.
Turut diundang menyampaikan ucapan adalah Mohamad Sabu, presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Saifuddin Nasution, setiausaha agung PKR dan saya sendiri mewakili ketua parlimen DAP Lim Kit Siang.
Selain itu, AMANAH telah mengadakan rumah terbuka Aidilfitri peringkat negeri Johor di Batu Pahat pada 14 Julai.
Majlis amat meriah ditambah kehadiran Mohamad serta Timbalan Presiden AMANAH Salahudin Ayub. Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengadakan program yang sama di Pagoh pada hari berikutnya.
Pada hari Ahad 16 Julai, PKR Johor pula mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Ledang dan Pasir Gudang dengan penyertaan timbalan presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Merobek Sembrong
Untuk makluman, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua turut menyempurnakan program jelajahnya di serata Johor pada hujung minggu yang sama bagi menyampaikan maklumat berhubung skandal 1MDB kepada rakyat.
Dalam ucapan saya di Kota Tinggi, secara ironi saya nyatakan bahawa Tun Mahathir dan pimpinan HARAPAN sedang ‘menyerang’ kubu kuat Umno iaitu Kota Tinggi tatkala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sibuk turun Johor ke kawasan Parlimen Sembrong dalam rangka mempertahankan apa yang dianggap selama ini sebagai ‘kerusi selamat’ BN itu.
Untuk rekod, Umno memperoleh undi di Kota Tinggi dan Sembrong masing-masing 82.4 peratus dan 63.7 peratus pada pilihan raya umum lalu.
Komposisi pengundi mengikut kaum bagi Kota Tinggi ialah 86 peratus Melayu, 11 peratus Cina dan 2 peratus India manakala Sembrong 58 peratus Melayu, 31 peratus Cina dan 9 peratus India.
Saya agak terkejut apabila mendapat berita menerusi media sejurus selepas program Najib di Sembrong malam itu yang melaporkan ‘ucapan berapi-api’ beliau untuk memastikan Sembrong kekal menjadi milik BN pada PRU akan datang.
Dalam ucapan, beliau berkata: "Kami datang, pastikan bumi Sembrong ini kekal kukuh dalam tangan BN.”
Bagi saya, ada sesuatu yang tak kena sehingga perdana menteri sendiri terpaksa membuat penekanan sebegini di parlimen Sembrong.
Mungkin Umno khususnya menteri pertahanan merangkap antara ‘senarai calon menunggu’ perdana menteri pilihan Najib ini ada menerima maklumat bahawa kerusi-kerusi di Johor tidak lagi terjamin untuk kemenangan BN pada PRU ke-14 nanti, termasuklah Sembrong!
Malam yang sama, Najib turut mengumumkan tiga projek untuk Sembrong - pembinaan 500 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) menerusi dua fasa, 500 buah rumah untuk generasi kedua Felda di Felda Kahang yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan penaiktarafan pondok polis Taman Sri Lambak kepada balai polis.
Menurut Malaysiakini, Najib menyebut:
"Hari ini saya datang patut free-lah tak payahlah bayar apa-apa. Tapi nampaknya Datuk Hisham siang-siang dah hantar bil. Dan dengan dia punya pantun sekali nak corner saya, dia kata alang-alang Datuk Seri nak datang, kami di Sembrong minta bantuan.
"Jadi tiga projek kita dah bayar bil perjumpaan malam ini kepada orang Sembrong. Saya dah tunaikan hajat tuan-tuan. Tuan-tuan kena tunaikan hajat saya, boleh?"

Jangan buat Soalan Bodoh ?

 
Oleh Zaharin Mohd Yasin
Saya bukan hendak menjawab bagipihak Dr Mahathir Mohamad. Kes liwat yang dituduh kepada Anwar Ibrahim. Isu ini mula dibangkitkan oleh Umi Hafilda melalui sepucuk surat kepada Dr Mahathir Mohamad. Surat itu beredar dikalangan pemimpin UMNO. Tetapi tidak ada sesiapa yang hendak membuat kenyataan tuduhan perihal isu kandungan surat itu yang melibatkan seorang pemandu kereta dan anak angkat Anwar ibrahim.
Isu ini mula menjadi peristiwa ialah bila Anwar Ibrahim tersilap mengarahkan Polis menyerbu kerumah seorang Doctor yang melindungi penulis surat dan mangsa liwat. Dan satelah ditangkap kesemua mereka dibawah kerumah Anwar Ibrahim dan kemudian menandatangan surat minta maaf. Dalam masa yang sama terbit sebuah buku.. Buku menceritakan akan kisah kenapa Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Saya mengambil sebahagian isi buku itu dan membuat aduan polis.. Buku itu diterbitkan dalam masa Pergong UMNO 1998.
Maka satelah buku diterbitkan dan diedarkan.. Anwar Ibrahim bukan sahaja buat tahanan edaran melalui Mahkamah tetapi dia juga membuat aduan Polis.. Kertas siasatan pun di buka.
Maka bermula siasatan diatas kandungan buku dan surat itu. Dr Mahathir Mohemad barulah bersuara dalam isu ini. Dr Mahathir Mohamad sendiri sebagai seorang Perdana Menteri telah memberikan tawaran samada letak jawatan atau pihak Polis akan membuat dakwaan.
Pejabat Peguam Negara sudah menyediakan kertas pertuduhan atas dua kes.. Satu dibawah Akta BPR yang Anwar Ibrahim menggubalnya pada tahun 1996. Dan kedua kes liwat. Beliau patut ditangkap salepas meraikan Hari Kebangsaan di Pulau Pinang. Tetapi nasihat Peguam Negara, Anwar Ibrahim perlu dipecat jawatan dan keahlian UMNO.
Rasional Peguam Negara.. Jika dia dipecat Timbalan Perdana Menteri tetapi masih kekal Timbalan Presiden UMNO dan Ahli Parlimen, beliau berhak dilantik menjadi Perdana Menteri, jika sesuatu berlaku kepada Dr Mahathir Mohamad.
Maka dimana persoalan Dr Mahathir Mohamad mendakwa Anwar Ibrahim seorang peliwat? sebelum isu itu terdedah kepada umum. Dr Mahathir Mohamad mendakwa Anwar Ibrahim seorang peliwat salepas surat Umi Hafilda terdedah kepada umum, penerbitan sebuah buku dan penangkapan penulis surat, mangsa liwat dan seorang Doctor dan dibawa kerumah Anwar Ibrahim.

Rasuah: Adakah hanya dengan berikrar?


Datuk Saifuddin Nasution Ismail Pakatan Harapan mempersoalkan makna Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Dzukifli Ahmad.
Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif ‘ikrar’ tersebut menunjukkan kurangnya kreativiti dalam agensi itu sedangkan sebelum ini SPRM mempunyai banyak idea pencegahan yang lebih sofistikated.
“Isunya, KP SPRM yang ada hari ini, apa sebenarnya kelayakan beliau dalam memerangi rasuah? Adakah dengan menangkap pesalah rasuah setiap minggu akan menyelesaikan masalah?
“Adakah dengan mencadangkan revolusi Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah), melawat serta bermesra dengan rakyat sambil memberi bantuan makanan dan berikrar sahaja akan menyelesaikan masalah rasuah?” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
IBR merupakan usaha sama antara agensi-agensi dengan SPRM untuk mendapatkan komitmen pimpinan organisasi tersebut dalam usaha membanteras jenayah rasuah.
Tambahnya lagi, beliau turut meminta agar KP SPRM memberikan bukti konkrit bahawa rasuah dapat dibanteras hanya dengan berikrar.
“Apa bukti empirikal yang  boleh ditunjukkan bahawa dengan berikrar, isu rasuah dpt diselesaikan? Negara mana dalam dunia ini yang mampu membanteras rasuah dengan hanya berikrar?
“Saya melihat sandirwara ini sebagai usaha untuk menutup ‘bangkai gajah’ serta mengalihkan pandangan untuk menaikkan namanya di mata media,” katanya lagi.
Sementara itu, Saifuddin menyatakan rasa hairannya susulan dakwaan mengatakan bahawa Pulau Pinang telah ingkar.
“Jadi, apa maksud Pulau Pinang Ingkar dan pada perintah siapa?” soalnya lagi.
 

Tahniah Pimpinan Pakatan Harapan : Rakyat Menanti Penuh Yakin

Oleh Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
1. Tahniah untuk semua pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang telah mengadakan mesyuarat Majlis Presiden PH pada tanggal 13 Julai 2017 lalu telah mencapai kata sepakat serta menzahirkan kesatuan fikiran dan kebulatan tekad untuk merubah masa depan Malaysia dengan jayanya serta menyusun struktur organisasi PH dengan menggabungkan tokoh kepimpinan dari pelbagai latar belakang dan pengalaman bagi memimpin dan menggerak PH bersama rakyat Malaysia kehadapan demi merubah masa depan Malaysia dengan agenda perubahan yang jelas.

2. Sikap tolak ansur dan jiwa besar dalam mengakui kelemahan dan kekurangan serta kelebihan parti masing -masing akan menjadi tunjang kekuatan dengan menggabungkan sumber pengalaman,kepakaran dan kepimpinan yang mampu menyahkan UmnoBN dari politik kuasa di Malaysia pada Pru14 nanti.
3. Saya mengharapkan selepas ini perlu penyelesaian kepada agenda yang lebih konkrit dan terperinci didalam manifesto yang menyentuh reformasi institusi yang benar-benar memberi keadilan dan melindungi negara demi rakyat.PH perlu menggerakan gelombang baru bagi menghadapi Pru14 kelak.Kesedaran rakyat khususnya bangsa Melayu perlu digerakkan agar minda melayu tidak tertelan racun perkauman UmnoBN.

Ketepi dendam demi kesepakatan: Mat Sabu


KLANG - Pimpinan Pakatan Harapan (Harapan) menolak dendam lama terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad demi mencapai kesepakatan.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, walaupun timbul pelbagai isu melibatkan Ketua Umum dan Pengerusi Harapan, kerjasama antara kedua-dua mereka adalah demi kepentingan rakyat.
“Semua pernah ada isu dengan Tun Mahathir, saya sendiri pun ada isu dengan beliau. Dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Tun Mahathir jadi perdana menteri.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu “Tapi kita nak berdendam pun adakah itu lebih penting daripada nak tukar pemerintah yang begitu teruk dan sakit sekarang ini? Kita perlu ketepikan dendam.
“Bagi kita, yang penting sekarang ini gabungan Pakatan Harapan mahu menukar pemerintah. Itu lebih penting berbanding mahu mempersoalkan isu-isu dan dendam lama dengan Tun Mahathir,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri 1438H Parti Amanah Negara Parlimen Kota Raja, semalam.
Mengulas lanjut tentang perkara itu, beliau menjelaskan apa yang penting ialah menjatuhkan pemerintah sekarang yang begitu pincang khususnya berkaitan dasar dalam negeri serta luar negara.
“Kita manusia tetap ada perasaan tapi kita lebih pentingkan masa depan anak cucu kita, malah mengikut perangkaan sekarang ini majoriti rakyat ialah kaum Melayu, kemudian kaum Cina, yang ketiga bukan lagi India tetapi pendatang.
“Soalnya, menyelesaikan masalah pengurusan pemerintah sekarang ini dalam hal pengurusan masyarakat dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, mengulas berkaitan pembahagian kerusi menjelang PRU14  akan datang katanya, Pakatan Harapan akan menentukan pembahagian kerusi antara komponen parti dalam masa terdekat.
“Kalau boleh kita nak bertanding 222 kerusi, tapi Pakatan Harapan ada empat parti komponen. Jadi kita akan bincang pembahagian kerusi.
“Siapa pun yang jadi calon, semua komponen parti lain akan menyokong. Kita tak kisah sekarang ini pertembungan tiga atau empat penjuru pun, Pakatan Harapan adalah satu lambang,” katanya.

TUGAS TERBESAR MAHATHIR


Kita dah melihat formasi pasukan HARAPAN yang telah dipersetujui bersama oleh pimpinan tertinggi parti-parti pembangkang dalam mempersiapkan pasukan menjelang PRU14 pada bila-bila masa mulai sekarang. Selesai satu hal.
Kelebihan atau kekurangannya, akan kita hadapi bersama selepas ini. Tidak akan ada benda yang sempurna, hanya ‘harapan’ yang masih terus bulat di hati rakyat.
Saya juga telah meneliti kerangka kerja sasaran 100 hari yang akan dilaksanakan jika mendapat mandat dari rakyat menggantikan kerajaan kleptokrasi Najib.
Saya kira rangka kerja 100 ini adalah asas yang cukup jelas dan cukup besar maknanya. Namun, tugas paling besar dan mencabar adalah peranan Tun Mahathir, iaitu untuk memecahkan taboo pemikiran orang Melayu, daripada ketakutan kepada berani, yakin dan melakukan perubahan.
Pada hakikatnya tugas itu digalas oleh semua pemimpin, bukan Tun M seorang saja.
Sebaliknya, apa yang saya maksudkan ialah bagaimana Tun M sebagai seorang tokoh yang suatu ketika dahulu, sebagai perdana menteri yang paling lama berkuasa dan sebagai Presiden untuk dua parti (Umno 46 dan Umno Baru), telah membina tembok-tembok hagemoni ketakutan kepada rakyat khususnya orang Melayu, untuk bukan sahaja mengekalkan status quo kuasa partinya tetapi membina pemikiran yang percaya bahawa Umno adalah tiang seri kuasa politik orang Melayu.
Itulah maksud saya.
Pecah ketakutan Melayu
Disebalik misi besar 100 hari selepas mengambilalih kuasa kerajaan kleptokrasi Najib, tugas memecah ketakutan orang Melayu inilah tugas terbesar bagi Tun M khususnya, ketika ini.
Dalam berdepan dengan hakikat pemikiran orang Melayu yang ditanamnya selama ini, Tun M pastinya akan berdepan tugas getir yang bukan semua pemimpin sanggup dan mampu melaksanakannya.

Dia sewaktu berkuasa, mencipta banyak undang-undang yang menyekat kebebasan dengan maksud untuk menghalang apa-apa perubahan politik, di dalam Umno mahupun di luar Umno.
Jika Tun M diibaratkan seorang warden yang berkuasa, suatu waktu dahulu dia membina, memasukkan, mengunci sel dan memenjarakan rakyatnya, kini beliau perlu berusaha membuka kembali kunci sel itu malah beliau perlu mengajak rakyatnya agar keluar membebaskan diri mereka (politik).
Saya kira tidak ada buku manual atau buku panduan dalam keadaan ini. Ia bergantung kepada kebolehan unik Tun M untuk melakukannya.
Mitos pemikiran Melayu
Apa yang ada di tangannya ketika ini, baik skandal 1MDB, kesan GST, skandal FGV dan masalah Felda, mungkin hanya akan menjadi isu-isu yang boleh menggegar perhatian orang Melayu, tetapi ia mungkin belum cukup untuk menjadi kunci membebaskan taboo ketakutan yang telah tertanam di benak orang Melayu sejak sekian lama.
Kini, beliau sebagai salah seorang tokoh pembangkang yang berada di saf paling depan, akan bersemuka bukan sahaja dengan Umno, malah akan berdepan dengan mitos pemikiran orang Melayu ini.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim membawa obor reformasi dengan lenggok gaya dan strateginya, namun belum cukup ampuh mengubah mitos tersebut.
Begitu juga dengan kempen ‘Ubah’, belum berupaya memecah taboo tersebut. Malah, ada yang berpendapat pakej ‘ubah’ ini juga membawa ton nada yang negatif, ia jadi senjata makan tuan apatah lagi DAP dilihat terkehadapan berkempen.
Justeru, adakah pakej-pakej yang sama ini, jika dibawa oleh Tun M dengan gaya bahasa dan strateginya, akan mampu menjadi sebab metos tersebut pecah? Atau adakah kita perlu merangka naratif baru bersama Tun M untuk mencapai maksud tersebut? Kita belum tahu.
Tidak mudah berundur

Rasuah: Syed Saddiq saran pemimpin politik contohi TMJ

Syed Saddiq berkata TMJ menekankan proses 'pembersihan sistem' menyeluruh dalam pentadbiran kerajaan Johor.
syed-saddiq-2
Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyarankan semua pemimpin tanpa mengira fahaman politik mencontohi sikap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memerangi rasuah.
Beliau berkata TMJ begitu menekankan proses “pembersihan sistem” secara menyeluruh dalam pentadbiran kerajaan Johor.
“Saya sarankan semua pemimpin politik di Malaysia, tidak kira Umno, PPBM, PKR atau lain-lain contohi TMJ,” katanya dalam kenyataan selepas menghadiri majlis sambutan hari raya bersama TMJ.
Syed Saddiq berkata di Johor semua individu tidak terkecuali melalui proses tersebut, ia termasuklah bekas exco kerajaan, jabatan tertentu, ahli perniagaan dan ramai lagi.
“Ini adalah petanda yang baik bahawa rasuah sama sekali tidak diterima di Johor.”
“Walaupun hampir semua orang yang berkuasa sama ada yang dipilih atau tidak, terus ‘menutup mulut’ di saat Malaysia memerlukan mereka, tetapi TMJ lantang bersuara untuk menegakkan kebenaran,” katanya yang bangga dengan TMJ sebagai pemimpin Johor.
Beliau juga menambah “pembersihan sistem” memerlukan keberanian, kejujuran dan tindakan, bukannya dengan kata-kata manis.
“Kita tidak boleh mengharapkan Malaysia bebas daripada rasuah apabila kita lebih prihatin terhadap isu pakaian seseorang daripada isu-isu kritikal,” katanya yang mengakui sering dinasihati TMJ supaya tidak diperalatkan mana-mana pihak dan peka supaya tidak dipergunakan untuk tujuan yang salah.
Sebelum ini, Syed Saddiq mendakwa orang Melayu moden hari ini malu untuk mengaku mereka Melayu kerana sering dikaitkan dengan amalan rasuah dan tidak boleh berdikari.
“Saya sedih kerana Melayu sering dikaitkan dengan budaya rasuah, korupsi, layu dan pelbagai lagi stereotaip yang menjatuhkan maruah Melayu di Malaysia.

Pegawai SPRM ambil dokumen di Balai Felda



Pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir di pejabat Felda Investment Corporation (FIC) di tingkat 4, Balai Felda ,Jalan Gurney 1, di sini bagi mengambil beberapa dokumen yang boleh membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London.
Pasukan penyiasat yang dianggotai tujuh pegawai SPRM berkenaan tiba di pejabat FIC pada kira-kira pukul 10.20 pagi.
Petugas media yang mendapat maklumat mengenainya berkumpul di pintu masuk utama bangunan itu sejak 9 pagi untuk membuat liputan perkembangan terkini perkara itu.
Baru-baru ini, SPRM, dalam satu kenyataan, menyatakan beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel bernilai RM330 juta di Kensington oleh FIC pada 2014.
Hasil maklumat siasatan awal mendapati FIC dipercayai membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.
Kenyataan itu menjelaskan individu-individu berkenaan merupakan saksi penting bagi membantu siasatan mengenai proses pembelian hotel tersebut antara 2013 hingga 2015.

SPR putuskan tiada PRK bagi kerusi Dun Nenggiri


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri, Kelantan bagi mengisi kekosongan luar jangka selaras dengan peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
Speaker KelantanAnggota SPR, Md Yusop Mansor dalam kenyataan hari ini berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kob pada Khamis lalu berhubung kekosongan kerusi tersebut tetapi tidak menyatakan keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu.
Pada 11 Julai lalu, Abdullah mengumumkan kerusi Dun Nenggiri kosong berikutan penyandangnya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani, 55, diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor, sekali gus telah hilang kelayakan sebagai Adun berkuat kuasa pada tarikh tersebut.
Md Yusof berkata peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan di bawah Perkara 46(5) menyatakan bahawa kekosongan luar jangka bagi kerusi Dun tidak boleh lagi diisi dalam tempoh dua tahun sebelum mandat yang diberikan kepada kerajaan negeri berakhir, melainkan Speaker memberitahu secara bertulis kepada SPR akan keperluan pengisian kekosongan luar jangka tersebut.
"Berdasarkan surat pemakluman yang diterima, Speaker Dewan Negeri Kelantan tidak menyatakan keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu," katanya.

Adakah kos bina MRT lebih RM100 bilion, tanya pengkritik


Adakah kos bina MRT lebih RM100 bilion, tanya pengkritik
Sekiranya Putrajaya tidak boleh telus dalam pendedahan kos sebenar projek rakyat, bagaimana rakyat boleh tahu projek itu berbaloi untuk setiap sen yang dibelanjakan. 
HARI ini, kelompok pertama projek infrastruktur terbesar Malaysia, MRT Line 1 Sungai Buloh-Kajang beroperasi sepenuhnya.
Tetapi pertelingkahan masih memuncak di antara wakil rakyat dan pentadbiran Najib mengenai kos sebenar projek itu dan sama ada- dengan kosnya yang sangat mahal- akan memberikan faedah kepada rakyat.
Seperti yang dikatakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hakikat yang pertelingkahan tercetus dalam kos sebenar projek itu menunjukkan wujud masalah ketelusan dalam satu projek yang memberi kesan besar kepada rakyat.
Sekiranya jumlah sebenar kos MRT yang dikeluarkan pentadbiran Najib boleh dipersoalkan, apakah jaminan harga projek gergasi lain seperti Landasan Keretapi Berkelajuan Tinggi KL-Singapura dan Lebuhraya Pantai Timur yang diumumkan ialah tepat?
Ketika Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan projek itu dalam Bajet 2011, dia mengatakan yang ia berkos RM40 bilion.
Difahamkan yang jumlah ini ialah untuk ketiga-tiga jaringan iaitu MRT SBK, Serdang-Putrajaya (MRT SSP) dan Circle Line, semuanya dijangka disiapkan menjelang 2020 dan meliputi jarak 141 km.
Bab lima buku panduan Pelan Transformasi Ekonomi 2011 mengatakan yang kos awal keseluruhan projek ialah RM47 bilion.
Daripada jumlah itu, RM36 bilion ialah untuk infrastruktur dan RM2 bilion untuk perbelanjaan pengambil alihan tanah. Tambahan RM9 bilion pula diperlukan untuk mengendalikan aset seperti gerabak.
Pada Oktober 2015, persoalan mula timbul mengenai jangkaan awal RM40-47 bilion ini, apabila DanaInfra Nasional Bhd (DanInfra) mengatakan yang MRT Line 2 sahaja dianggarkan berkos RM42 bilion.
DanaInfra ialah agensi penggerak khas kerajaan untuk projek infrastruktur yang ditugaskan untuk menjana dana. Ia mengumumkan yang ia menjana RM50 juta melalui program pinjaman untuk membayar MRT Line 1 dan MRT Line 2.
Tetapi pada Disember 2016, ketika Najib mengumumkan MRT Line 1 (SBK), Rafizi mendakwa yang kos sebenar keseluruhan projek itu sebenarnya dua kali ganda jumlah yang diumumkan.
Najib berkata yang MRT Line 1 sepanjang 51km berkos RM21 bilion dan ia kurang RM2 bilion berbanding kos asal sebanyak RM23 bilion.

BOS JASA DAKWA KONSPIRASI DALAM FGV

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa wujud konspirasi dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) untuk menyingkirkan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu yang sedang digantung.
Puad mendakwa ia bagi melindungi individu yang sepakat dengan pentadbiran terdahulu, walaupun bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah ditukarkan ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
“Saya mengetahui bahawa terdapat usaha untuk menyalahkan (Datuk) Zakaria Arshad dan memaksa peletakan jawatan atau memecatnya.
“Saya mempersoalkan motif di sebalik ini dan percaya bahawa sesetengah individu dalam kumpulan itu melakukan ini supaya mereka dilihat tidak bersalah,” Puad dipetik sebagai berkata di Batu Pahat hari ini, lapor New Straits Times.
Kemelut melanda FGV selepas ahli lembaga pengarah yang diketuai Mohd Isa, mengarahkan Zakaria meletakkan jawatan kerana didakwa gagal mematuhi peraturan tadbir urus korporat.
Zakaria kemudian mendakwa tindakan terhadapnya diambil selepas beliau cuba menghalang lembaga pengarah daripada membuat pelaburan “tidak masuk akal”. Bagaimanapun, tuduhan itu dinafikan oleh lembaga pengarah FGV.
Perdana menteri Datuk Seri Najik Razak kemudiannya melantik bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala bagi menyelesaikan kemelut itu yang menyaksikan Mohd Isa ditukarkan dan Zakaria berdepan dengan lembaga disiplin.
Puad menegaskan, FGV memerlukan “pembersihan menyeluruh” termasuk penyingkiran ahli lembaga FGV yang sebelum ini dilantik oleh Mohd Isa.
“Oleh itu, saya minta Idris siasat FGV secara menyeluruh berhubugn ‘konspirasi’ ini kerana ia menjadi ancaman kepada masa depan FGV,” katanya.

PH umum barisan pimpinan, BN yang panik

Kit Siang berkata barisan pimpinan BN/Umno seperti terkena serangan histeria.
lim-kit-siang-pakatan-harapan-barisan-pemimpin Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kenyataan beberapa orang pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap pengumuman majlis presiden Pakatan Harapan (PH) Khamis lepas, jelas menunjukkan parti pemerintah itu panik.
Menyamakan kenyataan pemimpin BN/Umno itu seperti terkena “serangan histeria”, Lim berkata ia jelas menunjukkan struktur, logo dan barisan kepimpinan PH yang baharu itu memberi impak kepada parti pemerintah yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak.
Beberapa hari lepas, selain Najib, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Salleh Said Keruak (Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Seri Anifah Aman (Hal Ehwal Luar), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Pelancongan dan Kebudayaan) Dan Khairy Jamaluddin (Belia dan Sukan) mengeluarkan pelbagai kenyataan berkenaan barisan pimpinan PH.
“Mereka tidak percaya kemungkinan pemimpin PH dapat menyelesaikan perbezaan semasa sekutu dan pendamaian antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Lim.
Jumaat lalu, Salleh menjadi individu pertama yang mempersoalkan pegangan minoriti DAP dalam struktur PH, walaupun DAP mempunyai bilangan ahli parlimen paling ramai dalam kalangan parti komponen PH.
Dalam kenyataan berasingan, Salleh juga mendakwa PH akan gagal tanpa PAS.
Ahli parlimen Gelang Patah itu juga turut memetik kenyataan Ismail Sabri yang mencadangkan pemimpin bukan Melayu daripada DAP menjadi perdana menteri akan datang kerana orang Melayu akan berpecah 3 cabang politik – BN, PAS dan PH – meninggalkan DAP dengan kerusi yang paling banyak, kemudiannya perlembagaan akan memutuskan siapa yang akan menjadi perdana menteri.
“Semalam, Anifah memberi amaran kepada penyokong BN kemungkinan berlakunya ‘balas dendam’ jika pembangkang membentuk kerajaan yang akan datang.
“Khairy juga mencipta barisan propaganda baru dengan dakwaan DAP adalah ‘parti yang memegang kerusi parlimen paling banyak di Dewan Rakyat akan menentukan dasar dan manifesto PH’,” kata Lim.

Tiada PRU sebelum September, kata Zahid

Pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak akan diadakan sebelum September ini kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.
"(September) awal sangat, ia (PRU) akan didakan selepas itu," kata timbalan perdana menteri itu seperti dipetik Channel News Asia.
Ahmad Zahid berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis rumah terbuka hari raya Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai tempoh sehingga Ogos tahun depan untuk membubarkan parlimen bagi membolehkan PRU ke-14 diadakan.
Walaupun begitu sesetengah pihak menjangkakan ia akan diadakan seawal suku keempat tahun ini.
Langkat melengahkan pembubaran parlimen dilihat memberi masa tambahan kepada Pakatan Harapan mengukuhkan lagi pengaruh mereka di kalangan pengundi.
Ramai penganalisis juga menyatakan kemungkinan Najib mengadakan PRU pada September adalah kecil kerana Kuala Lumpur menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA kali ke-29 pada bulan sama.
Perdana Menteri China, Xi Jinping pula dijadual melawat Malaysia pada Oktober.
Bagaimanapun kelewatan lebih lama untuk mengadakan PRU juga berpotensi menambah masalah kepada BN yang diketuai Najib, seperti keluhan orang ramai yang terjejas akibat kelembapan ekonomi dan kelemahan ringgit.

Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua



Usaha membina semula negara ini bukan sekadar menumbangkan Najib Razak sebaliknya merangkumi langkah mereformasikan sistem dan institusi penting negara, tegas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Menurutnya, kehadiran Tun Mahathir dalam gabungan Pakatan Harapan diterima selepas melalui pelbagai perbincangan sehingga bekas Perdana Menteri itu bersetuju untuk melakukan perubahan tersebut.
Mujahid Yusuf Rawa"Kita mengatur banyak pertemuan. Tun Mahathir menyatakan mahu menjatuhkan Najib. Kami boleh menerima tetapi kita tidak mahu Najib ditumbangkan lahir Najib kedua.
"Tumbangkan Najib kedua, lahir Najib yang ketiga. Tidak lahir seperti Najib hari ini kalau bukan sistem yang menjadikan Najib hari ini.
"Oleh itu, kalau mahu kita bina semula negara ini, kita bukan sahaja hendak menjatuhkan Najib tetapi kita mahu mereformasikan perundangan, institusi undang-undang dan politik negara ini dengan memperkenalkan politik baru," tegasnya di Tanjong Malim kelmarin.
Berucap sempena siri Jelajah Bina Negara, Dr Mujahid menafikan dakwaan kononnya perjuangan Reformasi 1998 dilupakan ekoran penerimaan terhadap Tun Mahathir dalam gabungan parti pembangkang.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Parit Buntar itu menyifatkan iltizam untuk melakukan perubahan secara menyeluruh merupakan tuntutan sejak zaman Reformasi.
"Inilah yang kita mahukan sejak tahun 1998, 1999. Apabila Tun Mahathir menyatakan bersetuju untuk mereformasikan perundangan, kehakiman, pilihan raya, politik pada waktu itu saya dan YB Rafizi bersiap sedia untuk tanda tangan Selamatkan Negara.

Gandingan Dr M-Anwar cetus panik dalam Umno, kata Dzulkefly

Pengarah strategik Amanah berkata pimpinan Umno sangat terperanjat dengan gandingan bekas perdana menteri dan bekas timbalannya itu.
Dzulkifli-Ahmad Dr Dzukefly Ahmad berkata menteri Umno menyerang Pakatan Harapan susulan pengumuman barisan kepimpinan gabungan itu kerana mereka tidak lagi melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang berdaya maju untuk parti pemerintah.
Merujuk kepada “keadaan panik” dalam Umno dan seraksi sebilangan menteri kanan, pengarah strategik Amanah menyifatkan serangan mereka sebagai “amat buruk” dan tidak selaras.
“Pengukuhan gandingan lagenda Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkagumkan mereka.
“Pakar strategi Umno dan ‘spin doctor’ mereka, termasuk penulis blog, terperanjat, oleh sebab itu kenyataan mereka tidak lagi teratur. Lebih teruk lagi cubaan ahli akademi mereka di menara gading mereka,” kata Dzulkefly.
Beliau menambah tuntutan terkini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk merampas aset yang dibeli dengan wang yang dikaitkan dengan dana pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan sabitan jenayah terhadap ramai kenalan Low Taek Jho (Jho Low) dan pengakuan mereka di mahkamah Singapura, “menjadikan Najib pemimpin yang pincang dalam Umno dan BN”.
Dzulkefly berkata ketiadaan komen dari “menteri-menteri bijak” dari Umno, seperti Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Johari Ghani dan Datuk Nur Jazlan Mohamed, selepas pengumuman DoJ bulan lalu, menunjukkan mereka tahu tidak berbaloi lagi mempertahankannya.
“Lebih teruk lagi, Umno berdepan keretakan dalam parti. Ringkasnya, selepas 2 sesi mengetepikan pemilihan parti, deram-derum dan perasaan yang tersembunyi semakin bertambah. Keretakan dalam kepimpinan tertinggi Umno adalah rahsia terbuka.”

'Terima kasih PM, pendekkan perjalanan jumpa papa'

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri atas pembinaan stesen kereta api MRT dari Sungai Buloh ke Kajang.
Katanya, kemudahan terbaru itu dapat memendekkan perjalanannya ke Sungai Buloh – tempat ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipanggilnya papa, dipenjarakan.
“Terima kasih @NajibRazak - pendekkan perjalanan dari Sungai Buloh @anwaribrahim ke Kajang,” tulis Nurul Izzah, yang turut menyebut nama ibunya Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR.
Bagaimanapun tidak pasti sama ada kenyataan Nurul itu berunsur sindiran atau benar-benar dimaksudkannya.
Nurul juga meletakkan pautan ke blognya yang mendesak penubuhan jawatankuasa khas parlimen bagi memantai perjalanan pengangkutan awam, termasuk MRT.
Arikel itu membangkitkan persoalan sama ada pembinaan kemudahan itu telah melebihi peruntukan sedia ada kerana fasa pertamanya sejauh 53km sahaja sudah menelan belanja RM21 bilion.
Kata Nurul, projek itu mempunyai tiga fasa merangkumi laluan rel sepanjang 150km dan perdana menteri sudah umumkan peruntukan keseluruhan projek berkenaan RM40 bilion.
Nurul menulis demikian sebagai reaksi terhadap tweet Najib berkaitan perkara sama.
“Bermula esok, perjalanan untuk melawat kenalan di Sungai Buloh dari Kajang akan menjadi lebih mudah dan selesa! #JomNaikMRT,” katanya.
Bagaimanapun, Najib juga tidak jelas sama ada menyindir Anwar atau tidak.

Beliau minggu lalu pernah berbuat demikian dengan mengumumkan “Langkah Kajang Sebenar” akan tiba ke kawasan parlimen Azizah itu.
PKR sebelum ini menggerakkan Langkah Kajang untuk menyingkirkan menteri besar ketika itu Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Anwar.

Bagaimanapun, ia berakhir dengan Datuk Seri Azmin Ali yang menerajui kepimpinan kerajaan Selangor.

Akhirnya DAP terima surat rasmi JPPM mengenai pemilihan semula

Pengerusi Biro Undang-Undang Gobind Singh Deo berkata parti akan mengeluarkan kenyataan selepas bermesyuarat mengenai surat itu.
gobind-singh_ros_dap_600 (1)DAP hari ini menerima makluman rasmi dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung arahan kepada parti itu supaya mengadakan pemilihan baru untuk jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).
Pengerusi Biro Undang-Undang Gobind Singh Deo berkata parti menerima makluman itu melalui surat pagi tadi.
Gobind berkata CEC akan bermesyuarat Rabu ini untuk membincangkan kandungan surat itu.
“Kenyataan akan dikeluarkan selepas itu,” katanya dalam kenyataan ringkas.
Minggu lepas, Gobind membidas JPPM kerana gagal memberikan makluman rasmi kepada DAP berhubung arahan mengadakan pemilihan parti baru.
“Kita tidak boleh adakan pemilihan semula tanpa komunikasi rasmi dari JPPM mengarahkan perkara itu. Itu pendirian saya dalam perkara ini. Memaksa kita berbuat demikian sangat tidak munasabah,” katanya, menekakan kepentingan surat itu.
Pada 7 Julai lepas, JPPM dalam kenyataan media berkata pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama dalam DAP melalui pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah di sisi undang-undang.
Pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai perwakilan yang berhak hadir dan mengundi dalam pemilihan CEC pada 15 Disember 2012, membabitkan 2,576 perwakilan dari 865 bahagian.
Ini kerana hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf boleh melantik individu ke jawatan utama, menurut Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan DAP.
Susulan pengumuman itu, DAP mengadakan sidang media mengumumkan ia tidak akan mengadakan pemilihan baharu, tetapi mahu bertemu JPPM.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata partinya sudah mengadakan pemilihan semula pada 2013 seperti yang diarahkan JPPM.
Lim menambah parti itu juga sudah memaklumkan keputusan pemilihan semula itu kepada JPPM, membabitkan 2,576 perwakilan yang layak.
“Oleh itu, persoalan pemilihan baharu tidak timbul,” katanya, dan menambah DAP masih ingin bertemu JPPM dan membincangkan isu berbangkit dan keputusan terbaharu itu 3 tahun selepas perkara itu sudah dianggap selesai.

'Panik!'

Kepala penyamun kini dah pandai baca doa?? ~Yb Shamsul Iskandar

Aksi Mahathir diserbu 'peminat' di Kota Tinggi

'Saya mahu mereka mati pelan-pelan, mati cepat tak syok' - Nazri

Hasrat Jamal nak jadi Ketua Pemuda Umno, ini kata Nazri

Jamal 'intai' posisi Ketua Pemuda Umno

'Presiden Umno' sedang berucap, kata Mat Sabu

SPRM serbu Balai Felda di Jalan Gurney

Lepas ampunkan Tun M, bubarlah PKR sembang Rizal

Siapa 'MO1' ni, soal Nazri

Kepimpinan Baru PH Kini Siap Sedia Tumbangkan UMNO BN

Nizar: Tsunami HARAPAN Akan Landa Negara PRU14

Di Mana Trak INVOKE Singgah, Di situ PH Akan Menang!

Skandal Carbon Credit: Buka peluang Harapan tawan Kelantan

Logo Harapan
Pakatan Harapan (Harapan) dijangka mampu menawan Kelantan dengan majoriti tipis dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ekoran pelbagai isu membabitkan kerajaan negeri sebelum ini dan terkini berkaitan projek Carbon Credit, kata Pengerusi Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Kelantan Datuk Kamarudin Md Nor.
"Kita (Harapan) boleh ambil ahli kerajaan negeri dengan majoriti tipis. Ini kerana beberapa isu yang ada sekarang ini dan terkini berkaitan carbon credit menunjukkan pimpinan Pas yang memerintah di Kelantan tidak tahu apa benda.
"Bagi kerajaan negeri yang penting mereka tengok pitih (duit) saja... pitih datang dari mana tak tahu lagi.
"Mereka fikir boleh guna hutan di Kelantan untuk dijadikan bahan dapatkan projek carbon credit di bawah PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) tetapi syarikat yang terlibat menguruskan projek itu pula masih di bawah pengawasan BNM (Bank Negara Malaysia)," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Kamarudin Md NorKamarudin  (Gambar kiri) yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi itu mendakwa, kerajaan negeri hanya memikirkan soal keuntungan semata dengan menyerahkan projek tersebut kepada sebuah syarikat swasta.
"Persoalannya mengapa bagi  tender kepada sebuah syarikat swasta? Sepatutnya kerajaan negeri Kelantan yang uruskan projek tersebut.
"Sebaliknya syarikat itu pula mengutip dana daripada orang ramai, itu sudah menyeleweng daripada tujuan asal.
"Apa yang rakyat memahami dalam isu ini ialah kejahilan kerajaan negeri, dan ini memberikan isyarat kepada pengundi terhadap kerajaan negeri yang dilihat gagal mengurus secara profesional dan berhemah," ujarnya.
Beliau mengulas mengenai pendedahan yang dibuat oleh Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa yang mendakwa syarikat Climate Protector Sdn Bhd yang diberikan konsesi 30 tahun untuk menguruskan projek tersebut oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan stok karbon di hutan hujan seluas 1 juta ekar, selain syarikat itu didakwa turut mengutip wang daripada orang ramai bagi tujuan pelaburan melalui penjualan token digital sejumlah RM17juta.
Manakala wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan pernah mengiktiraf syarikat tersebut menjalankan program pemeliharaan alam sekitar di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim (UNFCC) mahupun Program Kerjasama Mengurangkan Pelepasan dari Pembasmian dan Degradasi Hutan di negara membangun (UN-REDD).
Bagaimanapun kerajaan negeri dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Jawantankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Abdullah Che Mat Nawi semalam, dipetik berkata, kerajaan tidak sewenang-wenang membatalkan perjanjian bersama Climate Protector kecuali terdapat masalah yang memerlukan projek itu dihentikan segera.
Beliau memaklumkan telah membuat pertemuan dengan syarikat berkenaan dan meminta membuat penjelasan terhadap pelbagai tuduhan termasuk telah disenaraikan dalam langkah berjaga-jaga oleh BNM dan juga isu penjualan token digital.

Hadi perlu rehat, RUU 355 mungkin tangguh ke Oktober

Khalil Abd Hadi berkata, bapanya masih memerlukan 1 hingga 2 bulan untuk berehat selepas menjalani pembedahan jantung pada 16 Mei lalu.

hadiPembentangan usul rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 mungkin ditangguhkan sehingga Oktober ini kerana Datuk Seri Abdul Hadi Awang besar kemungkinan tidak menghadiri Dewan Rakyat yang bersidang semula 24 Julai ini.
Anak sulung presiden PAS, Khalil Abd Hadi memberitahu Sin Chew Daily, bapanya masih memerlukan 1 hingga 2 bulan untuk berehat selepas menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN) pada 16 Mei lalu.
“Saya rasa kemungkinan besar beliau tidak dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat seterusnya,” kata ketua Pemuda PAS itu kepada akhbar berkenaan.
Mengikut peraturan mesyuarat, mana-mana ahli Parlimen berhak membentangkan usul RUU persendirian, tetapi mereka perlu mendapat kebenaran speaker Dewan Rakyat dan membentangkan usul itu sendiri.
Rabu lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan rang undang-undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lain membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, RUU itu merupakan sebahagian daripada persiapan melaksanakan RUU 355, jika diluluskan di Parlimen kelak.
Bagaimanapun, RUU 355 mungkin hanya disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, tetapi tidak akan dibentangkan di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dipetik Sin Chew Daily berkata, ahli Parlimen dikehendaki memohon cuti dengan pejabat setiausaha Dewan Rakyat, jika mereka tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan.
“Jika Hadi Awang tidak hadir 3 minggu, beliau tidak perlu memaklumkan Dewan Rakyat,” katanya sambil menambah ahli Parlimen boleh memohon cuti lebih awal atau menyerahkan sijil cuti sakit dan laporan pemeriksaan kesihatan kemudian, bagi membuktikan mereka tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat akibat sakit.
Pada 6 April lalu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan perbahasan RUU 355 ditangguh ke sidang Dewan Rakyat seterusnya, selepas dibentangkan Hadi.

PRU14 tsunami, malapetaka kepada Umno-BN


Nizar Jamaluddin
Pelbagai penipuan dan kecurian Najib Razak termasuk isu derma menyaksikan Pilihan Raya Umum ke-14 bakal mengundang gelombang besar tsunami yang bakal meranapkan Umno-BN.
Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, satu kajian majalah The Times pada 2010 menyatakan Malaysia sebagai negara terkaya kerana tiada bencana besar selain populasi penduduk rendah dan negara subur.
"Malaysia tiada bencana alam besar. Tsunami paling besar adalah PRU14 nanti. Rakyat akan bangun dan inilah malapetaka kepada Umno-BN
"Malaysia negara terkaya tetapi diurus oleh pencuri di dunia ini, namanya Najib Razak. Maka rakyat menderita kerana negara diurus oleh pencuri," tegasnya ketika berucap sempena siri jelajah Jom Bina Semula Negara di Tanjong Malim kelmarin.
Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, penderitaan rakyat akibat ditipu dan dicuri tidak dapat dihentikan selagi Rosmah Mansor dan Najib Razak menjadi pimpinan Umno.
"Kita dimain tipu begitu sahaja. Adakah kita mahu dengar dia terus menipu lagi rakyat Malaysia? Kita bersama-sama hentikan Umno Najib Razak
"Kita tidak pilihan. Alhamdulillah. Kita ada Harapan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan-pimpinan dari Bersatu, Amanah, PKR dan DAP," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan kembali tindakan yang akan dilakukan dalam tempoh 100 hari jika rakyat memberi mandat kepada Harapan menggantikan rejim Umno-BN.
"Minggu pertama menang di Putrajaya sebelum 100 hari berakhir kita mansuhkan GST (cukai barang dan perkhidmatan), kita akan reformasikan institusi kerajaan yang dirosakkan Rosmah Mansor Najib Razak.
"Rasuah di negara ini akan dihapuskan sama ada kecil dan besar. Kita hidupkan semula integriti. Kita akan pulihkan Felda yang dirosakkan Najib dan konco-konconya supaya lebih 300,000 peneroka akan diselamatkan," jelasnya.
Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering itu, siasatan diraja 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mencari keadilan juga akan diwujudkan.
"Kita mesti pilih Pakatan Harapan. Jangan sekali-sekali memberi sokongan kepada BN," tegas Mohammad Nizar lagi.

Ruang bagi Najib adakan PRU14 tahun ini semakin tertutup

Keadaan panik di kem pemimpin, penyokong dan laskar siber Umno/BN sejak tiga hari lalu.
Mereka tidak percaya bahawa pemimpin Pakatan Harapan mampu menyelesaikan perbezaan mereka dan untuk majlis presiden Pakatan Harapan menyimpulkan perbincangan mereka pada malam Khamis dengan begitu produktif.
Sejurus selepas tengah malam satu sidang media diadakan bagi mengumumkan struktur baru Pakatan Harapan dengan logo baru serta senarai barisan kepimpinan.
Pemimpin, penyokong dan laskar siber Umno/BN langsung tidak mempercayai bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu bersatu dan bekerjasama.
Atas sebab itu, dalam keadaan panik, pemimpin dan penyokong Umno/BN terlupa dengan kempen penipuan dan berita palsu yang menggambarkan DAP sebagai kuasa jahat yang mendalangi Pakatan Harapan,
Saya pula dilabel sebagai "diktator segala diktator" yang menjadikan pemimpin PKR, Amanah dan BERSATU seperti Mohamad Sabu, Datuk Seri Azmin Ali, Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mahathir sebagai macai dan boneka. Mereka ini didakwa patuh kepada setiap arahan dan keinginan saya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak cukup terkejut besar apabila beliau segera membuat kenyataan menuntut penjelasan kerana ketiadaan pemimpin DAP dalam tiga jawatan tertinggi Pakatan Harapan dan menyoal sama ada DAP telah diketepikan.
Bagaimana DAP boleh diketepikan apabila, menurut kempen propaganda "ops hitam" pemimpin, penyokong dan laskar siber Umno/BN sejak beberapa tahun kebelakangan, bahawa DAP adalah dalang setiap tindakan dan langkah yang diambil oleh parti pembangkang - termasuk setiap tindakan yang diambil oleh pemimpin PAS apabila parti itu bersama Pakatan Rakyat sebelum presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkebumikan Pakatan Rakyat pada Muktamar PAS Jun 2015?
Ia langsung tidak terlintas kepada pemimpin Umno/BN bahawa Pakatan Harapan adalah berbeza daripada Barisan Nasional, kerana ia gabungan parti yang tulen berdasarkan kesepakatan di antara mereka manakala BN pula adalah gabungan palsu, dengan Umno menikmati hegemoni politik dan membuat keputusan satu pihak mengenai dasar dan hala tuju BN.
Struktur, logo dan kepimpinan Pakatan Harapan yang baru menyebabkan ada pemimpin Umno/BN menjadi tidak waras dan tidak kurang pula yang mengalami histeria.

Malaysia perlukan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebenar, bukan selebriti



Negara memerlukan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang efektif dan substantif bukannya seorang selebriti, bidas Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyifatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad sebagai ketinggalan zaman apabila memperkenalkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Saifuddin Nasution Ismail"Adakah beliau sedar rasuah hanyalah satu hasil daripada banyak masalah integriti dan tadbir urus yang lebih luas dan perlu difahami?

"Ketua Pesuruhjaya SPRM yang nampak gayanya seperti ahli politik atau selebriti yang tidak lebih hanya untuk mendapat perhatian daripada pihak media sahaja.
"Kita tidak berminat dengan hanya 'public relation exercise'. Ikrar tanpa pengisiannya tidak ada maknanya.
"Lebih teruk lagi apabila ikrar itu mengecilkan skop kepada isu yang ingin ditangani," tegasnya.
Menurutnya, ikrar tersebut menunjukkan kedangkalan fikiran dan kurangnya kreativiti Ketua Pesuruhjaya SPRM itu walhal SPRM sebelum ini mempunyai langkah pencegahan rasuah yang lebih sofistikated.
Institut Integriti Malaysia (IIM), jelasnya, sebagai contoh dilihat mempunyai inisiatif dan instrumen yang jauh lebih berkesan dalam konteks pemupukan dan pembudayaan integriti berbanding Ketua Pesuruhjaya SPRM.
"Jikalau sekalipun Ketua Pesuruhjaya SPRM benar-benar serius hendak berikrar, mengapa  menghentikan usaha Ikrar Integriti Korporat yang diperkenal Datuk Paul Low serta dilaksanakan Tan Sri Abu Kassim dan Datuk Sri Mustafar Ali dahulu?
"Ikrar Integriti Korporat dilihat lebih menyeluruh. Dengan 'follow up' pengisian kepada ikrar di mana agensi, badan yang membuat ikrar harus turut serta melaksanakan beberapa program seperti 'whistle blowing' dan lain-lain.
"Kenapa 'Ikrar Integriti Korporat' ini dihentikan? Adakah kerana Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu ini ingin menunjukkan bahawa KP dan TKP sebelum ini tidak tahu apa yang mereka lakukan?" bidasnya dalam satu kenyataan.
Mengulas pelancaran revolusi Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) oleh SPRM pada 8 Mei lalu, Saifuddin mempersoal sejauhmana lawatan dan bermesra dengan rakyat sambil memberi bantuan makanan dan berikrar sahaja akan menyelesaikan masalah rasuah.
"Apa makna bebas rasuah jikalau isu-isu salah guna kuasa dan masalah yang wujud dalam laporan audit terus berleluasa? Adakah dengan menangkap pesalah rasuah setiap minggu akan menyelesaikan masalah?
"Sejak Ogos tahun 2016 sehingga kini, berapa ramai individu yang telah ditangkap telah didakwa dan disabit kesalahannya?" soalnya.
Menyentuh kenyataan Dzulkifli yang kesal dengan keengganan kerajaan Pulau Pinang menandatangani IBR bagi menunjukkan komitmen negeri itu memerangi serta membanteras gejala rasuah, beliau mempertikaikan bukti empirikal bahawa isu rasuah dapat diselesaikan dengan berikrar.
"Negara mana dalam dunia ini yang mampu membanteras rasuah dengan hanya berikrar? Tunjukkan kepada kita bukti-bukti dan dalil-dalil serta kitab mana yang beliau rujuk dan kita boleh pertimbangkan.
"Adakah kerana KP dan TKP sebelum ini lebih berani dan sanggup menyiasat kesalahan MO1 (Malaysian Official 1) menyebabkan semua inisiatif mereka perlu ditukarkan? Hanya semata-mata untuk menghentikan usaha mereka sebelum ini?

Tawaran 100 hari HARAPAN tepati Islam

Pejuang Islam perlukan pembaharuan dalam pemikiran mereka bagi mengelakkan salah faham masyarakat, kata pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH).
Menurut Ahmad Awang walaupun seseorang itu mendakwa berjuang demi Islam, kegagalan bersikap terbuka akan menyebabkan mereka menganggap jalan dipilih pihak lain sebagai bercanggah dengan agama.
"Pentadbiran Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan hanya kepentingan diri atau kelompok tertentu sahaja sehingga mengetepikan prinsip kepentingan umum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penasihat umum AMANAH itu berkata demikian bagi mengulas dakwaan pihak tertentu yang menganggap tawaran 100 hari Pakatan Harapan (HARAPAN) diumum minggu lalu sebagai tidak menepati kehendak Islam.
Menjelaskan keadaan itu Ahmad berkata Islam dibina atas prinsip keadilan dan rahmat.
Sudut pandang kecil
Justeru katanya membina semula negara yang rosak dengan segala bentuk salah guna kuasa adalah perkara yang sangat dituntut.
"Kita sebenarnya menyelamatkan manusia daripada kesengsaraan besar dan membuatkan mereka mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
"Negara yang tidak diurus dengan baik menyebabkan rakyatnya terus dihimpit dengan kemiskinan dan kesengsaraan," katanya.
Tawaran 100 hari yang dikemukakan HARAPAN juga, kata bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu jelas selari dengan prinsip politik dibawa AMANAH, iaitu "politik rahmah".
Politik katanya berdiri atas maksud maqasid syariah yang meliputi hal-hak keadilan hak dan ketelusan politik serta membawa keuntungan kepada rakyat.
"Malang sekali jika kita hanya melihat agenda Islam itu dari sudut pandang yang sangat kecil.
"Kita menolak pemikiran sekular yang mengambil agama suku politik suku, tetapi tanpa disedari kita sendiri sebenarnya telah mengamalkan politik sekular dengan menjuzukkan Islam dalam hal-hal tertentu sahaja," katanya.
Justeru katanya sebab itu pemikiran politik Islam yang difahami sesetengah pejuang perlukan tajdid.
"Hidup dalam sebuah negara majmuk dengan pelbagai latar belakang agama dan bangsa memerlukan kita bijak dalam setiap tindakan politik untuk menampilkan agenda Islam.
"Tawaran 100 hari dikemukakan HARAPAN jelas menepati matlamat menjaga kepentingan dan keadilan untuk rakyat.
"Ia bukan untuk orang Islam malah kepada masyarakat bukan Islam.
"Tidak perlu meletakkan istilah Arab untuk menunjukkan ia adalah agenda Islam, cukup dengan menyedari matlamat akhirnya adalah demi kepentingan Islam," katanya.

Rizal: Lepas ampunkan Mahathir, bubarlah PKR

Selepas Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mengatakan DAP boleh diharamkan, Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor pula mencadangkan PKR dibubarkan.
Cadangan tersebut sebagai susulan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berpakat dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam agenda menumbangkan Datuk Seri Najib Razak menerusi Pakatan Harapan (HARAPAN).
"PKR wujud kerana menentang kezaliman Mahathir terhadap Anwar.
"Sewajarnya, hari ni PKR dibubarkan kerana mereka telah pun 'mengampunkan' dosa-dosa Mahathir terhadap bapa Nurul Izzah (Anwar)," cadang Rizal dalam catatan di Facebooknya.
Sebelum ini, Tengku Sariffuddin meminta DAP memberi tumpuan kepada 'masalah serius' berhubung penggunaan logo parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak menyedari kesalahan jawatankuasa eksekutif pusat DAP dan mendakwanya tidak demokratik apabila memanipulasi pemilihan parti, manakala 'Penang Official 1' dan bapanya mengekalkan pemerintahan diktator.
"Ini bermakna bahawa setiausaha agung DAP, Penang Official 1, tidak mempunyai kedudukan untuk sebarang kuasa dalam parti itu kerana dia tidak diiktiraf secara sah.
"Malah, kepimpinan DAP seluruhnya berada dalam ancaman dan boleh diisytiharkan sebagai haram kerana dakwaan manipulasi pemilihan mereka," tambah Tengku Sariffuddin.
Mengulas lanjut, Rizal berkata, Mahathir perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya bahawa Anwar telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998.
"Seperti yang pernah diminta oleh perdana menteri, selagi semua tuduhan sebelum ini tidak dijawab oleh Mahathir, rakyat jelata akan sangsi dan bahawa ini adalah hanya mainan dan sandiwara politik yang tiada keikhlasan," katanya lagi.
Dalam sidang media pada 22 September 1998 yang dibuat Dr Mahathir, perdana menteri keempat itu mendakwa Anwar terlibat dalam perbuatan liwat dan seorang peliwat tidak layak menjadi pemimpin negara.

Harapan kutuk Israel tutup Masjid Al-Aqsa



Pakatan Harapan (Harapan) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa, kata presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah PH"Bagi pihak Pembangkang Parlimen Malaysia, saya mengutuk sekeras-kerasnya penutupan Masjid al-Aqsa pada Jumaat, 14 Julai 2017 oleh rejim Israel.
"Penutupan ini bermakna umat Islam tidak dapat mengerjakan ibadat solat Jumaat di Masjid al-Aqsa buat kali pertama dalam hampir lima dekad," kata Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa mengutuk penutupan ini dan Masjid Al-Aqsa dibuka semula.
"Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga terpenting dan suci bagi umat Islam, dan merupakan juga satu tempat penting dan suci bagi penganut agama Kristian.
"Penutupan ini menandakan peningkatan ketegangan hubungan di antara Israel dan Palestin," katanya.
Menurut beliau, penutupan itu tidak patut dijadikan peluang bagi puak-puak radikal dan militan ekstremis mengembangkan fahaman mereka.
"Walaupun kami faham isu keselamatan yang membawa kepada tindakan ini, namun penutupan Masjid al-Aqsa tidak patut dijadikan peluang puak-puak radikal dan militan ekstremis untuk mengembangkan fahaman kejam mereka," katanya.

Tiada parti dominan terlampau dalam HARAPAN

Struktur kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) sengaja dibuat seperti sedia ada dengan prinsip kerjasama jitu antara empat parti berbanding BN.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata susunan berkenaan juga bukan menjadi masalah kepada HARAPAN.
“Kalau dalam BN, Umno dilihat terlalu dominan.
"Bagi orang Melayu mungkin (mereka) suka dengan dominasi Umno dalam BN, (sebab) kononnya Umno akan mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu.
“Tetapi sebenarnya kalau kita lihat masalah Felda, MARA, Tabung Haji dan semua ini agensi-agensi yang berkait dengan orang Melayu dan Islam ini, bermasalah kerana kepimpinan Umno juga," katanya seperti dipetik Sinar Online hari ini.
Bekas menteri besar Kedah itu bercakap kepada selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri di Dewan Padang Sera, Jerlun di Kedah, semalam.
Kata terpinggir pula
HARAPAN pada 14 Julai lalu mengumumkan barisan kepimpinan serta logonya selepas tertangguh beberapa kali.
Melalui susunan itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi, manakala jawatan presiden disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bekas seteru Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilantik sebagai penasihat umum.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu pula dilantik sebagai timbalan presiden HARAPAN.
Mukhriz sendiri dilantik menjadi naib presiden bersama Datuk Seri Azmin Ali, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub.
Pengumuman itu menarik kritikan BN yang mempersoalkan keberkesanan struktur HARAPAN yang tidak menjelaskan siapakah yang sebenarnya menjadi ketua.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi misalnya berkata, HARAPAN akan tenggelam dalam lautan politik kerana ia dikemudi tiga nakhoda berbeza.
Kata Mukhriz tiba masanya untuk parti politik di negara ini menunjukkan struktur kepimpinan yang memberi ruang kepada semua parti.
Menurutnya, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Umno terhadap HARAPAN menunjukkan mereka mulai resah dengan kejayaan gabungan berkenaan.
Mengenai kritikan DAP tidak diberi jawatan utama dalam HARAPAN, Mukhriz berkata, ia menafikan tuduhan pihak lain bahawa parti berkenaan akan menjadi dominan nanti.
"(Dulu) kata DAP akan ke depan, apabila kita dah tunjuk (struktur kepimpinan HARAPAN) dia kata DAP terpinggir pula," katanya.